12 Cara Daftar SSM Terkini 2023

Macam mana cara nak daftar SSM? Sekarang ini ramai yang sudah mula untuk memulakan perniagaan sendiri sama ada secara online ataupun offline. Nak memulakan perniagaan sendiri tidaklah terlalu susah kerana apa yang anda perlukan adalah idea untuk menjalankan perniagaan anda.

Seiring dengan perkembangan teknologi, banyak perniagaan yang berasaskan internet muncul sekarnag ini. Sama ada ianya secara online ataupun offline, adalah lebih baik anda daftarkan ianya dengan SSM agar urusan menjadi lebih mudah dan nampak lebih profesional dalam menjalankan perniagaan. 

Ada banyak manfaat menjalankan perniagaan dengan dokumen yang “proper” yang antaranya adalah, mudah untuk pinjaman anda lulus. Apapun, kali ini, kami nak tunjuk step by step cara dan langkah untuk membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pada akhir artikel ini, kami akan berikan beberapa manfaat berkenaan dengan pinjaman di sini.

cara daftar ssm

Langkah-Langkah Daftar SSM Secara Online Dan Offline

Nak daftar SSM, semuanya mudah sahaja sekarang ini. Berikut adalah antara beberapa langkah mudah untuk membuat pendaftaran.

Nama Dan Jenis Perniagaan

Sebelum memulakan pendaftaran, dah kena fikir siap-siap nama perniagaan yang anda nak kena tulis. Di dalam borang tersebut, biasanya akan ada 3 nama perniagaan yang anda boleh tulis dan isikan. Pihak SSM akan lihat kepada nama yang available untuk membuat pendaftaran.

Jenis perniagaan pula ada milikan tunggal dan juga perkongsian. Untuk lebih mudah, guna sahaja milikan tunggal dan gunakan nama sendiri untuk perniagaan anda. Sekali lagi, pastikan dah ada nama ye sebelum mulakan pendaftaran.

Daftar di Laman Web EZBIZ

Nak buat pendaftaran secara online pun tiada masalah. Caranya adalah, pergi sahaja ke laman web yang disediakan. 

KLIK sign up 

Create ID dan Password untuk memudahkan proses pendaftaran anda.

Kalau nak daftar secara manual pula, tidak perlukan langkah ini, boleh pergi ke kaunter SSM terdekat.

Untuk pendaftaran online – boleh ke LINI INI

Pergi Ke Kaunter SSM Untuk Pengesahan

Walaupun anda membuat pendaftaran secara online, masih perlu untuk membuat pengesahan IC. Macam mana nak buat pengesahan, boleh ke kaunter yang terdekat unutk membuat pengesahan.

Isi Maklumat di Borang

Kalau boleh isi secara online lagi bagus, tetapi kalau tak tahu macam mana, boleh tanya pegawai bertugas untuk dapatkan borang yang berkaitan. Biasanya borang yang perlu diisi adalah borang A.

Maklumat borang yang perlu diisi dalam borang pula adalah seperti berikut;

a) Nama perniagaan

b) Tarikh permulaan perniagaan

c) Alamat utama perniagaan

d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)

e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi

f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan

g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Lebih baik kalau dah ada semua dokumen berkaitan, terus sahaja lakukan semua proses di kaunter berdekatan.

Buat Bayaran Segera

Kalau gunakan nama sendiri, jumlah bayaran seperti di bawah. Bayaran perlu dilakukan dengan segera dan jumlah bayaran adalah seperti berikut. Jangan lupa untuk bawa duit lebih sedikti mana tau ada caj-caj tambahan.

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00 
  • Maklumat Perniagaan – RM10.00

> Tips Penting Untuk Sukses Dalam Perniagaan Anda – KLIK SINI<< (opens in a new tab)">>> Tips Penting Untuk Sukses Dalam Perniagaan Anda – KLIK SINI<<

Tunggu Approval & SIjil

Kalau anda gunakan nama sendiri, sekejap sahaja perniagaan anda sudah disiapkan. Tetapi, kalau anda menggunakan nama lain, pihak SSM perlu buat confirmation untuk lihat nama tersebut masih ada ataupun sebaliknya. 

Kebiasannya, perakuan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam dari tarikh pembayaran dilakukan.

Bila sijil sudah dapat, maka sahlah perniagaan anda. Bagi yang kali pertama mendaftar mungkin nampak sukar tetapi bagi yang dah biasa, memang tiada masalah dan semuanya nampak simple dan mudah. Senang je kan cara daftar SSM ni.

Boleh tengok video di bawah ini juga ya.

Manfaat Ada SSM

Berikut adalah antara beberapa manfaat kalau anda ada SSM berbanding dengan kalau tiada apa-apa dokumen syarikat berkaitan. 

Perniagaan Diyakini

Kalau ada SSM ini, perniagaan anda akan lebih diyakini dan mudahlah sesuatu urusan perniagaan tersebut. Kalau anda berniaga online, pembayaran di akaun peribadi dan akaun syarikat, mana satu yang lebih dipercayai, tentulah pembayaran di akaun syarikat kan. Atas sebab itu, kalau nak pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan, memang wajib untuk daftar SSM dan digitalkan perniagaan anda. 

Boleh baca artikel kami di SINI untuk tips agar memudahkan dan menjadikan perniagaan anda mengikut arus perniagaan semasa.

Boleh Daftar Current Akaun & Simple Akaun

Akaun simpanan mempunyai limitasi dari segi transaksi perniagaan yang anda boleh lakukan tetapi tidak bagi akaun semasa. Kalau ada akaun syarikat, akan lagi mudah untuk buka akaun semasa untuk pernigaan anda. 

Pun boleh belajar mengenai simple accounting bagi memudahkan anda untuk uruskan perniagaan anda. 

Mudah lulus Loan & Pinjaman Rumah

Sekarang ini ramai yang mempunyai perniagaan sendiri tetapi, tak boleh nak buat pinjaman dari bank khususnya pinjaman rumah. Kenapa tak boleh nak buat pinjaman bank sedangkan dah ada SSM dan juga dah ada akaun semasa dari bank?

Kenapa tak lulus, sebab tak declare dan bayar income tax. Kalau ada income tax, akan lebih mudahlah untuk buat pinjaman perumahan.

Boleh tengok juga pengalaman saya uruskan mereka yang ingin buat pinjaman rumah tapi tak declare income tax di SINI.

Idea Perniagaan SSM

Alang-alang dah sampai di sini, kami ada tuliskan beberapa idea penting untuk perniagaan anda. Kalau anda belum ada idea untuk buat perniagaan boleh baca beberapa artikel yang kami tulis ini khusus untuk tingkatkan lagi perniagaan anda.

Juga, kalau ada ada perniagaan sendiri dan ingin mencari peluang lain untuk berniaga, tiada masalah untuk dapatkan lebih banyak info untuk tambah idea dan peluang perniagaan anda. Berikut adalah antara beberapa idea penting untuk kembangkan dan dapatkan idea berkaitan dengan pelbagai bidang.

Harap ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk tambah pendapatan secara konsisten setiap bulan.

Akhir kata, teruskan untuk membuat pendaftaran dengan SSM dan kembangkan perniagaan anda. Dengan strategi dan teknik marketing yang betul akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya dalam dunia perniagaan anda. Harap artikel cara daftar SSM ini membantu anda untuk membuat pendaftaran secepat mungkin.

Related Posts

2 thoughts on “12 Cara Daftar SSM Terkini 2023

  1. macam mana ya klu nak register ssm utk homespa? Address guna alamat rmh ?

    1. betul, kalau ada kedai blh gunakan kedai, kalau tak pakai alamat rumah pun tak ada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *