Pinjaman Rumah – Untuk Bekerja Sendiri Dan Tak Bayar Income Tax

Baru-baru ini pihak kami mendapat banyak permohonan dan permintaan untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada mereka yang bekerja sendiri. Bagi mereka yang bekerja sendiri, tidak susah untuk mendapatkan pinjaman asalkan anda melakukan perkara berikut. Iaitu declare pendapatan anda dengan LHDN. Kalau anda tidak decalare pendapatan anda dengan LHDN, memang tak susah untuk mendapatkan pinjaman sama ada pinjaman perumahan ataupun refinance rumah anda.

Memang banyak bank yang berikan pinjaman rumah kepada mereka syarikat yang membayar income tax. Proses pinjaman tidak susah, asalkan anda membayar income tax selama setahun dan syarikat anda telahpun ditubuhkan melebihi setahun, tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Untuk info lanjut bagi mendapatkan pinjaman perumahan, boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

Pinjaman Rumah – Kerja Sendiri Tapi Tak Declare Income Tax

Kami banyak mendapat enquiry untuk mendapatkan pinjaman bagi mereka yang tak declare income tax. Yang terbaru adalah bagi seorang adik yang ingin refinance kedainya untuk memperbesarkan lagi perniagaan. Cuma yang menjadi masalah adalah, dia tak declare cukai bagi perniagaannya. Kes tersebut adalah seperi berikut;

  • Perniagaan – berkaitan dengan perkahwinan
  • Income – anggaran rm20k sebulan
  • Tempoh perniagaan – 10 tahun 
  • Cukai – Tak Declare Income Tax
  • Lokasi – sekitar Johor Bahru

Sama ada untuk pembiayaan semula rumah ataupun pinjaman rumah, proses adalah lebih kurang sama sahaja. Kalau tak declare income tax, tak banyak pilihan untuk pinjaman, akan tetapi cuma ada beberapa bank yang masih menawarkan pinjaman kepada anda. Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh isi borang di atas untuk kami hubungi anda dalam masa terdekat.

Tidak kurang juga ada yang menghubungi kami untuk pembiayaan rumah dan beliau mempunyai syarikat dan tidak declare income tax. Dalam kes seperti ini, apa yang penting untuk anda lakukan adalah mempunyai jumlah duit keluar masuk yang tinggi dalam akaun syarikat. Asalkan duit yang keluar masuk dalam akaun anda itu OK, tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman. 

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Anda Bekerja Sendiri

Jika anda bekerja sendiri, apa yang anda perlu lakukan bagi membolehkan anda mendapatkan pinjaman sama ada pinjaman kereta, rumah, nak lakukan pembiayaan semula rumah pun tak ada masalah.


Aspek-aspek teknikal adalah penting dan antara yang penting adalah untuk anda membayar cukai perniagaan anda dan declare pendapatan anda kepada pihak berkuasa. Ianya akan memudahkan anda pada masa hadapan bagi mendapatkan pinjaman. Bank-bank lebih mesra kepada mereka yang membayar cukai dan lebih berani memberikan pinjaman kepada mereka yang membayar cukai perniagaan mereka. 

Ambil masa untuk belajar berkenaan dengan cukai yang anda perlu bayar kepada pihak berkuasa dan cara untuk kurangkan jumlah cukai yang anda perlu bayar. Banyak rebate-rebate yang anda boleh manfaatkan untuk kurangkan jumlah cukai dan cara-cara ini telahpun ada sekarang ini dan terpulang kepada anda untuk memanfaatkan. Aspek percukaian merupakan perkara yang penting dan tidak sesekali boleh anda ambil ringan. Declare income tax, dan banyak pilihan pinjaman dari bank-bank komersial anda.

Apapun, kalau anda nak mendapatkan pinjaman rumah tetapi income anda cuma bergantung kepada perniagaan anda, percayalah ada bank yang boleh memberikan pinjaman perumahan anda setakat artikel ini ditulis, apapun boleh hubungi kami untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan rumah yang anda ingin dapatkan. Kami akan guide proses pembelian anda dari awal hingga akhir.

Leave a Reply