8 Pengalaman Menjadi Muflis – Perkongsian 2020

Topi kewangan kali ini adalah berkaitan dengan pengalaman menjadi muflis. Muflis ataupun bankrap merupakan sesuatu yang menjadi “taboo” kepada masyarakat di Malaysia dan ramai yang tak mahu terlibat denganya. Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa tips penting menolong seorang client dan pengalamannya menjadi muflis, proses bankrap dan beberapa keistimewaan pada artikel ini.

Menjadi bankrap bukan pengakhiran kepada dunia pun, kerana ramai yang bangkit menjadi jauh lebih baik dari suduk kewangan selepas bankrap. Kekuatan untuk bangkit semula itu yang menjadikan mereka unik.

Kepada anda yang sedang dalam proses ini ataupun berdepan dengan situasi ini, nasihat kami adalah jangan lari dan cuba untuk hadapi isu ini. Pergi ke jabatan insolvensi dan dapatkan nasihat dan pandangan. Memang akan ada pemungut hutang melalui telefon ataupun berjumpa tetapi harus diingat, pemungut hutang ini mendapat komisyen daripada hutang yang berjaya diambil, jika diishtihar bankrap, mereka sepatutnya tidak boleh berbuat apa-apa terhadap anda.

pengalaman menjadi muflis

Jika diisytihar – Apa anda perlu lakukan?

Memang kebanyakan orang tak mahu status bankrap ini kerana beranggapan habis semua harta akan hilang. Tetapi tidak semestinya bergitu, apapun, ini adalah antara perkara yang diluar pengetahuan anda berkenaan dengan muflis dan manfaat yang anda bakal dapatkan. Nasihat kami, cuba berdepan dengan isu ini. Berikut adalah antara beberapa isudan persoalan berkenaan dengan pengalaman menjadi muflis yang sering kami hadapi.

1 Boleh ke seorang yang bankrap guna kad kredit?

Seorang yang muflis boleh menggunakan kad kredit dengan limit RM1k sahaja. Kalau nak gunakan lebih daripada rm1k, hendaklah mendapatkan kebenaran daripada bank ataupun mahkamah. Melangar peraturan ini (limit lebih daripada RM1k) ianya adalah melanggar akta Insolvency Act 1967.

2 Boleh ke seorang yang muflis travel ke luar negara?

Secara umumnya tidak boleh, kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada mahkamah ataupun DGI (director ganeral of insolvency). Jika telah mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah barulah boleh melancong ke luar negara.

3 Menukar Milik Hartanah

Seseorang yang diishitharkan muflis tidak dibenarkan menukar status hartanah mereka. Sebab itu jika dalam proses jual dan beli rumah, jika seseorang diishtiharkan bankrap, proses penukaran nama tidak dapat dijalankan.

4 Boleh Ke Buka Bank Akaun?

Bagi mereka yang sudah diishtihar muflis, kesemua akaun bank akan menjadi tidak aktif. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes yang kesemua akaun masih boleh digunakan lagi apabila mendapat kebenaran daripada DGI ataupun kebenaran daripada mahkamah. Apabila mendapat kebenaran, dia boleh mengaktifkan kembali akaun lama ataupun membuat akaun baru dengan bank lain.

5 Boleh ke seorang yang bankrap dilepaskan daripada status?

  • Ada 3 cara sahaja untuk dilepaskan daripada status muflis ini.
  • Memohon kepada mahkamah setelah kesemua hutang yang berkaitan dengan proses sebelum ini selesai. Ada 3 cara sahaja untuk dilepaskan daripada status muflis ini.
  • Memohon di mahkamah untuk dilepaskan dari bankrupt. Boleh ke jabatan insolvensi untuk info lanjut. Memohon kepada DGI di bawah seksyen 33A Akta Bankrap 1967.

6 Bolehke seseorang itu dibankrapkan?

Memang ada orang yang mahukan dirinya bankrap. Ini kerana salah satu keistimewaan adalah tidak perlu membayar hutang yang terlalu banyak dan tidak perlu diganggu oleh agen pemungut hutang. Apapun, seseorang itu hanya boleh diishtiharkan muflis hanya setelah mendapat perintah mahkamah. Ada 2 cara untuk dapatkan perintah mahkamah,

  • salah satunya adalah pihak peminjam mengemukakan perintah mahkamah.
  • Satu lagi cara adalah dengan anda sendiri pergi ke mahkamah dan ingin diishtiharkan bankrap dengan mengemukakan dokumen berkaitan dengan hutang dan lain-lain.

7 Bagaimana Dengan Pekerjaan Yang Dilakukan sekarang?

Bankrap tidak menjadikan anda hilang pekerjaan. Tapi memang ada beberapa sektor yang tidak membolehkan seseorang yang muflis bekerja.

Ini adalah antara beberapa persoalan penting bagi mereka yang inginkan info berkenaan dengan muflis. Ianya adalah antara pengalaman yang mereka perlu lalui dan yang paling penting sekali, jangan lari apabila anda mendapat tahu yang anda dalam proses bankrap. Berdepan dengan isu ini dan pergi ke jabatan insolvensi untuk info lanjut. Lagi soalan penting berkenaan dengan info, keistimewaan dan lain-lain, boleh ke SINI untuk dapatkan info lanjut.

Apapun, bankrap jauh lebih baik daripada AKPK, KLIK SINI. Kepada anda yang tidak mampu membayar hutang, AKPK adalah antara jalan terakhir. Kalau AKPK tidak dapat membantu, diishtiharkan muflis pun tidaklah pengakhiran kepada dunia.

Harapnya artikel dan perkongsian pengalaman menjadi muflis ini dapat membantu anda untuk memperbaiki kewangan anda. Kami sangat berharap agar artikel ini boleh menyedarkan ramai orang lagi dengan berkongsi di laman social di bawah. Hanya klik sahaja dan link di bawah. Terima kasih.

Akhir kata, jangan lupa follow channel Telegram kami di atas bagi mendapat lebih banyak input terkini kewangan dan cara tambah pendapatan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest