9 Tips Cara Buat Video Youtube 2020

Kali ini kami nak tunjuk macam mana cara buat video youtube yang betul agar anda dapat memanfaatkan masa dirumah dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk tambah pendapatan sampingan anda. Selepas fasa covid-19 dan perintah kawalan pergerakan ini, sudah ramai para guru dan juga pemilik business yang memulakan untuk “online” kan perniagaan mereka. 

Bagi para guru, semestinya untuk buat video di youtube sebagai tontonan kepada anak-anak murid. Ianya menjadi semakin rancak semenjak itu. Apapun, nak buat video dengan youtube ini tidak susah, tetapi dengan bantuan beberapa video editing software dan alatan seperti mikrofon yang berharga kurang daripada RM100 pun sudah boleh menampakkan video anda menyerlah.

Anda mempunyai bermacam-macam tujuan untuk buat video di youtube ini. Apapun, kami tunjuk peralatan penting agar video yang anda nak buat itu menyerlah dan alatan ini boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Boleh ikuti artikel kami ini step by step bagi memudahkan anda untuk 

cara buat video youtube

Nak buat video ini tidaklah susah, tetapi dengan sentuhan peralatan dan teknologi akan membolehkan video yang anda hasilkan nampak lebih profesional dan menarik. Sekaligus memudahkan pendengar anda untuk melihat lebih banyak lagi video yang menarik dari anda. 

Perlu Buat Channel Youtube

Abaikan langkah ini kalau anda dah ada youtube channel sendiri ataupun berminat nak buat video di platform lain seperti youtube dan lain-lain. Apa yang anda perlukan hanyalah ada satu akaun gmail dan anda dah boleh buat youtube channel sendiri. Sentiasa bermula dengan langkah pertama dan langkah pertama anda adalah untuk buat channel sendiri. Boleh follow step by step seperti di bawah;

Mula Hasilkan Video – Alatan Yang Diperlukan

Bila dah ada yotuube channel sendiri, apa yang anda perlukan adalah untuk mula hasilakn video dan upload video tersebut di channel anda. Semua orang terutama profesional youtuber pun bermula dengan video pertama. Apapun, yang membezakan antara yang profesional dan sudah mula mempunyai pendapatan dengan video mereka dengan youtuber yang biasa-biasa adalah, alatan yang mereka gunakan dan konsisten mereka dalam menghasilkan video.

Berikut adalah antara beberapa alatan penting yang anda perlu ada untuk merakam youtuber video anda. Alatan ini penting untuk anda hasilkan video yang menarik secara konsisten.

Smartphone – Perlu Bagi Mereka Yang Nak Rakam Video Outdoor

Anda perlukan smartphone untuk anda rakam video outdoor. Saya percaya yang anda sudah mempunyai smartphone sendiri sama ada Android ataupun Apple OS. Paling kurang pun smartphone yang mempunyai speasifikasi seperti di bawah ini pun sudah sangat membantu.

Jika anda merupakan seorang guru, anda boleh merakam aktiviti dalam kelas anda menggunkan smartphone anda dan kemudian upload ke youtube sebagai salah satu cara untuk menambah koleksi video anda. Sebagai salah satu cara, pun boleh gunakan beberapa applikasi yang ada di dalam app Android dan Apple OS untuk buat video editing. Pada saya lebih baik kalau anda merakam menggunakan laptop yang lebih fleksible dan mempunyai speasifikasi yang baik.

Laptop- Video Editing

Anda boleh gunakan laptop sebagai salah satu cara untuk merakam video anda dan juga satu lagi untuk editing video. Editing video menggunakan laptop lebih menarik dan mudah anda kalau nak rakam video pun tak ada masalah. Untuk laptop pula, kami rekemen 2 jenama ini yang pada kami antara jenama yang murah dan mempunyai speasifikasi yang tinggi.

Untuk video editing software pula, kami lebih rekemen kalau anda menggunakan software OBS yang pada asalnya untuk merakam permainan video. Untuk dapatkan software OBS ini, boleh download di SINI.

Merakam dan editing video adalah fungsi utama menggunakan laptop. 

Microfon – Sangat Penting Untuk Suara Lebih Jelas

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan untuk Covid-19 ini, saya berkesempatan untuk membeli Microfon khas untuk buat video. Salah satu sebab saya memilih Microfon ini adalah kerana ianya boleh digunakan untuk smartphone dan juga untuk laptop. Jenama yang saya gunakan adalah BOYA BY M1 yang merupakan antara microfon murah dan mempunyai speasifikasi yang baik. Boleh tengok link di bawah;

Nak gunakan microfon ini pun mudah, cucuk sahaja di laptop ataupun di smartphone, boleh terus gunakan.

Ini adalah antara video yang saya buat menggunakan microfon tersebut. Beberapa feedback yang saya dapat daripada rakan-rakan isteri yang merupakan seorang guru, mereka berkata suara agak jelas lepas menggunakan microfon ini. Tiada masalah untuk anda menggunakan microfon ini.

Satu lagi adalah microfon yang menggunakan USB dan wajib menggunakan laptop kalau nak gunakan. Sahabat saya menggunakan microfon seperti di bawah ini;

Sedap kan suara, cara nak dapatkan microfon ini pula anda boleh dapatkan di link INI untuk Microfon jenis ATR2500 INI.

Lighting – Optional 

Kalau tiada pencahayaan yang cukup, sangat digalakkan untuk anda dapatkan lighting tools bagi pencahayaan untuk cara buat video youtube anda. Pastinya video akan lebih terang dan jelas kalau mempunyai teknik pencahayaan yang baik. Kami rekemen untuk anda gunakan alat ini bagi tujuan pencahayaan. KLIK DI SINI Untuk dapatkan info lanjut.

Software Free Video Editing – Pakai OBS

Untuk edit video, kami rekeman anda gunakan OBS untuk tujuan merakam video.  Sama seperti di atas, link untuk anda download video tersebut boleh didapati di sini. Untuk editing video pula, boleh gunakan applikasi photo di Windows 10 untuk merge video dan lain-lain. 

Dengan adanya alatan seperti laptop ataupu smartphone bagi tujuan merakam video, microfon untuk improve suara, laptop untuk video editing dan sedikit peralatan untuk lighting, anda sudah boleh untuk buat video dan upload secara konsisten di dalam channel youtube video anda. Kesemua ini adalah antara alatan yang anda perlukan untuk mula merakam video youtube anda.

Upload Video Anda – Konsisten

Kalau anda nak dapatkan lebih banyak follower dan juga lebih ramai yang ingin melihat video anda, apa yang anda perlukan adalah untuk upload video anda secara konsisten dalam youtube. Apabila anda upload secara konsisten, dengan teknik dan topik yang betul. Viewers dan penonton akan datang secara sendiri. 

Jadi konsisten untuk anda upload video setiap minggu. Konsisten itu penting kalau anda nak pergi jauh dan serious dalam perniagaan anda.

Cara Buat Duit Dengan Youtube

Anda juga boleh menjadikan Youtbuber untuk menjana pendapatan sampingan secara konsisten setiap bulan. Tak nak cerita lebih panjang, saya ada satu artikel khusus berkenaan dengan topik cara buat duit dengan youtube ini. Boleh baca 1000 patah perkataan tersebut di SINI.

Sekali lagi, yang penting konsisten upload video youtube anda secara konsisten setiap minggu dan duit tu boleh datang sendiri. Apapun, harapnya, artikel cara buat video dengan youtube ini membantu anda untuk buat video dan peralatan yang diperlukan pun sangat penting untuk anda buat video youtube anda.

Kalau anda nak tahu berapa pendapatan youtuber Malaysia, boleh baca di artikel SINI.

Boleh baca juga beberapa tips penting di bawah untuk anda tambah pendapatan anda pasca Covid-19

Leave a Reply

Pin It on Pinterest