Dalam artikel kali ini, kami nak berikan info berkenaan dengan port out Maxis, langkah demi langkah dan beberapa pilihan terbaik untuk anda. Artikel ini bukan nak memburukkan Maxis dan mengatakan Maxis tak bagus, akan tetapi tak salah sebagai pengguna cuba untuk cari pilihan lain yang mungkin lebih baik dari segi offer dan coverage.
Ada banyak sebab kenapa seseorang itu bercadang nak buat “port out” ataupun kekal no lama dari satu syarikat telekomunikasi kepada syarikat telekomunikasi yang lain. Kami akan cuba huraikan satu persatu dalam artikel ini.
Maxis ataupun Hotlink merupakan satu syarikat telekomunikasi yang tidak asing lagi di Malaysia. Ianya merupakan syarikat yang mempunyai jumlah pelanggan yang antara paling ramai di Malaysia. Apapun tak salah kalau anda cuba nak keluar dari Maxis kepada syarikat telco lain yang ada di Malaysia, antaranya adalah syarikat Tune Talk.
Maxis – Jumlah Pelanggan Paling Ramai
Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang mempunyai antara jumlah yang paling ramai pelanggan di Malaysia. Jumlah pelanggan adalah sekitar 11.8 juta, menjadikan Maxis adalah antara syarikat telekomunikasi yang mempunyai jumlah pelanggan yang agak meluas.
Last month, mobile network operator (MNO), Maxis reported a total mobile subscriber base of 11.88 million as of September 2022 (3Q22).
The 4G Telco added 110k new mobile subscriptions between July, August and September 2022. It had 11.77 million mobile subscribers in 2Q22.
As of 3Q22, there were 7.19 million Hotlink prepaid subscribers, up by 39k compared to last quarter (2Q22). However the 4G Telco lost 146k prepaid subscriptions in the past year (since 3Q21). [source]
Walaubagaimanapun, tetap akan ada mereka yang mahu untuk keluar daripada Maxis dan mengekalkan nombor lama mereka.
Biasanya, mereka yang nak bertukar ini sama, mungkin ada beberapa sebab yang munasabah yang menyebabkan mereka mengambil langkah sedemikian rupa. Berikut adalah antara sebab-sebab utama mengapa seseorang nak bertukar ke syarikat telekomunikasi lain.
Masalah Coverage – Jika Ianya Menghantui, Tukar Sahaja
Ini adalah antara masalah terbesar mengapa seseorang bertukar dari satu syarikat telekomunikasi kepada syarikat lain. Ianya memang boleh terjadi kepada mana-mana syarikat telekomunikasi tak kira besar ataupun kecil seperti Celcom, Umobile, YES dan lain-lain lagi.
Memang akan ada sesetengah tempat yang, coverage mereka lebih baik daripada yang lain dan begitu juga sebaliknya. Jika coverage Maxis di tempat anda tidak bagus dan ingin bertukar ke syarikat telekomuniukasi lain, lakukan sahaja.
Kita sebagai pengguna mestilah nak mencari syarikat yang menawarkan servis yang paling baik. Antara syarikat yang menjadi satu alternatif yang baik kepada Maxis adalah Tune Talk yang menggunakan coverage Celcom. Step by step macam mana nak buat proses port out dari Maxis ke Tune Talk ini akan kami detailkan dalam perenggan di bawah ini.
Better Offer Daripada Syarikat Telekomunikasi Lain
Selain daripada isu coverage, isu lain adalah offer daripada syarikat lain di Malaysia. Tidak semestinya harga, mungkin ada beberapa faktor lain yang membolehkan seseorang itu nak bertukar ke syarikat lain. Bertukar angin mungkin, tapi ianya agak sedikit melecehkan kalau nak tukar syarikat telekomunikasi ini.
Apapun, berikut adalah apa yang syarikat Tune Talk tawarkan dan tak semua syarikat telekomunikasi tawarkan. Ianya adalah antara sebab utama mengapa saya memilih Tune Talk.
- Program khairat kematian minimum RM800 mengikut pelan yang sesuai
- Takaful kemalangan percuma dengan melanggan RM30 ke atas menggunakan applikasi.
- Program tambah income dan pendapatan, ya, anda boleh menjadi seorang dealer menjual simkad dan mendapat keuntungan yang lumayan.
Ini adalah antara beberapa offer yang menarik yang ditawarkan dan pada saya, tak banyak syarikat tawarkan kepada pelanggan. Dengan melanggan pelan yang berharga RM35, anda membayar jumlah yang sama, akan tetapi, anda mendapat beberapa manfaat lainnya yang pada saya sangat menarik.
Jadi, macam mana nak bertukar ke Tune Talk?
Port Out Maxis Ke Tune Talk – Step By Step
Nak buat proses Port Out ke Tune Talk daripada mana-mana syarikat telekomunikasi ini tidaklah susah. Pertama sekali, anda kena dapatkan simkad Tune Talk. Boleh dapatkan simkad Tune Talk dengan kami di kedai Shopee kami di bawah. Ianya pada harga diskaun, nak tahu harga berapa, boleh tengok di bawah.
Apabila simkad sudah sampai, anda buat pendaftaran nombor baru menggunakan simkad tersebut. Nak daftar mudah sahaja, perlu gunakan applikasi Tune Talk dan boleh terus membuat pendaftaran dan percayalah, ianya mudah sahaja. Cuma anda perlu untuk sediakan IC dan bersedia untuk selfie.
Dah selesai mendaftar dan dapat nombor baru, ikut sahaja arahan yang diberikan. Kami akan sertakan nota kepada anda untuk cara-cara nak buat dan lakukan pendaftaran. Proses kekal nombor lama boleh dilakukan hanya dalam applikasi Tune Talk dan ianya memang mudah sahaja.
Nak tahu lebih detail cara dan step nak buat port out maxis ataupun Hotlink, boleh tengok video di bawah.
Reply SMS – Kena Kerap Periksa
Seterusnya anda kena kerap periksa SMS anda. Di sana nanti, akan ada satu SMS untuk mengesahkan yang anda memang nak keluar daripada Maxis ataupun Telco lain ke Tune Talk. Jawab sahaja mesej itu dengan arahan yang diberikan.
Ayat jawapan adalah berbeza-beza mengikut syarikat telekomunikasi. Ada yang perlu untuk jawab YES, ada yang hanya perlu untuk jawab Y sahaja, dan bermacam lagi. Ada beberapa kes yang anda perlu menjawab di dalam email, ianya bergantung kepada syarikat telekomunikasi. Kalau Maxis, ya, anda kena balas dalam SMS.
Counter Offer Dari Maxis
Kadang ada kaunter offer, kadangkala berlaku sebaliknya atau langsung tiada apa yang berlaku dan boleh terus bertukar syarikat telekomunikasi. Kalau Celcom, kadangkala perlu untuk menjawab survey dari pihak mereka sebelum boleh bertukar ke syarikat telekomunikasi lain.
Apapun, jawab sahaja apa yang mereka mahukan agar proses kekal no lama anda ke telco seperti Tune Talk ini akan jadi lebih mudah.
Apapun, sekali lagi, nak dapatkan simkad Tune Talk, boleh terus beli di kedai Shopee kami di SINI. Anda boleh tengok dahulu review yang ada di kedai kami dan seperti yang saya nyatakan tadi, Maxis ini bagus, dari segi coverage dan offer. Cumanya, kalau anda nak cari alternatif lain selain Maxis, Tune Talk adalah salah satu alternatif yang bagus untuk anda cuba sendiri. Kalau misalkata tak bagus, anda port out sahaja dan tukar ke syarikat lain.
Tekadkan Keputusan Anda Dan Bertukar Ke Tune Talk
Nak cuba Port Out Maxis dan mencuba sesuatu yang baru, silakan. Ada banyak syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia dan salah satunya adalah Tune Talk yang anda sendiri boleh cuba. Ataupun anda boleh cuba syarikat telekomunikasi lain pun tiada masalah.
ohhh Switch no tepon ke telco lain. ingatkan tukar wifi telco lain. Zaman sekarang untuk switch mudah sangat kan. masa dulu memula nak switch mesti kena pergi center. isi borang sana sini. sekarang mudah. online je buat dari website atau apps. tune talk ni di antara telco yang beri insuran dan coverage bagus. memang pilihan tepat port out tu.
betul, memang sangat rekemen kalau nak switch ke telco yang ada coverage bagus dan terbaik
Mudahnya nak port out dari telco sekarang. Kalau sebelum ni leceh siket kene pergi telco center. Now semua di hujung jari.
betul, mudah je sekarang kalau nak buat port out, semua pakai app je dan memang memudahkanlah.
ohh i c, thanks for sharing this, never know it’s so easy just do everything on the phone when. need to change Telco. I’m learnt them now. cheers Siennylovesdrawing
hi, happy ramadhan, hope you can try chance to tune talk, one of the best telco i ever user
dulu ramai guna maxis sebab takde pilihan sangat even coverage tak berapa ok. Now dah ada byk pilihan telco yang better and boleh port out senang je kan.
btl, dulu memang tak banyak pilihan yang ada, sekarang ni pulak pilihan dah semakin banyak dan coverage pun sangat bagus. Boleh cuba sendiri
I am going to India sya punya permit abiss sudah ini lah masala Aku 1 Kali pair maxis is best Aku bigi India
all the best, semoga dipermudahkan urusan