Kalau anda datang ke artikel ini tidak lain untuk cari info berkenaan dengan cara buat blog sendiri kan. Releven ke blog sebab sekarang ini sudah ramai yang gunakan platform seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram untuk meluahkan isi hati. Tak seperti blog yang mana anda kena setup layout dan lain-lain semata-mata untuk publish artikel kan.
Facebook dan media sosial lain tu memang mudah kalau nak share idea anda tetapi ada satu kekurangan yang ketara yang membolehkan perkongsian di blog jauh lebih releven berbanding dengan perkongsian di sana. Ianya adalah kerana, perkongsian di Facebook akan tenggelam dengan beribu update lain, mungkin kalau post tu betul-betul viral, ianya akan bertahan beberapa hari sebelum post itu mulai sejuk, tetapi dengan teknik yang betul dalam berblog, artikel anda akan tetap dilawati bertahun lamanya dengan kuasa ataupun carian di google.
Salah satu sebab kami mula berblog dan terus berblog adalah kerana kami sering berkongsi tips-tips kewangan yang membabitkan jual beli rumah di media social. Disebabkan oleh kuasa blog yang kekal releven dan media social yang semakin hari semakin kurang diminati (kerana algorithm facebook lebih banyak iklan dan video), kami kekal berkongsi artikel kami di blog. Itu kami dan harap anda juga mempunyai idea sendiri tentang bagaimana perkongsian daripada blog anda mampu untuk “reach” beratus ataupun beribu visitor setiap bulan.
Kami galakkan untuk anda ke artikel terbaru berkenaan dengan 12 cara untuk buat duit dengan Blog di SINI. Banyak tu ada 12 cara, pilih je mana yang sesuai dengan anda, nak pilih 1 pun boleh, nak buat semua 12 cara pun boleh tak ada masalah.
Fikir Topik Yang Sesuai, Fikir Monetization
Smartinvest101 ini adalah topik yang berkisar berkenaan dengan kewangan dan sedikit cara untuk buat duit di Malaysia. Secara personal, kami memang meminati produk-produk kewangan yang ada di Malaysia dan bersedia berkongsi berkenaan dengan tips-tips perkongsian kewangan orang muda di Malaysia. Itu kami, bagaimana dengan anda?
Kalau dalam buku Stephen Covey, the 7 habit of highly effective people, anda mesti, “begin with the end in mind”. Maksudnya sebaiknya anda sebelum bermula tahu nak buat apa. Dalam bahasa mudah, sebelum anda buat website ataupun blog, anda tahu nak buat berkenaan dengan topik apa dan yang penting juga, dan bagaimana anda nak buat duit dengan topik blog tersebut. Bagaimana nak buat duit dengan topik blog tu, anda boleh baca sehingga ke akhir artikel untuk kami berikan beberapa alternatif berkenaan dengan cara buat duit dengan blog anda bagi membolehkan anda mendapat pendapatan pasif setiap bulan.
Jika anda merupakan seorang suri rumah, boleh bermula dengan blog berkenaan dengan topik resepi, mungkin juga parenting. Kalau di Malaysia memang banyak berkenaan dengan topik personal tetapi masih OK. Kalau anda rajin untuk travel, boleh juga berkongsi berkenaan dengan topik travel dan banyak lagi. Jika anda seorang cikgu, boleh juga kongsi berkenaan dengan topik-topik pendidikan kerana topik berkaitan dengan pendidikan juga merupakan antara topik yang banyak carian di google. Di bawah ini merupakan antara beberapa contoh topik yang berkaitan dengan pendidikan yang anda boleh dapatkan dan cari idea berkenaan dengan niche yang anda mahu buat.
Anda dah tahu nak tulis berkenaan dengan apa? Jika dah tahu, langkah seterusnya adalah untuk anda pilih domain yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.
Pilih Domain – Nak Pilih di Mana?
Ramai yang nak buat blog free, kalau nak buat secara percuma, anda boleh gunakan “self hosted” platform macam blogger ataupun wordpress. Blog anda akan jadi “xxxxx.blogspot.com” ataupun “xxxxx.wordpress.com”. Kami tak galakkan untuk anda “self hosted” blog anda dan lebih menggalakkan untuk anda beli sendiri domain “.com” atas beberapa sebab’
- Fungsi yang diberikan oleh platform wordpress ataupun blogspot ini sangat limited dan akan menyusahkan untuk jangka masa panjang.
- Domain sendiri akan menampakkan anda lebih profesional dan pengiklan akan lebih mahu untuk bekerjasama dengan mereka yang menggunakan platform sendiri berbanding dengan domain lain.
Di mana nak dapatkan domain sendiri? Boleh ke namecheap ataupun godaddy untuk pilih domain anda. Kos hanyalah USD10 setahun sahaja. Berikut adalah step by step untuk anda daftar domain di godaddy. Ianya adalah antara salah satu platform premium untuk anda pilih domain. KLIK SINI untuk ke GoDaddy.
Nak Host Domain Anda Di Mana?
Artikel yang anda tulis perlu di “host” di dalam server. Di mana nak dapatkan server ini, ada beberapa pilihan yang kami boleh rekemen. Tapi lebih baik untuk anda pilih dahulu anda nak menggukan platform apa untuk blog anda nanti. Platform yang popular adalah, wordpress ataupun blogger. Kami akan tulis lebih detail berkenaan dengan operating sistem wordpress vs blogger ini di atikel lain. Untuk kedua-dua ini, kami lebih rekemen untuk anda gunakan platform wordpress kerana ianya memang SEO friendly dan satu lagi, anda mempunyai banyak pilihan dari segi theme dan plugin.
Untuk hosting dan domain, kami rekemen 2 laman web ini yang merupakan antara pilihan yang terbaik untuk anda.
SiteGround – Premium Hosting & Domain Terbaik
IPage- Pilihan Hosting Dan Domain Terbaik dan Murah
Jika anda mempunyai bajet RM300 setahun, memang sangat OK untuk dapatkan hosting + domain. Kedua-dua domain ini memang menawarkan harga yang menarik dan kompetatif untuk anda. Jika anda membuat blog untuk syarikat, ini memang merupakan harga yang reasonable untuk anda bermula.
Untuk hosting, cuba sehabis baik untuk host blog anda di hosting premium. 2 hosting yang kami rekemen ini adalah antara pilihan yang bagus untuk anda bermula.
Design Blog dan Tulis Artikel Pertama
Dah dapat akses untuk ke blog anda, tulis artikel pertama dan jangan bimbang, semua blog pun bermula dengan artikel pertama. Kalau domain anda memang betul-betul baru, ianya memang akan mengambil masa sedikit sebelum blog ataupun artikel anda mendapat kunjungan daripada pelawat.
Blog yang baru biasanya tidak mendapat prioriti dari google dan biasanya selepas 3 bulan baru akan mula menunjukkan peningkatan dari segi trafik. Memang kesabaran amat diperlukan dalam membina blog yang betul-betul baru.
Platform Untuk Jana Income
Daripada blog yang anda dapat, dari situ, anda akan perasan lagi banyak visitor ke blog anda, lagi banyak peluang untuk tambah pendapatan blog yang anda boleh dapatkan. Antara platform untuk tambah pendapatan blog adalah melalui;
Google adsenses yang merupakan platform terbaik untuk display advertising. Maksudnya, lebih banyak pengunjung yang bakal datang, lebih banyak incoma yang anda bakal dapat daripada pengunjung tersebut. Ada beberapa lagi alternatif lain seperti nuffnang dan innity, tetapi mengikut banyak review dalam blog-blog, ini adalah antara income untuk display advertising terbaik yang anda boleh dapat. Isu berkenaan dengan google adsense adalah, approval mengambil masa lebih sedikit.
Affiliate marketing untuk mendapatkan komisyen setiap kali ada pengunjung yang membeli daripada link yang anda refer. Antara pilihan yang ada adalah klikjer, di sini anda boleh promote info produk ataupun ebook, dan setiap ebook yang dibeli itu membolehkan anda mendapat sedikti komisyen daripada setiap pembelian. Sangat possible untuk anda mendapatkan beberapa ratus sebulan daripada platform ini. Pilihan lain adalah, lazada affiliate dan pengiklanan baru dari involve asia.
Paid advertising iaitu anda mendapatkan komisyen daripada private advertiser yang menggunakan platform atau menumpang populariti blog anda. Memang ada advertiser yang ingin kembangkan artikel mereka dan memilih menggunakan platform blog yang popular dan mempunyai banyak pengunjung. insyaAllah akan ada artikel yang lebih detail berkenaan dengan cara untuk mendapatkan income dari blog ini nanti.
Sekali lagi, kami ada tuliskan berkenaan dengan cara yang lebih detail untuk dapatkan income dengan Blog di SINI. Boleh ke sini untuk dapatkan info lanjut.
Happy blogging dan amalkan tips-tips yang kami kongsikan ini dan mulakan blog anda sekarang.
FAQ (Soalan Yang Sering Di Tanya)
Macam Mana Cara Nak Buat Blog?
Anda perlu beli domain dan hosting kemudian pilih topik berkenaan dengan blog anda. Ianya semudah itu.
Nak Guna Blog Free ke Berbayar?
Kami rekemen gunakan untuk yang berbayar terus. Ianya untuk branding dan jangka panjang. Rm200 setahun untuk blog berbayar adalah jumlah yang OK.
Guna Blogspot ke WordPress?
Kami rekemen gunakan wordpress berbayar, self hosting kerana anda mempunyai banyak kelebihan berbanding blogspot.
Adakah Blog Masih Releven?
Ya dan sentiasa mendapat pengunjung jika menggunakan teknik optimasi enjin carian yang betul.
Maaf saya nak bertanya. Saya nak try dulu blogging, jadi kalau guna blog free untuk beberapa bulan pertama dan selepas itu tukar ke blog berbayar ok ke?
lebih baik terus guna wordpress yang berbayar, sebab nanti nak convert tu sangat leceh.