5 Kesan AKPK Kepada Penjawat Awam – Wajib Baca Untuk Info

Kami ada berikan info yang panjang lebar berkenaan dengan AKPK dan pengalaman berurusan dengan client yang mempunyai masalah AKPK di artikel SINI. Tetapi, berbeza pada kali ini, fokus kami adalah berkenaan dengan kesan AKPK kepada penjawat ataupun kakitangan awam di Malaysia. Sebelum pergi lebih jauh, sebenarnya serius atau tidak masalah keberhutangan penjawat awam ini?

Tidak ada statistik yang dibuat berkenaan dengan kadar keberhutangan penjawat awam ini, tetapi beberapa info ini boleh membuatkan anda buka mata dan jika anda datang ke laman web ini disebabkan ingin tahu berkenaan dengan info AKPK, anda datang ke tempat yang betul. Kami akan berikan beberapa tips untuk anda bagaimana untuk elak dari terperangkap dengan hutang juga kesan AKPK untuk kakitangan kerajaan.

kesan akpk pada penjawat awam

Kakitangan Kerajaan Mempunyai Masalah Kewangan?

Daripada kedua-dua artikel ini (link di akhir artikel ye) dapat disimpulkan yang kakitangan kerajaan memang ramai yang dibelenggu dengan hutang yang terlampau tinggi.

Pengalaman saya sebagai seorang Agen Hartanah Berdaftar juga kerap berjumpa dengan masalah yang sama. Terutama apabila saya cuba mengira kelayakan peminjam yang daripada sektor awam. Yang menjadi masalah adalah apabila saya melihat jumlah personal loan ataupun tolakan Angkasa yang kerap dan terlalu tinggi.

Perkara ini memang memberikan kesan yang serious kepada pinjaman perumahan dan perlu untuk dibendung agar tidak terjerat dengan hutang. Memang terlalu mudah untuk penjawat awam buat personal loan, 3 hari sahaja dah lulus dan kebanyakan bank-bank yang memberikan kelulusan pantas seperti ini adalah Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain. Ini adalah antara sebab kenapa ramai penjawat awam yang mempunyai hutang yang tinggi.

AKPK Untuk Kakitangan Kerajaan

Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan AKPK juga perlu melalui proses yang sama seperti kakitangan bukan kerajaan iaitu sesi kaunseling dengan pihak AKPK. Ianya penting untuk pihak Agensi Kaunseling mengetahui kedudukan kewangan anda dan penting dalam memberikan nasihat kewangan yang berkesan.

Sama seperti sektor swasta, pihak AKPK akan struktur balik pinjaman anda terutama yang berkaitan dengan kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman rumah. AKPK akan satukan kesemua hutang ini dalam akaun AKPK dan tarik tahun pinjaman lebih panjang mengikut keselesaan anda. Dari situ boleh buat pembayaran sama ada secara terus ataupun tolakan daripada slip gaji.

Kesan Daripada Pinjaman AKPK

Kesan yang ketara adalah, anda tidak dapat membuat pinjaman baru sama ada pinjaman kereta, rumah, personal loan dan lain-lain. Apabila anda berada dalam program ini, seseorang itu dikategorikan sebagai “peminjam bermasalah” dan anda perlu keluar daripada program ini untuk membuat pinjaman semula.

Saya ada tulis artikel terkini berkenaan dengan kebaikan dan keburukan AKPK. Anda nilaikan sendiri berbaloi untuk anda sertai ataupun sebaliknya.

Apabila anda sudah berjaya keluar daripada program ini pun, perlukan masa setahun untuk anda membuat permohonan pinjaman baru. Ini adalah antara kesan yang ketara dalam pembiayaan rumah anda.

Untuk info lanjut bagaimana AKPK ni berfungsi dan macam mana cara nak memanfaatkan AKPK jika anda mempunyai masalah kewangan, bolehlah tengok video di bawah ini untuk info lanjut.

Tips Untuk Elak Dari Terjerat Dengan Hutang

Pertama sekali elak untuk buat hutang baru terutama sekali personal loan, cuba untuk cut expenses perbelanjaan bulanan anda seperti bil astro, rokok, untuk bil telefon, boleh cari pakej yang lebih murah untuk penjimatan yang ketara.

Jangan lupa untuk bawak bekal dari rumah dan elakkan untuk terlalu kerap makan di kafe yang air kopi di sana sudah cecah Rm15. Ataupun nasi goreng di sesetegah kafe mencecah RM10 untuk satu pinggan. Jangan terlalu kerap, sekali sekala tidak mengapa.

Cuba pada masa yang sama untuk tingkatkan pendapatan anda dan lakukan kerja-kerja di luar waktu kerja seperti mengajar tuisyen, jadi agen hartanah ataupun agen insurans dan lain-lain. Pun boleh jadi rider Grab ataupun Food Panda untuk tambah pendapatan agar hutang anda mulai surut.

Jangan lupa juga untuk anda dapatkan tips dan panduan kewangan Forensik Kewangan ini bagi membantu anda mengurangkan dan strategi kewangan yang efektif.

AKPK Potongan Angkasa

Untuk info, anda juga boleh menggunakan potongan angkasa untuk pembayaran AKPK dan fungsi ini memang ada. Tetapi, nasihat saya adalah, lebih baik anda bayar je melalui online transfer dan sebagainya setiap bulan. Anda mempunyai lebih kemampuan untuk membuat pembayaran dan ada masa anda boleh juga bayar lebih sikit agar pinjaman anda cepat habis. Potongan angkasa tiada fungsi seperti ini.

Cuba disiplin diri untuk membayar secara terus walaupun anda mempunyai pilihan untuk potongan angkasa. Apapun pilihan di tangan anda.

Untuk tahu apa itu AKPK, boleh baca artikel kami mengenai peranan AKPK Di SINI.

Akhir kata, kami rekemen anda sampai masa nak tamatkan AKPK, boleh rujuk ARTIKEL SINI siap-siap. Ianya adalah salah satu tips untuk anda settlekan hutang Agensi Kaunseling ini dengan lebih cepat. Jangan lupa juga untuk follow channel Telegram kami di bawah ini bagi mendapatkan tips-tips kewangan terkini.

Link artikel berkaitan

1 Penjawat awam diburu Ah Long

2 Kakitangan Kerajaan belanja lebih separuh bayar hutang

Related Posts

2 thoughts on “5 Kesan AKPK Kepada Penjawat Awam – Wajib Baca Untuk Info

  1. Assalamualaikum… Saya dalam proses buat pinjaman computer (dah diluluskan, hanya tunggu pihak KPM disburse duitnya saja). Soalan saya, adakah kelulusan pinjaman saya itu akan ditarik balik jika saya berurusan dengan pihak AKPK dalam masa terdekat ini (sebelum KPM bankin pinjaman)?

    Saya tertekan akibat hutang kad credit yang dah tak mampu nak bayar (Bank Rakyat RM4000, Affin Bank RM3000 – maksimum kredit)

    1. saya cadangkan tunggu disburse dahulu baru berurusan dengan AKPK. takut nanti duit tak disbuse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *