Apa itu ASB? Mesti anda pernah dengar kan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) bukanlah satu perkara yang asing dalam masyarakat kita pada masa kini. Malah, boleh dikatakan kebanyakan masyarakat kita pada masa kini sudah mula mempunyai akaun ASB. Bukan itu sahaja, kebanyakan ibu bapa sudah mula membuka akaun ASB untuk anak mereka.
Ini kerana, ASB dapat digunakan untuk masa depan mereka dan juga anak mereka. ASB bukan sahaja berfungsi sebagai simpanan masa depan anda tetapi juga ia boleh dijadikan satu medium pelaburan yang boleh digunakan untuk kegunaan masa depan anda. Ianya mempunyai 2 fungsi iaitu simpanan dan juga sebagai satu medium pelaburan.
Pada artikel kali ini, kami akan perincikan apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan ASB ini.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan ASB?
Tetapi timbul pula persoalan, apa yang dimaksudkan dengan ASB ini? Bagi anda yang baru hendak membuka akaun ASB sudah pasti persoalan sebegini bermain di fikiran anda.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990. Tujuan utama penubuhan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah untuk membantu rakyat bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif buat masa depan mereka.
Apa yang lagi bagus, simpanan alternatif Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini pula sebenarnya, boleh menjana pulangan/Keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten buat mereka yang mencarum dalam ASB.
Biasanya, setiap mereka yang mempunyai akaun ASB akan mendapat dividen pada setiap tahun. Biasanya, dividen yang anda akan terima adalah konsisten. Dengan dividen dan keuntungan yang anda dapat inilah ia dapat membantu mereka yang melabur dalam ASB dan dalam pada masa yang sama dapat mengelakkan anda dari bebanan hutang kewangan yang serius.
Untuk cara membuka akaun Amanah Saham Bumiputra ini, anda boleh tengok artikel kami di bawah bagi mendapatkan info lanjut.
Dekat Mana Boleh Beli Dana ASB Ini?
Tadi, admin sudah terangkan kepada anda tentang apa yang dimaksudkan dengan ASB. Tapi pasti anda akan tertanya-tanya dekat mana boleh membeli dana ASB ini? Sebenarnya, untuk membeli dana ASB bukanlah satu perkara yang sukar. Anda boleh membeli dana ASB melalui bank atau ejen bukan bank. Seperti:
- Maybank
- RHB
- CIMB
- AffinBank
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Hong Leong Islamic Bank Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- Alliance Bank
- Ambank
Satu lagi tempat yang sangat popular untuk anda membeli dana Asb ini adalah melalui ejen bukan bank seperti di pejabat Pos Malaysia. Tak susah pun nak buka akaun dengan ASB ini, pastikan anda isikan borang yang diberikan dan bawa dokumen seperti IC untuk membuka akaun.
Apa Kelebihan Melabur Di Amanah Saham Bumiputera (ASB)?
Sebenarnya, ramai antara kita pada masa kini mula melabur dalam ASB adalah kerana, ASB ini sebenarnya mempunyai bermacam kelebihan yang tersendiri. Disebabkan kelebihan yang terdapat dalam ASB itu sendirilah yang telah menyebabkan ASB ini boleh dijadikan sebagai salah satu medium pelaburan dan medium simpanan untuk masa depan anda.
Selain daripada info apa itu ASB, jom saya terangkan kepada anda kelebihan utama melabur di instrumen pelaburan ini. Antara kelebihanya ialah:
1. Ini adalah salah satu kelebihan utama ASB. ASB sebenarnya salah satu bentuk simpanan dan secara tidak langsung ia juga merupakan salah satu simpanan berbentuk pelaburan. Apa yang lagi bagus wang simpanan/pelaburan tersebut, anda boleh keluarkan dalam tempoh 24 jam tanpa perlu melepasi tempoh bertenang iaitu selama 2 – 3 minggu. Jika perlu melepasi tempoh matang, ia sekali gus akan membuatkan anda terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang terlalu lama.
2. Selain itu, ASB juga mampu memberikan kesan kecairan yang tinggi terutama sekali apabila berlaku situasi kecemasan atau waktu-waktu terdesak. Jadi, apabila mempunyai kecairan yang tinggi, penyimpan boleh mengeluarkan wang tersebut dalam masa 24 jam tanpa perlu menunggu terlalu lama. Ia sekali gus akan membantu penyimpan sekiranya mereka berada dalam situasi kecemasan.
3. Apa yang paling penting ASB ini satu skim pelaburan yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Bukan itu sahaja, dividen & bonus yang diperolehi juga di kecualikan daripada cukai. Disebabkan ASB ini dijamin oleh kerajaan ia sekali gus akan memberikan keyakinan kepada mereka di luar sana untuk terus melabur di dalam ASB.
ASB Sememangnya Satu Medium Pelaburan Yang Sangat Bagus Untuk Masyarakat Kita Pada Masa Kini
Dengan kelebihan yang admin sebutkan tadi, ia menunjukkan yang ASB ini adalah salah satu skim pelaburan yang sangat bagus dan banyak mendatangkan manfaat kepada kita pada masa kini. Kalau anda masih belum ada akaun lagi dengan ASB, bolehlah cepat-cepat buka akaun dalam masa terdekat.
Nak Simpan Duit Di Mana Selain ASB
Kalau anda nak simpan duit, ada beberapa alternatif lain selain daripada ASB. Boleh manfaatkan instrument dan tempat simpanan ini bagi tingkatkan simpanan anda. Boleh tengok 2 artikel di bawah untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan tempat simpanan yang baik dan bagus.
Alternatif Kepada Pelaburan ASB
Ada juga yang kata, Amanah Saham Bumiputra ini sebagai salah satu instrument pelaburan dan tidak terhad kepada simpanan. Apapun, untuk pelaburan, boleh tengok beberapa pilihan lain di bawah ini.
Pelaburan Saham
Pelaburan saham ini merupakan satu pilihan pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi berbanding dengan ASB. Apabila risiko tinggi, pulangan pun tinggi juga. Kalau nak bermula dengan saham, boleh tengok beberapa pilihan artikel di bawah ini;
Unit Trust
Anda tiada masa nak laburkan duit anda sendiri, boleh gunakan instrument unit trust ataupun unit amanah ini. Boleh tengok pilihan di bawah untuk info lanjut berkenaan dengan Unit Trust.
Wahed Invest
Wahed invest ni macam unit trust tetapi ianya agak sedikit berbeza. Kerana pelaburan anda dilaburkan menggunakan Robo Advisor. Macam mana tu? Boleh baca berkenaan dengan Wahed invest dalam artikel dan video di bawah ini.
Akhir kata, harap artikel apa itu asb ini berikan anda pencerahan dan cara untuk anda laburkan wang anda dalam ASB. Harap anda dapat follow channel Telegram kami di atas kerana kami akan berikan info terkini artikel berkaitan dengan kewangan dan perkongsian menark berkaitan dengan topik kewangan.