AIA Public Takaful Tipu? 9 Info Terkini

Betul ke AIA Public Takaful tipu client? Seringkali terdengar berita macam ni, dan artikel kali ini adalah ingin berikan pencerahan berkenaan dengan keseluruhan industri Takaful di Malaysia amnya dan AIA Public Takaful khususnya.

Setiap syarikat insurans mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Ada yang murah, tapi dari segi produk tidaklah hebat mana dan ada juga yang mahal sedikit tetapi mempunyai produk yang bagus. Setiap syarikat Takaful pastinya mempunyai rekod hitam apabila pelanggan yang mencarum, tidak dapat nak “claim” pada waktu sepatutnya.Apapun, pada kali ini, kami nak berikan info lanjut berkenaan dengan AIA Public Takaful.

aia public takaful tipu

Apa itu AIA Public Takaful?

AIA Takaful adalah salah satu syarikat takaful di Malaysia yang patuh syariah. Syarikat yang hampir genap sepuluh tahun menjejakkan kaki di industri insurans ini telah banyak menyumbang bakti kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pelan-pelan yang bertindak demi kesejahteraan semua. 

Namun begitu, di balik kejayan AIA Public Takaful menjual servis mereka kepada pengguna masih ada segelintir yang beranggapan yang pelan perlindungan ini tidak mendatangkan faedah kepada mereka. Ini kerana jika mereka tidak sakit atau tidak di timpa kemalangan, mereka tidak akan mendapat apa-apa manfaat untuk di rasai. Mentaliti yang buruk ini tidak berhenti malah makin parah dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada pelan perlindungan ini.

Medical Card tipu. Bayar mahal-mahal, tapi bila nak guna kena reject.”

“Agen penipu, kata dapat manfaat ini, dapat manfaat itu tapi habuk pun tak ada.”

“Nasib baik aku tak ada takaful nanti aku pula yang kena tipu.”

“Baik pilih insurans konvensional biasa, guna yang patuh syariah pun penipu.”

Ini antara keluhan-keluhan sebahagian kecil pengguna terhadap pelan perlindungan ini. Adakah benar dengan realiti yang di ceritakan atau ini hanyalah unsur-unsur provokasi untuk menyekat pengguna dari mendapat pelan perlindungan yang terbaik. 

Pengguna Tidak Faham Polisi 

Apabila dikaji dengan lebih mendalam, didapati pengguna sebenarnya tidak faham atau tidak jelas dengan isi-isi polisi yang terdapat dalam setiap pelan. Kurangnya pengetahuan agen untuk menerangkan dan salah faham antara agen dan pengguna menyebabkan kes ini bertambah teruk. Akhirnya, apabila pengguna mahu menggunakan inisiatif yang mereka bayar mereka tidak boleh mendapatkan manfaat seperti yang di harapkan. Perasaan kecewa dan berasa tertipu dengan bicara-bicara manis dari agen telah memecahkan gelombang emosi yang membuak dalam diri pengguna. Lalu heboh dengan berita-berita di media sosial tentang penipuan pelan perlindungan ini. 

Pada kali ini, artikel terpanggil untuk membincangkan 9 manfaat AIA Public Takaful untuk memberi sedikit pendedahan kepada semua.

1. Pelan Mampu Milik

Apa pun latar belakang anda, berapa pun gaji anda dalam sebulan. Anda masih boleh mendapatkan pelan perlindungan yang mampu milik mengikut kesesuaian kemampuan. Contohnya seperti, A-Plus Med, A-life Med Regular dan bermacam-macam lagi. Jika anda mahu tahu dengan lebih jelas apakah pelan yang terbaik untuk anda miliki mengikut bajet anda, anda boleh terus mengisi maklumat lanjut di laman sesawang rasmi aia.com.my.

Pelan yang berpatutan tetapi masih boleh mendapatkan perlindungan yang komprehensif adalah sesuatu yang sangat di impikan oleh semua terutama sekali dalam fasa-fasa ekonomi kritikal seperti ini. 

Ramai yang telah dibuang kerja tetapi sara hidup masih banyak yang perlu di tanggung. Sesetengah dari anda, ada juga yang membuat dua kerja dalam satu masa. Sebelah pagi kerja sebagai seorang pegawai di pejabat, manakala sebelah malam pula menjadi “food rider.” Tanpa anda perasan, anda sebenarnya meletakkan diri dan keselamatan anda dalam bahaya jika tidak di lindungi oleh sebarang pelan perlindungan diri. 

2. Kemudahan “Just Swipe”

Sana borang, sini borang. Anda jadi pening kepala hendak lengkapkan satu-satu. Dengan hendak pegang anak lagi, mana hendak cari pen lagi untuk menulis. Menyusahkan betul. Dengan pelan ini, anda tidak perlu bersusah payah untuk meneruskan urusan lanjut. Dengan hanya menggunakan kaedah 1, 2, 3 semua urusan anda akan selesai. 

1. Bawa sahaja badan anda ke kaunter pendaftaran.

2. Tunjuk kad pelan anda.

3. Kemudian, swipe kad tersebut pada mesin pengimbas khas yang disediakan. 

3. Aplikasi Mobil AIA Locator

Antara pelan insurans yang mempunyai aplikasi sendiri adalah pelan ini. Sama ada anda pengguna Android atau pun IOS semuanya boleh diakses dengan sangat mudah melalui telifon pintar. Teknologi di hujung jari, kemudahan dengan sekali “klik” sahaja. Pelan perlindungan juga mestilah berubah mengikut peredaran zaman. Sekiranya, teknologi sudah melangkah ke 5G, tidak releven sekiranya jika masih menggunakan pen dan kertas. Aplikasi ini memberi banyak faedah kepada anda. Antaranya, untuk menyemak pelan, buat pembayaran, akses kepada maklumat terkini tentang tuntutan perubatan, pra-daftar temujanji doktor dan bermacam lagi. Malah, sekiranya anda muat turun aplikasi ini di telifon masing-masing lalu melengkapkan borang semak kesihatan kewangan, anda boleh mendapat kredit RM 10 dari Touch N Go E-Voucher.

4. Servis 24/7 365 Hari Setahun

Apa yang akan terjadi jika manusia atau robot bekerja 24 jam tanpa henti selama setahun? Pasti kedua-duanya akan tumbang, rosak dan tidak boleh di gunakan lagi. Silap-silap hari bulan robot itu boleh masuk besi buruk sebab sudah tidak mampu menampung segala beban yang perlu di kerjakan. Berbeza sangat dengan pelan perlindungan ini, servis tanpa henti selama 24 jam seminggu 365 hari setahun untuk berkhidmat kepada anda. 

5. Perlindungan Sehingga Berumur 100 Tahun

100 tahun? Biar betul? Anda terkejutkan. Memang ada beberapa pelan ini mempunyai had umur sehingga 100 tahun seperti A-Life Secure, A-Life Time Secure, dan A-Life Joy 2 untuk anak-anak. Bayangkan selama 100 tahun, anda mendapat perlindungan yang rapi dan manfaat-manfaat lain yang boleh menaiktarafkan lagi kehidupan anda dan keluarga untuk masa akan datang.

Walaupun sibuk bekerja siang dan malam, tetapi anda tidak perlu risau dengan keselamatan ahli keluarga dan insan yang anda sayang di bawah pelan ini.

6. Manfaat Perlindungan “Guaranteed Renewal”

Apa yang dimaksudkan dengan guaranteed renewal atau pembaharuan terjamin ini? Ianya berfungsi apabila pelan anda telah tamat tempoh dan perlu di perbaharui. Selalunya pelan perlu di perbaharui setiap tahun bergantung pada klaim. Jika anda telah banyak kali membuat klaim, keberangkalian untuk cas-cas tambahan di kenakan adalah tinggi sehingga boleh menghilangkan faedah pelan. Bertambah teruk lagi, ini akan menyukarkan anda untuk memohon pelan baru dari syarikat lain.

Dengan adanya jaminan pembaharuan, syarikat tidak boleh menamatkan pelan sesuka hati atau menambah sebarang caj melainkan anda sendiri tidak bayar atau had sepanjang hayat sudah habis. Jadi, walaupun anda pernah klaim sebelum ini dengan kuantiti atau kekerapan yang banyak untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tidak perlu risau tentang sebarang caj “tersembunyi”.

7. Tiada Ko-Takaful

Sekiranya anda terpaksa perlu di tahan di hospital atas sebab-sebab tertentu. Anda tidak perlu untuk melakukan sebarang pembayaran dari mula masuk hinggalah anda keluar dari hospital. Semuanya akan di uruskan oleh pelan perlindungan yang anda miliki.

8. Patuh Syariah

Tidak perlu diragukan lagi yang pelan perlindungan ini diakui Halal dan mempunyai ciri-ciri yang patuh syariah. Tiada unsur riba, maisir (judi), dan gharar (tidak jelas) berbanding insurans konvensional biasa. 

9. Perlindungan Tambahan Tanpa Sebarang Kos

Pelan perlindungan yang di maksudkan ini adalah khusus untuk Covid-19. Manfaat yang boleh di peroleh adalah seperti manfaat kemasukan hospital dan manfaat kematian. Dalam konteks manfaat hospital, jika orang yang dilindungi dengan pelan ini disahkan positif Covid-19 dan di kaurantin di mana-mana hospital seluruh Malaysia, mereka akan menerima RM 200 sehari sehingga 30 hari.

Dalam konteks manfaat kematian pula, jika orang yang dilindungi dengan pelan ini disahkan positif Covid-19 lalu meninggal dunia akibat virus ini, perlindungan tambahan sebanyak RM 10,000 akan di beri sekaligus kepada waris. 

Membina Masa Depan Bersama AIA 

Anda cukup yakin sekarang untuk memiliki pelan perlindungan ini? Di harapkan artikel ini dapat menambahkan pengetahuan anda tentang salah satu pelan perlindungan patuh syariah yang popular di Malaysia. “Hidup lebih sihat, panjang dan bermakna.” Slogan yang membawa pelan ini terus komited untuk meningkatkan kadar penembusan takaful dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Tidak hanya memberi tumpuan kepada penyakit tetapi juga aspek kesihatan. Dimana pelan membantu pengguna untuk lebih proaktif dan positif dalam kehidupan dengan menggalakkan anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Harapnya, informasi pada kali ini dapat menyangkal dakwaan AIA Public Takaful tipu dan mengubah persepsi anda terhadap syarikat Takaful di Malaysia. Selain daripada AIA, masih ada lagi pesaing lain seperti Prudential, Great Eastern dan lain-lain lagi.

Sampai sini sahaja informasi pada kali ini dan harapnya anda mendapat penjelasan untuk info AIA Public Takaful tipu. Jangan lupa untuk anda subscribe channel telegram di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips kewangan dan pelaburan di Malaysia.

Adakah AIA Public Takaful tipu? Tepuk dada tanya akal.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Pin It on Pinterest