9 Syarat Pinjaman Perumahan Bank – 2024

Apa syarat pinjaman perumahan bank? Saat Malaysia mula memasuki fasa Endemik Covid 19, banyak sektor yang mula di buka. Antaranya adalah yang berkaitan dengan hartanah. Kalau dahulu sukar nak mendapatkan pinjaman perumahan, kali ini mungkin akan jadi jauh lebih mudah.

Pada kali ini, kami nak tunjuk kepada anda beberapa syarat yang anda perlu tahu untuk mendapatkan pinjaman perumahan khususnya dari bank-bank tempatan. Pun mungkin terpakai untuk mereka yang memohon pinjaman menggunakan platform dari LPPSA.

syarat pinjaman perumahan bank

Dah Ada Rumah Yang Nak Di Beli

Ini penting, kalau tak ada rumah macam mana nak buat pinjaman rumah. Mungkin anda boleh bersedia dahulu untuk mula membeli rumah tetapi untuk buat pinjaman rumah ataupun pembiayaan semula rumah, memang wajib kena ada rumah yang nak dibeli.

Macam mana nak beli rumah? Di mana nak cari rumah yang sesuai untuk dibeli? Boleh cari di mudah.my bahagian rumah. Ada juga website lain yang bersesuaian. Apapun, sebelum anda membeli rumah pertama, bolehlah baca artikel ini sampai habis. Ada banyak info dan perkongsian yang mungkin akan membantu anda untuk mendapatkan pinjaman untuk rumah pertama anda.

Tidak Bankrupt, Tidak Blacklist Dan Tidak Dalam Senarai AKPK

Ini sangat penting. Jika anda seorang yang bankrupt, di blacklist oleh pihak bank ataupun yang terkini, nama anda ada dalam senarai AKPK, memang anda tak boleh nak buat apa-apa pinjaman.

Kalau bankrupt, kena selesaikan masalah tersebut dahulu sebelum buat apa-apa pinjaman. Begitu juga jika nama anda ada dalam senarai AKPK. Kena selesaikan dahulu dan apabila dah selesai, barulah boleh buat pinjaman dengan pihak AKPK.

CCRIS Report – Kena Ada Rekod

Ada beberapa kali client saya yang langsung tak ada apa-apa rekod nak buat pinjaman rumah. Kebiasaannya, memang susah sikit. Kalau nak mudah, memang kena buat 1 rekod dulu dengan bank untuk memudahkan proses pinjaman perumahan.

Kalau memang tak ada apa-apa rekod pun tiada masalah buat masa ini. Asalkan anda cuba buat pinjaman dengan bank yang betul, boleh sahaja pinjaman anda diluluskan. Kalau memang anda mempunyai masalah CCRIS rekod yang kosong, boleh cuba hubungi kami di bawah, insyaAllah kami boleh cuba bantu.

Apapun, ada rekod walaupun ASB loan ataupun kad kredit akan sangat membantu untuk anda mendapatkan pinjaman perumahan. Cuba buat rekod CCRIS anda sendiri.

Kena Ada Cash Sikit – Kumpul Duit

Untuk pembeli rumah pertama, memang ada banyak kelebihan yang anda boleh gunakan. Salah satunya adalah skim pinjaman rumah pertama dengan margin pinjaman sehingga 100%. 

Selain daripada itu juga, anda boleh gunakan wang yang ada dalam KWSP akaun 2 untuk buat buat pembayaran lain seperti kos guaman dan lain-lain. 

Walaupun anda mempunyai kelebihan ini, saya tetap rekemen untuk anda kalau boleh, ada simpanan anda sendiri untuk beli rumah. Ini untuk cover kos seperti booking rumah dan lain-lain. Ianya akan sangat membantu anda nanti. Jika anda seorang pembeli rumah pertama yang ada akaun KWSP akaun 2 yang banyak, cash RM5k sehingga Rm10k sudah memadai. Akan tetapi, jika anda tiada akaun 2 yang banyak, bolehlah kumpul duit sedikit lain untuk cover kos berkaitan dengan guaman.

Untuk info lanjut keluarkan duit dari KWSP untuk beli rumah, boleh tengok video di bawah ini.

Pembeli Rumah Pertama – Boleh Beli Rumah Dengan Pinjaman 100% Loan

Khas untuk pembeli rumah pertama, jangan sia-siakan peluang ini. Jika anda ada 10% deposit, bolehlah guna untuk beli rumah. Kalau tiada pun tak mengapa, anda boleh gunakan wang dari pinjaman Skim Rumah Pertamaku ini. 

Skim ini berkenaan dengan apa? Tak nak cakap banyak, boleh dapatkan info lanjut dalam video di bawah ini. Ini adalah penerangan secara detail berkeaan dengan skim ini, syarat-syarat yang diperlukan dan lain-lain lagi.

Alternatif lain, anda boleh tengok juga artikel di SINI di mana kami ceritakan dengan detail berkenaan dengan cara untuk anda dapatkan ataupun gunakan Skim Rumah Pertamaku ini.

Nak kami tolong untuk dapatkan pinjaman rumah ataupun refinance rumah, boleh ke LINK di bawah ini.

Komitmen Jangan Terlalu Tinggi

Anda nak buat pinjaman rumah, akan tetapi, komitmen anda terlalu tinggi disebabkan oleh hutang lain. Biasanya adalah hutang personal loan, hutang kereta dan kadangkala adalah disebabkan oleh hutang ASB Loan. 

Nasihat saya, kalau nak buat pinjaman rumah tu, cuba strukturkan semula komitmen hutang anda. Kalau ada bonus atau apa sahaja pendapatan lain tu, cuba juga untuk bayar hutang-hutang seperti ini.

Kalau tak dapat nak sikitkan hutang ataupun hapuskan hutang yang tak diperlukan ini, cara lain adalah dengan cuba untuk gabung pendapatan dengan orang lain. Biasanya adalah pasangan masing-masing sama ada suami atau isteri. Dalam istilah lain, beli rumah dengan menggabungkan 2 nama. 

Dengan cara ini, akan sedikit sebanyak membolehkan pinjaman anda mudah untuk lulus. Jika tak urgent, boleh dan tiada masalah untuk cuba mencari idea ataupun cara untuk tambah pendapatan anda. Ada beberapa idea tambah pendapatan di SINI.

Kerja Makan Gaji

Kalau anda kerja makan gaji, sebaiknya boleh berikan slip gaji 3 hingga ke 6 bulan bersama dengan penyata bank bagi membuktikan yang gaji tersebut masuk ke dalam bank.

Selain itu penyata KWSP pun penting untuk confirmation kali kedua yang menunjukkan gaji anda di bayar. 

Apapun, kalau kerja makan gaji, ini adalah dokumen yang diperlukan untuk dapatkan pinjaman rumah;

  • Copy IC
  • Slip Gaji 6 bulan
  • Bank Statement 6 bulan
  • Pengesahan Majikan
  • Penyata KWSP

Bekerja Sendiri

Kalau bekerja sendiri pun ada dokumen yang diperlukan. Bekerja sendiri maksudnya adalah kerja makan komisyen seperti agen Takaful, Unit Trust dan lain-lain ataupun mempunyai syarikat sendiri.

Pastikan untuk anda membayar cukai pendapatan bagi membolehkan anda untuk membuat pinjaman dengan bank. Banyak kali, mereka yang bekerja sendiri ini, ada Sijil dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan tetapi tiada ataupun tak bayar cukai. Bila tak bayar cukai ini, memang susah sikit nak buat pinjaman rumah.

Jadi, nasihat saya, kepada mereka yang bekerja sendiri, kalau boleh bayarlah cukai pendapatan terutama kalau anda nak buat pinjaman rumah. Ianya akan memudahkan anda dikemudian hari. 

Bahan Bacaan Lain

Saya harap anda tidak berhenti setakat ini sahaja. Berkenaan dengan pembelian rumah ini, dan nak tahu serba serbi berkenaan dengan pinjaman rumah, saya sangat rekemen buku ini.

Ianya membolehkan anda untuk mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan cara yang efektif membeli rumah. Lagipun tak rugi beli buku, banyak manfaat yang anda bakal dapat nanti.

Apapun, sampai sini sahaja pada kali ini. Harap anda faham betul syarat pinjaman perumahan bank untuk anda mula membuat pinjaman rumah dengan pihak bank. Seterusnya, jika semua anda dah dapat, mulalah mencari rumah idaman anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *