7 Info Pengalaman AKPK – Terbaru 2024

Artikel kewangan kali ini adalah berkaitan dengan pengalaman AKPK. Terlalu banyak hutang sampai dah tak boleh nak manage, terutama hutang yang berkaitan dengan kad kredit dan rumah? Ada kala sampai dah tak boleh nak tidur malam terlalu memirkan pasal hutang? Salah satu jalan yang terbaik adalah untuk anda “serah diri” kepada pihak AKPK ataupun Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Kali ini kami nak berikan tips pengalaman uruskan client yang mempunyai masalah dalam AKPK sehingga selesai dan bagaimana beliau boleh membeli rumah kembali setelah urusan dengan AKPK selesai.

Yang penting, urusan settle dan tak pening kepala lagi dan pada post kali ini juga, kami ingin berikan tips kepada anda untuk menambah pendapatan agar anda boleh menyelesaikan semua hutang yang ada dalam masa yang singkat, terutama hutang seperti kad kredit.

pengalaman akpk

Bagaimana AKPK Membantu Anda?

AKPK merupakan agensi di bawah Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menigkatkan tahap celik kewangan di kalangan masyarakat. Nampak “cliche” kan, adakah ianya hanya berikan kaunseling semata-mata?

Boleh baca artikel terkini berkenaan dengan kesan AKPK kepada kakitangan awam di SINI.

Jawapannya tidak! Selain daripada kaunseling kewangan, khidmat AKPK adalah kecilkan bayaran bulanan anda. Macam mana mereka lakukan? Setakat pembacaan saya daripada beberapa blog, tak ramai yang huraikan secara detail apa yang AKPK lakukan untuk membantu mengurangkan komitmen bulanan anda. Secara ringkasnya, ini adalah apa yang pihak AKPK lakukan untuk memudahkan urusan pinjaman perumahan anda.

Setiap pinjaman dengan agensi kewangan akan ada jumlah asal pinjaman ataupun biasa dalam istilah kewangan dipanggil “principal”. Satu lagi jumlah yang anda kena bayar adalah “interest” yang juga termasuk dalam bayaran yang anda perlu bayar setiap bulan.

Contoh Kes Berkaitan AKPK

Jika anda mempunyai hutang kad kredit, katakan hutang itu mempunyai interest sebanyak RM1200 sebulan, dan setiap bulan anda gagal untuk membayar jumlah interest tersebut, ini akan menyebabkan bayaran bulanan anda semakin bertambah.

Disebabkan jumlah bayaran bulanan anda semakin bertambah dan hutang anda yang tak akan habis. Benda ini pastinya buat anda tak tidur malam memikirkan macam mana nak selesaikan hutang tersebut. Itu kalau 1 kad kredit, macam mana kalau seseorang itu mempunyai 8 kad kredit dan setiap satu kad kredit mempunyai limit seperti itu. Pastinya akan membuat seseorang bertambah stress.

Untuk info lanjut berkenaan dengan AKPK, fungsi dan bagaimana nak memanfaatkan AKPK ini, saya galakkan anda tengok video di bawah ini;

Apa Yang AKPK Ni Lakukan

Apa yang AKPK akan buat adalah, mereka akan berurusan dengan pihak bank yang mempunyai kesemua 8 kad kredit tersebut, dari sana, mereka akan ketepikan jumlah interest dan anda hanya perlu membayar jumlah prinsipal sahaja untuk kesemua 8 kad kredit tersebut. Boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan apa itu AKPK di dalam artikel di SINI.

Selain itu, bergantung kepada tahap kemampuan anda untuk membayar hutang, pihak AKPK akan memanjangkan tempoh pembayaran untuk kesemua kad kredit tersebut kepada satu tempoh yang membolehkan untuk anda selesa membayar bulanan.

Dari sini anda akan dapat lihat ramai yang memberikan feedback positif berkenaan dengan AKPK dan ramai yang mengatakan hutang mereka berjaya dikurangkan, sebagai contoh daripada RM1000 sebulan kepada RM400. Tetapi inilah yang mereka lakukan, hutang tetap hutang yang perlu anda bayar dan harap inilah yang membantu anda untuk mengurangkan bayaran bulanan untuk setiap bulan.

Ini adalah antara beberapa syarat AKPK yang anda perlu tahu.

Hutang ALong boleh selesai ke dengan AKPK?

Kalau berkaitan dengan ALong, memang AKPK tidak dapat membantu, lebih baik untuk anda dapatkan khidmat daripada PPIM.

Kekurangan Khidmat Kewangan Ini

1 Anda tidak akan dapat membuat pinjaman lagi dengan mana-mana pihak institiusi kewangan selagi masih dalam program AKPK ini. Selepas keluar dari senarai AKPK ini, biasanya selepas setahun setahun barulah dapat membuat pinjaman baru. Sebab itu kalau anda dalam program ini, memang tidak akan dapat membuat pinjaman rumah.

2 Kalau anda gagal membuat pembayaran selama 2 bulan berturut-turut, anda terkeluar daripada program dan perlu membayar semua interest seperti biasa.

3 Sekali anda keluar daripada program, memang tidak akan dapat masuk semula, jadi kalau ada dalam program, gunakan sebaiknya peluang yang anda ada. Sekali terkeluar, anda perlu membayar jumlah interest seperti biasa. Ini adalah salah satu cara untuk anda keluar daripada belenggu kewangan kalau dah tiada cara lain.

Tips untuk Kurangkan Hutang

Mudah, tetapi nak lakukan bukan mudah. Tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan ataupun expenses, dari situ cuba “tackle” loan yang dah nak habis seperti kad kredit, personal loan dan lain-lain. Elakkan ambil hutang baru. Ini adalah antara tips dan pengalaman AKPK yang sangat efektif.

Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dengan AKPK adalah mereka yang mempunyai hutang kad kredit. Kami ada cara khusus untuk anda atasi masalah hutang kad kredit di ARTIKEL INI.

Mula cari idea untuk tambah pendapatan kerana secara ada macam-macam cara nak tambah pendapatan. Kami berikan kepada anda juga beberapa cara untuk tambah pendapatan bagi membantu anda untuk keluar dari bebanan hutang dengan segera. Nak tahu lebih lanjut tips special kami ada di SINI.

Mula Kurangkan Hutang Sekarang.

Apapun, ini adalah sedikit info untuk anda dan harap selepas ini, belenggu kewangan anda selesai dan anda dapat tido malam seperti biasa. Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan program ini, boleh telefon terdekat.

Boleh baca artikel baru kami berkenaan dengan muflis ataupun bankrap di SINI. Dah sampai masa nak tamatkan AKPK, Baca Artikel SINI siap-siap.

Tujuan kami adalah supaya lebih ramai lagi mereka yang faham berkenaan dengan pengalaman akpk ini dan diharapkan anda boleh kongsikan artikel ini kepada mereka yang berkenaan.

Jangan lupa untuk follow channel Telegram kami bagi mendapatkan lebih banyak tips-tips berkaitan dengan kewangan dan cara tambah pendapatan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *