10 Orang Terkaya Di Dunia 2023 Yang Perlu Anda Tahu

Jika ditanyakan kepada anda soalan, “Siapa 10 orang terkaya di dunia?”, kemungkinan rata-rata dari anda akan menjawab Bill Gates atau Elon Musk. Jawapan itu mungkin betul tetapi tahukah anda masih ada ramai lagi hartawan dunia yang tersenarai dalam majalah Forbes edisi 35 tahun 2021. Mungkin golongan elite ini tidak semua yang anda kenal namun yang pastinya produk atau brand yang telah melonjakkan nama mereka sudah tentu anda gunakan setiap hari tanpa sedar. Setiap kisah bermula dengan impian, dan inilah kisah orang terkaya di dunia. 

orang terkaya di dunia

Jeff Bezos

 Negara asal: Amerika Syarikat | Jumlah kekayaan: USD$ 177 billion

Siapa yang tidak kenal dengan Jeff Bezos? Usahawan berusia 57 tahun ini adalah pengasas Amazon.com, sebuah perniagaan peruncitan dalam talian besar yang membenarkan individu dan perniagaan untuk menjual dan memaparkan produk yang di jual secara dalam talian. Sejak kecil lagi, Jeff telah menunjukkan minat yang mendalam untuk mengetahui tentang bagaimana sesuatu mesin atau peralatan elektrik itu berfungsi sehinggakan beliau telah mengubah garaj milik ibu bapanya menjadi makmal kajian peribadinya. 

Siapa sangka lelaki yang dikenali sebagai tokoh E-Commerce ini rupa-rupanya pernah memulakan perniagaan sulungnya ketika di sekolah menengah lagi iaitu “Dream Institute”, sebuah kem pendidikan musim panas untuk pelajar baru. Dari rasa ingin tahu yang tinggi, beliau terus berminat dalam bidang komputer dan berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Kejuruteraan Elektrik dari Princeton Universiti. 

Permulaan kerjaya Jeff agak mudah kerana lepas beliau tamat graduasi, beliau telah ditawarkan pekerjaan di beberapa buah syarikat Wall Street yang terkemuka seperti Fitel, Bankers Trust, dan D.E. Shaw. Lelaki ini sukakan cabaran sehinggakan beliau sendiri membuat keputusan untuk mengambil jalan yang lebih berisiko dan mencabar dengan menyertai dunia E-Commerce yang pada ketika itu ramai yang beranggapan ianya tidak masuk akal. 

Berdasarkan laporan Forbes, “Forbe’s World Billionaires List: The Richest in 2021”, Bezos mula memasuki carta manusia paling kaya di dunia pada 2016 dan menduduki tempat kelima dengan pendapatan sebanyak AS$45.2 bilion (RM186 bilion). Kekayaanya terus meningkat sepanjang tahun walaupun di tahun 2020 agak menurun berikutan pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia. Namun, peribadi dan keupayaan Jeff yang unik dalam mencari solusi telah melonjakkan lagi pendapatnya sehingga AS$ 177 billion di tahun ini sekaligus menjadikan beliau manusia yang terkaya di dunia pad tahun 2021. 

Tampak Amazon.com seakan sama seperti laman web perniagaan atas talian yang lain seperti Lazada atau Shopee, tetapi sebaliknya Amazon.com sudah lama bertapak dan mempunyai empayar perniagaannya yang tersendiri. Amazon.com melengkapkan dirinya sebagai pesaing terhebat Wal-Mart. Kini, Wal-Mart sudah jauh ketinggalan kebelakang. Buktinya, Amazon memperoleh jualan online sebanyak 7 kali ganda daripada Wal-mart. Bermula hanya dari garaj rumah kemudian menjadi pejabat, beliau terus membangunkan sebuah laman web. 

Percubaan demi percubaan, Amazon.com semakin naik dengan mendadak dan menariknya walaupun tanpa sebarang promosi media, syarikat ini telah berjaya menjual ribuan buku di 50 buah negeri di Amerika Syarikat serta 45 negara lain di luar. Percaya atau tidak kejayaan ini hanya dalam masa sebulan selepas ia mula beroperasi  pada 16 Julai 1995. 

Sebutlah apa sahaja produk yang anda inginkan, pasti sudah tersedia di Amazon.com. Di laman web Amazon, anda boleh membeli lagu, alat elektronik, alat pertukangan, perkakasan dapur, barangan runcit, fesyen, berlian dan lobster. Semua benda ini anda tidak pernah fikir untuk membelinya secara online sebelum ini.

Jeff Bezos adalah individu yang obses terhadap perniagaan. Beliau akan mencuba dan membuat apa sahaja yang terbaik dan mendapat permintaan pelanggan untuk memajukan bisnesnya. Apa yang pelanggan suka, mahu, dan minat pasti itulah yang menjadi target dan goal di Amazon.com. Beliau sedar agak sukar untuk mendapatkan feedback pelanggan tentang produk yang dijual, oleh kerana itu Amazon.com telah beradaptasi menjadi satu komuniti online yang mana pelawat boleh melihat-lihat produk, membuat kajian terhadap produk seumpama, berkongsi pendapat dan membuat ulasan produk bersama penulis dan pakar. 

Amazon.com percaya apabila mereka fokus kepada pelanggan maka mereka telah membentuk satu bentuk kesetiaan pelanggan atau “customer loyalty” yang luar biasa dan tidak semua dimiliki oleh bisnes di luar sana. Cara ini seakan-akan sama seperti yang dibuat oleh Apple.inc. 

Elon Musk

Negara asal: Afrika Selatan | Jumlah kekayaan: USD$ 151 billion

Elon Musk dilahirkan di Afrika Selatan pada tahun 1971. Ibunya seorang model dan bapanya seorang jurutera elektromekanikal. Minat beliau yang mendalam tehadap teknologi dan perkomputeraan barangkali dari pengaruh bapanya kerana selepas kedua-dua orang tuanya bercerai, Elon tinggal bersama bapanya. Dulu dikenali dengan mangsa buli pada zaman kanak-kanak sehingga terpaksa di masukkan ke hospital dan kini beliau seorang hartawan ke dua dunia.

Jika Jeff tadi memulakan perniagaan sulungnya dengan kem pendidikan musim panas, tetapi Elon pula berjaya dengan kejayaan awalnya menjual kod permainan video yang dihasilkan sendiri iaitu Blastar kepada sebuah majalah PC and Office Tehnology dengan harga $500. Sifat Jeff yang bijak dalam menentukan hala tuju hidupnya telah membuahkan hasil sekarang. Beliau berhenti dari menyambung pengajian PhD di Standford University, California lalu memulakan impiannya dalam bidang teknologi, angkasa, dan tenaga hijau. Bermula dengan sebuah syarikat perisian yang bernama Zip2, kemudian syarikat servis kewangan yang bernama X.com atau lebih dikenali sebagai PayPal, dan akhirnya beliau beralih kepada syarikat Space Exploration Technologies (Space X) pada tahun 2020. 

Elon mencuba pelbagai jenis bentuk perniagaan sepanjang hidupnya dan kesemuanya berjaya selain menjadi pelabur terbesar dalam 20 buah syarikat-syarikat lain seperti Tesla Motor, NeuroVigil, SolarCity, dan Stripe. Pelaburan demi pelaburan dan keuntungan Space X lah yang telah memberikan Elon kekayaan yang luar biasa. 

Elon juga merupakan pengasas, CEO, dan ketua pejabat kejuruteraan dan reka bentuk SpaceX; pelabur awal, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Inc. dan arkitek produk; Pengasas The He Boring Company; Pengasas bersama Neuralink. Beliau juga adalah rakan pengasas dan ketua bersama pertama OpenAI. Terpilih sebagai Fellow Persatuan Diraja 2018 (FRS). Elon berada di kedudukan ke-2016 dalam senarai “Orang Paling Berkuasa di Dunia” yang diterbitkan oleh Forbes pada bulan Disember 25, dan yang pertama dalam senarai “Orang Paling Inovatif Dunia” yang diterbitkan oleh Forbes pada tahun 2019. 

Ramai yang tidak tahu apa itu Space X, dan apa tujuan ia ditubuhkan. Dulu orang menganggap Elon membawa idea gilanya ini sebagai suatu yang sia-sia. Sebenarnya selain berimpian untuk menjadi orang paling kaya di dunia, beliau juga mahu membangunkan peradaban di planet Marikh. Penamatan program Apollo pada tahun 1972 dan keputusan NASA yang tidak merancang ke planet Marikh menyebabkan Elon Musk menubuhakn Space X dan merancang untuk menjadi yang pertama meletakkan manusia di Marikh. Pada 3 Jun lalu, Space X baru sahaja melancarkan Dragon dalam misi Commercial Resupply Servcis mission (CRS-22) di ruang angksa Florida. 

