7 Tips Cara Refinance Rumah – 2023

Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan topik cara refinance rumah. Pernah terfikir untuk refinance rumah anda? Tapi tak tahu macam mana nak bermula, untuk info ada 2 jenis bank yang menawarkan pakej untuk pembiayaan semula rumah. Untuk pembiayaan semula rumah, biasa ada 2 jenis offer yang ditawarkan. Pertama adalah pakej untuk “consolidate loan”, dan satu lagi adalah pakej refinance jenis biasa.

Pada artikel kali ini, kami akan berikan kelebihan untuk kedua-dua pakej dan bank yang menawarkan pilihan untuk pakej ini. Apa yang penting adalah matlamat anda untuk refinance tercapai.

cara refinance rumah

Tujuan Refinance

Biasanya terdapat 3 tujuan untuk seseorang itu refinance rumah. Berikut adalah antara beberapa tujuan yang biasa untuk refinance rumah. Harapnya, dengan anda tahu kenapa anda nak refinance rumah ini, akan sedikit sebanyak membantu anda untuk buat keputusan sama ada untuk teruskan ataupun sebaliknya.

Untuk Dapatkan Cash

Perlukan cash? Semestinya selepas harga rumah anda semakin naik dan bayaran balance anda semakin sikit. Pada masa ini mungkin anda perlukan cash untuk kembangkan business ataupun bercadang untuk membuat pelaburan yang lebih baik. Refinance adalah salah satu cara yang paling cepat untuk anda dapatkan $$ pada bayaran yang minima. Tetapi, syarat untuk pembiayaan semula rumah ini tidaklah mudah.

Lagilah dalam keadaan sekarang ini di mana interest rate agak rendah berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Semasa interest rate rendah ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda cari ruang dan pelunag untuk dapatkan extra cash melalui cara pembiayaan semula. Lepas dapat extracash ni nak buat apa? Boleh baca sehingga ke akhir artikel, kami ada beberapa suggestion untuk anda tambah pendapatan anda.

Boleh ikuti pengumuman daripada Bank Negara berkenaan dengan OPR decision di SINI.

Untuk Settlekan hutang-hutang lama

Komitmen tinggi ataupun anda mempunyai banyak hutang, refinance adalah salah satu cara untuk satukan semua hutang anda dalam satu akaun. Ataupun anda mempunyai komitmen yang terlalu tinggi, boleh gunakan cara ini untuk selesaikan hutang yang lama.

Ada beberapa bank yang menawarkan pakej refinance Debt Consolidation di mana, ianya adalah pakej untuk menyerap hutang-hutang anda ke dalam akaun refinance rumah. Tak semua bank tawarkan pakej ini dan jika anda berminat, boleh hubungi kami bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pakej ini.

Untuk tukar daripada pembiayaan konvensional ke islamic

Sebelum ini membuat pinjaman dengan bank konvensional dan setelah mendapat kesedaran, anda bercadang untuk membuat pembiayaan semula dan tukar kepada pembiayaan perbankan islam.

Ini adalah antara beberapa sebab utama seseorang itu nak melakukan pembiayaan rumah semula. Apapun setiap orang mempunyai sebab yang tersendiri untuk melakukan pembiayaan semula rumah.

Jika pinjaman bank anda sebelum ini adalah daripada pakej konventional, bolehlah cepat-cepat untuk tukar kepada pakej yang lebih islamic. Kerana bagi seorang muslim itu, mencari yang halal adalah wajib dan dituntut dalam agama.

Bank Yang Tawarkan “Loan Consolidation”

Adalah lebih baik kalau anda terus pergi ke bank yang tawarkan pakej “loan consolidate”. Apa tu? Ianya adalah pakej untuk anda yang ingin melangsaikan hutang ataupun mengecilkan hutang yang ada. Misalkata anda mempunyai beberapa jenis hutang seperti personal loan dan kad kredit, anda boleh satukan hutang tersebut dalam satu akaun pembiayaan semula rumah. Dengan kata lain, anda boleh selesaikan hutang anda dengan melakukan pembiayaan rumah anda.

Nak tahu bank apa yang tawarkan pakej ini, boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat. Lebih mudah email kami di mf3247@gmail.com untuk pertanyaan lanjut berkenaan dengan bank yang tawarkan pakej ini.

Untuk info, tidak semua bank yang tawarkan pakej seperti ini. Apapun boleh dapatkan info lanjut berekaan dengan pakej ini daripada kami. Boleh juga tengok video di bawah ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik berkenaan dengan topik refinance rumah.

Cara Kiraan Refinance Yang Lain Daripada Pinjaman Rumah

Pembiayaan semula rumah mempunyai cara kiraan yang berbeza berbanding dengan cara kiraan pinjaman rumah yang biasa. Atas sebab itu, ianya tidaklah mudah kalau anda mempunyai komitmen yang tinggi. Kalau anda mempunyai komitmen yang rendah, memang ada paluang untuk melakukan pinjaman rumah semula.

Dengan pakej bank yang menawarkan ataupun melangsaikan hutang lama, memang tidak mustahil untuk anda biaya semula rumah anda. Untuk dapatkan konsultasi percuma berkaitan dengan pembiayaan semula rumah, boleh isikan borang di atas dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

Cara Lain Untuk Lulus Pembiayaan Semula Rumah

Antara cara lain yang biasa saya sendiri lakukan apabila seseorang mempunyai komitmen yang terlalu tinggi adalah dengan sertakan nama kedua. Dengan adanya nama kedua, tidak mustahil untuk seseorang itu lulus pinjaman rumah tersebut.

Satu lagi cara adalah dengan sertakan pendapatan tambahan yang anda sedang lakukan. Jika anda mempunyai income lain seperti anda seorang agen hartanah, agen unit trust, memang tiada masalah untuk gunakan income tersebut sebagai salah satu supporting dokumen agar pinjaman anda mudah lulus.

Pendapatan tambahan dan saving adalah antara perkara penting bagi membantu anda untuk tinggikan lagi peluang rumah anda untuk lulus pinjaman ataupun pembiayaan semula rumah. Boleh rujuk beberapa artikel kami di bawah untuk info tambahan anda.

Apapun, boleh hubungi pihak kami untuk info lanjut berkenaan dengan pakej pembiayaan semula rumah dan harapnya, artikel cara refinance rumah ini dapat membantu anda untuk memberikan gambaran yang lebih besar berkenaan dengan apa itu pembiayaan semula pinjaman perumahan anda.

Boleh follow channel telegram kami di atas bagi mendapatkan lebih banyak tips-tips penting kewangan terus ke telefon anda.

Related Posts

17 thoughts on “7 Tips Cara Refinance Rumah – 2023

  1. Salam tuan saya bercadang untuk membuay pembiayaan semula rumah untuk langsaikan hutang kereta dan membeli tanah.. boleh bantu saya untuk urusan tersebut. tq

    1. terima kasih, saya akan hubungi dalam masa terdekat

      1. Assalamuaikum tuan..
        saya ada 1 loan lppsa, 1 personal loan, 1 loan kereta..cadang nk consolidate loan utk turunkan komitmen bulanan dan satukan loan..

  2. Assalam, Tuan,
    Sy dalam AKPK lg. 1 personal dan 1 credit card sudah habis. Tinggal 1 lg personal loan yg hampir habis. Blh ke sy nak wat refinance rumah sy?

  3. Tuan,

    Saya dlm proses keluar AKPK dan kemudian nak buat refinance rumah. Layak x utk refinance?

    1. kalau masih dalam AKPK memang tak boleh nak refinance, kena keluar dahulu.

  4. kalau keluar dari program AKPK , berapa lama masa untuk dapat membuat pinjaman semula

    1. biasanya setahun, tu pun kena cuba banyak bank sebab ada sesetengah bank nampak ada sejarah dgn AKPK diorang tak nak bagi pinjam

  5. Kalu loan rumah dgn lppsa ..bulehka untuk refinace dgn lppsa..

    1. Macam tak boleh, tapi kena tanya balik dengan LPPSA juga.

      Boleh cuba dengan bank lain kerana ada banyak bank lain yaang boleh bagi rate yang murah.

  6. saya bercadang hendak refinance rumah saya.tapi saya rasa dsr saya lebih 60persen.boleh minta cadangan dan saranan dari tuan .tq

  7. Saya nak refinance apartment saya yang saya telah sewakan. Tujuannya untuk membayar hutang kad kredit.

  8. Bolehkah saya membuat refinance rumah LPPSA saya dimana rumah tersebut adalah pinjaman bersama suami saya. Umur saya sekarang 55tahun (2022). Adakah saya layak.

    1. kalau umur 55 saya tak galakkan sebab tempoh pembiayaan agak pendek, bila tempoh pembiayaan agak pendek, bayaran bulanan akan menigkat.

  9. Assalamuaikum tuan..
    saya ada 1 loan lppsa, 1 personal loan, 1 loan kereta..cadang nk consolidate loan utk turunkan komitmen bulanan dan satukan loan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *