6 Cara Beli Rumah Kedua – Terkini 2023

Macam mana cara beli rumah kedua? Nak beli rumah ini bukalah memerlukan satu proses yang rumit, apa yang diperlukan adalah masa urusan dan kos-kos berkaitan. Kalau anda datang ke sini sedang mencari info berkenaan dengan tips untuk beli rumah kedua, kami akan berikan beberapa tips dan panduan untuk anda.

Kalau anda sudah mempunyai sebuah rumah, dan ingin memiliki rumah kedua, pastinya anda akan agak mahir dengan selok belok proses pembelian rumah. Apapun, bagi kami, yang paling penting sekali adalah untuk pinjaman perumahan anda lulus dan modal yang diperlukan untuk mendapatkan pinjaman rumah tersebut. Kami akan berikan sedikit tips penting sebagai panduan untuk membeli rumah kedua.

cara beli rumah kedua

Panduan Mendapatkan Pinjaman Rumah

Untuk info, pinjaman untuk rumah pertama, anda boleh cuba untuk dapatkan maksimum 100% pinjaman. Untuk rumah kedua pula, hanya 90% daripada harga pasaran. Untuk rumah ketiga pula, anda hanya boleh mendapatkan 70% daripada harga pasaran. 

Jika anda ingin membeli dan mendapatkan pinjaman rumah kedua dan seterusnya, pastikan anda mempunyai jumlah wang yang cukup untuk cover 10% downpayment dan juga kos-kos berkaitan dalam proses jual beli rumah. Sediakan cash ataupun boleh gunakan KWSP untuk sediakan cash dalam proses jual beli rumah. 15% adalah satu jumlah yang reasonable dan berbaloi untuk anda sediakan dalam proses jual beli rumah.

Jangan lupa untuk semak kelayakan anda menggunakan kalkulator khas. Alat di bawah ini akan sangat membantu untuk anda semak kelayakan pinjaman anda. 

Kalau nak dapatkan tips menyimpan, kami rekemen anda baca artikel ini. Untuk tips tempat simpanan terbaik pula kami rekemen yang INI.

Pengalaman Beli Rumah Pertama

Pengalaman beli rumah yang pertama semasa saya berada di Johor Bahru dan pada ketika itu, baru memulakan kerja sebagai seorang engineer di syarikat multinational. Kerana tiada pengalaman dan tidak tahu selok belok proses pembelian rumah, pada ketika itu, agen yang menguruskan proses pinjaman perumahan sehingga urusan dengan peguam.

Rumah yang saya beli pada tahun 2011 itu di beli dengan harga RM155k rendah sikit daripada harga pasaran. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, rumah ini banyak memberikan jasa.

Pinjaman rumah masa tu tak dapat nak buat maksimum 100% kerana Skim Rumah Pertamaku masih belum dilaksanakan dengan sebaiknya. Tiada pilihan kerana terpaksa membuat pinjaman 90%. 

Perkara yang terlepas pandang, rumah itu mempunyai sekatan daripada pejabat SUK Negeri Johor dan proses untuk kelulusan melepaskan sekatan itu sahaja mengambil masa sehingga setahun. Apapun, selepas hampir 1 tahun 6 bulan, proses pertukaran nama dan serah kunci telahpun selesai. Untuk prosedur pembelian rumah, kami akan detailkan di bahagian bawah. 

Beli Rumah Loan Kerajaan LPPSA

Memang tugas sebagai seorang agen hartanah menguruskan pinjaman rumah termasuklah pinjaman untuk loan kerajaan LPPSA. Kebanyakan pinjaman loan kerajaan yang saya uruskan melibatkan rumah baru atau undercon. Untuk rumah subsale pula, kebanyakan pinjaman yang saya uruskan adalah untuk pinjaman bank.

Kalau nak beli rumah subsale menggunkan loan kerajaan, adalah lebih baik untuk anda menggunakan khidmat agen ataupun lawyer yang memang dah biasa melakukan proses pinjaman seperti ini. Untuk mereka yang berada di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang ingin membuat loan kerajaan bagi pinjaman rumah sama ada subsale ataupun undercon, boleh hubungi kami dengan mengisi borang di bawah ini.

Harap, ianya akan membantu sedikit sebanyak bagi memudahkan proses jual beli rumah anda.

Prosedur Beli Rumah

Berikut adalah antara prosedur mudah. Sebagai seorang agen hartanah,  berikut adalah prosedur mudah bagi proses pembelian rumah. 

  1. Semak kelayakan pinjaman rumah. Pengiraan Debt Service Ratio amat penting.
  2. Cari rumah berdasarkan kepada kelayakan pinjaman anda. Kalau maksimum pinjaman anda RM300k, cari rumah yang berharga RM280k. RM20k untuk buffer.
  3. Tengok rumah, dan kalau berminat bayar booking dan deposit. Booking dibayar ke akauan agensi ataupun client acc lawyer.
  4. Submit loan kepada bank-bank yang ada. Biasanya agen akan uruskan proses ini.
  5. Pinjaman dah lulus, seterusnya adalah urusan dengan peguam. Anda perlu sign dokumen yang berkaitan seperti Loan Agreement (dokumen dengan bank kalau buat pinjaman bank, kalau bayar cash tak perlu) satu lagi adalah

Perlu diingatkan yang kalau anda mempunyai komitmen yang agak tinggi, tidak digalakkan utnuk anda membeli ataupun cuba untuk membeli rumah yang kedua. Lebih baik anda cuba jual rumah yang pertama ataupun cuba untuk combine pinjaman rumah anda dengan pasangan untuk rumah yang kedua. Ataupun cuba fokus untuk tambah pendapatan sampingan. Di akhir artikel ini kami akan berikan kepada anda beberapa tips dan panduan untuk tambah pendapatan. 

Cara lain, cuba jual dulu rumah pertama dan beli rumah yang kedua. Prosedur jual beli rumah anda boleh tengok di video di bawah ini.

Kos Beli Rumah Subsale

Untuk kos pembelian rumah, berikut adalah jumlah yang anda kena sediakan untuk pemilikan rumah. 

  1. 10% Downpayment, kalau pembeli pertama, anda boleh cuba skim rumah pertamaku untuk 100% loan
  2. Kos guaman, pembeli pertama akan ada rebate untuk cukai “stamp duty”
  3. Valuation – Bergantung kepada harga rumah, RM1000++
  4. Insurans – MRTA ataupun MLTA, bergantung kepada bank dan pilihan anda sendiri.
  5. Agen fee, ada agen yang caj dan sebaliknya.

Kebanyakan kos anda boleh gunakan KWSP akaun 2 untuk pembelian rumah. Kalau belum keluarkan ataupun tak cukup cash, boleh gunakan KWSP akaun 2 anda. 

Tips Loan Mudah Lulus

Lebih mudah kalau anda mempunyai pendapatan sampingan ataupun ada income tambahan. Sebagai contoh, mempunyai pendapatan dalam bentuk sewa pun akan sangat membantu bagi membolehkan pinjaman anda mudah lulus.

Ada Perniagaan Sendiri

Anda mempunyai syarikat sendiri? Kalau belum boleh cuba untuk ke SSM dan daftar syarikat anda sendiri. Ada SSM tapi nak berniaga apa? Boleh baca 14 idea barang nak dijual di Shopee ini dan juga idea perniagaan business online di SINI.

Berdagang Saham dan FCPO

Tak nak pening-pening ada syarikat sendiri, boleh memilih untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan saham dan FCPO. Boleh baca 2 artikel saya di bawah;

Apapun, harap artikel cara beli rumah kedua ini dapat memberikan anda info yang lebih lanjut untuk tambah rumah. Dah boleh fikir-fikir jadikan rumah sebagai satu bentuk pelaburan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *