5 Info Zakat Fitrah Online 2023

Macam mana cara pembayaran zakat fitrah online? Artikel pada kali ini adalah khusus berkenaan dengan cara dan tips pembayaran zakat fitrah secara online sahaja. Ianya bertujuan untuk memudahkan anda membuat pembayaran tanpa pergi ke kaunter zakat fitrah berdekatan.

Zakat fitrah ini unik kerana ianya merupakan zakat yang hanya dibayar pada bulan Ramadhan sahaja. Jadi pastikan anda tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Islam kerana kadar zakat fitrah ini adalah sangat berbeza dengan mengikut negeri. Selain itu juga, kami akan memberikan sedikit kupasan berkaitan dengan topik dari segi hukum berkaitan, cara bayaran, juga artikel lain yang berkaitan dengan zakat dari blog kami. Harap ianya memberikan sedikit panduan kepada anda untuk membayar zakat.

zakat fitrah online

Hukum Berkaitan Zakat

Zakat Fitrah merupakan zakat yang diwajibkan ke atas individu dan bukannya harta yang diwajibkan ke atas harta setiap muslim. Kalau zakat simpanan, ianya mempunyai kadarnya yang tersendiri seperti nisab dan haul tetapi tidak pada fitrah. Ianya diwajibkan ke atas setiap individu muslim walaupun kanak-kanak dan bayi. 

Berikut adalah dalil berkaitan dengan zakat fitrah yang anda perlu tahu.

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin? (HR : Bukhari)

Sumber : Zakat.com

Pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan Berkaitan Hal Ini

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Cara Pembayaran Zakat Fitrah

Cara pembayaran zakat fitrah ini boleh dibahagikan kepada 3 dan berikut adalah antara perincian pembayaran zakat fitrah tersebut;

Pembayaran di Kaunter Zakat

Menjelang bulan Ramadhan, akan terdapat banyak kaunter zakat Fitrah di seluruh Malaysia terutama sekali yang berada di shopping mall ataupun pasaraya berdekatan. Juga di masjid-masjid yang besar pun akan ada amil zakat yang bertugas dengan tujuan untuk memudahkan anda membayar zakat. Memang mudah dan cepat jika anda membayar zakat kepada amil ini kerana tidak sukar untuk membuat pembayaran kepada meraka. 

Bersempena dengan covid-19 ini, pembayaran secara terus tidak dapat dilakukan di shopping mall. Oleh itu, pembayar zakat hendaklah menggunakan perkhidmatan online.

Pembayaran Secara Online

Jangan lupa yang anda boleh juga membuat pembayaran secara online. Ada akses kepada perkhidmatan seperti Maybank2u ataupun CIMBClicks, akan memudahkan anda untuk membuat pembayaran secara online. Langkah-langkah membuat pembayaran online ini adalah sangat mudah dan cepat. Boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah;

Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u

1. Login

2. Pilih ‘Bill Payment’

3. Klik ‘Make a one-off payment’

4. Pada bahagian ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’

5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.

6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.

Berapa jumlah pembayaran tu pula boleh rujuk kepada majlis agama negeri masing-masing.

Pembayaran di Aplikasi Boost

Anda boleh membayar zakat fitrah hanya dengan menggunkana applikasi e-wallet Boost.

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi Boost menerusi Google PlayStore & Apple AppStore
  • Langkah 2 : Pada paparan utama, klik pada tab zakat
  • Langkah 3 : Tambah akaun zakat baru & klik pada tab “+” untuk meneruskan
  • Langkah 4 : Lengkapkan maklumat diperlukan & klik butang “Save & Pay Zakat”
  • Langkah 5 : Masukkan pin 6 digit atau gunakan pilihan keselamatan biometrik untuk pengesahan

Nota kaki : Resit pengesahan akan diberikan menerusi alamat emel yang didaftarkan setelah pembayaran berjaya dibuat.

Pembayaran Menggunakan Applikasi Online Lain

Pembayaran Terus Kepada Asnaf

Anda juga boleh membuat pembayaran terus kepada asnaf tetapi sebelum itu kena pastikan yang anda mempunyai pengetahuan tentang ini kerana ada sebahagian negeri-negeri di Malaysia melarang pemberikan zakat secara terus kepada asnaf. Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan dan merujuk kepada mereka yang lebih pakar berkenaan dengan perihal pembayaran terus kepada asnaf. Apapun, berikut adalah antara 8 asnaf zakat yang anda boleh lakukan pembayaran secara terus;

  • Fakir
  • Miskin
  • Amil – pihak yang dilantik untuk membuat pungutan zakat.
  • Muallaf – mereka yang mempunyai kecenderungan untuk masuk Islam ataupun sudah masuk Islam, mereka layak mendapat bantuan zakat. 
  • Riqab – Memerdekakan orang-orang Islam daripada perhambaan.
  • Gharimin – Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas dan diri, mereka layak mendapat zakat.
  • Fi Sabilillah – Mereka yang berjuang dan berjihad di jalan Allah. Dalam konteks sekarang boleh disamakan dengan NGO Islam yang berjuang untuk dakwah di jalan Allah. 
  • Ibnu Sabil – Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Sumber : https://www.zakat.com.my/info-zakat/golongan-penerima-zakat/

Manfaat Lain Zakat – Rebat Cukai

Antara manfaat lain berzakat adalah bagi mendapat rebat cukai sama ada cukai pendapatan ataupun cukai perniagaan. Saya juga baru selesai membeli buku yang berkaitan dengan cukai di SINI. Salah satu cara untuk memanfaatkan rebat cukai adalah dengan pembayaran zakat kepada institiusi. 

Juga anda boleh baca juga artikel ini berkaitan dengan rebat cukai pendapatan terkini di SINI.

Artikel Lain Berkaitan Zakat

Harap artikel zakat fitrah online ini boleh berikan beberapa info yang anda mahu. Jangan lupa anda boleh juga untuk anda dapatkan artikel lain berkaitan dengan zakat. Boleh baca 2 artikel berkaitan dengan zakat di bawah ini;

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *