10 Info Apa Itu Bitcoin? – Panduan 2023

Tiba kepada persoalan apa itu bitcoin. Bitcoin adalah salah satu daripada banyak mata wang digital yang ada di dunia ini. Juga, merupakan antara mata wang digital yang popular yang digunakan untuk pelbagai kegunaan. Antara kegunaan adalah untuk pembelian barangan ataupun medium pertukaran secara digital.

Ianya diasaskan oleh Satoshi Nakamoto pada bulan Januari 2009 dan telah berkembang pesat sehingga kini. Selain daripada untuk pembelian ataupun medium of exchange, ada yang menggunakan Bitcoin sebagai salah satu medium pelaburan. Macam mana tu? Ada yang beli pada harga rendah dan jual semula pada harga tinggi. Topik berkaitan dengan pelaburan akan dibincangkan dengan lebih mendalam nanti.

Mata wang digital seperti ini juga tidak dikawal selia oleh mana-mana bank pusat sama ada Bank Negara Malaysia dan lain-lain. Jika tiada kawalselia, macam mana ianya berfungsi sebagai mana wang?

apa itu bitcoin

Bitcoin tidak disandarkan kepada apa-apa aset dan juga ianya tidak dikawal selia oleh mana-mana bank. Apapun, terdapat beberapa idea menarik yang akan kami terus tulis di dalam artikel ini bagi mengembangkan lagi info dan tips penting berkenaan dengan Bitcoin ini.

Hukum Berkaitan Dengan Bitcoin

Sebelum pergi lebih jauh, adalah lebih baik untuk tahu hukum penggunaan Bitcoin ini. Jika ianya digunakan sebagai medium of exchange ataupun pertukaran untuk membeli sesuatu, jika disepakati, tiada masalah untuk digunakan. Yang lebih penting adalah untuk anda tahu apa yang anda lakukan agar ianya tidak menjadi salah pada masa depan.

Jika digunakan untuk tujuan pelaburan pula, ada banyak pendapat berkenaan dengan hal ini. InsyaAllah kami akan kompilasikan satu artikel khusus berkenaan dengan hukum bitcoin ini sebagaimana kami kompilasikan pelbagai pandangan berkaitan dengan hukum Forex di SINI.

Video penerangan berkenaan dengan Hukum Bitcoin pula anda boleh tengok dalam video di bawah ini;

Bitcoin di Malaysia

Buat masa ini, Malaysia belum mengiktiraf Bitcoin sebagai mata wang yang sah digunakan. Juga pelaburan berkaitan dengan Bitcoin. Apapun, anda masih boleh membeli Bitcoin untuk digunakan dan disimpan, untuk kegunaan sendiri.

Sekali lagi, Bitcoin ini adalah lebih sesuai untuk digunakan sebagai medium pertukaran atau seperti asalnya iaitu mata wang digital. Apa jadi kalau anda cuba simpan? Ianya terpulang, Bitcoin ini sangatlah tak stabil dan ada kemungkinan harga boleh jatuh mendadak. Kalau nak simpan, saya lebih rekemen untuk anda simpan emas. 

Apapun, boleh teruskan bacaan berkenaan dengan Bitcoin untuk anda dapat gambaran lebih menyeluruh untuk mula melabur dalam Bitcoin ini.

Cara Beli Bitcoin

Anda boleh menjual ataupun membeli Bitcoin di Malaysia, berikut adalah broker yang membolehkan jual beli berlaku di Malaysia. Ada banyak senarai broker tapi buat masa ini, saya lebih rekemen broker ataupun Bitcoin Wallet ini.

Luno

Luno adalah antara laman web yang trusted yang membolehkan anda transfer ataupun membuat pembelian Bitcoin. Boleh lihat laman web di atas untuk anda dapatkan info lanjut mengenai Luno. Untuk membuat pembelian di Luno, anda boleh refer link di bawah ini. Anda akan mendapat RM25 untuk setiap pendaftaran dan pihak kami juga akan mendapat nilai yang sama.

Apa Yang Membuat Bitcoin Ini Berharga?

Bitcoin ini mempunyai jumlah yang terbatas. Hanya 21 Juta Bitcoin sahaja yang dapat dihasilakan. Selepas itu tidak akan ada lagi Bitcoin yang akan dihasilkan. Proses untuk menghasilkan Bitcoin ini cuma boleh melalui satu cara sahaja, iaitu Mining. Apa itu mining, boleh teruskan pembacaan artikel ini untuk anda dapatkan info lanjut.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli

Sebelum membuat sebarang pembelian, anda kena tahu apa yang anda lakukan bagi membolehkan anda mendapat info yang sebenar.

Elakkan daripada terjebak dengan scammer yang menawarkan untuk menjual dan membeli bitcoin. Antara contoh scammer adalah mereka yang manwarkan ataupu offer untuk jual dan beli bitcoin tanpa ada apa-apa platform. 

Untuk strategi pembelian Bitcoin pula, anda boleh rujuk di bawah untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan 2 strategi yang bakal kami kongsikan kepada anda.

Apa Itu Bitcoin Mining

Mining adalah proses melombong Bitcoin dengan memecahkannya kepada algorithm Bitcoin. Ianya tidak berpusat dan oleh itu, memerlukan proses mining untuk mendatkan Bitcoin. 

Untuk melakukan proses mining ini, ianya memerlukan calculation yang rumit bagi memecahkan kod. Sebagai ganjaran, akan mendapat Bitcoin mengikut syarat-syarat tertentu. 

Macam Mana Nak Lakukan?

Untuk melakukan proses mining, anda memerlukan superkomputer yang berkapasiti tinggi. Komputer yang seperti di bawah ini malahan lebih lagi.

Jadi, boleh ke saya nak melombong cryptocurrency ini? Jawapannya lebih baik tidak. Anda sebagai individu pastinya tidak dapat bersaing dengan mereka yang mempunyai teknologi untuk melakukan proses Bitcoin ini dan juga, anda tidak dapat menyaingi mereka yang dari China. Boleh tengok di bawah ini tentang bagaimana “miners” dari China melombong Bitcoin.

Dah tengok?

Suasana agak bising dan ianya memerlukan equipment yang sesuai. Kalau anda nak lakukan sebagai hobi, ya tiada masalah.

Pelaburan Bitcoin

Salah satu cara yang paling mudah untuk anda membuat pelaburan di Bitcoin adalah, beli di platform seperti Luno pada harga rendah, dan kemudian jual semula pada harga tinggi.Kalau anda nak buat seperti ini, anda perlu menjawab dua persoalan ini;

Berapa rendah adalah rendah? Apa jaminan kalau anda beli pada harga tersebut dan harga jatuh lagi dan lagi?

Bila pula nak jual? Apa akan jadi kalau anda nak jual tetapi harga tetap tinggi. 

Salah satu cara untuk analisa harga pasaran semasa Bitcoin adalah dengan menggunakan medium teknikal analisis.

Teknikal analisis ini apa pula?

Ianya adalah teknik analisa sesuatu graf berdasarkan kepada kaedah teknikal. Support dan resistance dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan teknikal analisis ini, anda boleh ke artikel ini untuk mendapatkan info lanjut.

Nak tengok chart Bitcoin ini, anda boleh ke Tradingview, contoh chart adalah seperti di bawah.

Untuk trade Bitcoin ini, buat masa ini anda boleh trade menggunakan medium CFD. Nak tahu CFD ni apa?

A CFD enables you to trade a contract based on prices in the underlying market. It is a leveraged product, meaning you can put down a small initial deposit and still gain the exposure of a much larger position. This can magnify your profits, though it can have the same effect on your losses. (sumber : invest)

Buat masa ini, CFD adalah tidak patuh syariah dan saya tidak bercadang untuk menggalakkan anda melabur dengan CFD. Apapun, artikel ini akan kami kembangkan jika terdapat info baru berkaitan dengan Bitcoin dari masa ke semasa.

Alternatif Kepada Bitcoin Kalau Anda Nak Melabur

Kami berikan 3 alternatif kepada anda kalau anda nak melabur sebagai pengganti kepada Bitcoin. Terutama kalau anda nak tahu lebih mendalam berkenaan dengan teknikal analisis. Antara alternatif yang kami rekemen adalah.

Forex – Perdagangan Mata Wang

Forex adalah antara alternatif yang baik untuk anda tahu lebih lanjut. Banyak broker berkaliber yang ada di Malaysia dan apa yang membuatkan saya rekemen anda untuk dapatkan info lanjut dari Forex adalah, ianya membolehkan untuk anda membuat duit 2 arah. Market naik pun boleh buat duit, market turun pun boleh buat duit.

Nak tahu info lebih lanjut berkenaan dengan Forex ini anda boleh dapatkan info berkenaan topik ini pada artikel kami di bawah

Futures Crude Palm Oil – FCPO

Pasaran hadapan kelapa sawit. Anda berdagang kelapa sawit dan cuba spekulate ia berdasarkan kepada analisis anda. Ianya patuh syariah dan sama seperti Forex, anda boleh buat untung sama ada market menaik ataupun menurun.

Broker untuk anda trade FCPO pula dikawalselia oleh Bank Negara. Jadi memang ianya regulated dan tiada isu scam dan lain-lain. Yang anda perlu fikirkan adalah…. Mantapkan analisis teknikal anda.

Apapun, nak tahu info lebih lanjut berkenaan dengan FCPO boleh baca artikel di SINI.

Wahed Invest

Ni antara alternatif kalau anda nak kembangkan wang ataupun tambah pendapatan anda. Ianya adalah dengan menggunakan platform Wahed Invest. Ianya seperti unit trust, tetapi yang akan invest dana anda adalah menggunakan platform robot. 

Anda letak sahaja fund anda dan kemudian app ini akan invest untuk anda berdasarakan kepada profile kewangan anda. Untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan ini, boleh baca artikel kami di SINI.

Perkembangan Terkini Bitcoin dan Crypthocurrency

Penggunaan Crypthocurrency untuk dunia Islam

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad has welcomed the proposal to use a unified cryptocurrency for the Muslim world.

The Prime Minister said that he had suggested the idea of a unified currency for Muslim nations a long time ago but could not implement it due to sanctions by super powers. (sumber : thestar)

Petro Merupakan crypthocurrency official di Venezuela. Boleh baca info lanjut di SINI.

Teruskan membaca topik ini dan harap artikel apa itu bitcoin ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan info yang anda cari.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *