7 Tips Hosting Murah Malaysia – SiteGround

Topik berkenaan dengan cara untuk dapatkan pendapatan tambahan pada kali ini adalah review kami untuk hosting SiteGround. Antara hosting premium yang terbaik dan sangat kami rekemen untuk jangka masa panjang. Penting untuk ada hosting yang ada support terbaik kerana sedikit sebanyak dapat membantu untuk membesarkan empayer perniagaan online anda terutama yang serious dalam dunia blogging dan marketing.

Salah satu cara yang paling kami rekemen untuk menjana pendapatan sampingan adalah melalui medium blog sebab ianya memang pasif. Apa yang anda perlu buat cuma perlu update content 2 kali seminggu dan cuba update secara konsisten untuk dapatkan result yang menarik dan terbaik. 

Topik pada kali ini adalah berkenaan dengan hosting yang kami nak rekemen iaitu SiteGround yang merupakan antara hosting terbaik pernah pakai.

Kenapa SiteGround Bukan Hosting Lain?

#1 Dari segi harga, ianya competatif, tak terlalu mahal dan tak terlalu murah. Boleh kata harga yang mereka offe ni masih kompetatif dan dalam market.

#2 Khidmat pelanggan yang pantas dan laju, antara pilihan terbaik. Kalau tak best bila tiba-tiba kita test coding ke, test plugin ke dan website crash, mujuk kalau ada backup, kalau tak ada backup, habis. Di sini bergunanya khidmat pelanggan yang pantas. Kejap je dah settle.

#3 Tak perlu open ticket. Nak tunggu mereka balas tu dah makan berjam-jam. Dah pernah kena dengan beberapa webhosting. Mereka tiada livechat, yang ada cuma support ticket. Kena pulak masa weekend, tak balas langsung. Serious pernah kena. Tunggu punya tunggu, isnin baru reply dan settlekan isu yang saya request. Elak webhosting macam ni. Komunikasi itu yang penting, dan yang menarik, hosting ni memang ada semua ni. Nak berhubung amatlah mudah

#4 Uptime yang laju, sehingga 99.99%, jauh lebih baik dari average.

#5 Sekuriti pun antara faktor yang kritikal dalam pembinaan website atapun blog. Kalau dalam wordpress ini, ada banyak plugin wajib install untuk tambah security dalam blog dan untuk elak daripada blog anda di hack. Antara plugin wajib adalah “wordfence” untuk security serta kami rekemen satu lagi plugin wajib iaitu “jetpack”. Tapi cuma ada di wordpress je, kalau blogger punya platform, kami tak biasa dengan security mereka, mungkin ada.

#6 Yang paling saya suka, Siteground offer term sehingga 12 bulan. Means kalau anda tak suka dengan servis dan apa yang mereka offer, boleh cancel lepas setahun dan tukar hosting lain. Untuk info, ada hosting yang mewajibkan untuk seseorang itu, subscribe sehingga 36 bulan atau 3 tahun macam hostgator. Kalau servis tak ok, dah nak kena tunggu 3 tahun lagi baru boleh tukar. Kan susah, sebab tu kami rekemen SiteGround ni kepada mereka yang baru-baru nak mula. Yang tak tahu teknikal pun boleh guna.

#7 Diasakan pada 2004 dan sehingga kini, ianya servis hampir 1,800,000 domain di dunia. Banyak tu! Sebab tu servis live chat kena tip top dan support kena terbaik. Bila ada banyak domain yang mereka servis, kenalah ada security yang jaga laman web yang dihost bawah mereka agar tidak berlaku apa-apa dan menjaga nama baik mereka.

Apa yang siteground ni offer?

  • Shared hosting
  • WordPress hosting
  • VPS hosting
  • Dedicated hosting
  • Cloud hosting
  • Ecommerce solutions (free shopping cart installation)

Kalau untuk buat blog ataupun website tu, shared hosting pun dah sangat ok. Yang lain-lain tu agak advanced. Apapun, boleh tengok beberapa info dan cara untuk “sign up” step by step. 

Tengok Offer Siteground ni – Memang Menarik – KLIK Untuk Tengok

Cara Daftar Step By Step

Sampai di sana, pegi je pelan Web Hosting, dan pilih Get Started

Image may contain: text

Pelan ni elokla kalau ada 1 website, kalau dah ada banyak website boleh pilih pelan lain iaitu pelan Grow Big pulak.

No photo description available.

Boleh pilih nama domain. Kalau lebih baik tu adalah domain .com. Ada statistik yang beritahu, enjin carian lebih suka .com berbanding lainnya. Tetapi ianya memainkan peranan yang kecil sahaja berbanding lain-lain faktor. Kalau dah ada domain, boleh skip je step ni.

No photo description available.

Boleh pilih sampai jumpa. Apapun, untuk lebih mudah, pilih antara 3 nama domain ni, .com, .net ataupun .org. Antara pilihan yang kami rekemen la. 

Langkah 4 Review semua info

No photo description available.

Review semua info dan lepas tu boleh buat payment. Ni sikit info kepada yang tak biasa terutama yang pertama kali membeli hosting.

Extra services: Ataupun servis tambahan, ianya bergantung ada yang perlu dan ada yang tidak.

Domain Registration : Kalau yang ada domain sendiri, tak perlu yang ini dan kalau masih belum ada boleh tambah siap-siap. 

Domain Privacy : Yang ini, anda boleh ambil atau tidak, ianya optional. Kalau anda guna nama samaran tak perlukan ini, tetapi untuk tahun pertama, tak perlu dahulu. 

SG Site Scanner: Yang ini tidak perlu, jika anda betul-betul baru, kebiasannya tiada hacker yang akan berminat, jika dah masuk tahun kedua dan site anda sudah mendapat trafik yang tinggi baru boleh dapatkan yang ni. 

Pastikan semua info betul dan lepas tu boleh proceed. Dah settle semua, boleh proceed dengan pembayaran. Untuk pembayaran, boleh gunakan kad kredit ataupun paypal ye.

Selesai sudahlah proses pendaftaran dengan hosting SiteGround ni. Dah seleasai pendaftaran nak buat apa? Kalau anda tahu nak buat apa akan jadi mudah, tetapi kalau tak pasti nak buat apa, boleh tanya live chat untuk mintak mereka guide macam mana nak install wordpress dalam website. Terutama yang pertama kali nak buat blog atau website tu kan. Macam mana nak buat tu, boleh ke livechat.

Jom ke livechat diorg untuk tanya lebih lanjut.

At least minta mereka tolong “live” kan blog ataupun website anda di internet dulu. Untuk pilihan theme dan plugin berkaitan tu, boleh lakukan kemudian. Kerana ianya tak susah. Sebab, ada banyak pilihan theme percuma yang ada di wordpress. Nak berbayar pun ada banyak pilihan. Tanya je en google. Kami sendiri gunakan theme dari mythemeshop untuk beberapa blog yang ada. 

Kami juga ada sediakan beberapa tips percuma untuk anda belajar buat blog dari segi hosting dan lain-lain. Sekali lagi, segala info percuma, asalkan anda dapat buat blog dan memeriahkan lagi suasana blogging di Malaysia ini. Jom sama-sama kita martabatkan dunia blogging. Ianya sedikit sebanyak memberikan semangat kepada anda untuk terus sukses.

>>Kelas Blogging Percuma – KLIK Untuk Daftar<<

Harap sedikit tips ini dapat membantu anda untuk membuat income pertama dengan blog. Ianya tak susah. Apapun, kami rekemen anda baca 2 lagi artikel berkaitan dengan topik yang kita bincangkan ini. Sekali lagi, nak daftar SiteGround, boleh ke LINK INI untuk tengok pakej yang mereka offer.

Semoga berjaya.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest