12 Senarai Syarikat Takaful di Malaysia 2023

Nak tahu syarikat takaful di Malaysia yang berdaftar dengan Bank Negara?. Takaful dengan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Malah, boleh di katakan kebanyakan rakyat Malaysia telah memilih untuk membeli polisi takaful buat diri dan keluarga mereka. Namun begitu, pasti ada segelintir dari anda yang tertanya-tanya apa yang di maksudkan dengan takaful?

Jadi, timbul persoalan, adakah takaful dengan insuran ini satu perkara yang sama?

Takaful Dan Insuran Ni Berbeza Ke??

Ramai yang terkeliru antara insuran dan takaful. Ramai yang beranggapan insuran dan takaful adalah satu polisi yang sangat berbeza. Malah ada yang beranggapan insuran lebih baik berbanding takaful. Sebenarnya, insuran dengan takaful secara asanya mempunyai prinsip asas yang sama iaitu membantu anda sewaktu anda sedang sakit atau kemalangan.

Untuk info lanjut berkenaan dengan perbezaan antara Takaful dan Insurans, kami ada nukilkan dalam artikel di SINI. Harap anda boleh baca info lanjut berkenaan dengan perbezaan yang ketara tersebut.

syarikat takaful di malaysia

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Takaful??

Pada kali ini admin hendak bercerita dengan anda mengenai senarai syarikat takaful yang terdapat di Malaysia pada tahun 2020. Tapi sebelum admin senaraikan kepada anda mengenai senarai Syarikat takaful, biar admin terangkan kepada anda apa yang di maksudkan dengan takaful.

Takaful adalah satu pelan pelindungan yang disediakan berdasarkan prinsip Syariah. Apabila anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda telah memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain, sekiranya terdapat salah seorang pencarum yang mencarum takaful yang sama mengalami kerugian atau sebarang kecelakaan seperti yang di nyatakan di dalam caruman takaful tersebut.

Senarai Syarikat Takaful Yang Terdapat Di Malaysia

Pasti anda tertanya-tanya ada ke syarikat takaful di Malaysia ini? Mana tidaknya biasanya anda hanya mendengar satu atau dua sahaja takaful yang terdapat di negara kita. Kadangkala pasti timbul persoalan di pemikiran anda sama ada masih ada lagi syarikat takaful di negara kita atau tidak?

Sebenarnya, di negara kita sahaja mempunyai lebih dari 10 syarikat takaful. Syarikat takaful ini sebenarnya sering kali mendapat sambutan yang sangat menggalak dalam kalangan masyarakat di negara kita. Bukan itu sahaja, syarikat takaful yang bakal admin senaraikan ini juga sebenarnya sering kali muncul dalam iklan dan sekeliling kita. Cuma mungkin anda sahaja yang tidak sedar tentang kewujudan syarikat takaful ini. Senarai syarikat takaful yang terdapat di negara kita ialah:

1.    Takaful Ikhlas

2.    Etiqa Takaful

3.    Takaful Malaysia

4.    Prudential BSN Takaful

5.    Zurich Takaful

6.    HSBC Amanah Takaful

7.    Hong Leong MSIG Takaful

8.    Great Eastern Takaful

9.    AIA AFG Takaful

10. CIMB AVIVA

11. Ammet Life Takaful

12. FWD Takaful

Kalau anda nak melanggan Takaful, pastikan dengan agen yang berdaftar daripada syarikat ini. Ianya untuk elak daripada perkara yang tidak diingini yang bakal berlaku suatu hari nanti. 

Pastinya setiap syarikat Takaful ini mempunyai pelan mereka yang tersendiri. Perlu diingatkan yang tidak semua syarikat itu adalah “perfect” dan setiap syarikat mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Cuba untuk dapatkan info yang lebih detail daripada agen berdekatan. Yang paling penting anda tahu apa yang anda carum.

Pelan Takaful Di Malaysia

Takaful boleh dikatakan antara pasaran yang baru bertapak di Malaysia. Produk yang ditawarkan pula sedang berkembang seiring dengan peredaran zaman. Tetapi, lebih mengujutkan apabila takaful ini disokong oleh kebanyakan orang Islam di Malaysia. Walaupun ada orang Islam yang masih lagi melanggan produk konvenstional, ianya tidaklah sebanyak mereka yang menyokong produk Takaful.

Antara produk takaful yang popular sekarang ini adalah seperti berikut;

Pelan Medical Card

Pelan kad perubatan adalah wajib ada untuk setiap syarikat takaful. Tujuannya adalah untuk membayar bil takaful yang tinggi di hospital swasta. Bukan hospital kerajaan tak bagus, cumanya ianya terlalu ramai yang menggunakan hospital kerajaan menjadikan tompoh menunggu menjadi terlalu lama. Pilihan yang ada adalah, takaful ataupun medical card takaful ini.

Untuk info lanjut lebih detail berkenaan dengan pilihan pelan medical card takaful ini, anda boleh baca lebih lanjut di artikel INI. 

Insurans Nyawa / Hibah

Insurans nyawa ataupun hibah adalah antara trend terkini masyarakat di Malaysia di mana dalam banyak keadaan, masalah pembahagian harta pusaka yang tidak selesai akibat tiada perancangan sebelum meninggal. Setelah diamati, hibah merupakan satu alat yang sangat penting untuk digunakan sebagai salah satu matlamat perancangan kewangan anda. 

Info berkenaan dengan hibah takaful ini pula anda boleh dapatkan di artikel kami DI SINI.

Takaful Sering Kali Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia

Walaupun pada masa kini banyak syarikat insuran telah di wujudkan tetapi takaful juga menjadi pilihan ramai. Salah satu sebabnya sudah tentulah kerana ia lebih berunsurkan Syariah dan Islamik. Ia sangat sesuai untuk mereka yang sangat mementingkan prinsip Syariah dalam sesuatu urusan tersebut. 

Jangan terkejut kalau admin katakan setiap hari pakej yang di tawarkan oleh syarikat takaful sentiasa sahaja mendapat permintaan yang tinggi. Malah, ejen takaful juga saban hari semakin ramai. Ini kerana, permintaan terhadap Takaful semakin tinggi.

Sebagai seorang islam juga, adalah wajib untuk anda menlanggan Takaful dan menjauhkan insurans konventional. Gunakan takaful sebagai alat untuk perancangan kewangan anda sebaiknya ya.

Pilihlah Syarikat Takaful Yang Berdaftar Dengan Bank Negara

Pada masa kini, jika anda hendak membeli takaful, pilihlah pengendali takaful yang berdaftar dengan bank Negara. Ini kerana, jika anda tersalah memilih polisi insuran di kuatiri anda akan tertipu oleh mereka yang menyamar kononnya sebagai ejen takaful tersebut.

Sebaliknya, takaful tersebut tidak pernah wujud dan orang yang mengaku sebagai ejen takaful tersebut adalah seorang scammer yang hanya mahu menipu anda sahaja. Justeru itu, jika ada seseorang yang menawarkan anda untuk membeli sesuatu takaful, jangan terburu-buru untuk terus membeli polisi takaful tersebut. Sebaliknya, selidik dahulu sama ada takaful tersebut benar-benar berdaftar atau tidak.

Apapun, saya sangat sarankan untuk anda baca buku kewangan viral di bawah ini untuk anda lebih celik kewangan.

Pilihlah Pakej Takaful Yang Bersesuaian Dengan Anda

Kesimpulannya, setiap produk menawarkan pakej yang berbeza. Jadi, anda perlulah bijak memilih pakej yang sesuai untuk anda dan ahli keluarga anda. Jadi, pilihlah pakej yang benar-benar anda perlukan dan pakej yang anda mampu bayar.

Harap artikel syarikat takaful di Malaysia ini memberikan anda beberapa tips penting untuk pemilihan takaful terbaik. Pilihlah produk yang anda yakin dan juga agen yang dipercayai untuk uruskan pelan takaful anda.

Jangan lupa untuk follow Channel Telegram kami di bawah ini untuk tips kewangan terbaik sepanjang hari.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *