Apa itu skim perumahan belia BSN? Setiap orang pada masa kini sudah tentu memasang impian untuk mempunyai rumah sendiri. Setiap orang sudah pastinya mempunyai rumah yang mereka idam-idamkan. Justeru itu, sudah pastinya setiap dari kita akan mula berusaha untuk mula mengumpul duit dari sekarang untuk membeli rumah yang mereka idamkan.
Tidak terkecuali juga ramai anak muda yang sudah mula memasang angan-angan untuk mereka membeli rumah yang mereka mahukan. Bukan itu sahaja, ada juga anak muda yang sudah mula menyimpan dari sekarang untuk mereka membeli rumah yang mereka mahukan.
Nak beli rumah perlukan kos yang agak tinggi terutama deposit 10% dimana bank hanya kenakan pinjaman sebanyak 90% daripada harga pasaran. Belum lagi termasuk kos lawyer, valuation dan insurans yang pembeli kena tanggung. Di sini, anda boleh memanfaatkan Skim perumahan belia dari BSN ini dengan sedikit sebanyak bakal meringankan beban anda untuk mendapatkan rumah pertama. Boleh baca artikel ini sampai habis untuk anda tahu syarat-syarat skim perumahan ini.
Beli Rumah Selepas Covid-19
Walaupun harga rumah semakin mahal, anda masih boleh cuba mencari rumah yang berharga RM300k dan ke bawah di lokasi tertentu. Kalau nak lokasi premium pada harga murah memang susah nak dapat. Tetapi kalau anda betul-betul mencari, insyaAllah tiada masalah nak dapatkan rumah yang anda idamkan pada harga yang bersesuaian. Apapun, skim kali ini memang bertujuan untuk membantu anda memiliki rumah sendiri.
Dengan harga rumah yang semakin lama semakin mahal sudah tentulah anak muda pada masa kini sukar untuk memiliki rumah mereka sendiri. Dengan banyak komitmen yang kena tanggung seperti kereta, hutang PTPTN, kad kredit dan lain-lain, Skim perumahan dari BSN ini memang sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan sedikit beban.
Disebabkan itu, pada masa kini kerajaan sudah mula mewujudkan satu skim iaitu skim perumahan belia untuk membantu belia pada masa kini membeli rumah pertama mereka.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Skim Perumahan Belia??
Skim Perumahan Belia – SPB sebenarnya telah diwujudkan semenjak tahun 2018 lagi Cuma ia mula di promosikan pada tahun ini. Skim ini diwujudkan sebagai salah satu cara untuk membantu anak beli yang kurang berkemampuan untuk membiayai hartanah yang hendak dibeli, sama ada rumah yang sudah siap, rumah subsale, atau yang tengah dalam pembinaan.
Skim ini di kendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Skim ini bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021. Dengan tempoh masa yang panjang ia dapat memberi peluang untuk anda memohon skim ini.
Jika anda ingin memiliki rumah dan tergolong dalam syarat yang diberikan, apa tunggu lagi, boleh cuba apply pinjaman rumah ini. Saya rekemen untuk anda dapatkan panduan dan tips kewangan bagi membantu anda untuk lulus pinjaman rumah dengan lebih mudah. InsyaAllah akan sangat membantu.
Apakah Kelebihan Skim Perumahan Belia Ini?
Skim ini sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat buat belia yang mahu memiliki rumah mereka sendiri. Antara kelebihannya ialah:
- Pengecualian duti setem sebanyak 50% ke atas dokumen pembiayaan.
- Pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar boleh ubah, dan anda menawarkan rumah anda sebagai cagaran untuk pinjaman ini.
- Skim ini hanya untuk hartanah yang berharga dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 (sama seperti skim MyDeposit 2018).
- Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga 35 tahun maksimum (tertakluk kepada had umur tak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pinjaman)
- Paling menarik, rebate RM200 selama 2 tahun untuk pinjaman anda. Katakan jumlah bayaran bulanan anda adalah sebanyak RM1000, dengan skim ini, anda dapat rebate RM200 selama 2 tahun. Jadi bayaran bulanan anda adalah sebanyak RM800 selama 2 tahun. Memang menarik dan banyak yang anda boleh jimatkan.
Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon Skim Ini?
Bagi belia yang hendak memohon Skim Perumahan Belia Ini SPB ada beberapa syarat kelayakan yang perlu di patuhi. Antaranya ialah:
- Warganegara Malaysia
- Belia yang sudah berkahwin
- Berumur 25-40 tahun
- Pendapatan isi rumah tak melebihi RM10,000
- Pembeli rumah pertama sahaja
- Wajib ada akaun BSN Giro/Giro-i untuk membayar ansuran bulan melalui akaun BSN
Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Skim Ini?
Bagi belia yang berminat untuk memohon skim ini ada beberapa dokumen yang wajib anda sediakan. Ia adalah sebagai dokumen sokongan dan juga untuk pihak Bank Simpanan Nasional gunakan untuk menilai sama ada anda melepasi syarat yang telah ditetapkan atau tidak. Antara dokumen yang perlu anda sediakan ialah:
- Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
- Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
Dokumen Untuk Mereka Yang Berpendapatan Tetap
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
- Salinan penyata KWSP
- Surat pengesahan berkerja daripada majikan
- Borang EA/ EC
Dokumen Bagi Pemohon Bekerja Sendiri
- Borang B/BE dan Resit LHDN
- Surat pendaftaran syarikat (SSM)
- Salinan penyata bank 6 bulan terkini
- Dokumen – dokumen lain (jika perlu)
Boleh tengok pengalaman saya dan client beli rumah pertama dalam video di bawah ini.
Skim Perumahan Belia Dapat Membantu Anak Muda Membeli Rumah
Dengan adanya skim perumahan belia sebegini, ia dapat membantu anak muda pada masa kini membeli rumah pertama kita. Ia sekali gus, dapat mengelakkan anak muda merasa terbeban untuk membeli rumah pada masa kini.
Kalau jumpa rumah yang anda mahu pada harga yang sesuai, boleh cuba apply dapatkan pinjaman daripada skim perumahan belia BSN ini. Jangan lepaskan peluang dan manfaatkan semua kelebihan yang ada.
Boleh baca artikel berkaitan dengan pinjaman perumahan lain di bawah;
Jangan lupa untuk follow channel telegram kami untuk lebih banyak tips kewangan.
Info lain berkaitan dengan Skim Perumahan Belia dari BSN anda boleh lihat di pautan INI.