8 Sebab Pinjaman Perumahan BSN Terbaik 2023

Artikel pada kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan pinjaman perumahan BSN untuk rumah ke dua saya. Setelah beberapa tahun memiliki rumah pertama, tibalah masa untuk saya membeli rumah yang seterusnya iaitu rumah yang ke dua. Rumah yang kedua ini lebih kepada rumah sendiri tidak seperti rumah pertama dimana saya gunakan untuk tujuan pelaburan.

BSN menawarkan pakej yang menarik sama ada untuk pinjaman rumah subsale, undercon atau sebagainya. Apapaun, artikel pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting dan perkara yang anda perlu tahu bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pakej dari bank ini.

pinjaman perumahan bsn

Macam mana saya boleh mohon pinjaman perumahan dari BSN ni?

Nak mohon tak susah pun. Berikut adalah kisah saya sendiri macam mana saya membeli rumah dan memohon permohonan pinjaman rumah dari BSN ini.

Ketika itu adalah dalam proses pemilihan loan selepas saya bayar booking untuk beli rumah. Pada masa mencari loan ini memang saya apply loan lebih daripada satu loan. Antara bank yang saya cuba apply loan adalah Bank Islam, BSN, Maybank dan satu lagi HSBC.

Kenapa apply lebih daripada satu loan? Kerana ingin menambah kebarangkalian jika satu loan tidak berjaya, masih ada lagi loan yang lain yang sedang di apply.

Masa tu saya apply semua bank ini secara manual. Maksud manual adalah saya pergi ke setiap bank dan hantar permohonan tersebut. Tetapi pada masa kini semua permohonan boleh dilakukan secara online sahaja tanpa anda perlu ke bank tersebut untuk membuat permohonan.

Menarik bukan! Laman web yang boleh tengok di bawah. Selain daripada Bank Simpanan Nasional, banyak lagi pinjaman perumahan lain yang popular yang anda boleh cuba dengan rate yang agak baik.

>>Khas Boleh isi borang ini untuk dapatkan maklumat pinjaman perumahan<<

Apa kelebihan BSN berbanding bank lain?

Ada banyak sebab saya memilih Bank Simpanan Nasional berbanding dengan pilihan bank lain. Antaranya adalah pakej yang terkandung di dalam pinjaman perumahan tersebut. Untuk pakej kali ini, alhamdulillah BSN beri saya pakej pinjaman.

Ikut promosi, ada masa BSN boleh berikan pinjaman sehingga 100%, untuk tahun 2021, bank ini tidak lagi memberikan pinjaman sebanyak 100%. Kalau anda nak tahu dan nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan tips dan cara untuk dapatkan pinjaman bank 100% loan melalui Skim Rumah Pertamaku, boleh tengok video di bawah untuk dapatkan info lanjut.

Serap Valuation Fee Dan Loan Agreement

Antara yang menarik dalam pakej ini adalah, beberapa perkara yang bagi saya merupakan pinjaman atau diskaun yang baik daripada BSN. Pertama sekali BSN absorb valuation fee yang sepatutnya saya bayar kepada valuer. Kan dah jimat beberapa ribu ringgit. Kebanyakan bank lain memang tak absorb valuation fee, paling best pun, mereka cuma masukkan valuation fee dalam loan sahaja.

Update terkini tahun 2020, pakej ini sudah tiada lagi dan digantikan dengan pakej lain. Apapun, pihak BSN sentiasa mengubah pakej mereka dari semasa ke semasa. Kalau nak cuba apply pinjaman dengan pihak BSN, boleh ke cawangan terdekat untuk dapatkan info lanjut.

Satu lagi diskaun yang diberikan adalah, mereka absorb Sales Purchase Agreement (SPA) agreement dengan Bank. Untuk pinjaman perumahan, ada dua agreement yang pembeli kena bayar. Satu adalah Loan Agreement dengan pihak bank dan satu lagi adalah SPA dengan penjual. Biasanya memang pembeli kena bayar SPA dengan penjual dan satu lagi dengan bank. Tetapi BSN absorb fee tersebut, kalau nak ikutkan memangla menjimatkan berbanding dengan pakej housing loan lain di pasaran.

Interest Rate Rendah

Rate pinjaman BSN boleh dikatakan agak rendah berbanding dengan bank lain, cuma rate daripada BSN adalah mengikut pada rate bank negara. Agak rendah tetapi tidak jauh beza sangat pun dengan bank-bank lain di luar sana. Apapun, kalau nak memohon pinjaman perumahan BSN secara online, bolehlah memohon di SINI.

Pinjaman Semi Flexi

Satu lagi, pinjaman daripada BSN untuk rumah yang saya ambil ini adalah jenis semi-flexi. Kalau jenis flexi memang lagi bagus. Apa itu pinjaman flexi dan semi flexi? Saya tidak dapat terangkan dengan panjang lebar di sini, mungkin perlukan satu artikel khusus untuk tahu perbezaan berkenaan dengan flexi dan semi flexi ini.

Pinjaman 100% Loan

Ini adalah pakej terbaru dari BSN. Mereka menawarkan pinjaman dengan 100% loan kepada para pembeli. Ianya terhad kepada waktu dan masa tertentu. Boleh ke cawangan bank terdekat dan isi borang di atas bagi mendapatkan indo lanjut.

Tak semua bank tawarkan pinjaman 100% ini. Untuk info lanjut, anda boleh tengok artikel kami berkaitan dengan pinjaman 100% ini di SINI.

Review Terkini Bank Ini

Bagi saya, pinjaman perumahan daripada pihak BSN ini adalah amat bagus. Terutama freebies yang ditawarkan oleh pihak bank kepada kita. Sebagai pengguna memang perlukan atau mencari deal yang terbaik termasuklah pinjaman untuk perumahan kita. Apapun, untuk info lanjut berkenaan ini anda boleh mohon secara online di sini.

Cara Tingkatkan Scoring – Mudah Lulus

Nak mudah lulus loan untuk rumah, kami berikan 2 tips penting agar lebih mudah pinjaman anda lulus. Bank sangat suka mereka yang mempunyai simpanan. Logiknya, jika ada simpanan, seseorang itu sangat pandai untuk manage kewangan dan atas sebab itu, lebih mudah untuk lulus pinjaman. Nak tahu tips efektif buat simpanan boleh tengok perkongsian di bawah.

Ada pendapatan tambahan pun membantu. Sekarang ini ada macam-macam cara nak tambah pendapatan. Antara tips yang ada saya ada kongsikan beberapa artikel di bawah ini.

Ini antara beberapa senarai dan tips penting untuk tambah pendapatan. Harapnya, ianya membantu untuk anda lulus sebarang pinjaman perumahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *