6 Beza Insurans Dan Takaful 2024

Apa beza antara Insurans dan Takaful? Pada artikel kali ini, kami akan berikan kepada anda beberapa info penting dan perkara yang anda perlu tahu berkenaan dengan takaful juga perbezaan ketara antara keduanya. Walaupun banyak pendapat, harapnya artikel ini akan memberikan penjelasan berkenaan dengan tips dan perbezaan yang ketara antara keduanya.

Sebagai seorang islam, adalah wajib untuk mencari yang halal dan pada kali ini, bukan tujuan kami untuk berikan hukuman, tetapi sebaliknya, daripada fakta-fakta yang ada berkenaan dengan perbezaan antara Insurans dan Takaful ini membolehkan anda memilih yang mana yang terbaik untuk anda. Juga, hukum-hukum yang terlibat antara kedua-dua Insurans dan Takaful.

beza insurance dan takaful

Dilema Agen Takaful

Walaupun memegang lesen untuk menjual takaful, ada juga agen takaful yang menjual polisi insurans conventional. Syarikat yang mempunyai kedua-dua polisi insurans dan conventional tentunya dapat membandingkan kelebihan dan kekurangan kedua-duanya. Kebiasannya, polisi insurans ini mempunyai dana yang lebih besar dan jumlah fund yang lebih banyak banyak berbanding takaful. Mana tidaknya, sebagai contoh, Prudential Assurance sahaja sudah bertapak di Malaysia sejak dari tahun 1924 lagi.

Takaful pula baru sahaja bermula sekitar tahun 2008 – tahun 2010. Disebabkan oleh itu, tiada banyak pilihan dana dan produk jika nak dibandingkan dengan produk insurans konsventional. Salah satu contoh produk yang saya maksudkan adalah Medical Card antaranya. Harga yang lebih murah daripada produk Insurans dan komisyen yang lebih tinggi menyebabkan ramai agen beragama Islam mula menjual Insurans berbanding dengan takaful.

Ada juga agen yang menjual produk insurans kerana ianya menawarkan komisyen jauh lebih besar berbanding dengan takaful. Ada syarikat besar Insurans menawarkan komisyen kepada agen sebanyak 30% untuk produk Insurans tertentu dan hanya 20% untuk produk Takaful. Sebab itu, tidak menghairankan apabila ada agen Melayu Islam pun menjual insurans berbanding Takaful.

Insurans – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Konsep yang diguankan oleh syarikat Insurans ini boleh digunakan dalam beberapa point seperti di bawah ini;

  • Pemegang polisi bayar caruman kepada syarikat insurans, semua duit dipegang oleh pemilik syarikat insurans dan ianya dimiliki oleh syarikat Insurans.
  • Syarikat akan laburkan duit caruman ke beberapa instrumen seperti saham di Malaysia, luar negara dan lain-lain. Saham yang dilaburkan pula tidak terhad kepada saham yang tidak patuh syariah. Maksudnya, syarikat insurans boleh melaburkan dalam saham yang tak patuh syariah seperti syarikat judi dan arak.
  • Keuntungan pelaburan adalah milik syarikat.
  • Jika ada tuntutan, ianya adalah berdasarkan kepada pelan yang diambil.

Takaful – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Konsep Takaful pula mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan Takaful dan perbezaan ini boleh kami simpulkan seperti di bawah;

  • Dalam takaful lebih menggunakan konsep sumbangan kepada tabung takaful. 
  • Dana dalam tabung tersebut akan digunakan untuk membantu pencarum yang lain jika ada apa-apa kejadian yang tidak dapat diingini.
  • Ada bahagian yang dibayar itu dimasukkan dalam tabung wakalah itu pengurusan ataupun upah kepada pengendali takaful.
  • Juga sebahagian dimasukkan ke dalam tabung tabarru, iaitu tabung untuk membantu pencarum yang lain.
  • Lebihan dana akan dilaburkan dalam dana ataupun pasaran yang patuh syariah. Tidak boleh dilaburkan dalam saham yang tidak patuh syariah seperti saham judi, arak dan lain-lain.
  • Ada panel syariah yang menagawasi dan menjaga pelaburan dan perjalan syarikat Takaful agar selari dengan konsep syariah.

Yang Mudah Untuk Anda Faham

Bagi orang awam, cukup untuk anda pilih syarikat Takaful di luar sana. Sama ada syarikat Takaful penuh seperti Takaful Ikhlas ataupun syarikat Takaful di bawah AIA Takaful pun tiada masalah. Kedua-dua syarikat ini mengikut model takaful seperti yang disarankan oleh majlis fatwa dan mempunyai majlis penasihat sendiri.

Jika ada agen yang menawarkan produk insurans, anda boleh cuba untuk beritahu yang anda lebih gemar untuk dapatkan produk takaful berbanding dengan Insurans.

Ianya merupakan beza insurans dan takaful yang sangat ketara.

Hukum Berkaitan dengan Insurans

Berikut adalah antara beberapa hukum daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang anda boleh lihat dan sekadar informasi untuk anda.

Hukum insurans nyawa. 

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  • Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
  • Mengandungi unsur judi. 
  • Mengandungi muamalah riba.[3]
  • Hukum insurans am 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4] 

Hukum mempromosikan produk insurans konvensional. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. 

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. 

Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.[5] 

Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011.. 

Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam. 

Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah. 

Sumber : http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/148-menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram

Kenapa Perlu Utamakan Takaful Berbanding Konvensional

Majlis fatwa telah memberikan fatwa bahawa hukum menggunakan insurans konventional adalah haram. Jadi tiada pilihan, untuk alternatif adalah menggunakan produk takaful. Ada banyak lagi produk takaful di luar sana yang memberikan banyak manfaat dan harga yang mereka tawarkan juga kompetatif berbanding dahulu. Jika anda inginkan free quotation untuk produk takaful anda, boleh isi borang di bawah dan nanti akan ada agen yang akan menghubungi anda.

Mencari Yang Halal Itu Fardhu

Mencari yang halal itu adalah Fardhu untuk umat Islam. Sekarng pun sudah ada banyak produk patuh syariah dari segi pelaburan seperti Wahed Invest ini ataupun syarikat Takaful. Juga pelaburan saham sebagai salah satu alternatif untuk anda membuat income tambahan. Buat pilihan yang terbaik agar hidup diberkati di dunia dan di akhirat. Harap artikel beza insurans dan takaful ini sedikit sebanyak memberikan input berguna kepada anda.

Boleh juga baca artikel berkaitan iaitu apa itu hibah takaful di SINI.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *