4 Tips Buka Akaun FCPO – 2024

Kali ini kami ingin berikan tips berkenaan dengan cara buka akaun FCPO. Futures Crude Palm Oil ini merupakan salah satu kepada alternatif yang ada untuk pelaburan saham ataupun forex. Lebih menarik lagi, instrument pelaburan FCPO ini adalah salah satu pelaburan yang telah disahkan halal oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia, jadi tak ada isu haram di situ. Forex mempunyai isu status haram dan tidak digalakkan untuk melabur di situ walaupun mempunyai banyak pandangan berkenaan dengan hal ini.

Kalau anda datang ke artikel ini untuk membuka akaun FCPO, anda memang datang ke artikel yang tepat. Selain itu juga, kami ingin berikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk menjadi seorang trader FCPO.

Disebabkan oleh masa sebagai agen yang agak fleksible iaitu tidak terikat dengan masa, saya juga seorang trader FCPO. Stail pelaburan saya adalah intraday trader dan kebanyakan masa saya lebih prefer “day trade” untuk dapatkan beberapa tick sehari. Jadi, pada kali ini, saya akan kongsikan kepada anda cara untuk buka akaun dan sedikit tips untuk bermula.

buka akaun fcpo

Cara Buka Akaun – Apa Yang Saya Pilih

Saya bermula dengan membuka akaun dengan R** Investment, pada ketika saya bermula, broker mengenakan RM20 in RM20 out untuk brokerage fee. Untuk margin, RM4000 untuk overnight ataupun ov (ov diistilahkan kalau anda hold position semalaman) dan untuk daytrade pula adalah 50% daripada margin RM2000.

Disebabkan pada ketika itu, beberapa senior trader boleh dapat sekitar RM8 in RM8 out, saya cuba nego dgn remiser dan final broker fee pada masa itu adalah RM15 in RM15 out. 

Tak puas hati, saya dapat contact number remiser lain yang offer RM9 in dan RM9 out. Terus amik offer tanpa ragu. Telahpun sukses dalam trade beberapa kali dan seteleh menimbang banyak perkara, sekarang konsider untuk berhijrah ke satu akaun lain. Apa yang menarik yang yang ditawarkan oleh broker ini adalah;

  • Margin OV = Rm4000
  • Margin Intraday = RM1000 (25% daripada asal)
  • Brokerage intraday = RM8 in RM8 out (murah la)
  • Brokerage ov = RM12.5 in RM12.5 out (agak mahal banding lain)

Apa yang menarik dan kenapa saya memilih untuk trade dengan broker ini adalah, margin intraday yang paling murah antara semua broker. Bayangkan kalau anda ada RM4k, terus boleh trade 4 lot dan jika memang anda confident dengan strategi anda, memang cepat untuk buat profit. Jika anda baru bermula, saya rekemen untuk anda kekal pada satu lot sehingga nampak sukses.

Margin untuk trade FCPO ini sentiasa berubah dan terkini tahun 2022, margin untuk 1 lot adalah sebanyak RM6k. Untuk tahu berapa margin terkini, anda boleh sentiasa periksa dengan pihak broker.

Nak mula berdagang FCPO, saya rekemen anda dapatkan ataupun analisa guna tradingview di bawah. Antara charting platform yang mudah dan simple untuk digunakan. Saya dah gunakan banyak kali untuk analisa chart saya. Boleh daftar tradingview di link bawah ini, daftar percuma je.

Sambung balik cerita, kalau tak dapat nak sukses dengan 1 lot, apa bakal jadi dengan 4 lot? Sebelum bermula, saya rekemen untuk anda mantapkan diri dengan ilmu trading dan cuba paper trade selama beberapa bulan. Dah ada result yang OK daripada paper trade, barulah beralih ke real trade. Jangan lupa untuk mantapkan diri dengan strategi dan ilmu untuk berdagang.

Ianya memang berkaitan dengan saham, tetapi ada beberapa info berkaitan dengan teknikal analisis yang asas dan advanced yang ada di situ. Terutama strategi berkenaan dengan volume trading. 

Bagaimana Untuk Bermula

Buka akaun dengan broker, sediakan dokumen seperti IC, bank statement dan borang – borang yang bakal anda download. Buka akaun tak ada masalah untuk bermula, cuma kalau nak real trade tu, saya sangat rekemen untuk untuk anda dapatkan ilmu dan cuba untuk paper trade sampai nampak sukses.

Ataupun anda boleh tengok video di bawah di mana saya ada terangkan secara ringkah berkenaan dengan teknikal analisis dan cara pembukaan akaun. Anda pun boleh lihat secara live macam mana fungsi TradingView semasa anda nak trade FCPO.

Satu lagi cara untuk bermula adalah dengan anda membuat banyak pembacaan berkenaan dengan apa itu candlestick dan juga teknikal analisis. Ianya penting kalau nak suskse dalam bidang ini. Boleh baca artikel kami berkenaan dengan teknikal analisis di SINI.

Charting Platform

Niaga Hadapan Kelapa Sawit ini memang akan lebih menggunakan technical analysis. Boleh kata 90% technical analysis, lain-lain fundemantal itu mungkin tak mempengaruhi sangat (hanya pendapat peribadi, mungkin tidak betul bagi sesetengah orang). Untuk CPO ini, charting platform memainkan peranan dalam trading. Saya sendiri tidak prefer menggunakan broker seperti RHB, Kenanga punya platform kerana charting mereka tidak menarik.

Untuk charting sahaja ada beberapa alternatif yang ada dan salah satunya adalah Tradingview. Saya sendiri menggunakan tradingview akaun berbayar untuk charting. Ada beberapa kenalan trader lain menggunakan bursastation. Apapun ianya bergantung kepada pilihan masing-masing.

Chart FCPO April 2020

Di atas ini adalah contoh chart untuk FCPO Bulan Jun 2020. Perlu ingat yang FCPO active month adalah 3 bulan daripada waktu trade tersebut. Biasanya untuk analisa saya akan gunakan Tradingview (boleh buka akaun percuma di SINI) dan untuk key in order saya akan gunakan platform seperti yang berdaftar dengan Bursa Malaysia Derivatives..

Ianya adalah antara beberapa tips untuk bermula, kalau anda nakkan tips dari segi teknikal analisis, saya akan cover beberapa strategi pada post ataupun artikel yang akan datang.

Cara Mudah Trade FCPO

Satu cara mudah yang saya gunakan untuk trade FCPO adalah untuk tidak hold position overnight (OV). Macam – macam perkara yang diluar jangka terutama gap daripada FCPO yang agak sukar untuk diramal. Ianya lebih sukar di ramal apabila OV selepas pukul 6 dan kalau boleh cuba sehabis baik untuk “close position” selepas pukul 6.

Saya selalu tengok reaction dekat open price untuk tentukan sama ada berbaloi untuk masuk ataupun sebaliknya. Open price boleh jadi major support dan resistance untuk hari tersebut.

Elliott Wave tidak dilupakan kerana ianya memang sentiasa terjadi dan reflek phikologi manusia. Apabila Elliott Wave digabungkan dengan Fibo Retracement atupun Fibo extension menjadikan satu trade setup yang baik.

Apapun ini adalah asas kepada trade setup untuk Pasaran Hadapan Kelapa Sawit, lain orang lain cara ye.

FCPO Dah Ada Sesi Malam Ye

Sebelum ini, waktu untuk trade FCPO adalah pada;

  • Sesi pagi – 10.30 am sehingga 12.30 pm
  • Sesi petang – 2.30 pm sehingga 6.00 pm

Terkini sejak akhir tahun 2021, sudah ada sesi malam untuk FCPO, menjadikan pasaran lebih menarik.

  • Sesi malam – 9.00 pm sehingga 11.30 pm dari isnin sehingga khamis. Jumaat tiada night session trading.

Amacam? Dah tak ada alasan lagi kepada mereka yang kata trading hour FCPO ini sangat sikit, dah ada sesi malam tu, boleh cuba trade dulu dan tengok.

Hukum Trade FCPO

Boleh ke sebenarnya trade FCPO ini dan apa hukumnya? Kupasan berkenaan dengan sama ada boleh ataupun tidak trade FCPO ini agak panjang sebenarnya dan anda boleh dapatkan info lanjut dengan baca artikel kami di Hukum Trade FCPO SINI.

Kami kupas pandangan yang kata FCPO ini harus dan pandangan yang kata FCPO ini tak boleh, seterusnya, anda tentukan sendiri. Wajib baca kalau anda serius nak berdagang FCPO dan nak tahu hukum berkenaan dengan pelaburan ini.

Mula Sekarang Untuk Sukses

Apapun, anda perlukan ambil langkah untuk buka akaun FCPO. Nak buka akaun tak susah pun, sama seperti nak buka akaun CDS pun tak susah. Yang lebih penting daripada itu adalah, tips dan teknik untuk konsisten dapat income daripada pelaburan FCPO ini. Ramai yang boleh sukses, saya yakin anda pun pastinya boleh sukses juga.

Alternatif Lain Kepada FCPO

FCPO adalah antara pelaburan yang agresif dan patuh syariah. Tetapi kalau anda nak cari market lain pun tiada masalah, ianya terpulang kepada masing-masing. Berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada yang saya rekemen untuk anda dapatkan info lanjut.

Forex

Forex adalah antara pasaran yang baik kerana ianya dibuka 24 jam sehari kecuali sabtu dan ahad cuti. Kalau FCPO ini hanyalah 2 sesi, pagi dan petang, pasaran tutup pada pukul 6 petang. Kalau anda nak trade pada waktu malam pun tiada masalah.

Tapi macam mana dengan hukum trade forex ini, bukan tak boleh ke? Untuk trade forex dan hukum berkaitan boleh rujuk artikel bawah. Juga kalau anda nak tahu senarai broker yang terlibat pun boleh tengok di bawah ini.

Wahed Invest

Wahed Invest ni macam unit trust. Anda laburkan dan pihak mereka akan invest untuk anda. Ianya diluluskan oleh Bank Negara dan antara platform yang bagus untuk anda diversify pelaburan anda. Ada yang menjana 5% keuntungan sebulan ya. Saya ulang 5% sebulan bukan setahun. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok review saya pasal Wahed Invest di artikel bawah.

Sampai sini dahulu info berkenaan dengan cara buka akaun FCPO. Memang tujuan kami untuk ramai rakyat Malaysia celik inmu pelaburan. Jika bermanfaat harap anda boleh kongsikan artikel ini di media social.

Related Posts

30 thoughts on “4 Tips Buka Akaun FCPO – 2024

  1. salam.boleh ke guna ilmu dalam forex utk trade fcpo??contoh sy biasa guna support resistance dan trendline…

    1. tak ada masalah nak guna teknik forex dalam FCPO, tapi sebelum guna, lebih baik backtest dan paper trade dlu utk tahu sama ada efektif ataupun sebaliknya.

      1. bagaimana nak Mula berdagang FCPO. cara nak buka akaun Dan lain2

  2. Salam sejahtera en Fais,
    Saya masih tercari-cari remiser yang bolih bantu trader seperti saya untuk berjaya.
    Buat masa ini saya menguna platform RHB ayers, dan brokerage fees rm15 in and rm15 out.
    Sekiranya en Fais bolih bantu saya ajar tentang teknikal analisis ini.
    Terima kasih.

    1. saya tak ada buka kelas untuk teknikal analisis, lebih kepada application sendiri je.

  3. Assalam, tuan brp kah modal permulaan yang sesuai untuk fcpo?

    1. full margin untuk CPO stakat artikel ni ditulis dalam RM4k to rm5k. Tu modal untuk bermula yang bagus.

      1. Modal mula terlalu mahal, patut tak ramai join sini. Tak sesuai utk golongan marheim…..

        1. memang modal macam ni, cara lain, blh trade saham.

  4. AsSalam Tuan Faris. Saya baru shj registered kelas FCPO, jadi saya sedang mencari remisier utk buka future akaun. Bole share contact number remisier yg bole menawarkan harga yuran yg terbaik ?. Thanks tuan for sharing info2 yg bagus, especially for newbie spt saya. Semoga Allah merahmati.

    1. Assalam Tuan Faris. Mohon pencerahan utk bbrp soalan :
      1) Apa nama platform TA Futures ?
      2) Platform nya ada apps di handphone or perlu browse ?
      3) Berapa monthly fee guna platform TA Futures

  5. Salam tuan..
    Sy brmnt utk buka akaun dengan ta securities.. Sy sudah tekan link dan bg email. Namun tiada respon.. Mohon bantuan tuan

  6. Assalamualaikum tuan jika buka akaun tanpa deposit duit still boleh buka ke?

    1. biasa broker akan kenakan certain amount, at least cukup untuk full margin. Apapun, boleh hubungi mereka untuk info lanjut.

  7. salam tuan,
    sy tengah menganggur skg. boleh ke bukak akaun? adakah cctos/ccris akan menentukan akaun lulus atau reject?

    1. ctos dan ccris tak ada kaitan dengan pembukaan fcpo. boleh je buka.

  8. Maaf tanya,apakah hukum trade pakai margin intraday?adakah dibenarkan sebab konsep macam hutang…

    1. ada banyak pendapat, tetapi saya masih berpegang pada hukum asal FCPO adalah harus oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ianya mungkin berubah pada masa akan datang. Ini pendapat saya sendiri.

    1. bergantung kepada brokerage ataupun margin pada waktu tersebut. blh jadi lebih murah, blh jadi lebih mahal.

  9. macam mana nak trade fpco saya trade forex full time timbul pulak isu halal haram

  10. Salam tn…

    Klu x keberatan bleh tn share mcmana nk set SL n TP sekali

    1. Utk TA Futures punya platform…maaf tya fbr sy pun jawapan x jelas dia bg

  11. Salam tuan. Boleh bg contact number remisier yg bagi rate murah tu?

  12. nak tanya tuan,
    banyak2 broker FCPO, ape yang execution die hampir -hampir seperti execution di trading view?

    1. rhb macam ok, cuma rhb ni brokerage agak tinggi, kena pandai nego dengan broker. Kalau pandai nego boleh dapat murah

      1. salam tuan, saya ada plan untuk tukar broker dari RHB ke lain kerana agak mahal brokerage fee yg dikenakan. boleh saya tahu apa broker yg tuan guna utk FCPO yg terendah setakat ini? kalau ada contact no remiser lagi bagus. T,kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *