Maxis Gunakan DNB Untuk 5G

Maxis akhirnya setuju menggunakan DNB sebagai platform untuk 5G milik mereka. Memang ramai yang sedia maklum, 5G sedang dalam proses untuk diperkenalkan di Malaysia dan memang ada beberapa tempat dan kawasan yang telahpun mempunyai coverage 5G yang meluas di Malaysia dan juga, masih banyak lagi kawasan yang masih belum mempunyai akses 5G yang sesuai.

Banyak pilihan pengguna bebas memilih syarikat telekomunikasi pilihan mereka sekarang ini dan terkini Maxis adalah antara syarikat yang menawarkan 5G untuk pengguna mereka.

maxis dnb 5g

Maxis Bersama DNB

Maxis kini menyatakan akan menandatangani perjanjian akses bersama Digital Nasional Berhad dalam usaha penawaran rangkaian 5G kepada para pengguna mereka. Langkah ini diambil kerana tiada pilihan lain untuk penawaran 5G buat masa ini.

Langkah ini diumumkan oleh Maxis melalui pemfailan Bursa terkini mereka. Maxis merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi yang belum memeterai perjanjian akses, dan masih tidak menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna buat masa ini.

Sebelum ini, Maxis telah menangguhkan perjanjian kerjasama disebabkan oleh beberapa perkara. Kini, dengan langkah kerajaan menyatakan rangkaian kedua akan dibangunkan dibawah firma baharu selepas liputan DNB mencapai 80% kawasan berpenduduk, nampaknya Maxis turut mengorak langkah dalam menggunakan infrastruktur DNB terlebih dahulu sebelum pilihan lain.

Maxis menyasarkan perjanjian akses ini memakan kos operasi sekitar RM360 juta setahun. [sumber]

Dapatkan Simkad 5G

Alternatif lain, anda sudah boleh dapatkan simkad 5G sekarang ini terus menggunakan platform Tune Talk. Boleh beli secara online di kedai Shopee kami di bawah ini ataupun anda boleh beli di mana-mana dealer yang sah di seluruh Malaysia.

Paling mudah beli je di kedai Shopee kami di atas ini. Tunggu sahaja beberapa hari sebelum simkad terdebut terus sampai ke rumah anda. Kalau anda nak keluar dan tunggu untuk beli simkad Tune Talk ini, tak semua kedai ada menjual simkad ini.

Nak kekal no lama pun boleh, nak no baru pun boleh, semuanya boleh dilakukan dalam app Tune Talk sahaja. App Tune Talk adalah antara applikasi telekomunikasi yang paling bagus saya pernah gunakan.

Lagipun, setiap pembelian anda membolehkan kami untuk terus menulis content ataupun idea seperti ini pada masa akan datang.

Jom Port Out Maxis

Berbaloi ke guna Maxis, terpulang kepada anda!

Kalau berbaloi boleh teruskan guna, dan kalau nak cuba “tukar angin” ke Tune Talk, sangatlah digalakkan untuk anda cuba. Tune Talk ini banyak pelan menarik untuk anda cuba boleh tengok pelan terbaru Tune Talk SINI.

Nak port Out Maxis ke Tune Talk pun boleh tengok SINI.

Nak tukar angin tiada masalah, semua pun boleh dilakukan dalam platform app Tune Talk dan memang menarik. Boleh cuba sendiri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *