5 Perbandingan BursaStation vs Tradingview 2023

Mana yang terbaik antara BursaStation vs Tradingview? Kalau dalam teknikal analisis, charting platform ataupun tempat untuk melihat chart adalah sangat penting dalam menentukan keberkesanan analisis. Walaupun faktor seperti trading psikologi dan teknikal analisis skill adalah lebih penting, charting software yang bagus memainkan peranan bagi menentukan sama ada entry itu sukses ataupun sebaliknya. 

Artikel pada kali ini, kami nak berikan perbandingan dari segi input, harga dan lain-lain untuk kedua-dua platform ini. Lepas itu terpulang kepada anda untuk membuat pemilihan yang mana yang berbaloi. 

Pastikan sebelum anda mula untuk berdagang, anda sudah mempunyai teknikal analisis sendiri dan sistem untuk entry, stop loss, di mana nak TP dan lain-lain. Kalau belum anda, boleh gunakan platform di atas sebagai satu latihan sebelum anda bermula dengan menggunakan duit sebenar. Penting untuk berlatih dan mahirkan diri anda dengan analisis yang betul. Mahirkan diri anda dengan platform yang betul pun sangat penting dalam keberkesanan analisis anda.

Kali ini kami nak buat perbandingan antara kedua-dua platform ini dan anda tentukan yang mana yang terbaik. 

bursastation vs tradingview

BursaStation

Memang ramai kenalan trader saya yang menggunkan platform Bursa Station. Ianya merupakan antara syarikat yang berpengkalan di Singapura, tetapi pada masa yang sama, tiada masalah untuk anda lihat dan analisis pasaran Malaysia. Sama ada produk saham seperti Equities mahupan produk seperti Derivatives. 

Pakej langganan BursaStation adalah seperti di bawah

Secara jujurnya saya lebih suka menggunakan platform WebBased kerana boleh digunakan di banyak platform untuk analisis. Tidak terhad kepada satu-satu komputer sahaja. Untuk BursaStation, web based hanyalah bagi mereka yang nak trade equities sahaja. Bagi mereka yang nak trade equities sahaja bolehlah menggunakan platform BursaStation. (Bagi yang tak tahu, equities adalah untuk pasaran saham).

Kepada mereka yang pada masa yang sama berdagang FCPO, anda perlu untuk melanggan pakej BursaStation Application Based dan ini memang membuatkan saya berfikir dan mencari alternatif lain untuk berdagang.

Info lanjut berkenaan dengan pelan BursaStation dan cara untuk subscribe pelan ni anda boleh dapatkan di SINI.

Tradingview

Tradingview adalah aplikasi webbased dan ianya tidak terhad kepada pasaran ataupun saham di Malaysia. Anda boleh tengok market seperti FCPO, Minyak Soya, Crude Oil dan lain-lain. Anda nak tengok ataupun analisa Forex market pun tak ada masalah dengan Tradingview ini. 

Disebabkan oleh ianya berdasarkan kepada laman web, ianya tidak terhad kepada aplikasi dan lebih menarik, ada app yang disediakan untuk Android ataupun Apple IOS. Untuk melihat banyak pasaran dalam satu masa, saya lebih rekemen untuk anda seriously consider beli pakej Tradingview Pro Plan di SINI.

Berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh Tradingview Pro Plan.

tradingview pro plan

Review saya berkenaan dengan Tradingview pula anda boleh baca pada artikel di bawah ini;

Anda boleh lihat di bawah ini untuk pricing dan lain-lain. Tetapi memang saya rekemen untuk anda subscribe pro plan Tradingview.

Step by Step Daftar Tradingview

Sebagai alternatif, anda boleh tengok step by step langkah dan cara daftar tradingview dalam video di bawah ini.

Ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk dapatkan akses pro akaun secara percuma selama 30 hari. Selamat mencuba.

Anda Pilih Yang Mana Terbaik

Bagi saya kedua-dua pun terbaik. Cuma artikel pada kali ini agak berat sebelah disebabkan saya tidak pernah menggunakan BursaStation. Kalau anda yang sedang membaca artikel ini tahu info lanjut berkenaan dengan BursaStation vs Tradingview dan nak berikan pendapat dan pembetulan untuk BursaStation, amatlah dialu-alukan. Berikan pada ruangan komen di bawah ye. 

Bagi saya, Tradingview lebih baik, tapi tak bermakna BursaStation tu tak bagus. Ramai sahaja trader yang menggunakan BursaStation. Untuk anda, terpulang yang mana yang berbaloi. Yang paling penting serasi dengan anda dan seterunya anda boleh terus fokus kepada faktor lain yang lebih penting dalam trading. Apakah faktor yang lebih penting dalam trading tersebut?

Faktor lain adalah trading skills anda sama ada teknikal analisis, trading psikologi ataupun fundemantal analisis. Kalau anda Trade FCPO, mungkin tidak perlu terlalu mengambil fokus kepada fundemantal analisis. Nak tahu apa itu FCPO, boleh tengok video di bawah ini.

Mahirkan Diri anda Dengan Teknikal Analisis

Sekali lagi, adalah sangat penting untuk anda mahirkan diri dengan teknikal analisis. Ianya adalah antara elemen terpenting dalam trading dan kalau anda nak mahirkan diri dalam analisa pasaran. Dalam teknikal analisis pun ada banyak teknik sama ada gunakan indikator, price action, open price dan lain-lain. Kalau anda cari info di Youtube pun banyak yang anda boleh pelajari. Dari situ adalah antara tempat untuk anda bermula.

Tetapi, sebagai asas, saya lebih rekemen untuk anda bermula dengan teknikal analisis dan panduan daripada ebook Sistem Saham Ini. Ianya antara panduan yang bagus untuk anda yang baru nak bermula melabur dalam teknikal analisis. 

Senarai Market Yang Anda Boleh Trade

Berikut adalah antara senarai market yang anda boleh berdagang menggunakan platform Tradingview seperti yang saya rekemen di atas.

Saham 

Saham memang tidak asing lagi dalam pelaburan di Malaysia. Ianya merupakan tempat untuk anda mula melabur dan merupakan asas kepada teknikal analisis. Info lanjut dan tips cara pembukaan akaun saham dan asas kepada teknikal analisis pula anda boleh tengok video di bawah ini.

Artikel lain berkenaan dengan saham di blog smartinvest101 ini;

FCPO

Ianya merupakan pasaran hadapan kelapa sawit. Berbeza dengan saham, anda boleh melabur 2 arah iaitu menaik dan menurun. Kalau saham, anda perlu untuk mencari saham yang berpotensi untuk harga meningkat naik, tetapi sedikit berbeza dengan FCPO. Apabila pasaran menurun pun anda masih boleh buat duit.

Tak nak cerita banyak, boleh baca artikel di bawah ini;

Forex

Berdagang mata wang ataupun Foreign Exchange pun adalah antara pasaran yang berbaloi untuk anda cuba lihat. Tetapi ada beberapa isu yang mungkin memberikan kesan kepada Forex antaranya adalah faktor sama ada ianya patuh syariah ataupun sebaliknya. Nak tahu info lanjut berkenaan dengan Forex ini pula anda boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini;

Akhir kata, anda pilihlah yang mana terbaik antara BursaStation vs TradingView. Jangan stuck terlalu lama kerana kalau anda nak mula berdagang, adalah lebih baik untuk fokus kepada perkara yang lebih penting iaitu teknikal analisis dan juga trading psikologi. Untuk trading psikologi, akan kami berikan input berkenaan dengan topik ini pada masa akan datang.

Jangan lupa untuk follow Channel Telegram Smartinvest101 di bawah

Akan lebih banyak topik dan tips kewangan menarik yang bakal dikongsikan kepada anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *