Tune Talk Prepaid Plan Terbaik 2024

Antara pelan yang popular pada masa kini adalah Tune Talk prepaid plan yang merupakan antara pelan yang bagus dan sangat berbaloi untuk anda gunakan. Ia didatangkan dengan bermacam pilihan pelan yang sangat berbaloi untuk anda guna sebagai pengguna dan juga sebagai seorang yang mencari pendapatan tambahan. Ya, anda boleh tambah dan buat pendapatan tambahan daripada simkad Tune Talk.

Kali ini, kami akan berikan beberapa info berkenaan dengan pilihan pelan prepaid dari Tune Talk dan juga beberapa pilihan yang berbaloi untuk anda sendiri cuba. Nak cuba Tune Talk, inilah masanya, nak pelan yang bagus pun, ini adalah antara masa yang sangat sesuai untuk anda cuba.

tune talk prepaid plan

Kelebihan Tune Talk

Tune Talk menggunakan prepaid dan saya lebih gemar menggunakan prepaid berbanding dengan postpaid.

Prepaid menawarkan lebih fleksibility kepada pengguna untuk menggunkan pelan mereka. Kalau di Tune Talk, bulan ini gunkana pelan Bestbasic28, bulan depan boleh terus gunakan pelan Fokus40. Boleh tukar-tukar pelan dengan mudah dan sangat cepat.

Ianya sangat menjimatkan kerana anda boleh bertukar pelan untuk mendapatkan lebih penjimatan untuk jangka masa panjang.

Tune Talk juga menawarkan banyak pilihan pelan yang pada saya sangat berbaloi untuk anda sendiri cuba. Boleh tengok pilihan pelan terkini dari Tune Talk dalam poster seperti di bawah ini.

Didatangkan Dengan Insurans Kemalangan

Setiap kali anda menambah nilai ataupun dalam bahasa lain, anda topup, secara automatik membolehkan anda untuk mendapat insurans kemalangan secara percuma. Insurans kemalangan ye, bukan insurans hayat ataupun medical card, Kalau nak medical card untuk kemasukan ke hospital swasta ni, anda boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan medical card dalam artikel di Prudential SINI.

Dah alang-alang anda gunakan pelan bulanan, bolehlah dapat terus insurans kemalangan. Cuma nak beritahu siap-siap yang insurans kemalangan ini ada terma dan syarat yang agak ketat dan boleh baca sendiri nanti.

Anda Boleh Tambah Income Dengan Jadi Dealer

“A prepaid that pays” katanyalah

Ya betul, anda memang boleh jana pendapatan tambahan dengan hanya jadi pelanggan biasa Tune Talk ( ada terma dan syarat).

Setakat ini, Tune Talk tak kenakan KPI dan memang anda boleh jana pendapatan secara part time pada awalnya dan full time dikemudian hari nanti dengan menjadi seorang dealer tune talk. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan manfaat jadi dealer ini, saya tak nak cakap banyak, boleh tengok dalam video di bawah ini.

Ramai penjual simkad yang sering mengungkapkan, jual sekali, komisyen berkali-kali. Ya memang betul, anda cuma perlu menjual sekali sahaja, dan komisyen itu akan datang kepada anda berkali-kali iaitu sebanyak 8% daripada setiap langganan bulanan ataupun mingguan.

Sebab itu, memang tak mustahil ada beberapa dealer yang sudahpun mencecah pendapatan sehingga 4 angka ataupun ada yang sudahpun mencapai 5 angka. Mana tahu lepas ini andalah antara yang bakal mendapat pendapatan tambahan sehingga 4 angka ataupun 5 angka ini. Ianya tak mustahil dan bermula dengan langkah pertama iaitu, jadi dealer Tune Talk. Boleh klik link di bawah untuk join group whatsapp kami.

Apa tunggu lagi, boleh terus mulakan sekarang.

Tune Talk Plan Prepaid

Memang ada banyak pilihan pelan untuk anda gunakan sebagai pengguna. Saya akan cuba perkenalkan satu persatu beberapa pilihan pelan yang anda sendiri boleh cuba gunakan. Tapi sebelum pergi lebih jauh dan menyelami satu persatu pelan-pelan prepaid yang ada di Tune Talk, adalah lebih baik untuk anda tahu di mana tempat paling sesuai untuk membeli simkad Tune Talk.

Anda boleh beli simkad ini di kedai-kedai Tune Talk berhampiran anda, cumanya, dah satu kerja nak cari kedai la kan, nak lebih mudah, order je online. Pusing shopping mall dan cari simkad Tune Talk, tapi belum tentu ada. Kedai official kami ini menjual simkad Tune Talk pada harga diskaun yang anda sendiri boleh cuba. Nak tahu kami jual berapa untuk sekeping simkad ini, boleh tengok pilihan di bawah ini.

Oh ya, terkini untuk November 2023, Tune Talk telahpun mengeluarkan pelan terbau mereka iaitu Pelan Tune Talk Epik. Boleh tengok pelan tersebut di bawah ini. Sudah tiada lagi pelan Jimat dan telahpun digantikan dengan pelan Epik.

Kami mulakan satu persatu dahulu, kami mulakan tune talk prepaid plan dengan

Bestbasic28

✅unlimited data 3mbps

✅5GB Hotspot

✅unlimited calls all networks

✅RRP RM28

 *EPIK 50* 

  • 500GB With 6 Mbps Internet Speed
  • 5GB Additional for Hotspot 
  • Unlimited Call All Network

 *EPIK 5G 45*

  • 30GB High Speed Internet (can Hotspot)
  • 70GB Internet Data (5G)
  • Unlimited Call All Network

70GB hanya utk 5G device 4G device tak dpt guna 70GB

 *EPIK 35*

  • 30GB High Speed Internet
  • 5GB Additional for Hotspot 
  • 100GB for (Whatsapp, Wechat, Line, Viber, IMO, TikTok, Instagram, Twitter, YoutubeNetflix, VIU, Iqiyi & Astro Go)
  • Unlimited Call to All Network

 *EPIK CALL 20*

  • 10GB High Speed Internet (can Hotspot)
  • 50GB (Whatsapp, Wechat, Google Map)
  • Unlimited Call to All Network

Boleh tengok penerangan terkini berkenaan dengan pelan baru Tune Talk Epik di bawah ini.

Pelan Call 20 ini sangat sesuai untuk mereka yang nak buat sales dan kerap call, akan tetapi, tak perlukan data yang terlalu banyak. Pelan ini sesuai untuk mereka yang seperti agen takaful dan lain-lain ataupun ibu ayah di kampung yang mungkin nak call anak-anak setiap hari ataupun setiap minggu dan tak perlukan data terlalu banyak. Boleh cuba gunakan pelan ini.

Jom Terus Guna Tune Talk, Sebagai Pengguna Ataupun Sebagai Dealer

Ini secara ringkas pelan prepaid Tune Talk. Anda boleh terus mendaftar sebagai pengguna dengan membeli simkad ini di kedai Shopee kami. Sekali lagi, nak dapatkan simkad ini, anda beli je di kedai Shopee kami di link atas ini.

Beli je mana-mana pelan dan jika berminat nak jadi dealer, boleh terus berhubung dengan kami sama ada melalui ruangan chat di Shopee ataupun di Whatsapp. Memang tak ada KPI dan untuk pendaftaran menjadi seorang dealer, tidaklah memakan kos yang terlalu tinggi, betul tak tipu sangat murah dan sangat berbaloi untuk anda sendiri cuba.

Apapun, pilihan di tangan anda, nak jadi seorang user sahaja pun boleh tak ada masalah, nak jadi seorang user dan dealer pun boleh dan sangat digalakkan untuk anda mempunyai pendapatan sampingan sendiri selain daripada pendapatan anda yang sudah sedia ada.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *