7 Info Medical Card Terbaik 2023

Wujud ke medical card terbaik sekarang ini? Medical card ini penting terutamanya apabila seseorang ingin dapatkan khidmat khusus untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Bukan hospital kerajaan ye, tetapi hospital swasta. Diharapkan artikel ini dapat memberikan beberapa info penting bagi anda sebagai rujukan bagi mendapatkan pelan kad perubatan terbaik di Malaysia.

Sebolehnya memang sangat digalakkan untuk setiap yang mempunyai pendapatan paling kurang Rm2500 ke atas mempunyai kad perubatan ini. Dengan mempunyai kad ini, ianya akan sedikit sebanyak memberikan ruang dan peluang untuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi bagi mendapatkan bantuan daripada hospital kerajaan. 

Hospital kerajaan khusus untuk mereka yang kurang berkemampuan dan sekaligus jika anda mengambil kad perubatan, akan mengurangkan kesesakan yang seringkali terjadi di hospital kerajaan. Apapun, kalau anda nak pilih kad perubatan, ini adalah antara beberapa panduan ataupun guide bagi anda untuk mendapatkan sedikit input berkenaan dengan kad ini.

medical card takaful

Pengalaman sebagai agen takaful

Saya mempunyai pengalaman sebagai seorang agen takaful dan diharapkan perkongsian saya ini berguna kepada anda. Sehabis baik saya cuba untuk tidak menjual apa-apa produk tetapi kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa yang syarikat takaful kami tawarkan, dapatkan info lanjut di akhir artikel ini.

Kenalpasti Apa Yang Anda Perlukan

Secara asasnya, takaful hayat terbahagi kepada 2 iaitu;

  • Hibah Takaful
  • Medical Card

Pada artikel ini, saya tidak berniat nak bercerita berkenaan dengan apa itu hibah boleh rujuk 2 artikel saya berkaitan dengan hibah yang ada di SINI dan SINI. Saya rekemen untuk anda baca dahulu 2 artikel tersebut sebelum membuat bacaan lanjut berkenaan dnegan medical card di sini.

Kebanyakan pelan takaful sekarang ini adalah dalam bentuk rider kepada pelan hibah. Bermaksud, untuk setiap pelan takaful hibah yang anda ambil, akan dimasukkan sekali pelan kad perubatan. Untuk kes seperti ini, biasanya caruman akan sedikit mahal. Untuk itu, saya lebih rekemen untuk anda tahu dahulu berapa bajet anda dan apa yang perlukan. Ada orang yang mempunyai bajet yang besar dan ada  yang sebaliknya. Anda boleh fikirkan sendiri ataupun minta pendapat daripada rakan-rakan anda dalam bidang takaful.

Sedikit cadangan daripada saya, kalau anda mempunyai bajet, boleh ambil kedua-dua pelan iaitu hidah dan attach dengan kad perubatan.

Kalau kurang bajet, boleh dapatkan dahulu pelan hibah dan tangguhkan dahulu berkenaan dengan medical card. Eh kenapa pulak?

Sebab, hospital kerajaan buat masa ini memberikan subsidi yang banyak untuk rakyat Malaysia, cuma disebabkan ianya murah, terlalu ramai yang berada di hospital kerajaan. Jadi, kalau mampu boleh, kalau tak mampu, boleh dapatkan pelan hibah.

Penting untuk anda akses kewangan anda dan tentukan apa yang anda nak. Jika anda tak tahu macam mana nak akses kewangan anda, dapatkan bantuan daripada mereka yang pakar.

Perancangan Kewangan – Mesti Takaful

Insuran ataupun takaful merupakan salah satu aspek penting dalam perancangan kewangan peribadi seseorang. Ianya penting bagi membolehkan seseorang itu terlindung daripada perkara ataupun bencana yang tidak dapat dilihat ataupun dikenal pasti atau lebih tepat lagi, bencana yang tidak dapat diduga.

Memang ada perbezaan yang ketara berkenaan dengan apa itu takaful dan insurans, tetapi cukuplah pada kali ini saya rekemen kepada anda sebagai seorang islam untuk mewajibkan diri menggunkan takaful dan bukan insurans konvensional.

Ianya memang memerlukan artikel khusus bagi mengupas tajuk ini. InsyaAllah kami kana berikan input penting berkenaan dengan apa itu takaful, tetapi cukuplah untuk anda tahu yang takaful mempunyai penasihat syariah dan setiap pelaburan, kewangan dan simpanan yang dilaburkan adalah dilaburkan dalam instrumen yang dibenarkan dan patuh syariah.

Coverage Tahunan Dan Seumur Hidup

Memang kebiasaan kad perubatan syarikat takaful ini menawarkan banyak pilihan yang bagus dan antara fungsi kad tersebut adalah untuk membayar bayaran akibat daripada bil perubatan hospital yang tinggi. Biasanya kalau ada agen takaful datang dan ingin jual produk medical card mereka, tanya 2 soalan ini.

Berapa had tahunan?

Berapa had seumur hidup?

Bagi saya, had tahunan RM100k dan had seumur hidup Rm1 juta sudah mencukupi. Memang ada produk yang menawarkan had 1 juta setahun dan tiada limit seumur hidup tetapi, siapa yang perlukan produk seperti itu. Pembedahan yang melibatkan jantung mungkin akan melibatkan kos sehingga Rm60k – Rm70k dan pastinya anda tidak perlukan pembedahan jantung setiap tahun kan?

Kalau syarikat takaful anda menawarkan produk yang lagi rendah dari had tahunan RM100k dan had seumur hidup 1 juta, cuba cari produk dari syarikat lain. 

Jangan lupa hak anda sebagai pengguna, untuk buat perbandingan daripada beberapa syarikat takaful berkenaan dengan pelan yang terbaik untuk kad perubatan anda. Saya tak dapat nak rekemen mana-mana produk tetapi tiada masalah untuk cuba dapatkan quotation daripada beberapa agen takaful yang anda kenal dan juga yang ada di internet.

Medical Card Takaful Malaysia

Saya ada cuba-cuba juga beberapa quotation online untuk medical card. Kenapa online dan tanpa agen, adalah kerana ianya jauh lebih murah.

Boleh tengok sendiri apa yang takaful Malaysia offer dalam laman web mereka di sini.

Memang jauh lebih murah kalau beli medical card terus daripada syarikat Takaful Malaysia. Ianya sama juga kalau anda beli pakej takaful/insurance hayat daripada kwsp Ilindung. Apa itu Ilindung, saya ada tulis panjang lebar berkenaan dengan apa itu Ilindung dalam artikel di SINI.

Stand Alone Ataupun Rider

Ada pelan yang tawarkan medical card stand alone sahaja iaitu hanya medical card semata-mata, tiada cashback, tiada pampasan kematian dan lain-lain. Ada banyak juga produk yang mempunyai kedua-dua coverage pampasan kematian, cacat kekal, hibah  dan juga medical card. Ini selalunya sangat bergantung kepada syarikat takaful.

Medical card stand alone sangat sesuai untuk anda berikan kepada anak-anak yang dalam tanggungan anda. Mereka tidak perlukan pampasan kematian kerana jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada mereka, anda sebagai ketua keluarga masih mempunyai pendapatan sendiri. Untuk tanggungan anda, cuba cari yang stand alone. 

Kalau nak tahu medical card terbaik untuk takaful, memang kena berbincang dengan agen dan cuba dapatkan pandangan daripada beberapa agen.

Jika anda sama ada suami ataupun isteri mempunyai tanggungan yang bergantung harap pada pendapatan anda, cuba cari yang ada rider dan yang boleh berikan pampasan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ini adalah sedikit info dan gambaran kecil kelebihan dan kekurangan kad takaful perubatan sama ada yang mempunyai rider ataupun sebaliknya.

Berapa Bajet Bulanan Anda?

Berapakah bajet bulanan yang anda dapat sediakan untuk keperluan kad perubatan anak-anak. Untuk ini, anda perlu untuk tulis semula semua pendapatan anda dan expenses anda dan berapa yang anda boleh laburkan setiap bulan untuk keperluan kad perubatan peribadi dan anak-anak.

Anda boleh baca juga artikel kami berkenaan dengan tips untuk kurangkan perbelanjaan bulanan di SINI. Juga artikel kami untuk anda tambah pendapatan secara sampingan ARTIKEL INI.

Jika anda mempunyai bajet RM200/bulan pun sudah boleh mendapatkan satu pelan yang bagus untuk kad perubatan.

Mana Syarikat yang terbaik? 

Mana nak cari medical card terbaik sangat bergantung kepada syarikat takaful. Untuk tahu mana yang terbaik memang anda kena survey beberapa produk yang ada di pasaran. Kebiasannya, tiada yang terbaik dan setiap produk dari setiap syarikat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. 

Yang penting cuba survey dahulu produk yang ada dan tentukan sendiri yang mana berbaloi dengan apa yang anda mahukan. Harapnya artikel medical card terbaik ini mampu memberikan penjelasan kepada anda berkenaan dengan tips penting dan panduan memilih kad perubatan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *