Betul ke keburukan insurans Prudential BSN Takaful lebih banyak dari kebaikannya? Mungkin anda antara golongan yang sering tertanya-tanya tentang kesahihan persoalan berkenaan penipuan PruBSN yang menjadi topik hangat di sosial media hari ini.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan empat keburukan insurans Prudential BSN Takaful yang perlu anda tahu.
Apa itu PruBSN Takaful Malaysia?
Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah ditubuhkan melalui gabungan Prudential Plc (Prudential) dan Bank SImpanan Nasional (BSN). Ia diasaskan pada tahun 1848 dan bermula dengan sebuah syarikat yang menerajui bidang perkhidmatan insurans nyawa dan pencen di United Kingdom.
Sehingga kini, PruBSN menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian Takaful yang inovatif dan dinamik di kalangan industri Takaful di Malaysia.
Selain menjadi No. 1 di antara jenama takaful di Malaysia, ia juga yang pertama:
- menawarkan pelan Takaful berkaitan pelaburan.
- memulakan pelan perubatan menggunakan kad perubatan tanpa kerumitan.
- menawarkan bonus tanpa tuntutan sehingga RM500 bagi pelan-pelan perubatan melalui produk Takaful Kesihatan.
- menawarkan tawaran peningkatan 5% di dalam jumlah yang dilindungi setiap 3 tahun melalui pelan pelindungan tambahan.
- menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan kewangan dan faedah rohani melalui PruBSN Ummah.
Dengan keterlibatan Bank Simpanan Nasional, Affin Bank Berhad, Amanah Raya, Tabung Haji, Bahagian Pinjaman Perumahan, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad sebagai rakan kongsi rasmi, ini membolehkan PruBSN terus berkembang pesat di seluruh dunia.
Keburukan insurans Prudential BSN Takaful
Beberapa keburukan insurans Prudential BSN Takaful telah menjadi buah mulut orang ramai di media sosial mahupun di mana-mana medium perbualan yang lain. Antara keburukannya adalah seperti:
Susah bila nak claim
Banyak kali kita dengar orang cakap yang insurans atau takaful memang susah untuk claim. Ada yang cakap terlalu lecehlah, penipu, dan sebagainya.
Atau mungkin juga anda salah seorang yang memang mengalami sendiri pengalaman ini di mana anda gagal membuat sebarang tuntutan dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti sahaja dari menyimpan di insurans atau takaful.
Apabila diselidik, sebenarnya punca pemegang akaun insurans atau takaful sukar atau gagal mendapatkan claim mereka boleh dibahagikan kepada empat faktor.
Pertama, berkenaan polisi atau sijil lapsed. Polisi seseorang boleh lapsed bila mana pemegang polisi atau sjil gagal membayar caruman dalam tempoh yang di tetapkan. Biasanya, ia bergantung kepada kekerapan bayaran dan nilai tunai yang ada dalam akaun tersebut.
Dalam kata mudah, makin sikit nilai tunai, maka akan lebih cepat polisi menjadi lapsed. Bila polisi anda lapsed, ia tidak mungkin akan berfungsi untuk melindungi pemegang akaun seperti yang sepatutnya.
Jadi ingat, sebelum nak cuba claim apa-apa kemudahan takaful yang ada, pastikan polisi atau sijil anda masih aktif.
Kedua, akaun anda tidak komprehensif. Komprehensif yang dimaksudkan ini adalah perlindungan yang telah ditetapkan. Anda tentunya tidak boleh claim insurans yang anda miliki jika jenis tuntutan itu sendiri tidak mengandungi jenis-jenis perlindungan yang disenaraikan didalamnya.
Ketiga, gagal mengisytiharkan maklumat cadangan dengan sempurna. Wajar jika kebanyakkan syarikat insuran tidak mengenali anda dan tidak mengetahui samada anda adalah seorang yang berisiko rendah atau sebaliknya untuk di insuranskan.
Kerana menjadi tanggungjawab kitalah untuk mengisytiharkan segala maklumat peribadi dan maklumat berkenaan keadaan kesihatan dengan sebaik mungkin. Jika anda cuai dalam memberikan maklumat yang betul atau tidak jujur dalam pengakuan, syarikat insurans mempunyai hak untuk menangguhkan atau menolak permohonan anda.
Keempat pula, dari segi tempoh menunggu. Setiap polisi biasanya mempunyai tempoh menunggu tertentu sebelum anda boleh mendapatkan kelulusan permohonan.
Contohnya bagi rawatan penyakit batu karang, anda hanya boleh menggunakan kad perubatan untuk membayar kos hospital selepas 120 hari ia dikeluarkan. Ini secara tidak langsung menyedarkan kita, agar tidak tertangguh-tangguh untuk mengambil insuran/takaful agar ia boleh digunakan dengan segera apabila diperlukan.
Tiada pelan perlindungan yang menyeluruh
Dalam PruBSN ada satu jenis insurans yang menawarkan manfaat sepenuhnya dari sijil Takaful anda iaitu PruBSN Setia. Menariknya tentang PruBSN Setia ini, ia bukan sahaja sekadar pelan berkaitan pelaburan.
Malah jenis pelan insurans ini juga memberi manfaat kematian dan hilang upaya kekal secara menyeluruh. Ia merangkumi pembayaran balik untuk perbelanjaan medikal dan kemasukan hospital, perlindungan penyakit kritikal, kemalangan, rawatan akibat kemalangan, dan perlindungan pendapatan akibat kemalangan.
Jika anda bekerja sebagai seorang rider makanan misalanya seperti Grabfood atau Foodpanda, ini adalah antara pelan terbaik yang boleh anda pilih, miliki, dan sesuaikan mengikut keperluan anda.
Ia mampu melindungi tempoh perlindungan pemilik pelan insurans sehingga umur 100 tahun!
Prestasi dana unit trust yang rendah
Setakat hari ini, apa yang mungkin anda tidak tahu, prestasi dana unit trust Prudential BSN Takaful adalah sangat memberangsangkan.
Ia mempunyai rating 5 bintang daripada Morning Star dan telah memenangi anugerah daripada The Edge Lipper Fund. Untuk pengetahuan anda, Lipper dan Morningstar adalah dua nama yang paling menonjol dalam dunia dana bersama.
Selain itu, PruBSN juga telah dianugerahkan sebagai ‘Pengendali Takaful Terbaik – Agensi Perniagaan Takaful Keluarga’ selama 7 tahun berturut-turut dari 2014 hingga 2020.
Justeru dengan adanya pengiktirafan ini, ia membolehkan PruBSN berada beberapa langkah di hadapan dari mana-mana syarikat insurans yang lain.
Bayaran bulanan yang mahal
Mahal ke jika anda boleh dapakan full coverage perlindungan tanpa dikenakan sebarang deposit? Bagaimana pula dengan bayaran serendah RM51 sebulan untuk perlindungan anak dari umur 8 tahun sehingga 18 tahun?
Bukan itu sahaja, apa yang lagi menarik ia juga menawarkan harga premium bulanan yang sama sehingga umur 80 tahun.
Ada banyak lagi sebenarnya keistimewaan PruBSN Takaful yang boleh anda dapatkan. Buatlah perbandingan, anda pasti akan lihat yang takaful ini terbukti lebih murah berbanding jenama pelan perlindungan yang lain.
Anda yang berhajat untuk mohon pelan perlindungan PruBSN takaful dengan caruman yang mampu milik, cepat-cepat dapatkan segera!
Kesimpulannya, dari keburukan mengenai insurans Prudential BSN Takaful yang kita bincangkan tadi, yang banyak kita temukan adalah kebaikan dan manfaatnya sahaja.
Justeru, usahlah ragu untuk mendapatkan manfaat takaful Prudential BSN demi perlindungan masa depan anda dan keluarga.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai insurans Prudential BSN Takaful dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama. Ingat insurans, ingat orang yang tersayang.