Tune Talk Epik – Pelan Prepaid Terbaik

Tune Talk telah memperkenalkan pelan Tune Talk Epik yang merupakan pelan baru menggantikan pelan-pelan lama yang sebelum ini termasuklah pelan Jimat. Apapun pelan kali ini agak menarik dan didatangkan dengan kuota data yang besar sesuai untuk trend pengguna masa kini.

Anda boleh mendaftar pelan ini jika mendaftar untuk pendaftaran baru. Kalau anda menggunakan pelan lama dan nakkan pelan terbaru dari Epik ini, boleh baca sampai habis kerana kami akan tunjuk step by step macam mana nak tukar tarif pelan dengan hanya menggunakan SMS sahaja.

Tune Talk Epik

Di Mana Nak Dapat Simkad Tune Talk

Sebelum pergi lebih jauh berkenaan dengan pelan Epik kali ini, adalah lebih penting juga untuk anda tahu macam mana cara nak dapatkan simkad Tune Talk ini dengan mudah tanpa pening-pening kepala.

Nak dapatkan atau langgan pelan Epik ini, anda kena ada simkad Tune Talk. Macam mana nak dapatkan simkad Tune Talk pula, anda boleh dapatkan di kedai terdekat dengan anda.

Ya, anda boleh dapatkan simkad Tune Talk ini di shopping mall dan lain-lain. Akan tetapi lebih mudah sebenarnya kalau anda cuba dapatkan simkad ini secara online terus dari kedai Shopee kami. Tak perlu nak pening kepala, simkad akan terus sampai ke rumah anda dalam 2 ke 3 hari bekerja. Nak kekal nombor lama atau nak nombor baru, kami akan guide step by step dan semua boleh buat dalam app tune talk.

Boleh terus beli simkad ini di kedai Shopee kami di atas.

Apa Yang Menarik Daripada Pelan Tune Talk Epik Ini?

Banyak yang menarik terutama sekali pelan Epik 50 yang pada saya pelan terbaik untuk Tune Talk pada masa kini. 

✅ *EPIK 50* 

  • 500GB With 6 Mbps Internet Speed
  • 5GB Additional for Hotspot 
  • Unlimited Call All Network

Ini adalah pelan terbaik Tune Talk buat masa ini dengan harga RM50 dengan validity sehingga 30 hari. Bagi saya sangat OK dengan speed walaupun hanya 6mbps. Masih OK dan berbaloi kerana data yang diberikan itu agak besar.

Cuma ada persoalan, adakah pelan Epik 50 sesuai digunakan bersama modem?

Jawapan saya ya, sebab data yang besar dari mereka. Boleh diletak bersama dengan modem yang dah modify. Untuk pilihan modem yang dah diubahsuai pula, boleh tengok beberapa pilihan di SINI.

✅ *EPIK 5G 45*

  • 30GB High Speed Internet (can Hotspot)
  • 70GB Internet Data (5G)
  • Unlimited Call All Network

⚠️70GB hanya utk 5G device⚠️ 4G device tak dpt guna 70GB

Ini pelan satu lagi untuk Epik 45 khusus untuk phone yang mempunyai coverage 5G. Syaratnya, anda kena ada phone 5G dan coverage 5G untuk menggunakan pelan ini. Memang berbaloi untuk anda sendiri cuba. 

Ada beberapa isu daripada pelanggan saya yang menyatakan, mereka tak adapat speed 5G walaupun telah melanggan pelan ini. Untuk itu, adalah lebih baik untuk mereka hubungi sahaja customer servis.

✅ *EPIK 35*

  • 30GB High Speed Internet
  • 5GB Additional for Hotspot 
  • 100GB for (Whatsapp, Wechat, Line, Viber, IMO, TikTok, Instagram, Twitter, Youtube, Netflix, VIU, Iqiyi & Astro Go)
  • Unlimited Call to All Network

Pelan ini sama sahaje dengan pelan lain seperti sebelum ini. Cuma ada penambahan 100GB kalau anda gunakan app Whatsapp, Wechat, Netflis dan lain-lain. Sekaligus memudahkan kalau anda nak buat live di Tiktok sambil menjual pelbagai barangan di sana nanti. Pelan ini berbaloi untuk personal use ataupun untuk business pun tak ada masalah kalau nak gunakan.\

✅ *EPIK CALL 20*

  • 10GB High Speed Internet (can Hotspot)
  • 50GB (Whatsapp, Wechat, Google Map)
  • Unlimited Call to All Network

Saya sukakan pelan ini terutama mereka yang tak gunakan data terlalu banyak. Data tak gunakan pun sampai 10GB sebulan. Sangat sesuai untuk mereka yang dah ada wifi di tempat kerja dan juga di rumah. Jimat dan sangat berbaloi untuk anda gunakan sama ada untuk perniagaan ataupun untuk peribadi. 

Tune Talk turut menyatakan pelan Epik 50 adalah untuk sementara waktu sahaja sehingga 31 Disember 2023 – dimana selepas tarikh berkenaan ia tidak akan ditawarkan untuk langganan atau pembaharuan.

Boleh juga tengok video di bawah berkenaan dengan penerangan kami berkenaan dengan pelan terkini Epik dari Tune Talk ini.

Apapun, tunggu sahaja bagaimana pelan ini dan semestinya, yang paling berbaloi adalah pelan Epik 50 dengan tawaran penggunaan data sebanyak 500GB. Memang berbaloi!

Sesuai Untuk Di Guna Bersama Modem?

Sebelum saya cerita ataupun rekemen modem yang paling sesuai, adalah lebih baik kalau saya rekemen dulu macam mana nak beli simkad Tune Talk dan dapatkan pelan Epik ini. 

Caranya mudah sahaja, terus beli di kedai shopee kami di bawah ini.

Kalau nak gunakan untuk modem, adalah lebih baik gunakan modem yang dah diubahsuai yang terdapat banyak di pasaran sekarang ini. Untuk modem yang dah diubahsuai ini, saya paling rekemen modem dari Huawei DI SINI.

Nak gunakan modem lain pun tak ada masalah, cuma saya lebih rekemen anda menggunakan modem yang sudah ada jenama dan mahal sikit yang penting puas hati.

Cara Nak Tukar Tarif Ke Pelan TT Epik

Anda pengguna pelan sedia ada dan nak bertukat ke pelan Tune Talk Epik. Tak ada masalah, ikut sahaja step by step di bawah ini.

*CARA² TUKAR TARFIFF KE TUNETALK EPIK*. 

<SMS> 

TTPE Send To 2222

⦿ Pastikan Customer Tidak Ada Pelan Semasa Pertukaran Tariff Jika Tak Pelan Sedia Ada Akan Burn/Hilang.

⦿ Dah Tukar Tariff Ke Tariff Epik, Anda Tidak Boleh Kembali Balik Kepada Tariff Lama. (No Turning Back).

Cumanya, anda tak boleh nak berpatah balik selepas anda bertukar ke pelan ini.

Apapun, ini sedikit sebanyak berkenaan dengan pelan Tune Talk Epik yang merupakan pada saya antara pelan prepaid terbaik buat masa ini. Taklah terlalu murah, cuma berbaloi lah kalau anda nak cuba.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *