Mytukar Penipu Betul Ke?

Pernah dengar Mytukar dan betulke Mytukar penipu? Sekarang ini kalau nak beli kereta terpakai ataupun nak jual kereta dah mudah. Tak semestinya nak kena ke kedai-kedai kereta terpakai di Malaysia, cara lain adalah dengan lihat sendiri di laman web Mytukar ataupun laman web lain.

Nak jual kereta akan jadi jauh lebih mudah kerana Mytukar mempunyai inspection center sendiri. Inspection centre ataupun bengkel pemeriksaan kereta ini penting untuk memberikan “confidence” kepada bakal pembeli agar tidak mudah tertipu. Nak jual kereta ataupun nak beli kereta, boleh tengok beberapa pilihan daripada Mytukar ini.

Boleh teruskan membaca artikel ini sampai habis kerana selain daripada mytukar, kami juga akan berikan beberapa alternatif lain untuk anda cuba. Tips nak jual kereta ini mudah sahaja, cuba jual di banyak platform agar ramai yang nampak. Ramai yang nampak dengan niat yang betul, akan membolehkan kereta anda terjual dengan mudah dan cepat.

mytukar penipu

Pengalaman jual kereta dengan mytukar.

Saya tiada pengalaman beli kereta dengan mytukar, bukan sehingga ke hari ini. Akan tetapi, saya ada pengalaman jual kereta menggunakan platform mytukar. 

Sebelum anda nak jual kereta, pertama sekali nanti, anda kena datang ke “inspection garaj” milik mytukar. Boleh rujuk garaj terdekat dengan anda di sini. Ya, anda kena hantar kereta anda ke garaj terdekat untuk buat pemeriksaan kereta. Ianya akan berikan anda kelebihan kalau anda tinggal di bandar-bandar besar seperti Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kerana garaj mytukar memang dekat dengan bandar-bandar besar.

Walaupun kereta masih ada pinjaman lagi ataupun masih belum habis bayar, anda boleh sahaja menjual kereta anda. Cuma nak kena tahu berapa baki pinjaman kereta kalau masih ada hutang lagi. Cara nak periksa berapa baki pinjaman anda ini tidaklah susah, berikut adalah antara cara periksa baki pinjaman.

  • Contoh jika anda ada buat pinjaman kereta dengan Maybank, call sahaja maybank customer servis mereka. Anda boleh terus dapat tahu berapa baki pinjaman kereta anda.
  • Cara lain adalah dengan dapatkan CCRIS report anda. Cara paling mudah nak dapatkan laporan CCRIS ini adalah melalui Touch & Go E Wallet anda, boleh terus beli dari sana. Di dalam laporan CCRIS tersebut, anda boleh nampak kesemua rekod pinjaman anda dan juga berapa baki setiap pinjaman termasuklah pinjaman kereta.

Dah dapat tahu berapa harga baki pinjaman akan memudahkan anda untuk cuba menjual. Anda boleh dapat tahu berapa harga pasaran yang mytukar ataupun mungkin carsome tawarkan. Kalau harga pasaran ini lebih tinggi daripada baki pinjaman, akan jadi lebih mudah dan anda bolehlah dapat cash ataupun untung daripada penjualan kereta anda.

Kalau harga pasaran lebih rendah daripada harga baki pinjaman dan anda nak jual juga kereta anda, tak ada masalah nak cuba jual. Cuma anda kena keluar modal sedikit untuk selesaikan baki pinjaman dengan pihak bank.

Apapun, pengalaman saya jual kereta dengan Mytukar tidaklah sukar dan boleh kata mytukar penipu? Pada saya tidak dan akhirnya anda tentukan sendiri. 

Anda lakukan sahaja inspection di garaj berhampiran dengan anda dan lihat sendiri sama ada berbaloi ataupun sebaliknya. Kalau berbaloi dengan harga yang ditawarkan, boleh cuba untuk jual dan semoga dipermudahkan.

Alternatif Lain Selain Daripada Mytukar

Antara alternatif lain, sama ada anda nak jual kereta anda sekarang, ataupun nak beli kereta baru adalah dengan Carsome.

Ianya adalah antara pesaing mytukar dan mempunyai garaj ataupun “inspection centre” yang tidak kurang banyaknya jika nak dibandingkan dengan mytukar. Nak tahu cerita baik dan buruk berkenaan dengan carsome ini, anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel di SINI.

Nak terus booking inspection dengan Mytukar, boleh terus ke butang di bawah ini bagi mendapatkan borang inspection percuma. Sama sahaja dengan mytukar, bawa ke garaj dan bincang dengan Carsome berkenaan dengan harga pasaran, komisyen dan lain-lain lagi.

Ada sahaja alternatif lain seperti menggunakan platform mudah.my akan tetapi, platform seperti di mudah.my ini tidak didatangkan dengan pakej inspection. Adanya “incpection” ini membolehkan pembeli lebih yakin keadaan kereta Jika nak dibandingkan dengan kalau beli kereta yang langsung tiada pemeriksaan. Ianya akan menyusahkan pembeli jika ada isu seperti kerosakan dan lain-lain lagi.

Nak jual kereta ataupun nak beli kereta

Tak kisahlah kalau anda nak jual ataupun nak beli kereta, yang lebih penting adalah kalau kereta anda terjual, ianya terjual pada harga pasaran dan sangat berbaloi.

Kalau nak beli kereta pula, ada pemeriksaan yang dilakukan untuk elak daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. Ianya boleh mengurangkan risiko terutama kalau ada isu seperti kerosakan yang besar terjadi yang pembeli beli tanpa disedari. 

Oh ya, anda boleh dapat harga yang jauh lebih berbaloi kalau anda cuba jual kereta anda dan kemudian, anda cuba trade in kereta baru anda dengan menggunakan platform seperti mytukar ataupun carsome. Untuk Carsome, memang ada konsep seperti ini dan ianya menjimatkan anda untuk jangka masa panjang.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Mytukar?

Cukuplah kalau anda tahu yang Mytukar ini untuk menjual dan membeli kereta. Kereta yang dijual memang kebanyakan adalah kereta terpakai. Review dan testimoni pun sudah mula banyak dan tak salah kalau anda cuba sendiri. Nak tahu yakin atau tidak, book sahaja inspection di garaj dan dapatkan maklumat lebih lanjut di sana nanti.

Buat Sahaja Inspection Mytukar Dan Carsome

Cuba sahaja jual di kedua-dua platform ini. Ada kalanya anda boleh nampak yang harga mytukar tawarkan lebih tinggi dan ada kalanya harga Carsome lebih tinggi. Akan tetapi, pada kebiasaannya, harga yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat ini tidaklah jauh terlalu berbeza. Nak buat inspection Carsome, boleh KLIK SINI.

Cumanya mungkin, kalau anda cuba jual di mytukar tiada pembeli, di carsome pula ada pembeli pula. Benda ini boleh jadi dan biasa jadi.Lebih mudah sebenarnya untuk anda cuba listkan sahaja kereta anda pada kedua-dua platform online seperti ini. Mana tahu dapat rezeki lebih cepat dan lebih berbaloi untuk anda sendiri.

Nak Jual Kereta – Boleh Cuba Cara Ini

Betul ke mytukar penipu? Pada saya anda nilaikan sendiri. Carian saya di google dan Facebook, tak jumpa pun info ada unsur-unsur penipuan. Ya betul, ada pelnggan yang mungkin tak puas hati itu biasalah. Untuk penipuan memang saya tak jumpa, dan kalau anda yang membaca ini jumpa, boleh berikan info di ruangan komen di bawah ini.

Apapun, nak jual kereta ataupun nak beli kereta, boleh sahaja gunakan platform seperti mytukar ini. Ataupun boleh gunakan platform alternatif lain iaitu Carsome.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *