14 Idea Nak Jual Apa Di Shopee – No 3 Laris

Kalau anda mempunyai niat berniaga online, mesti anda pernah terfikir untuk nak jual apa di Shopee kan? Artikel pada kali ini, kami nak berikan kepada anda beberapa idea untuk anda mula menjual di Shopee dengan apa yang anda ada dan juga pada masa yang sama untuk anda lariskan lagi jualan di Shopee. 

Kalau harga barang OK, barang pun kualiti tak ada masalah, memang tiada masalah untuk berniaga di Shopee ni. Untuk itu, berikut adalah antara beberapa idea penting kalau anda serious untuk berniaga di Shopee dan mula menjana pendapatan yang konsisten dari rumah secara online.

Yang penting, ada kesungguhan, cuba laburkan modal sebanyak RM1000 untuk permulaan dan mula mencari barang pun sudah cukup. Jangan lupa juga laburkan dalam ilmu kerana tanpa teknik yang betul, ada kemungkinan yang anda anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk sukses. Dapatkan ilmu yang betul untuk berniaga di Shopee dan mula mencari ruang dan peluang untuk menjadi seller di Shopee.

nak jual apa di shopee

Tudung Muslimah

Sebagai seorang muslimah, memang mereka perlukan tudung dan dan banyak lagi pakaian berkaitan. Apapun, tudung adalah satu niche yang besar dan anda seharusnya pandai mengambil peluang untuk cuba masuk ke dalam niche ini dan menjana pendapatan yang konsisten daripada niche ini.

Tips untuk sukses dalam menjual barangan seperti tudung ini, pilih niche yang lebih kecil. Sebagai contoh anda cuba jadi pakar dalam menjual niche tudung kanak-kanak ataupun tudung muslimah bidan 50 tu. Ini hanyalah beberapa cetusan idea dari saya. Apapun, untuk pergi lebih dalam dan untuk sukses dalam bidang business tudung ini, jemput baca artikel saya berkenaan dengan tudung di SINI.

Kalau anda tak nak menjual dalam niche tudung ini, boleh skip link di atas dan pergi ke idea no 2 seperti di bawah ni.

Peralatan Bersalin

Setiap tahun ada sahaja pasangan yang baru berkahwin dan yang ingin mendirikan rumah tangga. Tak percaya anda tengok bilanga peserta yang pergi ke kursus-kursus kahwin tu, berapa ramai yang akan kahwin. Tak lama selepas berkahwin, tentunya akan tiba masa untuk mereka menimang cahaya mata pertama. 

Saya pun baru sahaja mengikuti kursus breastfeeding dan menjangkakan ramai lagi yang seperti isteri saya. Sudah mula berkira-kira dan bajet untuk persiapan bersalin. Daripada set bersalin, bekung, pam susu, alatan dan tempat simpan pam semua ini perlukan ilmu dan peralatan yang sesuai. Kalau anda mempunyai jalan untuk menjual kesemua produk ini, tentu sahaja anda boleh sukses dalam membuka kedai anda di Shopee.

Kalau nak lebih sukses, saya rekemen untuk anda baca perkongsian John Jenin berkenaan dengan perkongsian beliau menjana pendapatan konsisten 5 angka dari Shopee sahaja.

Barangan Baby

Barangan baby pun merupakan satu niche yang tidak asing lagi dan sering diserbu ibu-ibu terutama pakaian kanak-kanak sama ada lelaki ataupun perempuan, mainan dan sebagainya. Kalau anda memang meminati barangan baby boleh cuba explore niche ini dan pada akhir artikel ini, setelah anda membaca semua info yang saya berikan, saya akan cadangkan kepada anda beberapa langkah untuk bermula agar anda boleh terus sukses dalam bidang anda.

Banyak barangan baby terutama mainan dan pakaian yang cepat sahaja sold out. Daripada situ, ianya memberikan kepada saya beberapa idea terutama tips untuk anda menjual di Shopee. Harap ianya membantu anda untuk mendapatkan idea yang menarik.

Gadjet

Alatan seperti gadjet ini memang merupakan antara alatan yang sering laris dan laku di Shopee dan platform lain juga Lazada. Ianya mempunyai persaingan yang agak tinggi dan tentunya kalau anda nak menjual dalam produk ini, anda perlu mempunyai modal yang besar untuk membeli secara borong agar dapat menjual dengan lebih murah. 

Sebab itu saya lebih rekemen anda dapatkan ilmu dahulu dan mula dengan menjual produk-produk yang kurang berisiko. Dah tahu rentak dan gaya, barulah kami rekemen untuk anda mula menjual produk yang seperti ini. 

Handbag

Beg tangan adalah antara niche yang baik dan tidak perlukan speasifik saiz yang ketara. Ianya ramai yang mencari beg seperti ini terutama untuk tujuan hantaran sama ada hantaran tunang, majlis kahwin dan lain-lain. Kena design dan harga serta beg tersebut tak nampak murah, anda dah boleh mula untuk menjual beg tersebut.

Untuk handbeg pula anda boleh mencuba untuk menjual secara Dropship. Model dropship adalah antara model mudah dan simple dan tidak perlukan modal yang terlalu besar. Anda boleh seriously consider handbag untuk kedai anda di Shopee.

Educational Toys

Ramai yang mencari mainan yang berfaedah untuk anak-anak terutama nak kurangkan kebergantunggan anak dengan gadjet di tangan mereka. Caranya, mainan yang berbentuk educational toys ini membantu. Ianya bukan mainan picisan dan tentu anda tak sangka kalau saya kata, walaupun mainan seperti ini agak mahal, tetapi ada yang akan membeli dan untuk pendidikan anak-anak mereka. 

Mainan yang dikhususkan untuk otak ini memang ramai peminat mereka yang tersendiri. Lagilah kalau anda tahu macam mana nak upload listing di SHopee dan biarkan produk anda nampak menarik. Kami ada tuliskan juga beberapa tips menjual di Shopee sebagai panduan anda.

Barangan Keperluan Rumah 

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mula membeli peralatan rumah seperti alatan runcit secara online. Shopee pun mempunyai jumlah yang sama dan kalau anda sekarang ini berniaga kedai runcit, cuba senaraikan 1 ataupun 2 barang di Shopee ini. Kalau tak cuba, mana kita tahu kan demand barangan seperti ini macam mana.

Dengan new normal yang makin berada di dalam persekitaran kita, pastinya ramai yang cuba untuk mengelak untuk keluar rumah dan salah satu caranya adalah dengan membeli pelbagai barangan secara online sahaja. Tak cuba tak tahu, jadi cuba sahajalah mana tau boleh memberikan pendapatan tambahan kepada anda. Antara produk yang hangat adalah sepertil

Pakaian Kanak-Kanak

Pakaian kanak-kanak pun mempunyai peminatnya yang tersendiri dan antara niche yang anda boleh explore untuk kedai online Shopee anda. Seluar, tudung, kain, baju kurung dan baju melayu untuk kanak-kanak mempunyai peminatnya yang tersendiri. Di kala musim covid-19 yang masih belum reda lagi ini pastinya membuatkan anda untuk lebih berhati-hati terutama kalau nak ke shopping mall dan pilihan lain adalah untuk membeli secara online sahaja.

Alatan Untuk Berkebun

Alatan berkebun dan home improvement mempunyai pelanggan setia yang tersendiri. Ramai rakyat Malaysia sama ada di bandar ataupun di kampung yang mempunyai kebun mereka yang tersendiri dan merupakan satu aktiviti masa lapang. Anda boleh cuba untuk menjual produk anda di sini dan lihat hasilnya.

Telekung

Telekung pun boleh dijadikan sebagai salah satu kedai jenama sendiri. Boleh jadi, bermula dengan kedai di Shopee dan kemudian, anda boleh buat jenama sendiri untuk Telekung anda agar lebih banyak pelanggan yang anda boleh capai. Bermula dengan anda dapatkan supplier di Indonesia dan Vietnam ataupun boleh je jadi anda jahit telekung sendiri. Dari situ boleh kembangkan dan jual produk anda di Shopee.

Alatan Make Up & Kecantikan

Alatan kecantikan seperti make up memang perlu dan mempunyai pelanggan setia. Berminat dengan niche ini, boleh mulakan kajian dan untuk dapatkan alatan kecantikan ini.

Supplement

Ramai yang mencari supplement sebagai salah satu makanan tambahan. Antaranya adalah Vitamin C, Vitamin B dan banyak lagi suppliment. Anda boleh mendapatkan banyak pelanggan setia daripada niche suppliment ini. 

Home & Fitness

Aspek kesihatan juga penting untuk manusia. Sejak perintah kawalan pergerakan, ramai yang mula untuk bersenam di rumah dan salah satu cara untuk membuat senaman di rumah adalah dengan membeli peralatan seperti Track Mill. Kalau anda mempunyai idea untuk kembangkan perniagaan ini, boleh mula buka kedai anda di Shopee.

Bagaimana Nak Bermula

Ini adalah antara beberapa idea nak jual apa di Shopee dan harap ianya membantu anda. Kalau nak bermula tidak susah, pada kami anda dapatkan banyak informasi dan cari perkara yang anda minat dahulu. Boleh mulakan dengan 3 langkah seperti kami rekemen di bawah;

Dapatkan informasi, baca perkongsian dan pengalaman dan buat pelaburan dalam bentuk ilmu terutama sekali daripada mereka yang dah pun berjaya. Perkongsian Bro John Jenin ini adalah antara yang kami rekemen untuk anda baca dan fahami sebelum bermula.

Kalau dah baca, go through artikel ini sekali lagi dan tulis niche apa yang anda nak masuk. Cuba fokus niche tersebut berdasarkan kepada modal dan masa anda. Tak dapat buat berseorangan, boleh mintak tolong pasangan.

Setup kedai di Shopee dan kami rekemen anda dapatkan dan baca perkongsian kami dalam artikel INI untuk tips laris berniaga Shopee. Harap artikel nak jual apa di Shopee ini membantu anda untuk buka kedai Shopee anda secepat mungkin.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest