Part Time Penghantar Barang J&T 2022

Macam mana nak jadi part time penghantar barang J&T? Antara kerjaya yang berikan pulangan ataupun gaji yang agak lumayan ditambah sekali dengan masa yang agak fleksible adalah kerjaya runner ataupun penghantar barang. Untuk gaji, taklah sama dengan mereka yang bekerja dalam sektor seperti Oil & Gas akan tetapi, cukuplah untuk menampung perbelanjaan yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Macam mana nak memohon dan apakah syarat-syarat yang anda perlu tahu untuk memohon pekerjaan sebagai runner J&T ini, anda boleh baca sampai habis. Juga beberapa alternatif lain untuk anda memohon pekerjaan sebagai penghantar barang di tempat yang berdekatan dengan anda.

part time penghantar barang j&t

Berapa Gaji Penghantar Barang J&T

Ada beberapa testimoni daripada beberapa kenalan yang memang dah jadi runner sama ada J&T, Shopee dan bermacam lagi, kalau fokus tak ada masalah untuk dapat income sebanyak RM3000 sebulan. Kalau betul-betul buat mungkin boleh dapat income lagi besar bergantung kepada keadaan.

Lagipun kerjaya penghantar barang ini agak fleksible dan tidaklah berada di satu tempat statik seperti kerjaya operator kilang. Ianya sebagai satu alternatif yang bagus untuk anda kalau anda tak nak kerja sebagai operator dan nak cari alternatif lain yang ada.

Apapun, kerjaya ini mempunyai gaji yang agak fleksible dan bergantung kepada anda sendiri. Apapun, kalau anda tak cuba belum tahu lagi macam mana keadaan jadi penghantar barang di J&T.

Part Time Hantar Barang Guna Kereta Sendiri

Tak ada masalah pun kalau anda nak guna kereta sendiri dan ada masa juga anda kena guna kenderaan syarikat. Akan tetapi, kalau dapat guna kereta sendiri, memang bagus dan tak ada masalah. Apapun, boleh cuba dahulu macam mana kerjaya penghantar barang ini dan untuk J&T, tak terhad kepada penghantar barang, ada bermacam kerjaya yang anda boleh cuba antara adalah pekerjaan dalam stor mereka. 

Cumanya, kalau pekerjaan dalam stor milik mereka ini tidaklah fleksible seperti mana pekerjaan sebagai pengantar barang. 

Khidmat Penghantaran Barang Semakin Popular

Selepas Covid-19 memang banyak sektor mula dibuka dan sektor penghantaran barang adalah antara sektor penting yang memacu ekonomi negara. Syarikat perniagaan online seperti Lazada, Shopee, PG Mall dan lain-lain memang memerlukan syarikat penghantaran barang seperti Shopee Express, J&T, Poslaju dan lain-lain.

Ekonomi akan terus berkemabang maju pada masa akan datang dan permintaan terhadap khidmat penghantaran barang memang akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Tidak terhad daripada pelbagai barangan daripada kedai-kedai online, banyak lagi barangan peribadi dan lain-lain yang bakal dihantar. 

Syarikat penghantaran barang pun sudah semakin banyak dan kami pasti bilangan syarikat seperti ini akan bertambah dari masa ke semasa. Tidak terhad kepada J&T sahaja, anda pun boleh mencuba untuk memohon syarikat penghantaran barang selain J&T, asalkan ianya memenuhi apa yang anda mahukan.

Syarat Asas Permohonan

Berikut adalah antara beberapa syarat asas permohonan kalau anda nak memohon sebagai penghantar barang di J&T.

  • Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan seperti yang telah ditetapkan.
  • Mempunyai lesen memandu motosikal atau kereta yang disahkan oleh kerajaan malaysia.
  • Mempunyai kenderaan sendiri untuk membuat penghantaran.

Menarik kan, syarat permohonan untuk memohon taklah susah. Berikut adalah cara membuat permohonan.

Cara Permohonan

Untuk mohon, apa yang anda perlukan adalah;

  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi J&T yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
  • Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat untuk memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

Simple sahaja cara untuk memohon, untuk memohon anda boleh tengok pada link di bawah ini.

Alternatif Lain Selain J&T

Ada banyak sebenarnya alternatif lain selain daripada penghantar barang J&T. Antara alternatif lain yang saya boleh rekemen kepada anda selain dariapda J&T adalah sebagai penghantar barang di Shopee. Info lanjut berkenaan dengan cara nak jadi runner Shopee di SINI.

Kalau anda sedang mencari pekerjaan, adalah lebih baik saya rekemen anda untuk cuba pekerjaan yang tak memerlukan komitmen yang tinggi. Saya maksudkan anda boleh cuba untuk menjadi penjual di Shopee. Tak susah pun nak jadi penjual di Shopee ni sebenarnya, ikut sahaja beberapa step ini dan anda boleh jadi penjual di Shopee. Ianya adalah alternatif yang baik selain anda menjadi runner J&T.

Sampai sini sahaja artikel kami. Jangan lupa untuk anda memohon sebagai part time penghantar barang J&T secepat mungkin. Lagi cepat untuk anda memohon, lagi bagus.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest