6 Cara Menjual Barang Di Lazada – 2023

Pada artikel kali ini, kami akan membincangkan tentang cara menjual barang di Lazada. Jika anda seorang usahawan yang ingin mengembangkan pasaran jualan anda, atau anda seorang suri rumah tangga yang sedang berniaga di rumah, atau juga anda mahu menambah pendapatan dengan menjadi stokis produk-produk popular secara online. Kami rasakan artikel ini akan memberikan banyak info yang berguna.

Boleh baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak informasi yang bakal kami kongsikan pada artikel kali ini. Boleh amalkan semua tips yang bakal kami kongsikan ini dan terus setup kedai anda di Lazada.

cara menjual di lazada

Apa itu Lazada?

Lazada adalah salah sebuah platform perniagaan atas talian yang telah diasaskan oleh Maximilian Bitner dan mula dilancarkan di beberapa negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Philippines, Singapore, Vietnam dan Thailand pada tahun 2012.

Pusat membeli-belah dalam talian ini menjadi medan penjualan pelbagai jenis barangan seperti fesyen, makanan kesihatan tambahan, produk kecantikan, permainan kanak-kanak, peralatan sukan, barangan elektrik dan elektronik. 

Mengapa perlu berniaga di Lazada?

Apa sebenarnya kebaikan berniaga di Lazada yang perlu ada tahu? Antara kebaikan yang boleh anda perolehi adalah:

  • Mempunyai pasaran yang lebih luas
  • Khidmat servis beroperasi 24 jam tanpa sangkut
  • Perniaga tidak perlu melayan pelanggan secara langsung
  • Mempunyai kos yang rendah dan sangat sesuai untuk peniaga baru
  • Peniaga tidak akan berhadapan dengan masalah teknikal
  • Jumlah pelanggan yang mengunjungi kedai atas talian adalah sangat ramai dalam satu-satu masa.

Pembelian online melonjak ketika Covid-19

Wabak Covid-19 menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari di mana mereka juga menjadi fobia untuk keluar membeli barang di pasar raya. Hal ini telah melonjakkan pembelian dalam talian serta merta meningkat tinggi kerana pengguna mahukan keperluannya dipenuhi walaupun berhadapan dengan apa jua keadaan. Trafik kedai runcit dalam talian sesak sepanjang masa kerana menerima permintaan dan pesanan yang mendadak.

Berkata Pengarah Urusan Happy Fresh Malaysia bahawa kira-kira berlaku peningkatan sebanyak 10 hingga 15 peratus dan ia boleh menjadi lebih tinggi jika tidak kerana pembelian panik. Pembelian panik bukan sahaja makin menyukar hal-hal pengurusan barang tetapi juga mengakibatkan pembekal tidak dapat membuat penambahan stok mengikut jadual.

Peniaga baru meningkat 97 peratus di Lazada

Maklumat yang diperoleh mendapati, pada September 2018, Lazada merekodkan peningakatan 97 peratus untuk pendaftaran peniaga baru. Dalam rekod ini juga mencatatkan pertumbuhan peniaga-peniaga yang tinggi dari negeri Kelantan, Labuan dan Kedah.

1. Daftar akaun Lazada

Perkara yang paling utama sekali anda perlu buat adalah memiliki akaun rasmi platform ini. Di sarankan untuk anda daftar di dalam apps berbanding di dalam search engine yang lain seperti Google Chrome, atau Mozilla Firefox. Ini untuk memastikan segala data dan maklumat yang terperinci dapat anda akses dengan sangat mudah. 

Bagi pengguna Android, aplikasi ini boleh di dapati di dalam Google Play Store dan untuk pengguna IOS pula, aplikasi ini boleh di muat turun di dalam Apple Apps. 

Apabila anda sudah memuat turun aplikasi tersebut di telifon bimbit, anda perlu masuk ke dalam aplikasi atau laman web rasmi tersebut, Lazada.com.my. Di situ anda akan di berikan pilihan untuk sign up secara email, Facebook, Google atau akaun biasa.

Kebiasaannya untuk peniaga baru, anda akan isi akaun secara biasa di mana anda perlu isi dengan lengkap butiran akaun anda seperti nama, nombor telifon, password, jantina, tarikh kelahiran. Akaun anda akan di sahkan melalui kod yang dihantar ke SMS.

2. Klik “Jual di Lazada” atau “Sell on Lazada”

Selesai pendaftaran akaun, anda perlu klik pada butang “jual di Lazada” atau “Sell on Lazada”. Anda akan dapat melihat banyak paparan menarik seperti testimoni peniaga yang pernah menggunakan khidmat ini, kebaikan platform ini, dan turut disediakan pembelajaran secara dalam talian atau di beri nama sebagai Lazada University. Yang mana peniaga boleh livestream, belajar secara offline, dan memperoleh konten-konten isu perniagaan yang bermanfaat.

3. Pilih jenis platform perniagaan yang sesuai

Ada tiga jenis platform perniagaan yang perlu anda tahu sebenarnya supaya anda tidak tersalah semasa proses pendaftaran iaitu Lazmall Seller, Local Seller dan LazGlobal Seller. Apakah perbezaan ketiga-tiganya ini?

Lazmall Seller

  • Anda adalah pemilik jenama atau pengedar yang sah
  • Mempunyai akses eksklusif yang khusus ke kempen LazMall
  • Mempunyai manfaat kedudukan carian keseluruhan yang lebih tinggi
  • Sebagai penjual tambahan
  • Anda perlu bayar komisen semasa anda menjual

Local Seller

  • Anda berpusat di negara sendiri, Malaysia
  • Mempunyai akses ke semua penjual
  • Kosong peratus komisen

LazGlobal Seller

  • Anda berpusat di China / Korea / Jepun
  • Anda mempunyai perniagaan yang berdaftar
  • Mampu untuk menghantar produk ke luar negara
  • Mempunyai akses ke semua penjual
  • Anda perlu bayar komisen semasa anda menjual

Kepada perniaga-perniaga tempatan di Malaysia yang masih baru untuk bertapak, platform Local Seller adalah sangat sesuai, mudah dan praktikal berbanding yang lain. 

Types of Lazada sellers

4. Daftar maklumat diri dan perniagaan

Baiklah, kita sudah sampai pada tahap secara official untuk memulakan bisnes anda. Ini paparan yang akan anda nampak bila anda tekan pada butang “sign up now” tadi. Anda di minta untuk mengisi butiran alamat email, password, nombor telifon dan jika anda memerlukan penjelasan dahulu tentang platform ini sebelum memulakan perniagaan, anda boleh baca pada ruangan terma dan syarat yang telah diberikan.

5. Masukkan gambar dan maklumat produk

Pertama sekali, anda diminta untuk memberikan nama pada kedai atas talian anda. Tips untuk anda semasa memilih nama kedai, kami mencadangkan anda untuk merujuk pada pendapat ini:

  • Mempunyai nama khusus. Contohnya perniagaan yang berasaskan produk-produk yang telah dikenali ramai.
  • Mempunyai nama umum. Contohnya perniagaan yang baru sahaja ingin bertapak atau baru ingin masuk dalam pasaran pembeli.
  • Mementingkan komponen nama yang terlibat seperti membawa kepada identiti syarikat, jenis perniagaan dan kategori perniagaan.
  • Ringkas dan straightforward
  • Pilihan nama yang evergreen
  • Mempunyai maksud yang tersirat

Selesai dengan nama, anda kemudia perlu isi maklumat perniagaan pula. Ada tiga langkah yang perlu anda ikut. 

Langkah 1: Muat turun gambar – gambar produk dan maklumatnya ke dalam platform seperti nama produk dan kategori produk. 

Langkah 2: Lengkapkan deskripsi produk anda dengan lebih jelas. Segala apa informasi berkenaan produk anda perlu diletakkan disini.

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Langkah 3 Lengkap maklumat price & Stock pula dengan mengisi harga, jumlah stok, saiz produk dan pelbagai lagi disini.

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Langkah 4: Isi maklumat berat dan saiz pakej produk anda. Selain itu, disini juga anda boleh nyatakan sama produk yang anda jual berbahaya atau tidak.  

Cara Daftar dan Berniaga di Lazada

Langkah 5: Isi alamat perniagaan sama ada ia dijalankan di kedai sendiri atau pun di rumah.

Langkah 6: Isikan maklumat bank dan anda juga perlu sahkan maklumat tersebut.

Langkah 7: Setelah berpuas hati denga semuanya, anda boleh menekan butang “Submit”.

Ini 7 langkah mudah cara menjual barang di Lazada.

6. Periksa produk bila sudah Live di Lazada

Tahniah! Anda kini sudah bergelar peniaga dalam talian secara rasminya. Sekarang anda boleh melihat semua produk yang telah anda daftarkan secara Live di halaman perniagaan Lazada. Segala notifikasi atau pesanan pelanggan akan diterima langsung kepada anda menerusi alamat email yang telah didaftarkan. 

Hurmm… macam mana pula anda ingin memastikan perniagaan anda dalam keadaan baik dan teratur? Jangan risau platform perniagaan ini mempunyai keistimewaan untuk anda semak kembali aktiviti perniagaan dan senarai transaksi produk anda bersama pelanggan. 

Dengan cara ini, anda boleh sentiasa memantau prestasi perniagaan anda dari masa ke semasa. 

Sebagai alternatif, anda pun boleh mendapatkan tips lanjut cara untuk menjadi seorang penjual di Lazada yang berjaya di SINI.

Di harapkan artikel cara menjual barang di Lazada ini dapat membantu peniaga-peniaga baru yang hendak bertapak dalam dunia perniagaan dalam talian. Semoga segala info ini memberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi hidup anda. 

Jangan lupa untuk subscribe Channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info dan update terkini berkaitan dengan topik kewangan dan tambah pendapatan.

Sebagai alternatif, boleh tengok beberapa informasi yang lebih kurang sama berkaitan dengan Shopee dan tips menjadi seorang penjual di Shopee.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *