10 Cara Jimat Duit – Tahun 2023

Ada banyak tips ataupun cara jimat duit sekarang ini. Seiring dengan perkembangan teknologi, banyak perkara dah berubah terutama aplikasi dan teknologi di sekitar kita. Seiring dengan perubahan itu, banyak yang boleh dimanfaatkan terutama untuk elak kobocoran wang dari dompet. 

Ramai yang sudah mula berjimat kerana ketidaktentuan pasaran kewangan dan pasaran pekerjaan. Kalau yang ada kerja tu, kenalah berhati-hati agar poket tidak bocor kepada perkara yang tidak perlu. Apapun, anda amalkan tips ini dan lihat hasilnya, ianya sangat berbaloi dan boleh dicuba.

cara jimat duit

Cara Jimat Duit Pakai E – Wallet

Sekarang sudah tahun 2020 dan ada banyak cara untuk anda berjimat terutama elakkan daripada kebocoran yang tidak diingini. Cara no 1 yang kami nak rekemen adalah gunakan e walet ataupun dompet digital. Kenapa dompet digital, kerana anda dapat cashback yang banyak. Maksud saya sangat banyak dan boleh cuba sendiri.

Terbaru, melalui e-tunai rakyat, kerajaan bagi free RM30 ke dalam e-wallet dan ini membolehkan anda untuk beli banyak barang keperluan. Nak beli beras 5 kg ke ataupun minyak masak 5kg pun tak ada masalah. Kami ada berikan review panjang lebar berkenaan dengan ewallet ini di SINI. Di situ anda boleh lihat apa yang menarik berkenaan dengan Touch N Go E wallet ini.

Tips Jimat Duit Masak Sendiri

Nak jimat duit masak sendiri. Betul tu, memang setuju. Tapi ramai pulak yang cakap, tak sempat, tak ada masa, sibuk dan lain-lain la. Tak apa, saya faham memang anda sibuk. Jadi tu yang nak rekemen satu alat ajaib ni, alat ni boleh singkatkan masa memasak anda dan sangat sesuai untuk orang yang rasa dirinya “sibuk” dan tak cukup masa. 

Alat ini membolehkan anda pendekkan masa memasak nasi goreng daripada 1 jam kepada 15 minit sahaja, betul ke? Betul saya sendiri dah cuba. Bukan tu je, masak sphegeti spiral goreng pun dalam 15 minit je. Sebelum ni kalau anda nak masak nasi goren, anda kena masak nasi dulu kan, dah amik masa 45 minit. Nasi dah masak nak tunggu sejuk pulak dan 20 minit. Lepas tu barula boleh masak nasi goreng. 

Alat ini, anda boleh singkatkan semua tu, tumis bahan, campak beras, beras ye bukan nasi, dalam alat tu, letak air, tekan setting, tunggu 15 minit, jadi nasi goreng anda. Mesti anda dah dapat teka kan. Saya bagi hint sikit la, Russell Taylor. Haa, apa itu, kalau tak nak tau apa alat tu TAK perlu TEKAN LINK NI. Skip je kat tips no 3.

Guna Broadband Ataupun….

Menggunakan pakej broadband yang mempunyai talian data tanpa had kadangkala membolehkan anda berjimat sikit berbanding menggunakan pakej data di talian telefon yang menggunkan data yang banyak. Terutama jika anda dan ahli keluarga yang lain sering menggunakan internet untuk pelbagai perkara. Lagipun sekarang ini, pakej yang ditawarkan oleh pihak Unifi adalah murah (bawah Rm100) dan mempunyai kelajuan yang memberangsangkan.

Lagi satu, jika anda mempunyai ataupun ada keinginan untuk membuat perniagaan ataupun bisnes online seperti kedai di shopee seperti BRO NI, Memang perlukan talian internet yang stabil. Bukan setakat itu sahaja, kalau ada ingin buat duit dengan blog pun memang anda akan sangat perlukan pakej seperti unifi ini. 

Kenapa perlukan internet tanpa had ini? Kerana anda kadangkala perlu untuk mendengar video tutorial di youtube, membuat edit gambar ataupun upload video di youtube untuk aktiviti marketing anda. Ya, kalau anda ingin menjana pendapatan tambahan dengan youtube pun memang anda perlukan talian ataupun pakej internet yang stabil.

Tukar Pakej Langganan Telefon

Jika anda ada melanggan pakej telefon sama ada postpaid ataupun prepaid, review semula apa yang anda langgan berdasarkan kepada keperluan. Dapat jimat beberapa RM, sebagai contoh jimat RM20 sebulan untuk talian telefon adalah sesuatu yang sangat berbaloi jika anda lihat semula apa pakej terkini yang ditawarkan. 

Jika anda mempunyai akses internet di tempat kerja, dan apabila sampai di rumah pula sudah ada akses kepada pakej unifi. Call pun jarang-jarang, kami rekemen dari Halo Telco.

Banyak benefit berkenaan dengan program ataupun simkad dari Halo Telco yang anda boleh dapatkan info lanjut dan detail dalam artikel di SINI.

Kalau terus nak tukar pelan internet, boleh beli simkad di kedai Shopee di SINI. Simkad terus pos kepada anda dan membolehkan anda untuk terus menukar simkad sebaik sahaja anda terima. Pendaftaran, pemilihan no baru semua anda boleh lakukan dalam applikasi.

Kalau anda seorang yang terlibat dengan marketing, seperti agen insurans, agen takaful ataupun agen hartanah, kami lebih rekemen anda untuk cari pakej yang mempunyai panggilan tanpa had. Mudah untuk anda buat pilihan dan lihat pakej mana yang mempunyai nilai yang paling sesuai untuk anda. Jadi, review balik apa yang anda dah ambil dan buat penukaran jika ianya berbaloi.

Penapis Air Murah – Pilihan Lain Yang Ada

Sekarang ini ada 2 jenama yang menggungguli carta penapis air di Malaysia. Untuk info, air di Malaysia ini bersih dan selamat untuk digunakan, at least kalau anda nak mandi ke, basuh baju ke, tak ada masalah. Tapi kalau anda nak minum, ianya jadi isu kerana ada klorin dan debu yang termendap di dalam air. Kalau tak percaya, cuba tengok tangki rumah anda, banyak tak debu warna coklat termendap di bahagian bawah?

Selain daripada Co**y dan satu lagi jenama Cuc*** ini, anda sebenarnya mempunyai pilihan lain yang lebih murah. Kenapa perlu bayar RM120/bulan x 4 tahun untuk penapis air, anda boleh dapat pilihan air bersih yang jauh lebih murah dan dengan syarat, kena tahu pasang sendiri. Paling kurang pun, penapis air yang saya nak rekemen ini mempunyai pilihan 4 filter dan sangat sesuai untuk anda gunakan di rumah. Kenapa bayar lebih? Cuma anda kena pasang sendiri je. Kalau tak tahu pasang, boleh panggil mana-mana plumber untuk pasang, tak susah pun. Nak tahu filter mana yang saya maksudkan, boleh ke SINI UNTUK PRODUK Yang Kami Rekemen Tu.

Pemasangan filter di luar rumah pun adalah antara pilihan yang baik asalkan tidak membebankan. Kalau filter luar rumah tu, insyaAllah air yang masuk dalam rumah tu dah bersih.

Astro – Perlu Ke?

Astro mempunyai pakaj bayaran bulanan dan kadangkala ada yang rasanya ianya tidak perlu untuk bayar seperti itu setiap bulan. Alternatif yang ada, tukar kepada pilihan NJOY, sekali je bayar lepas tu dah boleh tengok TV macam biasa. (NJOY adalah pilihan dari Astro bagi membolehkan anda untuk mendapatkan siaran digital dengan sekali bayaran sahaja). Terkini tahun 2022 sudah tiada lagi pakej NJOY. Anda perlu melanggan MYTV.

Satu lagi pilihan adalah decoder MyTV yang anda boleh dapatkan di Lazada. Pesangan tak susah, untuk ini anda perlukan 3 benda, TV, baguslah kalau dah ada. Lagi 2 benda adalah Decoder MYTV anda boleh beli di SINI dan satu lagi antenna, kami rekemen beli ni pun dah cukup, insyaAllah tak ada masalah nak tengok siaran TV digital. Alang-alang boleh berjimat, kenapa bayar lebih. Indoor antena yang lama dah rosak, baru beli yang INI dan boleh guna walaupun indoor, berbaloi.

Boleh tengok video di bawah ini berkenaan dengan tips berjimat.

Pilih Smartphone Yang Berbaloi

Salah satu penyebab kebocoran duit adalah, smartphone yang anda guna. Kalau beli iphone tapi sekadar guna untuk basic function macam instagram, facebook, youtube dan lain-lain. Lebih baik anda fikirkan semula apa yang ada. Ada banyak pilihan smartphone murah dan berkualiti pada harga RM1k dan ke bawah. Beli smartphone tapi boleh digunakan sehingga ke 2 atau 3 tahun. Kami rekemen anda tengok telefon Huawei INI.

Berkenaan Melancong

Melancong memang satu perkara yang bagus. Bukan tak boleh nak travel, apapun ni tips dari kami.