Elon Musk mungkin adalah individu yang berfikiran jauh ke depan tidak seperti manusia lain. Ini jelas anda lihat dalam setiap keputusan yang beliau lakukan pastinya sesuatu itu tidak pernah terfikir lagi oleh mana-mana manusia lain dan itulah yang dinamakan seorang innovator. Beliau tidak seperti usahawan lain yang mengejarkan trend masa kini dalam membuat pembaharuan sebaliknya dengan keunikkan yang sedia ada telah menonjolkan namanya ke persada dunia. Falsafah hidup Elon yang perlu anda faham adalah beliau menginginkan sesuatu yang mustahil menjadi satu kemungkinan yang munasabah dan boleh dicapai. 

Bernad Arnault

Negara asal: Perancis | Jumlah kekayaan: USD$ 150 billion

Jenama fesyen kaum Hawa terbesar di dunia iaitu Louis Vuitton (LV) yang berasal dari Perancis ini pastinya akan membuatkan anda tidak senang duduk. Lapan dari sepuluh orang wanita akan memasang impian untuk memilliki salah satu dari produk yang dihasilkan oleh LV. Jika Kylie Jenner terkenal dengan kejayaan dan kekayaan beliau dalam dunia kosmetik dibawah Kylie Cosmetics, Bernad Arnault pula adalah CEO empayar LV yang ketiga terkaya di dunia mengatasi Warren Buffet dalam Bloomberg Billionaire Indexs. Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1948 di Roubaix, Perancis. 

Pada pertengahan dekad 1980-an, Bernard telah membeli sebuah syarikat tekstil yang bernama Boussac Saint-Frères yang telah bangkrap. Melalui pembelian syarikat ini, beliau secara tidak langsung telah memiliki syarikat Christian Dior kerana syarikat ini merupakan anak syarikat Boussac Saint-Frères. Kemudian, beliau membeli pula saha, syarikat LV sebanyak 40% melalui Syarikat Christian Dior, yang juga merupakan syarikat yang dimiliki LV.

Louis Vuitton merupakan syarikat terbesar di dunia dalam mengeluarkan barangan mewah seperti beg tangan, kasut dan bermacam-macma lagi untuk golongan berada. Bernard yang mempunyai hampir 70 buah syarikat di bawah pengurusan syarikatnya seperti Berluti, Céline, Charles & Keith, Dior, Emilio Pucci, Fendi, Fenty, Givenchy, Kenzo, Loewe, Loro Piana, Marc Jacobs, Moynat, Nicholas, Kirkwood, Rimowa,Thomas, Pink, Bvlgari, Chaumet, Fred, Hublot, TAG Heuer dan Zenith.

Peningkatan kekayaan Arnault adalah berdasarkan peningkatan sebanyak $14.5 bilion dalam rekod jualan LVMH yang mencecah $53.4 bilion USD pada tahun lalu. Buat pertama kalinya Arnault berada dalam kedudukan tiga teratas di dalam rekod kekayaan di dunia sejak Bloomberg Billionaire Indexs ini dilancarkan pada tahun 2012.

Bill Gates

Negara asal: Amerika Syarikat | Jumlah kekayaan: USD$ 124 billion

46 tahun mendirikan Microsoft Inc dan kini Bill Gates adalah seorang hartawan dunia keempat. Nama sebenar beliau adalah Wiliam Henry Gates III dan dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Amerika Syarikat. Tokoh terhebat dalam bidang revolusi komputer ini telah menempah nama sebagai manusia terkaya di bumi sejak tahun 1995 hingga 2009 lagi. 

Beliau agak nakal dahulu di sekolah dan kemampuannya telah digunakan untuk menggodam komputer sekolah, mengubah jadual, dan penempatan pelajar. Pada tahun 1968 pula, Bill dan Paul bersama dua hackers lain telah menerima upah dari Computer Center Corp. untuk menjadi penguji sistem keselamatan perusahaan tersebut. Hasil dari kerja mereka, mereka telah diberi kebebasan untuk menggunakan komputer syarikat tersebut dan saat itulah beliau terus mengasah kemahiran dalam komputer. 

Bisnes pertama yang beliau buat adalah mencipta program sistem pembayaran untuk Information Science Inc dan kemudian meralih kepada Traf-O-Data bersama Paul Ellen. 

Traf-O-Data satu jalan yang menuju dalam pembentukan Microsoft Inc. Beliau bekerja keras dengan berkerja 14 jam setiap hari dan hanya tidur 8 jam dalam seminggu semata-mata kerana ingin membangunkan sistem operasi Windows. 

Kini Microsft telah berada pada kedudukan yang sangat selesa di tangga ke-21 dalam senarai 500 syarikat pengeluar software di dunia. Dalam bidang teknologi maklumat pula, ia berdiri sebaris dengan empat syarikat gergasi lain seperti Google, Apple, Amazon, dan Facebook. 

Fakta menarik yang sangat menakjubkan pernah direkodkan adalah jika beliay kehilangan atau hilang US$1.000, Bill tidak sukar untuk mengambilnya kembali kerana setiap 4 saat, beliau sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama. Selain itu, jika Bill Gates adalah sebuah negara, beliau akan menjadi negara terkaya di dunia iaitu ke 37 atau menjadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM. Lelaki ini sangat luar biasa dan sangat menakjubkan.

Siapa sangka seorang pelajar nakal, dan dilabel sebagai “College drop-out” sewaktu di Harvard dulu kerana sering gagal dalam mencapai keputusan peperiksaan yang baik dalam bidang undang-undang yang diambilnya telah membuat turning point dalam hidup Bill Gates sehingga bergelar jutawan. Seterusnya menjadi antara orang terkaya di dunia. Semuanya kerana kegilaannya terhadap komputer dan teknologi.

Mark Zuckerberg

Negara asal: Amerika Syarikat | Jumlah kekayaan: USD$ 97 billion

Pemuda dengan baju hoodie atau t-shirt kelabu dan di padankan dengan seluar jenas ini telah menjadi trademark dan uniform wajib dirinya untuk ke mana sahaja. Tetapi t-shirt ini bukan sebarang t-shirt yang dijual, baju kelabu yang dipakai Mark adalah daripada jenama Brunello Cucinelli. Walaupun rekaan baju ini simple sahaja, tetapi harganya pasti buat anda berpeluh. Ianya dijual pada harga USD250 (lebih kurang RM 1,000) untuk sehelai. Pemuda ini adalah pengasas, ketua, dan CEO Facebook iaitu Mark Zuckerberg. Beliau dilahirkan pada 14 Mei 1984 di New York. 

Salah satu faktor yang membuat beliau mempunyai peluang yang cerah adalah kerana beliau berlatarbelakangkan keluarga yang berpendidikan tinggi. Kerana minat yang tinggi dalam bidang pengaturcaraan komputer, Mark di usianya 12 tahun telah membuat sendiri program pemesejan bernama Zuknet sebagai sebuah sistem komunikasi antara pejabat untuk latihan pergigian bapanya. Masa depannya terus cerah apabila beliau menyambung pelajaran di Universiti Harvard. Siapa yang tidak kenal universiti yang menghimpunkan pelajar-pelajar yang pintar ini? Mark terus dikenali sebagai programmer komputer dikampusnya dan pada tahun kedua sahaja, beliau sudah mengeluarkan hasil karya barunya dengan dua program seperti CourseMatch dan FaceMash. 

Facebook boleh dikatakan sebagai sesuatu yang tidak sengaja berlaku. Mark bekerjasama denan beberapa orang rakannya yang lain untuk membina laman sosial yang membolehkan semua pelajar Harvard berhubung antara satu sama lain. Usaha ini selesai pada bulan Jun 2004 dan nama Facebook dilancarkan dari bilik asramanya sendiri. Keghairahannya kepada Facebook membuatkan beliau berhenti kuliah dan memfokuskan diri sepenuhnya kepada bidang ini. Satu tahap demi satu tahap dan Facebook terus mencapai berjuta-juta pengguna yang selesa dengan pembaharuan yang dibuat.

Sejak tahun 2005, Facebook menerima banyak tawaran pemerolehan dari Yahoo dan Microsoft, telah melalui pertempuran undang-undang, dan telah meningkatkan asas penggunanya.

Menginjak ke usia 37 tahun, Mark sudah mampu bergelar orang terkaya kelima dunia. Apa yang beliau usahakan sewaktu muda telah membuahkan hasilnya sekarang. Yang pasti segalanya boleh berlaku jika anda berkerja keras dan tidak mudah berputus asa dengan segala cabaran yang datang di masa depan. 

Warren Buffet

Negara asal: Amerika Syarikat | Jumlah kekayaan: US$ 96 billion

Jutawan keenam yang berumur 90 tahun ini jika diceritakan pasti membuatkan anda kelaparan kerana segala tentangnya adalah soal makanan. Warren Buffet terkenal sebagai seorang pelabur terbaik sepanjang zaman. Beliau menganggap satu prinsip asas, kebarangkalian dasar, inti dari falsafah pelaburannya. Dari menjual kertas hingga menjalankan Berkshire Hathaway bernilai berbilion dolar, beliau telah berjaya memanfaatkan asetnya dekad demi dekad, mengumpulkan banyak syarikat pengeluar kekayaan.

Kebanyakkan pelaburan beliau adalah berasaskan syarikat dan produk makanan yang mana sudah tentunya ini adalah idea yang sangat bijak. Setiap hari manusia memerlukan makanan, dan setiap hari juga manusia berinovasi dengan makanan untuk mencapai citarasa pelanggan. Lima pelaburan teratas dalam syarikat induk Buffett, Berkshire Hathaway, adalah Apple, Bank of America, Coca-Cola, American Express, dan Kraft Heinz.

Larry Ellison

Negara asal: Amerika Syarikat | Jumlah kekayaan: US$ 93 billion

Tokoh terpenting di dunia perkomputeran dan juga CEO Oracle Corporation iaitu Larry Ellison telah dilahirkan pada 17 Ogos 1944, di New York. Kisah hidup Ellison bukanlah seperti usahawan-usahawan lain. Beliau lahir dari seorang ibu yang berusia 19 tahun yang miskin dan belum berkahwin. Kesusahannya itu telah menjadi titik tolak kepada Ellison untuk menolak norma dan tekanan keluarganya dan menjadi doktor untuk berkembang menjadi salah satu orang terkaya di dunia.

Syarikat Oracle Corporation adalah sebuah syarikat teknologi komputer multinasional dari Amerika yang bertapak di California. Fokus utamanya adalah dalam membangun dan memasarkan perisian dan pangkalan data, sistem kejuruteraan awam, dan produk perisian perusahaan. Pada tahun 2018, Oracle merupakan pembuat perisian ketiga terbesar mengikut hasil, selepas Microsoft dan Alphabet. 

Tambahan lagi, Oracle juga telah membangun dan membina alat untuk pembangunan pangkalan data dan sistem perisian peringkat pertengahan, perisian perancangan sumber perundingan (ERP), perisian pengurusan hubungan pelanggan (CRM) dan perisian pengurusan rantaian bekalan (SCM).

Larry Page

Negara asal: Amerika Syarikat | Jumlah kekayaan: US$ 91.5 billion

Larry Page merupakan seorang usahawan dan saintis komputer Amerika Syarikat dan merupakan pengasas Google. Sebut sahaja Google, ianya pasti tidak asing lagi oleh semua orang. Sejak kanak-kanak, beliau sudah lama menunjukan minat dengan bidang teknologi, perniagaan dan inovasi. Larry dan sahabatnya banyak membantu untuk membina Google. Pada 1998, Larry Page dan Sergey Brin melancarkan syarikat Google untuk menyaingi Yahoo yang diasaskan pada 1994. Sejak ia dilancarkan kira-kira 19 tahun lalu, Google menjadi enjin pencari paling terkenal dengan purata enam bilion pengguna.

Satu demi satu kejayaan bersama Google telah ditempahnya di peringkat global. Google juga turut bersaing dalam melancarkan pelbagai sistem baru seperti laman sosial Orkut, Google Maps, Blogger Mobile, Google Reader, iGoogle, Gogel Sites, versi baru Google Earth, Google Health, dan Google Apps. 

Di setiap kejayaan pasti ada kisah jatuh seseorang. Larry Page telah mendedahkan korda vokalnya mengalami kelumpuhan peti suara selepas saraf bahagian kiri peti suaranya mengalami masalah sama. Penyakit itu telah berada di dalam dirinya selama 14 tahun namun begitu, doktor masih belum menemukan penawarnya. 

Sergery Brin

Negara asal: Rusia | Jumlah kekayaan: US$ 89 billion

Pengasas Google seterusnya adalah Sergery Brin atau nama lengkapnya Sergey Mikhailovich Brin. Beliau lahir di Rusia pada 21 Ogos 1973 dan tinggal bersama kedua-dua orang tua yang ahli dalam bidang Matematik. Ketika Brin berusia 6 tahun, keluarganya teah berpindah ke Amerika Syarikat lalu kemudian beliau belajar di sekolah Paint Branch Montossori, Adelphi, Maryland, sementara ayahnya menjadi profesor matematik di University of Maryland.

University of Maryland, College Park adalah titik pertama Brin mula mempelajari ilmu komputer dan matematik dengan lebih mendalam sehingga beliau berjaya melanjutkan pelajaran lagi tentang ilmu komputer di Stanford Universiti melalui biasiswa dari National Science Foundation. Di Standford, Brin telah bertemu dengan Larry lalu kedua-duanya bekerjasama untuk membina dan mencipta Google. 

Selain dikenal sebagai pengasas Google, Sergey Brin juga dikenal sebagai penulis dan penceramah forum. Buktinya beliau banyak menulis dan menerbitkan makalah ilmiah, serta menjadi panel dan pelbagai saluran forum. Kini, Google bukan sahaja sebagai enjin carian yang paling popular, tetapi juga inovator dalam teknologi dan perniagaan.

Mukesh Ambani

Negara asal: India | Jumlah kekayaan: US$ 84.5 billion

Anda pasti tertanya-tanya dimanakah orang terkaya dari Asia. Jutawan kesepuluh ini adalah Mukesh Ambani dari India. Keluarga Ambani mungkin kurang ternama dalam kalangan masyarakat dunia khususnya orang Barat tetapi kejayaan mereka dalam dunia perniagaan sangat mengkagumkan. Empayar beliau meliputi pelbagai bidang seperti telekomunikasi, perniagaan tekstil, industri minyak, minyak, gas dan sebagainya. Mukesh Ambani memang bukan pelopor kekayaan keluarga besarnya kerana permulaan yang dikumpul bermula dari bapa mereka iaitu Dhirubhai Ambani, pengasas syarikat Rreliance Industries. 

Selepas kematian bapanya, Mukesh telah membawa Reliance ke tahap yang lain dimana beliau memindahkan syarikat dari berfokus kepada tekstil sahaja ke segmen baru. Sebilangan besar kejayaan Reliance bukan datang melalui inovasi, melainkan dengan menggunakan teknologi dan sistem yang paling maju untuk menerapkan rantaian bekalan dinamik untuk mencapai skala ekonomi yang signifikan.

Mukesh terus mengembangkan Reliance pada kelasnya yang tersendiri dengan mengembangkan kemudahan pembuatan sehingga meningkatkan nama profil syarikat tersebut khususnya pada bidang petrokimia apabila syarikat di Jamnagar bergabung dengannya. Selain itu, beliau juga membawa perusahaan itu ke bidang peruncitan dengan mengembangkan dan menerapkan jaringan peruncitan pan-India yang merangkumi pelbagai format dan infrastruktur rantai bekalan. Usaha syarikat dalam bidang runcit telah menjadikan syarikat runcit terbesar dan paling canggih di India. 

Dengan berlatar belakangkan seorang jurutera kimia dengan latihan, lulusan dari Institut Teknologi Kimia di Mumbai, Mukesh telah meletakkan dirinya sebagai tokoh yang menjadi suara terkemuka dalam ekonomi India dan dunia. 

Banyak yang anda boleh pelajari daripada 10 orang terkaya didunia ini. Apapun, untuk informasi lebih lanjut berkenaan dengan topik-topik kewangan dan tambah income, boleh ikuti kami dalam channel Telegram di bawah ini.

Dunia perniagaan adalah dunia yang memerlukan pengorbanan, kekentalan, dan berwawasan.  Lihatlah 10 orang terkaya ini kesemuanya berkecimpung dalam dunia perniagaan. Mengapa tiada individu yang berlatarbelakang seorang doktor, pensyarah, atau apa-apa sahaja kerjaya lain dalam senarai hartawan dunia. Ini kerana walaupun perniagaan tidak menjanjikan pulangan yang tetap kepada seseorang tetapi jika mereka bersungguh-sungguh dan bijak dalam mengendalikannya maka mereka akan mendapat pulangan yang berlipat juta kali ganda. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *