ASB Vs Tabung Haji – Mana Terbaik 2020

ASB vs Tabung Haji, mana satu pilihan untuk simpanan dan pelaburan yang terbaik? Asb dan tabung haji adalah antara Institusi yang sangat terkenal dalam masyarakat kita pada masa kini. Ini kerana, kedua-dua institusi ini mempunyai peranan yang tidak jauh berbeza. Iaitu kedua-duanya boleh dijadikan sebagai sebagai simpanan buat kita terutama sekali buat mereka yang beragama islam.

Artikel pada kali ini, kami akan berikan kepada anda beberapa tips penting berkenaan dengan tips dan cara untuk ataupun perbandingan terbaik antara ASB vs TH. 

asb vs tabung haji

ASB Vs Tabung Haji: Yang Mana Satu Patut Dipilih?

Ada juga yang tertanya-tanya antara ASB dan TH, yang mana satu lebih bagus dan yang mana satu patut di pilih. Sebenarnya, ia bukanlah satu perkara yang patut kita bandingkan. Malah ia adalah sesuatu yang tidak adil jika kita mahu membandingkan yang mana satu lebih baik. Ini kerana, kedua-dua institusi ini mempunyai objektif yang berbeza.

Tabung haji adalah simpanan yang anda ada oleh umat islam bagi membolehkan mereka menunaikan haji. Jika tidak mempunyai simpanan yang mencukupi sudah pasti agak sukar untuk anda menunaikan haji.

Lagipun, objektif utama penubuhan tabung haji adalah untuk dijadikan sebagai tabung simpanan untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya mereka beragama Islam mengumpul duit dan menunaikan ibadat Haji.

Kos untuk menunaikan ibadah haji bukanlah satu kos yang rendah. Jadi, dengan wujudnya tabung haji, ia sekali gus dapat memudahkan anda untuk mengumpul duit dan dalam pada masa yang sama dapat merialisasikan impian anda untuk menjejakkan kaki ke Mekah bagi menunaikan haji.

Manakala bagi ASB pula ia berfungsi sebagai satu simpanan dan dalam pada yang sama ia adalah sebagai satu pelaburan buat anda. Memang betul ASB juga boleh di buat sebagai simpanan sama seperti Tabung Haji. Tetapi tujuan kegunaan simpanan ASB tersebut sangat berbeza sama sekali dengan Tabung Haji.

Biasanya, ramai antara mereka di luar sana yang menyimpan dan melabur wang mereka dalam ASB adalah kerana mahu mendapatkan keuntungan untuk membeli sesuatu barang atau harta benda.

Boleh tengok video di bawah ini kalau anda nak buka akaun ASB.

Lebih-lebih lagi rumah atau tanah. Ada juga yang menjadikan simpanan ASB ini sebagai tabungan sewaktu kecemasan nanti. Senang kata, simpanan di ASB ini tidak mempunyai had tujuan penggunaanya dan sesiapa sahaja boleh menyimpan di ASB.

ASB Vs Tabung Haji: Apa Hukum Kedua-Dua Simpanan Ini?

Kalau disebut mengenai hukum menyimpan dia Tabung Haji, umum mengetahui ia adalah harus dan sangat patuhi Syariah.

Mana tidaknya, wang yang anda simpan dalam akaun tabung haji dilaburkan ke pelaburan yang hanya patuh Syariah sahaja. Bukan itu sahaja, tabung haji juga mempunyai panel penasihat Syariah yang mana ia akan memastikan wang yang disimpan oleh pemilik akaun tabung haji hanya di laburkan ke tempat-tempat yang benar-benar patuh Syariah dan tempat yang tidak mempunyai unsur yang meragukan.

Ia sekaligus mengelakkan dari pemegang akaun tabung haji tidak merasa ragu-ragu untuk menyimpan wang mereka dalam tabung haji dan akan membuatkan pemegang akaun tabung haji akan merasa lebih yakin.

Manakala, bagi ASB pula ia menimbulkan sedikit polemik status perlaburanya. Ada yang berpendapat ASB melabur dalam pelbagai pelaburan dan ia mungkin akan menimbulkan keraguan. Tetapi ada juga yang mengatakan ASB melabur dalam pelaburan yang patuh Syariah.

 Jadi, jika anda mahukan jawapan yang terbaik mengenai pelaburan yang dilakukan oleh ASB saya sarankan supaya anda bertanyakan dengan mereka yang lebih pakar atau mereka yang arif soal hukum melabur di ASB.

ASB Vs Tabung Haji: Bagaimana Dengan Bayaran Zakat?

Bagi mereka yang mempunyai akaun tabung haji, anda tidak perlu risau mengenai pembayaran zakat. Ini kerana, pihak tabung haji akan menguruskan soal pembauyaran zakat dan ia akan ditolak terus dari aakaun tabung haji anda.

Mankala, bagi ASB pula, anda terpaksa menguruskan sendiri pembayaran zakat anda. Ini kerana, ASB mungkin tidak menolak wang dari akaun anda untuk membuat bayaran zakat.

Kedua-Duanya Bagus Untuk Dijadikan Sebagai Tempat Untuk Anda Menyimpan Duit

Kesimpulanya, kalau anda tanya admin yang mana satu tempat yang bagus untuk menyimpan duit, jawapanya senang sahaja, kedua-duanya sangat bagus. Cuma apa yang membezakan ialah tujuan simpanan. Tabung haji digunakan untuk anda menyimpan wang supaya boleh tunaikan umrah atau haji. Tetapi ASB ia lebih menyeluruh.  Jadi, kita tidak boleh hendak membandingkan kedua-duanya sekali.

Kedua-dua instrumen ini merupakan satu simpanan dan pelaburan yang pada admin merupakan pelaburan yang berisiko rendah. Boleh juga membuat pembacaan berkenaan dengan Unit Trust ataupun Wahed Invest bagi mendapatkan gambaran yang lebih besar berkenaan dengan palburan yang lebih tinggi sikit risikonya. 

Alternatif Lain Untuk Pelaburan

Nak buat pelaburan, ini adalah antara artikel berkaitan dengan pelaburan terbaik yang anda boleh baca di laman web kami.

Apapun, harapnya artikel ASB vs Tabung Haji ini memberikan anda perspektif yang baik untuk anda mula melabur. 

Jangan lupa juga untuk follow channel Telegram kami bagi mendapatkan lebih banyak input menarik berkaitan dengan topik kewangan di Malaysia.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest