Celcom Port Out – Step By Step 2023

Apa itu Celcom port out? Ianya adalah proses di mana anda nak bertukar dari satu syarikat telekomunikasi kepada satu syarikat telekomunikasi dengan mengekalkan no yang sedang anda gunakan sekarang.

Ini merupakan satu proses biasa akan tetapi ada banyak masalah yang biasa dihadapi akibat dari pelbagai isu yang merenyahkan. Syarikat telekomunikasi ini, ada beberapa syarikat itu yang apabila nak port in ke talian mereka, itulah yang paling pantas dan laju, akan tetapi apabila nak meninggalkan syarikat mereka, macam-macam syarat yang dikenakan. Syarikat mana? Saya tak mahu nyatakan di sini untuk elak masalah di kemudian hari.

Fokus pada artikel ini adalah tentang macam mana cara nak port out Celcom ke telco lain seperti Tune Talk dan lain-lain.

celcom port out

Dealer Tune Talk

Nak beritahu siap-siap yang saya merupakan seorang dealer Tune Talk Halo Telco. Proses Mobile Network Portability ataupun MNP ini memang adalah perkara biasa yang saya biasa lakukan.Ada sesetengah kes, ianya siap dan selesai dengan mudah, ada juga kes yang tak boleh nak selesai akibat isu yang bermacam-macam dan akan kami cuba nyatakan dalam artikel ini.

Sebelum saya nyatakan apa kelebihan dan kekurangan apabila bertukar syarikat telekomunikasi ini, dan jika anda berminat nak dapatkan no baru atau kekal no lama, boleh terus beli simkad di kedai kami di Shopee.

Nak port out dari mana-mana syarikat telekomunikasi pun boleh, nak dapatkan no baru pun boleh. Yang menarik dengan Tune Talk ni, anda boleh pilih no berdasarkan kepada 4 no paling belakang. Masukkan sahaja 4 no dalam sistem, anda boleh memilih beberapa pilihan no baru. Memang best dan memudahkan dan tak semua syarikat telekomunikasi ada kelebihan ini.

Boleh ke kedai kemi di link atas ini bagi anda nak dapatkan Simkad Tune Talk Halo Telco.

Sebelum Port Out, Apa Perlu Buat

Banyak kali terjadi, apabila nak buat port out sahaja mesti gagal. Gagal ada banyak sebab dan berikut adalah antara beberapa persedian yang anda perlu tahu terutama kalau anda nak buat port out. Tak kisahlah daripada Telco mana pun, proses atau syarat lebih kurang sama sahaja.

Ada beberapa perkara perlu diambil kira sebelum tukar telco asal ke Halo Telco Tune Talk ni.

  • Pastikan simkad nombor asal tu didaftarkan atas nama sendiri. Atau atas nama orang yang anda boleh dapatkan kad pengenalannya.
  • Pastikan sim yang nak ditukar taliannya tu aktif. Boleh buat panggilan keluar dan boleh terima panggilan.
  • Pastikan ada kredit sekurang-kurangnya RM2. Sekiranya nombor tu adalah postpaid, pastikan bill telah dibayar mengikut jumlah current bill dan lebihkan RM2 dari jumlah itu.
  • Pastikan simkad asal tiada hutang. Sama ada hutang SOS, credit advance, atau bil tertunggak.
  • Pastikan simkad asal berada di dalam phone semasa proses MNP dilakukan oleh dealer telco.

Kalau anda lakukan semua syarat ini, biasanya tak ada masalah untuk proses port out ini berjaya.

Kenapa Nak Buat Port Out Celcom?

Kalau tanya kenapa nak buat port out ini, biasanya adalah masalah kos ataupun nak dapatkan better offer.

Sebelum ini mungkin perlu untuk membayar sehingga RM80 sebulan untuk langganan dengan syarikat telekomunikasi, akan tetapi apabila bertukar, anda boleh mendapat sehingga RM35, pelan ini pun pada saya sudah sangat berbaloi dan boleh anda cuba. 

Anda boleh semak satu persatu pelan yang ada dalam Tune Talk terbaru DI SINI.

Better offer bukan sahaja harga murah, selain daripada harga, ada lagi kelebihan Tune Talk Halo Telco yang tiada pada syarikat telekomunikasi yang lain. Antaranya adalah:

  • Manfaat khairat kematian RM800 – ikut pada pelan
  • Manfaat takaful kemalangan percuma – pelan RM30 ke atas

Selain daripada dapat better offer untuk harga pelan yang lebih murah, faktor lain adalah disebabkan oleh masalah line coverage yang biasanya tak memuaskan.  Coverage di tempat tersebut tak memuaskan menyebabkan seseorang nak cuba bertukar ke syarikat telekomunikasi yang lain.

Untuk info, syarikat Tune Talk menggunakan line ataupun coverage dari Celcom. Kalau coverage Celcom di tempat anda bagus, insyaAllah tiada masalah kalau anda nak gunakan syarikat ini dan kekal no anda dari telco lain ke Tune Talk. Boleh cuba dahulu tak ada masalah.

Langkah Port Out Dari Celcom Ke Tune Talk

Nak buat port out ni simple sahaja kalau anda menggunakan Tune Talk. Anda pun boleh sahaja buat “self registration” ataupun pendaftaran kendiri. Berikut adalah antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk proses pendaftaran kendiri.

  • Beli simkad Tune Talk di kedai kami di Shopee. Simkad pada harga diskaun dan sangat berbaloi. LINK DI SINI.
  • Tunggu simkad sampai untuk buat pendaftaran sendiri.
  • Anda akan dapat nota kecil cara dan step by step untuk buat pendaftaran.
  • Daftar no baru / no sementara menggunakan applikasi Tune Talk ataupun Halogo Lifestyle.
  • Buat proses port in dari pada salah satu applikasi tersebut.
  • Tunggu SMS

Alternatif lain, anda boleh cuba tengok dalam video di bawah ini tentang step by step cara nak port out Celcom ke telco lain khususnya Tune Talk,

Cara Reply SMS Port Out Celcom

Untuk SMS ini agak tricky sikit terutama kalau anda nak balas SMS yang anda terima dari Celcom. Kesilapan membalas SMS akan menyebabkan proses kekal no lama anda tak selesai. Yang ini memang saya akui agak leceh. Pihak Tune Talk pun tak boleh nak buat apa-apa jika syarikat telekomunikasi yang asal tak mahu nak melepaskan no anda.

Kalau ikutkan daripada image di atas, memang agak tricky dan sedikit mengelirukan. Anda perlu untuk reply SMS dengan PortOut YES 0xxxxxxxxx. Saya akui memang agak sedikit panjang untuk pihak Celcom lakukan ini. Lebih mudah sebenarnya kalau reply YES sahaja. Akan tetapi, ikut sahajalah apa yang telah mereka tetapkan. Memang user perlu lebih berhati-hati di sini dan cuba ikut sahaja dan reply ayat mereka.

Kadang-kadang terjadi apabila sudah reply pun, masih terima balasan, “We have not received your confirmation”

Kena la submit semula beberapa kali dan ini memang agak menyusahkan.

Celcom Buat Survey Kenapa Bertukar

Selepas anda reply port out YES PortOut YES 0xxxxxxxxx, ada pelanggan yang mengadu mereka menerima survey. Ianya adalah seperti gambar di bawah.

Anda memang bebas menjawab dan lebih mudah anda reply je dengan 1 iaitu better offer. 

Akan tetapi, sekiranya proses tak berjaya cuba lakukan 2 perkara ini.

  1. call customer servis untuk dapatkan penjelasan dan maklumat lanjut. Kadangkala ada beberapa isu seperti akaun tertunggak dan lain-lain lagi.
  2. Jika tiada apa-apa isu, laporkan sahaja kepada pihak SKMM di aduan.

Ada Counter Offer Biasanya

Kadangkala saya bertanya kepada pelanggan saya yang melakukan proses ini. Kadang mereka dapat counter offer dari syarikat telco tersebut dalam bentuk panggilan telefon. Kadangkala tiada pun proses counter offer ini. Kadangkala hanya dalam bentuk survey seperti di atas sahaja. Apapun ianya biasa dan merupakan salah satu langkah terakhir untuk pelanggan setia dengan syarikat telekomunikasi yang ada.

Anda Nak Tukar Ke Tune Talk Tak?

Tak kiralah anda nak bertukar sama ada Celcom port out ataupun syarikat lain, kalau anda nak bertukar ke Tune Talk, sangatlah di alu-alukan.Terus sahaja ke kedai shopee kami dan jika ada sebarang pertanyaan dan permasalahan, boleh terus sahaja berhubung dengan kami di ruangan chat Shopee. Kami akan cuba membalas sebarang pertanyaan anda sepantas yang boleh.

Related Posts

11 thoughts on “Celcom Port Out – Step By Step 2023

    1. thanks for coming, hope this article celcom port out can help

  1. Informasi yang bermanfaat. Akak pun selalu port out. Di antara asbab adalah liputan hauk atau kewangan merosot macam masa PKP dulu. Jika kita tak mampu, perlu buat keputusan segera untuk port out. Bleh jimat dan bebas hutang. hehe

    1. Wah, bagus kalau selalu port out, mana tau boleh cuba servis Tune Talk lepas ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest