Cara Daftar TradingView – Analisis Chart 2023

Pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips dan cara daftar TradingView. Salah satu faktor yang penting dalam membuat analisa saham dan teknikal analisis adalah untuk anda mempunyai charting software yang bagus. Tanpa charting software yang bagus, agak sukar untuk membuat analisa saham dan pelbagai lagi teknik untuk teknikal analisis anda. Pada artikel kali ini kami nak perkenalkan salah satu charting software yang bagus untuk anda gunakan jangka masa panjang.

Teknikal analisis tidak terhad kepada saham semata-mata. Ada juga teknikal analisis yang melibatkan pasaran seperti perdagangan mata wang (Forex), komoditi seperti minyak kelapa sawit (FCPO) juga minyak petroleum (Crude Oil). Mempunyai software seperti tradingview ini memang membantu untuk membuat analisa penting kepada pelaburan anda. 

cara daftar tradingview

Kenapa Tradingview?

Ada beberapa sebab saya sendiri dan beberapa rakan trader lain menggunakan trading view. Berikut adalah antara beberapa sebab menarik kenapa TradingView menjadi pilihan saya terutama untuk trade FCPO dan juga saham.

Analisis Mudah Dan Ringkas

Nak buat analisis memang mudah dan anda boleh gunakan app sama ada di Android ataupun di Apple iphone dan lebih puas hati kalau gunakan laptop untuk buat analisis dari segi teknikal. Kalau anda merupakan seorang pelabur saham dan nak lihat aspek fundemantal seperti laporan kewangan dan lain-lain pun tiada masalah untuk gunakan TradingView ini. 

Banyak Indikator Menarik

Memang ada banyak pilihan indikator menarik di dalam TradingView tetapi ingat, tidak digalakkan untuk anda gunakan terlalu banyak indikator dalam satu chart kerana ianya hanya akan memeningkan anda. Gunakan 2 ataupun 3 indikator sudah cukup bagi menghasilkan keputusan pelaburan yang efektif. 

Disebabkan oleh banyaknya indikator yang ada, ianya boleh digunakan untuk menghasilkan keputusan pelaburan yang menarik dan banyak strategi yang anda boleh gunakan. Kalau nak berdagang saham tu, mungkin perlukan strategi A tetapi kalau nak berdagang FCPO pula strategi A tak berkesan, tetapi lebih berkesan dengan strategi B.

Disebabkan oleh banyak indikator dan juga banyak timeframe ini membolehkan anda untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih efektif.

Ada Screener Saham

Kalau saham biasanya saya akan tengok “top gainer” ataupun “most active” dan daripada situ, barulah buat keputusan pelaburan sama ada berbaloi nak masuk ataupun sebaliknya. Kalau anda mempunyai strategi lain pula, tiada masalah untuk gunakan screener saham tersebut. Mana tahu kalau anda nak cari gap di awal pagi, ataupun opening doji atau macam-macam lagi screener saham yang anda boleh gunakan. 

Yang penting anda tahu apa yang anda cari dan cuba berdagang berdasarkan kepada apa yang anda rancangkan.

Mudah Digunakan

Ada banyak indikator, multiple time frama analisis pun ada, pun anda boleh gunakan TradingView ini merentasi platform sama ada desktop, smartphone, tablet dan lain-lain. Nak dafar? Boleh ke LINK SINI.

Pandai Coding? Buat Indikator Sendiri

Kalau anda pandai buat coding dan nak cipta indikator sendiri pun boleh gunakan tradingview ini. Mana tahu indikator yang anda gunakan ini memang betul-betul efektif dan boleh memberikan sedikit kelebihan untuk sukses dalam trading.

Cara Daftar Akaun TradingView

Nak daftar akaun TradingView ini tidaklah susah, anda boleh bermula dengan daftar akaun secara percuma dahulu dan kemudian saya amat galakkan untuk anda daftar akaun berbayar kerana mempunyai banyak kelebihan untuk berdagang sama ada saham juga lain-lain. 

Kalau akaun percuma anda tidak dapat akses data realtime dan kebanyakannya adalah delay 15 minit. Dengan akaun berbayar, anda dapat akses data “realtime” tersebut dan seterusnya memudahkan anda untuk buat analisa banyak lagi pasaran saham dan market lain di Malaysia dan di seluruh dunia.

Nak daftar, boleh tengok link di bawah untuk anda daftar secara PERCUMA sekarang.

Faktor Untuk Sukses Dalam Trading

Untuk sukses dalam perniagaan trading anda, teknikal analisis bukanlah semata-mata faktor terpenting yang anda perlu ada untuk sukses dalam dunia trading anda. Selain daripada itu juga, anda perlu untuk mempunyai 2 perkara lain bagi membolehkan anda untuk sukses dalam dunia trading anda.

Terbaru, anda boleh daftar atau dapatkan akses pro akaun di Tradingview secara percuma selama 30 hari. Menarik kan? Macam mana tu, boleh tengok youtube video di bawah ini.

Psikologi Dalam Trading

Mempunyai akaun TradingView membolehkan anda untuk tidak terlalu pening memikirkan berkenaan dengan charting software. Seterusnya apa yang anda perlukan adalah untuk cuba mencari setup ataupun sistem sendiri untuk masuk ke dalam market. Sama ada untuk buy ataupun sell dalam saham, komoditi ataupun Forex.

Macam mana nak mempunyai sistem yang tersendiri, kalau anda belum mempunyai sistem yang tersendiri, saya galakkan untuk anda tengok dulu panduan daripada Ebook INI bagi membantu anda untuk mempunyai sistem yang tersendiri.

Apabila anda mempunyai sistem sendiri, barulah anda boleh bina psikologi untuk trading anda. Salah seorang mentor saya pernah beritahu, untuk sukses dalam trading, psikologi adalah 90% manakala lain-lain faktor seperti teknikal analisis memainkan peranan hanya 10% sahaja daripada keseluruhan. Jadi, apapun, psikologi adalah perkara yang amat penting sekali dalam menentukan sama ada anda bolek sukses dalam pelaburan ataupun sebaliknya.

Kaji Pasaran Ini Dan Mulakan Langkah Anda Sekarang

Banyak perkara bermula dengan pembacaan. Bagi saya, charting platform seperti TradingView dan artikel pada kali ini iaitu berkenaan dengan cara daftar Tradingview pun penting untuk membantu anda mendapatkan analisis tools terbaik untuk pelaburan anda. Seterusnya, berikut adalah beberapa platform untuk anda lihat yang mana yang paling sesuai dengan kehendak pelaburan anda. 

Pelaburan Saham

Nak melabur saham, tak susah pun sebenarnya. Apa yang anda perlukan adalah mempunyai akaun CDS untuk mula berdagang dengan saham. Berikut adalah antara beberapa tips penting yang anda perlu tahu berkenaan dengan pelaburan saham.

Pelaburan FCPO

Alternatif kepada saham adalah Futures ataupun pelaburan hadapan. Di Malaysia, komoditi yang popular dengan pelaburan jenis ini adalah Pasaran Hadapan Kelapa Sawit ataupun FCPO. Ianya merupakan pelaburan 2 arah iaitu, kalau pasaran menaik pun boleh buat untung, pasaran menurun pun boleh buat untung. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok di bawah;

Pelaburan Forex

Anda pun boleh melabur dalam pasaran ataupun perdagangan mata wang. Ianya lebih dikenali sebagai Forex tetapi, ianya mempunyai hukum dan pendapat yang pelbagai. Untuk info boleh lihat hukum berkenaan Forex dan info berkaitan di bawah;

Harap artikel ini membantu anda untuk terus sukses dalam pelaburan anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *