How To Cancel Sun Life Insurance CIMB 2023

Pada kali ini saya nak kongsi teknik atau cara yang komprehensif berkenaan dengan cara ataupun “how to cancel Sun Life Insurance” untuk bermacam pilihan insurance yang ada. Saya terpaksa melanggan Takaful / Insurace dari syarikat Sun Life ini adalah kerana membuat pinjaman rumah dengan pihak CIMB.

Untuk pinjaman tersebut diluluskan, menurut officer, wajib langgan insurance nyawa untuk rumah ataupun dalam bahasa mudahnya MRTT (mortgage reducing term takaful). 

Alhamdulillh dapat buat penyelesaian pinjaman perumahan tersebut dengan kaedah refinance rumah dengan bank lain. Apapun, selepas selesai buat penyelesaian pinjaman, saya boleh untuk dapatkan semula sedikit baki daripada langganan sebelum ini. Apapun, saya tunjukkan step by step cara untuk anda dapatkan baki ataupun dalam istilah yang lebih biasa digunakan “surrender value”.

how to cancel sun life insurance cimb

Berhubung dan berkomunikasi dengan pihak Sun Life

Setiap kes adalah unik dan berbeza-beza. Dalam kes saya mungkin sama dan mungkin beza dengan anda. Saya nak surrender value untuk MRTT iaitu sejenis takaful untuk pinjaman rumah. Kes anda mungkin nak surrender value untuk kes berbeza sama ada mungkin medical card, life insurance dan bermacam lagi.

Adalah lebih baik untuk anda cuba menghubungi pihak mereka dahulu dan bertanya. Untuk info, mereka agak responsif dan cepat sahaja membalas email dan telefon. Ikut pengalaman saya, biasanya dalam 24 jam sahaja, sudah ada jawapan dalam bentuk email.

  • Cara pertama adalah dengan mengirim email kepada mereka. Email mereka yang saya sendiri pernah email adalah : wecare@sunlifemalaysia.com
  • Cara kedua adalah dengan call customer servis mereka. Mereka boleh dihubungi di : 1300-88-5055 atau 603-2614 3550.

Boleh cuba berhubung dengan mereka dahulu bagi mendapatkan info lanjut.

Bagaimana Nak “Claim Surrender Value MRTT”

Dalam kes saya, setelah saya email kepada pihak Sun Life, mereka meminta beberapa dokumen penting. Di bawah ini adalah balasan pihak Sun Life kepada email saya.

Berdasarkan kepada email, ada 3 dokumen yang mereka mahukan dari saya untuk saya dapatkan surrender valuer ataupun baki dalam akaun takaful/insurance tersebut.

  • Withdrawal form yang anda boleh dapatkan di link SINI
  • Salinan kad pengenalan
  • Surat penyelesaian / pelepasan daripada pihak bank.

Dokumen 1 dan 2 pada saya tak ada masalah. Yang menjadi tanda tanya adalah macam mana nak dapatkan dokumen no 3 iaitu surat penyelesaian daripada pihak bank. 

Untuk dapatkan dokumen ini, terpaksalah saya berurusan dengan lawyer yang menguruskan proses jual beli saya itu. Dokumen yang pihak syarikat Sun Life mahukan adalah redemption form iaitu surat penyelesaian baki pinjaman daripada pihak takaful. 

Alhamdulillah, lawyer sangat bagi kerjasama yang baik dan saya telahpun dapat surat “settlement letter” dari bank sebelum ini. Bolehlah saya cuba claim dengan pihak takaful untuk urusan surrender policy.

Terkini, pihak Sun Life kata semua dokumen dah ok, cuma, bahagian witness to kosong, jadinya mereka minta masukkan bahagian witness. Aduhai, takpe salah saya juga.

So kepada anda semua, make sure bahagian witness surrender form tu kena isi siap-siap ye. Jangan biarkan kosong macam saya kan dah ambil masa nak isi dan hantar semula. Apapun, saya akan update dari masa ke semasa sehingga semuanya selesai.

Setelah anda dapat surat tersebut, kemudian dah boleh hantar semula kepada pihak takaful untuk tujuan claim. Siapa yang tak nak kan, anda boleh claim sebanyak RM3k adakalanya sehingga RM10k siapa yang nak bagi. 

Email Kepada Pihak Sun Life

Sudah ada semua dokumen, boleh terus cuba email kepada pihak sun life bagi mendapatkan feedback seterusnya. Jika tiada masalah, boleh terus dapat duit dalam akaun. Apapun saya akan terus update kes ini dari semasa ke semasa. 

Jadi sebenarnya, mudah sahaja kalau anda nak buat claim untuk surrender valuer. Tidak terhad kepada syarikat seperti Sun Life ini, syarikat Takaful dan Insurance lain pun sama. Semua boleh dilakukan secara online ataupun anda boleh pergi ke branch syarikat terdekat. Kalau syarikat yang besar seperti AIA, Prudential ataupun FWD, memang tak dinafikan, ada banyak branch mereka di serata daerah di Malaysia. 

Kalau branch yang terdekat pun dah jauh, terpaksalah berurusan secara online sahaja dan ianya tak menyusahkan pun.

Pilihan Syarikat Insurance Lain Lepas Terminate

Kalau anda tamatkan takaful hayat, pastikan ada gantinya. Ada banyak pilihan ganti kepada takaful hayat antaranya adalah anda boleh tengok apa yang i-lindung KWSP ini boleh berikan kepada anda. Antara pilihan yang lebih murah dan berbaloi untuk anda sendiri cuba.

Medical card pun sudah banyak pilihan medical card yang murah-murah yang ada di pasaran sekarang ini. Boleh buat pilihan yang mana yang terbaik untuk anda.

Nak Insurance Kemalangan Percuma

Nak beritahu, yang anda boleh dapatkan insurance ataupun takaful kemalangan percuma dengan hanya anda melanggan pelan RM30 ke atas untuk syarikat telekomunikasi anda. Bukan itu sahaja, terus automatik dapat khairat kematian bernilai RM800 mengikut pakej ataupun langganan yang anda ambil.

Anda boleh terus membeli simkad Tune Talk Halo Telco ini terus dari kedai kami di Shopee. Boleh terus klik link di bawah untuk anda terus membuat pembelian. 

Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, pakej dan review jujur berkenaan dengan simkad ini, anda boleh baca beberapa review kami di SINI dan SINI.

Tak Susah Pun Nak Batalkan Insurance Anda

Ya tak susah, semua boleh cuma sedikit leceh kerana perlu untuk email dan follow up beberapa pihak. Akan tetapi hasilnya pasti berbaloi.

Harapnya, artikel how to cancel Sun Life Insurance ini membantu anda untuk cancel dan claim surrender valuer. Saya pernah claim sehingga RM10k pada satu masa dahulu untuk MRTT. Rugi kalau tak buat, kalaupun jumlah yang lebih kecil RM4k pun siapa nak bagi, bolehlah buat bermacam perkara seperti beli peralatan sukan, mulakan business dan sebagainya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest