Cara Pengeluaran KWSP Untuk Ubah Suai Rumah

Boleh ke nak buat pengeluaran KWSP untuk ubah suai rumah? Pada artikel kali ini, kami nak tunjuk beberapa tips yang anda boleh manfaatkan bagi membolehkan anda membuat pengubahsuaian rumah anda dengan menggunakan duit dari KWSP akaun 2. Ianya tidaklah mustahil tetapi perlukan tips dan teknik yang betul bagi membolehkan anda untuk membuat pengeluaran.

Pastikan anda baca sehingga habis artikel kerana ada banyak tips dan teknik yang bakal kami kongsikan bagi membantu anda untuk membuat pengeluaran bagi akaun KWSP akaun 2 anda. Juga beberapa alternatif lain yang anda boleh manfaatkan bagi memudahkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 2 tersebut. 

Apapun, ini adalah antara beberapa perkara yang anda perlu tahu kerana memang seringkali saya mendapat “personal message” daripada bakal pembeli bertanyakan tentang cara untuk buat pengeluaran bagi membina rumah. Info berkenaan dengan topik ini tidak banyak di internet, jadi terpanggil untuk anda manfaatkan artikel ini dan harap boleh kongsikan kepada mereka yang nak tahu lebih lanjut.

pengeluaran kwsp untuk ubah suai rumah

Pengeluaran KWSP Untuk Bina Rumah / Ubah Suai Rumah

Memang banyak pertanyaan untuk bina rumah ataupun untuk ubah suai rumah. Paling ramai yang tanya kepada saya soalan seperti ini,

“Saya dah ada tanah, macam mana cara nak buat rumah atas tanah?”

Situasi ini mungkin berbeza dengan anda, kerana anda mungkin nak ubahsuai rumah rumah, tetapi perlukan dana. Ada banyak alternatif yang ada untuk anda manfaatkan bagi membolehkan pengeluaran KWSP ini berlaku. 

Jangan risau kerana selain daripada pengeluaran KWSP ini, kami juga akan sertakan beberapa alternatif yang anda boleh lakukan untuk ubah suai rumah ataupun nak bina rumah atas tanah sendiri. Memang semuanya perlukan modal dan ini adalah antara alternatif lain agar lebih mudah untuk anda bina rumah idaman anda.

Fakta Dari KWSP Untuk Bina Rumah – Boleh Ke?

Kembali kepada persoalan, boleh ke bina rumah atas tanah sendiri menggunakan wang dari KWSP akaun 2? Berikut adalah petikan yang saya copy dan paste dari laman web KWSP;

Jawapannya adalah boleh,

dan anda boleh lakukan untuk membina rumah atas tanah sendiri ataupun dengan pembelian tanah.

Ini sekaligus memudahkan anda untuk membina rumah, dan kalau semua syarat ini memang anda layak dan memang perlukan untuk bina rumah ataupun ubahsuai rumah atas tanah sendiri, apa salahnya kan!

Berikut adalah antara syarat-syarat yang anda perlu tahu untuk anda membuat pembelian rumah. Sumber rujukan dan link asal ada di akhir artikel ini.

Atas Tanah Yang Dimiliki Sendiri

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Ahli/pasangan ahli membina/telah membina di atas tanah milik ahli/pasangan ahli/yang diiktiraf oleh agensi kerajaan (seperti FELDA) ATAU membina/ telah membina rumah panjang (Untuk Sabah & Sarawak)
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

Pengeluaran Dengan Pembelian Tanah

Kalau anda nak keluarkan dana dari EPF akaun 2, dengan pembelian tanah, ini adalah dokumen yang diperlukan;

  • Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut*
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

Semua syarat ini anda lepas? Boleh ke KWSP sekarang untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan syarat dan cara membuat pengeluaran untuk kos ubah suai rumah anda.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Bina Rumah

Kos ubah suai rumah ataupun membina rumah atas tanah sendiri memang memerlukan dana yang banyak. EPF adalah antara pilihan yang ada dan antara pilihan lain yang anda boleh dapatkan adalah untuk membuat gunakan cash sendiri yang anda kumpulkan daripada cara lain. 

Alternatif Pengeluaran Yang Ada

Selain daripada KWSP, ini adalah antara alternatif yang ada untuk anda mulakan langkah bina rumah atas tanah sendiri. Cara no 2 adalah cara yang saya sendiri telah lakukan sebelum ini dan berjaya.

Buat Personal Loan

Sekarang ini kalau ikutkan pengalaman saya, adalah lebih mudah bagi penjawat awam untuk buat pinjaman peribadi. Biasanya, jika komitmen lepas, dalam 2 ataupun 3 hari sahaja dah boleh cash out dan dapat jumlah yang anda inginkan. Tetapi awas, jangan terlebih guna dan gunakan hanya bila perlu sahaja.

Bagi penjawat awam boleh dapatkan info lanjut dari LPPSA ataupun bank-bank seperti Bank Rakyat, Bank Islam dan lain-lain. Apapun, artikel ini bukan untuk menggalakkan anda untuk buat pinjaman peribadi, tetapi hanyalah pilihan yang anda ada untuk bina rumah atas tanah sendiri.

Bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta, antara pilihan yang ada adalah untuk cuba dapatkan pinjaman peribadi dari bank-bank. AEON pun anda boleh cuba dapatkan info lanjut. 

Refinance Rumah

Kaedah ini terpakai kalau anda sudah memiliki rumah sendiri dan remortgage ataupun buat pinjaman semula rumah tersebut. Cara ini memang membolehkan anda untuk dapatkan cash dan alternatif yang baik selain daripada untuk pengeluaran KWSP akaun 2 bagi ubah suai rumah. 

Boleh baca sendiri beberapa artikel kami berkaitan dengan refinance di bawah ini;

Kumpul Duit & Tambah Pendapatan

Kumpulkan duit anda sekarang dan cuba untuk tambah pendapatan. Cara ini adalah untuk anda bina sendiri rumah atas cash yang anda ada. Caranya mudah, dapatkan 1 pendapatan tambahan dan kemudian simpan. Ulang sampai cukup cash yang anda perlukan.

Untuk tips dan teknik cara simpan duit, boleh rujuk artikel di SINI. Dan juga video di bawah.

Untuk tips tambah income sama ada secara online ataupun offline, boleh rujuk beberapa link di bawah ini;

Apapun, harap artikel ini membantu dan tawarkan beberapa info berkaitan dengan pengeluaran KWSP untuk ubah suai rumah. Apapun, mintak share artikel ini  jika bermanfaat dan join telegram kami di bawah ini.

Sumber link berkaitan

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *