5 Idea Barang Yang Mudah DiJual Untuk Remaja

Dah sampai usia remaja dan nak ada duit poket sendiri? Ini idea barang yang mudah dijual untuk remaja. Ada banyak idea dan barangan yang berbaloi untuk anda cuba jual dan yang menarik, anda boleh sahaja cuba menjual pelbagai barangan ini secara online sahaja. 

Memang cool kalau anda sebagai seorang remaja, ketika orang lain dibekalkan duit oleh ibu bapa mereka, akan tetapi anda mempunyai duit sendiri hasil daripada berniaga. Tak semestinya berniaga, ada bermacam cara untuk anda buat duit yang salah satunya, menggunakan platform Shopee dan Tiktok.

Apa idea perniagaan yang bagus untuk remaja? Boleh baca artikel ini sampai habis kerana ianya akan membantu anda untuk bermula. Anggaplah artikel ini sebagai satu panduan untuk bermula kerana ini lebih penting untuk jangka masa panjang.

Barang Yang Mudah DiJual Untuk Remaja

Smartphone & Internet Yang Stabil

Sebelum pergi lebih jauh, saya rekemen untuk anda mempunyai satu smartphone yang stabil dan talian internet yang berbaloi untuk anda gunakan untuk business anda. Ianya penting untuk ambil order dan lain-lain juga, untuk kekal berhubung dengan pelanggan anda.

Smartphone yang bagus pada harga RM600 ke bawah pun dah ada banyak pilihan. Kalau smartphone anda sekarang ini terlalu kecil saiz memori, saiz bateri atau apa sahaja, boleh cuba untuk “upgrade” smartphone anda. Kalau nak smartphone murah dan agak berkuasa, boleh tengok pilihan dari Infinix di SINI. 

Internet untuk kegunaan peribadi memang penting. Kalau di rumah sudah ada wifi sama ada Unifi ataupun Time, untuk kegunaan peribadi, boleh gunakan Tune Talk. Ada banyak pelan yang bagus dengan bajet RM28 sebulan pakej unlimited call + 30GB data. Kalau nak pelan lain yang bagus sikit, boleh cuba pelan RM35 sebulan dengan unlimited call dan speed yang lebih laju. Nak dapatkan pelan Tune Talk ini tak susah, boleh terus je beli di kedai Shopee kami di bawah ini.

Kami memang official dealer Tune Talk dan setiap pembelian dan langganan data anda membolehkan kami untuk terus menulis dan memberikan nilai kepada anda semua. Lagipun mudah sebab beli di Shopee, barang terus sampai ke rumah. Kalau nak cari di kedai ataupun shopping mall terdekat, tak semua ada kedai Tune Talk

Jual Simkad Memang Berbaloi

Anak remaja memang mahir dengan teknologi sebab tu saya rekemen anda cuba jadi dealer jual simkad sebagai salah satu idea tambah pendapatan. Cuba bayangkan, ketika rakan lain minta duit poket dengan ibu bapa, anda sudah ada RM1000 sebulan hasil daripada titik peluh anda sendiri. 

Konsep dealer simkad ini senang je, jual simkad dan anda bakal dapat komisyen untuk setiap langganan data. Komisyen adalah 8% setiap kali pelanggan melanggan data, kalau pelanggan langgan selama 10 tahun, anda dapatlah komisyen selama 10 tahun. Sebab itu, ada yang kata, business simkad ini, jual sekali, untung berkali-kali.

Kalau berminat, boleh PM kami di kedai Shopee di atas ini. PM di ruangan chat yang anda berminat nak jadi dealer Tune Talk. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan konsep dealer ini, boleh baca lebih lanjut di artikel di SINI.

Jual Tudung Pun Sangat OK

Tudung merupakan satu produk yang sentiasa mendapat tempat di Malaysia. Ada bermacam jenis dan bermacam “niche” yang anda boleh explore kalau anda serious nak jual tudung. Ada yang kata, kalau jual tudung ni boleh kata market dah tepu dan terlambat sebab dah ramai yang jual tudung. Bagi saya tak begitu, masih ada ruang dan peluang untuk anda menjual tudung. Tak percaya masih ada ruang dan peluang, boleh tengok video di bawah. Ianya akan membuka mata anda untuk berniaga tudung.

Akhirnya, ianya kembali kepada minat anda. Kalau memang minat berniaga, dan nak berniaga tudung, tak salah pun anda mencuba. Boleh mulakan dengan pelaburan ilmu dan strategi dalam video di atas ini.

Strategi Nak Jual Di TikTok

Tiktok memang trending sebab anda boleh menjual dalam konten yang anda hasilkan. Anda boleh tarik crowd dalam masa yang singkat dan tak ada masalah nak menjual di platform tersebut. Saya rekemen, anda cuba jual stail affiliate, nampak ada pembeli, boleh cuba tukar produk anda sendiri.

Kalau memang betul nak sukses dalam menjadi seller di Tiktok Shop, boleh baca perkongsian INI.

Ada produk yang nak jual, upload video yang kreatif dan menarik, tak lama tu insyaAllah akan ada pembeli. Memang boleh dapat banyak pelanggan daripada Tiktok sebagai strategi nak naikkan sales anda.

Strategi Nak Jual Di Shopee

Saya tak jual simkad di Tiktok, lebih fokus di Shopee. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama dengan menjual produk di Shopee. Boleh tengok produk simkad yang saya jual, alhamdulillah mendapat sambutan dan order sentiasa masuk.

Ianya platform untuk anda sebagai remaja untuk lihat produk apa yang laris dan cuba jual semula. Ada banyak info berkenaan dengan Shopee yang anda boleh baca dan dapatkan info lanjut antaranya adalah;

Produk Kecantikan Dan Kesihatan

Dalam artikel saya yang lepas, boleh baca artikel Barang Cepat Laku Di Jual Online. Dalam ruangan komen, ada rakan blogger memberikan sedikit info dan ilmu berkenaan dengan niche yang anda boleh fokus. Boleh tengok “screenshot” di bawah ini berkenaan dengan niche tersebut.

Berikut adalah niche yang saudari kita rekemen untuk anda explore.

  • Booster gemuk kucing
  • Telekung solat
  • Baju bundle
  • Makanan kucing

Berkenaan dengan niche ini, anda memang kena explore sendiri sama ada dengan lihat produk yang trending ataupun berdasarkan kepada minat anda. Jangan malu untuk beli ebook ataupun tambah ilmu dengan pergi ke kelas-kelas berkaitan. Ianya adalah pelaburan ilmu untuk jangka masa panjang.

Banyak sebenarnya barang yang mudah dijual untuk remaja. Kaji niche ataupun produk anda sendiri dan mulakan jualan dari situ. Nak jual online, ini adalah antara idea terbaik menggunakan platform TikTok dan Shopee yang boleh saya berikan. Nak jual secara offline pun boleh tak ada masalah. Yang penting ada tindakan lepas anda baca artikel ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *