7 Info Broker Forex Malaysia – 2023

Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan broker forex Malaysia yang ada dan terbaik. Sememangnya, ada banyak pilihan broker forex yang anda boleh pilih. Kebanyakan broker ini berpusat di luar negara dan kali ini kami berikan bberapa info terkini berkenaan dengan pilihan broker yang ada.

Untuk info, saya bukanlah seorang forex trader. Saya merupakan seorang futures trader ataupun dengan nama lain, seorang Futures Crude Palm Oil trader. Setakat artikel ini ditulis, saya merupakan seorang pedagang yang aktif di pasaran hadapan kelapa sawit. Kenapa tak trade forex? Ada beberapa sebab dan saya akan berikan jawapan pada akhir artikel ini nanti.

Untuk artikel pada kali ini, saya ada tanyakan beberapa rakan yang trade forex untuk mereka memberikan pendapat berkenaan dengan senarai broker yang ada. Broker apa yang terbaik yang ada di Malaysia dan yang penting memudahkan anda untuk berdagang mata wang ini.

Broker Forex Malaysia

Broker Forex Terbaik Malaysia

Untuk memudahkan anda, kami senaraikan antaranya 5 broker untuk anda pilihan dan tentukan sama ada ianya berbaloi ataupun tidak. Pilihan ini adalah berdasarkan kepada rekemendasi rakan-rakan dalam Forex dan mereka yang memberikan rekemendasi berdasarkan kepada keadaan semasa.

Berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada bagi memudahkan anda untuk berdagang mata wang. Beberapa pilihan di bawah ini adalah antara pilihan yang sering digunakan oleh rakan trader saya.

OctaFx

Antara platform yang popular dan membolehkan anda untuk trade dengan mudah. Semuanya menggunakan teknologi terkini termasuk MT4 dan MT5. Anda juga boleh trade banyak pasaran dengan Instaforex ini bagi memudahkan anda untuk berdagang dan lakukan dengan lebih serious. Kami pun ada berikan review untuk Octafx di SINI.

EToro

Antara platform yang popular dan mereka menghabiskan banyak wang untuk tujuan pengiklanan. Tentu sekali mereka inginkan menjaga nama baik dan reputasi mereka daripada perkara yang tidak diingini. 

XM

Antara pilihan yang bagus untuk anda cuba. Diasaskan pada tahun 2009 dan telah berada lama di pasaran. Ianya dipercayai dan pastinya memudahkan anda untuk trade forex dengan segera.

FBS

Ini pun antara beberapa pilihan yang kami rekemen. Boleh cuba hubungi mereka dan dapatkan info untuk membuka akaun dengan mereka.

Cukuplah 4 akaun ini. Pastinya anda kena pilih satu dahulu sebeleum berhubung dengan mereka. Bagi saya, awal-awal ini, pilih sahaja satu akaun dahulu, dan apabila sudah menunjukkan keuntungan yang konsisten dalam pelaburan, barulah boleh demand untuk dapatkan rate yang lebih murah.

Cara ini saya lakukan ketika trade FCPO. Apabila trade dengan agak lama, mula demand dengan broker di Malaysia untuk dapatkan pilihan yang lebih murah. Sama ada mereka bagi pilihan yang lebih murah ataupun saya beralih ke medium lain.

Islamic Forex Broker Malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan Islamic Forex Broker Malaysia? Pastinya akaun itu dikawal selia oleh penasihat syariah. Barulah ianya diberikan atau digelar Islamic. 

Kebanyakan broker forex berada ataupun berpusat diluar negara dan pastinya mereka tidak mempunyai panel syariah mereka sendiri. Jadi macam mana nak elakkan daripada anda pergi ke akaun pelaburan yang tak patuh syariah dan pilih yang patuh syariah sahaja di mana, tiada kawal selia daripada mereka yang lebih mahir.

Mengikut pendapat saya, ada 2 cara sahaja

  • Pilih akaun yang tak bagi interest. Ianya memang mudarat yang kecil. Kalau broker yang anda pilih mempunyai interest, cuba nego untuk waived. Ianya untuk meminimumkan kesan sebab akaun tiada kawal selia daripada penasihat syariah seperti di Malaysia.
  • Cara kedua adalah, kalau ada interest, jangan ambil. Ya, masukkan dalam tabung masjid atau sebagainya. Ini juga untuk meminimumkan kesan yang ada.

Kalau pembaca ada senarai broker forex yang mempunyai panel syariah sendiri, mintak tolong berikan info di ruangan komen ataupun hubungi saya untuk saya update artikel ini pada masa yang akan datang. 

Ini akan memudahkan pembaca yang lain yang ingin mencari info berkenaan dengan topik islamic forex akaun ini.

Atau boleh tengok video di bawah ini.

Alatan Untuk Trade Forex

Kebanyakan broker akan sediakan platform sama ada MT4 ataupun MT5. Setakat artikel ini ditulis, MT4 dan MT5 cuma support desktop windows sahaja dan tak support Apple. Saya lebih suka analisa menggunakan laptop. Boleh tengok alatan di bawah untuk memudahkan anda untuk berdagang forex dengan mudah dan berkensa.

Nak buat analisa Forex pula, saya sangat rekemen gunakan tradingview. Mudah dan simple dan untuk anda, boleh daftar tradingview secara percuma dahulu di link bawah.

Anda juga boleh akses MT4 dan MT5 dengan smartphone. Boleh tengok beberapa pilihan di bawah bagi memudahkan anda untuk berdagang forex.

Ada laptop dan smartphone, memang tip top untuk trade forex. Ada juga yang mahukan screen ke dua untuk trade forex. Itu bagi kami optional je, yang penting ada 2 alat ini dah mudah.

Untuk chart, kami lagi selesa gunakan tradingview untuk buat analisa. Tradingview adalah web based dan anda boleh akses walaupun menggunakan laptop Apple ataupun Windows.

Hukum Berkaitan Trade Forex

Sebelum pergi lebih jauh, adalah lebih baik anda ambil tahu bab hukum. Kebanyakan pendapat berkaitan dengan hukum forex ini adalah haram. Tapi tak mengapa, saya dah compilekan artikel berkenaan dengan himpunan pendapat halal dan haram. Daripada artikel tersebut, anda tentukan sendiri yang mana yang terbaik.

Anda mesti tak percaya, apa dapatan pendapat daripada mereka yang kata forex ini halal. Nak tahu lebih lanjut, memang anda kena ke ARTIKEL INI.

Ataupun anda boleh tengok penerangan di bawah berkenaan dengan hukum terkini berdagang Forex.

Cara Main Forex – Pilihan dan Strategi Yang Ada

Apa strategi dan pilihan yang ada untuk trade forex? Teknik apa yang anda nak gunakan sama ada teknikal analisis, fundemantal analisis ataupun macam mana. Kalau tak ada strategi, ianya umpama berjudi dan Ustaz Dusuki kata haram kalau berjudi, iaitu tiada langsung analisis.

Jadi, adalah lebih baik anda mempunyai strategi sendiri. Saya pasti anda yang datang ke artikel ini pasti mempunyai strategi yang ampuh untuk berdagang forex. Paling kurang pun mesti tahu apa itu support dan resistance dan juga, candlestick chart. Kalau anda nak tambah ilmu lagi, boleh baca artikel kami yang lain berkaitan dengan topik ini. [Baca] Cara Main Forex – Teknik Untuk Untung Konsisten Dengan Forex.

Alternatif Kepada Forex

Ada beberapa alternatif yang anda untuk anda pilih. Terutama kalau anda seperti saya yang teragak-agak dengan hukum forex. Seperti pada permulaan artikel ini, saya katakan yang saya merupakan seorang pedagang pasaran hadapan kelapa Sawit. Ni nak intro sikit…

FCPO ini sama seperti forex, anda boleh long dan short mengikut kesesuaian pasaran. Ianya merupakan 2 way market dan bukannya seperti pasaran saham yang merupakan pasaran 1 arah sahaja. Apa yang menyebabkan saya nekad untuk trade FCPO adalah ianya patuh syariah. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel kami di SINI.

Mulakan Langkah Sekarang

Mulakan langkah sekarang untuk trade sama ada FCPO ataupun Forex. Harap anda baca dulu artikel berkenaan dengan hukum forex dan kemudaian anda tentukan sendiri halal dan haram. Yang penting yakin dengan apa yang anda buat agar dipermudahkan segala urusan.

Related Posts

4 thoughts on “7 Info Broker Forex Malaysia – 2023

  1. Saya nak tanya ada satu syarikat iaitu atfx adakah dia patuh syariah.. Maaf bertanya

    1. saya tak pasti kerana saya tak trade Forex, saya lebih fokus kepada Futures, Soy bean oil, cpo dan crude oil.

  2. Assalam tuan, sy trade crude oil dengan broker ICM dan pakai platform MetaTrader4. Adakah patuh syariah? Apa pendapat tuan?

    1. trade crude oil berdasarakn kepada beberapa pandangan, tiada masalah, cuma broker tu saya tak pasti.

      Boleh tengok video terbaru saya di bawah ini;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *