4 Portal Cari Kerja Malaysia 2023

Apa pilihan portal cari kerja Malaysia? Disebabkan Virus Covid-19 yang sedang melanda di negara kita pada masa kini, ramai yang mengalami kesannya. Mana tidaknya, kebanyakan syarikat di negara kita terpaksa gulung tikar dan terpaksa di tutup kerana sudah tidak mampu untuk meneruskan operasinya lagi kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. 

Disebabkan itu, ramai yang kehilangan sumber pendapatan kerana di berhentikan kerja. Jadi, ramai yang mula mencari kerja lain bagi menampung kehidupan seharian mereka. Malah, boleh dikatakan semakin hari semakin ramai yang mula mencari kerja sehinggakan satu-satu kerja tersebut menjadi rebutan ramai.

Artikel pada kali ini, kami akan berikan beberapa alternatif terbaik untuk anda dapatkan info pekerjaan dan mula mencari kerja. Pada akhir artikel, kami akan rekemen untuk anda mula mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan tambahan dimasa ekonomi yang sedang gawat ini. 

Pilihan Portal Cari Kerja

portal cari kerja malaysia

Tetapi dalam pada masa yang sama timbul juga persoalan kepada mereka yang sedang mencari kerja. Dekat mana nak cari kerja?? Laman web apa yang boleh di gunakan untuk mencari kerja?

Mana tidaknya, ada antara mereka yang mencari kerja pernah kena tipu dengan syarikat yang kononnya menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Sebaliknya, apabila mereka sampai di syarikat terbabit, pihak syarikat menawarkan jawatan yang lain dan apa yang lebih parah ada yang gaji mereka dapat tidak sama seperti apa yang di tawarkan oleh syarikat sebegini.

Sebenarnya, ada beberapa portal cari kerja yang boleh anda gunakan untuk mencari kerja. Malah di portal-portal ini, kesemua majikan adalah majikan yang boleh dipercayai dan bukannya majika yang menipu. Malah, ada antaranya merupakan syarikat-syarikat besar yang sangat terkenal di dalam dan di luar negara. Antara portal tersebut ialah:

1-MauKerja

Portal MauKerja adalah salah satu  website pekerjaan yang sangat popular di negara kita. Malah, ramai yang menggunakan laman web ini untuk mencari kerja yang mereka idamkan berdasarkan kelayakan mereka. Antara sebab kenapa ramai yang memilih website MauKerja ini adalah di sini anda dapat memilih bermacam jenis pekerjaan dari pelbagai syarikat terutama syarikat besar seperti, Mcdonald, Pizza Hut, Dominos, Chicken Rice Shop dan bermacam lagi.

Untuk mendapatkan pekerjaan daripada portal Maukerja ini, anda boleh ke LINK ini bagi mendapatkan info lanjut tentang pekerjaan terkini yang ada di Malaysia.

2-Job Street

Job street juga tidak kurang hebatnya, Job Street juga merupakan salah satu website cari kerja yang sangat di kenali dalam kalangan masyarakat kita. Ramai yang tidak mengetahui, Job Street sebenarnya sudah lama di wujudkan iaitu sejak tahun 1997. Job Street bukan sahaja menjadi pilihan para pencari kerja, tetapi juga menjadi pilihan bagi kebanyakan majikan bagi mengilankan jawatan kosong di syarikat mereka. 

Jangan terkejut kalau admin katakan sehingga ke hari ini sudah beratus ribu pencari kerja mendapat pekerjaan melalui website ini. Justeru itu, tidak hairanlah website ini boleh menjadi website cari kerja yang terbesar di Asia pada masa kini.

Boleh terus ke Jobstreet bagi mendapatkan informasi dan tips terkini mencari pekerjaan.

3-SPA

Laman web SPA ini juga merupakan salah satu laman web cari kerja yang juga sangat di kenali oleh kalangan masyarakat Malaysia. Di sinilah, tempat untuk anda mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan. Ini kerana, biasanya jawatan kosong kerajaan jarang sekali di iklankan di laman web yang lain dan hanya di sini sahaja anda boleh memohon jawatan kosong bagi sektor kerajaan. Justeru itu, tidak hairanlah laman web ini sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahu bekerja dalam sektor kerajaan.

Kami rekemen untuk anda daftar terus di laman SPA ini. Mana tahu kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik yang merupakan antara kerjaya idaman anak muda sekarang ini menjadi idaman anda. 

4-Mudah.my

Ramai yang beranggapan laman web mudah hanya untuk membeli barangan online atau barangan preloved sahaja. Tetapi ramai yang tidak tahu, laman web mudah juga sebenarnya boleh di jadikan sebagai salah satu platfom untuk anda mencari jawatan kosong. Ramai yang mengunakan laman web mudah untuk mencari jawatan kosong dan sudah ada yang dapat pekerjaan yang mereka inginkan melalui laman web mudah.my ini.

Saya juga sering menggunakan platform mudah.my ini untuk mengiklankan pelbagai barangan seperti rumah dan lain-lain kerana kerjaya saya sebagai seorang perunding hartanah. Kalau anda nak cari kerja pun, ada banyak pilihan pekerjaan yang ditawarkan di sini.

Tips Ringkas Bakal Pencari Kerja

Jangan lupa untuk update resume anda agar kekal menarik dan tunjukkan kesungguhan terutama bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan. Gunakan smartphone ataupun laptop untuk edit resume anda dan nampak menarik. Bila resume dah ada, anda boleh terus hantar ke portal cari kerja Malaysia yang kami senaraikan di sini.

Jangan lupa untuk tips temuduga bagi membolehkan anda lulus cemerlang dalam pekerjaan yang anda bakal mohon. Usaha dan tawakal adalah antara perkara yang penting dalam setiap tindak tanduk anda.

Pada Masa Kini Mencari Kerja Hanya Melalui Online Sahaja

Pada masa kini segalanya di hujung jari. Anda bukan sahaja boleh membeli barang, menempah makanan secara online tetapi pada masa kini juga anda boleh mencari pekerjaan yang anda impikan secara online. Sebenarnya, banyak lagi laman web cari kerja yang boleh anda gunakan untuk mencari kerja. Apa yang penting ialah anda perlulah sentiasa rajin dan sentiasa berusaha untuk mencari kerja yang anda impikan.

Tips Tambah Pendapatan Semasa

Sampai bila anda perlu terus bekerja? Pastinya setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri. Terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang sudah mula untuk mencari alternatif lain dengan mendapatkan tips dan cara untuk pekerjaan tambahan.

Berikut adalah antara beberapa idea untuk anda tambah pendapatan anda secara online.

Ini adalah antara beberapa idea untuk tambah pendapatan secara sampingan. Apapun, mulakan sekarang untuk tambah pendapatan anda.

Bekerja Sambil Tambah Income

Tak salah kalau anda mula bekerja sekarang dan pada masa sama cuba untuk tambah pendapatan melalui banyak sumber. Antaranya adalah dalam pelaburan saham.

Syarat untuk mula melabur dalam saham pun cuma 2 sahaja;

  • Tak bankrupt
  • Atas 18 Tahun

Lepas 2 syarat ini, memang anda sudah boleh ataupun buka akaun untuk melabur dalam saham. Anda boleh baca beberapa artikel daripada blog kami berkaitan dengan pelaburan saham di bawah ini;

Apapun, diharapkan artikel portal cari kerja Malaysia ini membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan secepat mungkin. Kalaupun tiada pekerjaan, jangan risau kerana anda boleh bina pendapatan sendiri tanpa perlu makan gaji kerana ada banyak tips dan cara untuk berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *