Kali ini kami ingin menceritakan tentang pengalaman menggunakan medical card Prudential. Medical card adalah salah satu produk insuran ataupun takaful yang sangat terkenal pada masa kini. Malah, saya percaya ramai antara anda akan memilih pakej ini apabila anda mengambil polisi insuran. Setiap kali, anda di tawarkan untuk mengambil polisi insuran sudah pastinya perkara pertama yang anda akan tanya ialah medical card.
Mana tidaknya, pada masa kini medical card adalah perkara yang yang penting kerana dengan adanya medical card ia dapat membantu anda untuk membiayai kos rawatan perubatan yang semakin lama semakin tinggi. Ia sekali gus dapat meringankan beban anda dan sekali gus mengelakkan anda dibebani hutang dengan banyak.
Di Malaysia ini ada banyak pilihan syarikat Takaful yang bagus, tetapi pada masa ini saya ingin berikan pengalaman saya menggunakan salah satu syarikat yang bagus iaitu Prudential. Kalau anda didekati dengan agen-agen takaful dan sedang “consider” yang mana, boleh baca review kami berkaitan dengan produk Prudential ini di sini.
Kad Perubatan Prudential – Pilihan Ramai
Salah satu medical card yang menjadi pilihan masyarakat kita pada masa kini ialah Medical Card Prudential. Saya percaya bagi pengguna kad perubatan Prudential pasti mempunyai pengalaman yang tersendiri. Malah, pasti ada antara anda yang mula merasa senang dan mudah dengan menggunakan produk ini.
Mana tidaknya, dengan kelebihan yang terdapat pada medical card daripada syarikat Prudential Takaful, ia sudah tentulah sangat memudahkan anda apabila anda hendak membuat tututan untuk membayar kos rawatan nanti.
Begitu juga dengan saya. Saya juga mempunyai pengalaman dalam menggunakan kad perubatan Prudential. Bagi saya medical card Prudential ini sangat berbaloi untuk di miliki dan sangat bagus untuk mereka yang sedang tercari-cari medical yang terbaik buat masa kini.
Jadi, pada kali ini saya hendak berkongsi dengan anda pengalaman saya dalam menggunakan medical card takaful dari Prudential. Dengan perkongsian saya dalam menggunakan medical card takaful Prudential ia dapat menjadikan anda sebagai panduan buat anda yang yang mempunyai niat untuk mengambil produk kad rawatan hospital Prudential.
Beza Insurans Dan Takaful
Ada perbezaan antara insurans dan takaful. Sebagai seorang Islam, adalah wajib untuk anda menggunakan produk takaful dan sebolehnya elak untuk menggunakan produk conventional. Sebenarnya ada perbezaan besar antara produk takaful dan conventional. Untuk info lanjut berkenaan dengan perbezaan antara produk takaful dan conventional, boleh tengok artikel di bawah ini;
Medical Card Takaful Prudential Mempunyai Banyak Kelebihanya Yang Tersendiri
Salah satu sebab medical card Prudential menjadi pilihan saya adalah kerana, ia mempunyai bermacam kelebihan yang tersendiri. Ini kerana, kelebihan yang terdapat pada medical card Prudential sangat membantu dan sangat memudahkan saya terutama sekali apabila hendak membuat tuntutan sewaktu kecemasan.
Jom saya kongsikan kelebihan medical card Prudential. Antara kelebihanya ialah:
- Berbeza dengan sesetengah yang lain, kebanyakan dari medical card tersebut mempunyai had tahunan yang sangat pendek dan sangat terhad. Tetapi berbeza pula dengan medical card Prudential, ia tidak mempunyai had tahunan. Malah, had tahunan ia juga sangat tinggi. Ia sudah pastinya sangat memudahkan anda kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk selalu memperbaharui polisi takaful anda.
- Satu lagi kelebihan medical card Prudential ialah mereka memberi kebebasan kepada pemegang medical card untuk memilih hospital dan doktor yang mereka mahukan untuk merawat mereka. Jadi, mereka yang mempunyai medical card tidak perlu pening-pening kepala untuk mencari hospital yang boleh menggunakan medical card Prudential untuk membiayai kos rawatan.
- Ada sesetengah medical card tidak mempunyai coverage untuk semua hospital atau klinik di negara kita. Sebaliknya, mereka hanya membuat pembayaran kos rawatan jika pemegang medical card tersebut mendapatkan rawatan hospital atau klinik yang telah pengendali takaful tersebut tetapkan
- Selain dari itu, medical card juga tidak mempunyai had pelindungan penyakit. Sebaliknya mereka memberi pelindungan hampir ke semua penyakit. Ia sudah pastinya memudahkan anda untuk mendapatkan rawatan. Bukan itu sahaja, medical card Prudential juga turut memberi pelindungan untuk pembedahan.
- Bukan itu sahaja, satu lagi kemudahan yang turut disediakan ialah perlindungan untuk rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital, Penjagaan jururawat di rumah, Pembedahan balik hari dan juga rawatan kecemasan sebagai pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
- Nak tahu keburukan dan kebaikan Takaful Prudential ini, anda boleh baca lebih lanjut dalam artile di keburukan takaful Prudential di SINI.
- Jika tiada isu bayaran, untuk dapatkan approval ataupun Guarantor Letter tiada masalah, tetapi jika ada masalah bayaran tidak konsisten, akan menjadi masalah di kemudian hari.
Kad Perubatan Prudential Takaful Sememangnya Menjadi Pilihan Kebanyakkan Rakyat Di Negara kita
Dengan kelebihan medical card Prudential yang saya sebutkan di atas tidak hairanlah jika medical card Prudential sentiasa menjadi salah satu medical card yang terbaik di negara kita dan menjadi salah satu medical card yang menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Apapun, saya sangat rekemen untuk anda rujuk kepada agen takaful Prudential berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pakej kad perubatan yang ditawarkan. Kalau anda sedang memilih ataupun consider kad perubatan, harapnya artikel pengalaman menggunakan medical card takaful ini akan sangat membantu anda membuat pilihan.
Apapun, jangan lupa untuk baca beberapa artikel kami berkaitan dengan produk takaful di bawah ini;
Apapun, jangan lupa untuk follow telegram channel kami di atas ini bagi mendapatkan lebih banyak tips dan artikel menarik berkaitan dengan topik-topik kewangan.
Wsap nombor sya boleh 0183144660