13 Info Apa Itu Wahed Invest – 2020

Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan topik apa itu wahed invest? Kami dapat info berkenaan dengan beberapa perkongsian daripada kenalan yang dah mula menyertai program ini. Juga beberapa artikel daripada blog berkaitan dengan topik ini. Ada yang dah sukses dan dapat pulangan sehingga 8% ke 9% sebulan. Pulangan sehingga 8% sebulan adalah jumlah yang sangat munasabah.

Topik kewangan islam pada kali ini adalah berkenaan dengan pelaburan. Pelaburan penting untuk tambah duit anda dan biarkan dia berkembang. Salah satu cara untuk tambah pendapatan pada kali ini adalah menerusi aplikasi ini yang merupakan antara aplikasi yang bagus untuk anda bermula. Apapun sebelum pergi kepada pelaburan ini, pastikan anda sudah ada simpanan yang cukup dan juga yang lebih penting, anda tahu apa yang anda lakukan.

apa itu wahed invest

Sebelum Bermula – Mentaliti

Wahed Invest ini mempunyai minimum pelaburan RM100 sahaja. Anda cuba dahulu dengan RM100 tersebut dan jika ianya memberikan pulangan yang baik. Boleh tambah pelaburan anda.

Jumlah yang anda tambah pula haruslah jumlah yang kalau pelaburan rugi sebanyak 10% ataupun 20% pun anda masih tiada apa-apa masalah. Yang penting, perlu untuk bentuk mentaliti di mana pelaburan ada kemungkinan untung dan kemungkinan rugi. Ianya bukan seperti ASB ataupun Tabung Haji yang memberikan pulangan dan hampir tidak akan rugi.

Lepas tu barulah digalakkan untuk anda bermula dengan platform ini.

Pastikan Ada Simpanan Yang Cukup

Penting untuk ada simpanan. Paling kurang pun 6 bulan gaji sebelum mula melabur. Takaful pun penting terutama sebagai salah satu alat untuk melindungi anda jika terjadi apa-apa perkara yang tidak dirancang. Info lebih lanjut berkenaan dengan simpanan ini anda boleh KLIK info di bawah.

Seterusnya, ini adalah apa yang anda perlu tahu untuk melabur dalam wahed invest.

Wahed Invest – Info Yang Anda Perlu Tahu

Ini adalah apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Wahed Invest dan mula untuk melabur. Ianya mudah dan tidak perlu terlalu complicated.

Hanya Guna APP – Tak Perlu Laptop

Anda boleh monitor pergerakan pelaburan anda di App sahaja dan tidak perlu untuk lakukan di laptop. Ianya datang dengan aplikasi sama ada di Android ataupun Apple. Boleh tengok pilihan peranti yang support applikasi ini di bawah.

Ada alat ini, lebih mudah untuk anda mula melabur. Mudah sahaja dan follow step by step. Cara daftar pula akan kami terangkan lebih lanjut di bawah.

Cara Pelaburan Wahed Invest

Wahed Invest menggunakan robot dalam membuat analisa berkaitan dengan palaburan yang telah disetkan untuk anda. Ataupun dalam istilah pelaburan, ianya diberi nama, Robo – Advisor. 

Robo advisor ini yang akan buat kerja-kerja pelaburan yang anda mahukan. Bila tiada campur tangan manusia, adakalanya, pelaburan itu akan jauh lebih untung kerana tidak melibatkan perasaan dan lain-lain.

Malaysia sudah mempunyai 3 robot penasihat yang berlesen dan dikawal selia iaitu;

  • StashAway
  • My THEO
  • Wahed Invest

Daripada 3 ini, hanya Wahed sahaja yang patuh syariah dan untuk beragama Islam, sangatlah digalakkan untuk anda memilih yang patuh syariah.

Boleh lihat video di bawah berkenaan dengan ringkasan dan apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Wahed Invest.

Pilihan Pelaburan – Moderate atau Agresif

Ketika anda mendaftar di Applikasi tersebut, ada beberapa soalan yang akan ditanya dan pada ketika itu, anda haruslah menjawab dengan jujur. Daripada soalan-soalan tersebut, boleh dapat tahu anda seorang yang macam mana dari segi moderate ataupun agresif. Pelaburan anda akan bergantung kepada profail tersebut. Kami rekemen anda jawab je dengan jujur dan kalau tak kisah duit hangus, boleh pilih profail yang paling agresif.

High risk high return

Apapun, terpulang kepada pilihan masing-masing untuk berjaya dalam bidang ini.

Wahed Invest Akan Laburkan di Mana?

Pelaburan akan dilakukan di beberapa tempat ini. Peratusan adalah bergantung kepada profail anda. Kalau agresif, pihak Wahed Invest akan laburkan ke pelaburan yang agresif seperti pasaran saham Malaysia dan pasaran saham US. Kalau tak agresif pula, akan dilaburkan dalam bentuk pasaran sukuk dan tunai.

Berikut adalah antara tempat yang Wahed Invest lakukan untuk laburkan pelaburan anda.

  • Pasaran Saham US
  • Pasaran Saham Malaysia
  • Sukuk
  • Pasaran Tunai
  • Emas

Gambar di bawah ini adalah allocation fund untuk Wahed Invest.

wahed invest allocation fund

(Sumber : Wahed Invest)

Ada caj yuran ke?

Anda akan dikenakan caj yuran tahunan berdasarkan kepada jumlah yang yang anda masuk. Ianya adalah seperti berikut. Caj yang dikenakan adalah secara tahunan tetapi bayaran caj adalah secara bulanan. Caj yang dikenakan sangatlah minima. Saya ada email customer servis wahed invest berkenaan dengan charges dan ini adalah jawapan balas daripada pihak mereka.

Hi there,

We only have one simple, transparent annual fee, which is charged monthly.

This fee ranges between 0.39% and 0.79% per year. It includes all management, trading, admin, and brokerage fees.

In principle, if your account value is RM10,000 (and remains the same without percentage gains) you will only be charged for RM6.58 per month.

This is how it works

0.79 % annual fee / 365 days = 0.00216 % a day

0.00216% x (portfolio value of RM 10,000 + percentage refurns on a daily basis)

This can be seen on your statement, where the fees are deducted monthly.

Hops this helps!

Unit trust pun mempunyai caj yuran tahunan. Ianya sama sahaja.

Cara Daftar

Untuk mendaftar, anda boleh search Wahed Invest di Apple App Store ataupun Android Play Store. Ikut sahaja arahan yang diberikan dan anda boleh terus mendaftar.

Referal Code Wahed Invest

Mintak tolong masukkan referal code di bawah.

mohsan3

Anda akan menerima RM40 dan saya pun akan menerima RM40. Ianya win-win situation. Hanya dengan memasukkan code mohsan3 ini semasa merujuk kepada referal. Dengan memasukkan referal dari kami, ianya akan memastikan banyak lagi artikel berkualiti yang akan kami hasilkan dari masa ke semasa.

Status Terkini Febuari 2020

Alhamdulillah saya telah cuba sendiri masukkan minimum pelaburan dalam Wahed invest sebanyak Rm100. Portfolio saya adalah moderately agresive. Macam mana nak tahu portfolio ini adalah berdasarkan kepada soalan semasa pendaftaran.

Apapun boleh tengok di bawah berapa peratusan pendapatan yang saya dapat tak sampai pun seminggu mencuba platform ini.

Ya, 0.36% tak sampai pun seminggu. Satu pelaburan yang baik dan saya akan monitor pelaburan ini. Jika terus berikan jumlah yang baik, mungkin akan tambah lagi dana kepada RM1000 ataupun mungkin Rm10,000. Siapa tahu.

Anda pun boleh dapat keuntungan yang sama. Cuma sekarang ini mungkin tengah untung, akan datang siapa tahu.

Semasa Covid 19, berlaku penurunan dari segi kadar pelaburan. Tetapi sekali Wahed Invest menunjukkan dana yang mereka laburkan dengan lebih cemerlang. Saya rekemen, anda cuba dulu baru tahu.

Update Terkini Oktober 2020

InsyaAllah kami akan terus berikan update berkenaan dengan Wahed Invest ini. Portfolio semasa awal-awal PKP menunjukkan penurunan yang ketara. Tetapi selepas PKP ini, portfolio dah mula naik balik dan mula tunjukkan keuntungan.

Keuntungan melebihi 10%, jauh lebih baik daripada ASB dan Tabung haji. Masih ragu-ragu dan tak percaya Wahed Invest, kami juga ada tulis artikel terbaru berkenaan dengan apa itu Wahed invest dan info terkini di bawah ini;

Kepada anda yang nak mula melabur, boleh mula melabur dengan jumlah yang kecil dulu seperti RM500 dan bila nampak ada peningkatan pelaburan, tingkatkan pelaburan anda ye.

Agen Unit Trust Akan Terkesan?

Pastinya agen unit trust akan terkesan jika ramai yang beralih menggunakan applikasi ini berbanding dengan khidmat mereka. Lagilah jika applikasi ini boleh menghasilkan pendapatan yang konsisten setiap bulan dan pendaftaran yang mudah dan cepat.

Apapun, harapnya, mereka mempunyai strategi mereka tersendiri untuk sukses dalam bidang ini. Tak mustahil tak lama lagi, platform popular unit trust Malaysia juga bakal mempunyai app mereka yang tersendiri.

Apapun, harapnya info dari apa itu wahed invest ini memberikan anda alternatif untuk melabur selain daripada unit trust di Malaysia.

apa itu wahed invest

Nak Berdagang Sendiri – Tiada Masalah

Wahed invest ini mempunyai robot yang akan membuat keputusan pelaburan untuk anda. Jadi, kawalan anda untuk pelaburan anda sangatlah terhad. Sebagai alternatif, anda boleh bedagang sendiri untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.

Kalau nak berdagang sendiri (baca trade), bagaimana nak bermula?

Boleh baca 2 artikel kami di bawah berkaitan dengan forex dan saham. Ianya adalah antara pilihan yang ada untuk anda bermula.

Apapun, harapnya, artikel apa itu wahed invest ini membantu anda untuk bermula melabur. Pastikan anda tahu dan mahir sebelum membuat ataupun menyertai apa-apa pelaburan ya.

Minta anda untuk subscribe channel Telegram kami di atas untuk dapatkan info terkini berkenaan dengan tips kewangan dan info pelaburan. Juga boleh dapatkan ebook percuma 16 peluang ataupun tempat pelaburan terbaik di Malaysia.

6 Comments

  1. Mezalan Hanapi
    • smartinvest101
  2. sakinah
    • smartinvest101
  3. Mohammad khusairi
    • smartinvest101

Leave a Reply

Pin It on Pinterest