Cuba habis jalan-jalan 1 Malaysia dulu, banyak tempat menarik di Malaysia ini sebelum anda terbang ke luar. Di semenanjung Malaysia pun banyak tempat yang anda boleh “explore” dan manfaatkan. Itu belum lagi keunikan Sabah dan Sarawak yang memang unik dan banyak tempat menarik yang boleh pergi.

Kalau nak travel ke luar negara, cuba cari tempat yang mempunyai currency yang lebih rendah dari Malaysia. Ianya adalah antara cara jimat duit yang berbaloi kerana anda boleh jimat banyak di situ dan melihat banyak keindahan dan keunikan tempat tersebut.

Sedekah dan Zakat

Jangan lupa untuk sedekah dan zakat duit yang ada. Ramai yang rasa kalau sedekah ni, duit akan makin berkurang. Tapi insyaAllah rezeki itu memang datang dari arah yang tak disangka-sangka. Cuba konsisten setiap bulan. Tak susah pun nak buat kiraan zakat, boleh tengok artikel kami untuk cara pengiraan zakat simpanan INI.

Laburkan Duit 

Laburkan semula duit yang anda dah simpan. Cukup anda simpan sehingga 6 bulan dari perbelanjaan bulanan dan selebihnya cuba untuk melabur. Untuk risiko rendah, boleh cuba ASB yang menjanjikan 5% – 8% dividen setahun. Kami ada tulis pelaburan ASB di SINI. Kalau nak yang risiko tinggi sikit, cuba FCPO. Ianya adalah pasaran hadapan kelapa sawit yang diluluskan oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia. 

Inilah sedikti sebanyak perkongsian berkenaan dengan cara untuk ataupun tips jimat duit yang anda boleh manfaatkan. Ada banyak lagi teknik lain tetapi cukuplah setakat ni untuk anda manfaatkan.

Related Posts

29 thoughts on “10 Cara Jimat Duit – Tahun 2023

  1. Satu perkongsian yang amat baik untuk difikirkan jika mahu berjimat al maklum sekarang belanja sehari rm50 pun tak cukup.

    1. betul tu, kena pandai-pandailah berjimat

  2. Banyak yang saya dah quit subscribe. Astro dah 6 tahun potong. Dekat rumah pun selalu masak. Jarang-jarang nak makan dekat luar unless weekend husband nak bagi saya rest memasak. Internet guna Time yang definitely cheaper and faster than Unifi.

  3. Alhamdulillah… Beberapa tip diatas memang saya dah amalkan dari dulu lagi. Boleh la berjimat sikit untuk cover apa2 kecemasan dikemudian hari.

    1. huhu, thanks for coming, i will follow u also

  4. Memang bagus tips dan cara jimat duit ni. Mungkin yaya boleh praktis lepas ni hee. Cuma kadang-kadang melancong dalam negara lagi mahal dari melancong ke luar negara yang selalu ada sale flight tiket dan pakej murah dari agen huhu acane tuu. Tapi tahun 2020 ni tahun yang mencabar. Memang dah kena mula berjimat!

    1. ye ke kalau melancong dalam negara lagi mahal. Huhu, takpe mungkin next time blh kongsikan tips melancong luar negara yang murah pulak.

  5. Pertama e-Wallet tu kita memang guna dan bagus dapat cashback tapi tak banyak lagi tempat ada kadang-kadang banyak lagi kedai nak kena cash susah lah kita ada duit dalam e-wallet je hehehe. Macam astro dan juga penapis air tu kita setuju kerana ia bukan keperluan tapi kehendak kita hehehe boleh dipertimbangkan… Sekarang semua saluran TV percuma dah HD digital lagi…

    1. insyaAllah kalau amalkan semua tips ni bolehlah kalau nak berjimat tahun 2020. Semoga sukses selalu

  6. Terima kasih atas perkongsian tips yang diberikan. Tahun ni memang berazam nak berjimat cermat di samping meningkatkan simpanan. Sekarang ni zaman yang banyak cabaran kan. Pentingnya berjimat cermat supaya tidak berlaku pembaziran.

    1. betul setuju, tahun ni mungkin ada cabaran yang tersendiri berbanding dengan tahun-tahun lain.

  7. Wah. Rajin tulis tips2 berjimat. Banyak jgk kena praktis lagi ni, lagi2 bab internet tu. Bab ewallet memang dh lama praktis, easy safe n jimat

    1. kalau memang blogger sepenuh masa memang rekemen pakai internet yang stabil, lagi jimat dan berbaloi.

  8. Terima kasih atas tips. Memang sedang amalkan berjimat cermat. Banyak nak pakai duit untuk keperluan pendidikan anak-anak.

    1. betul dan terima kasih, harap artikel ni beri manfaat.

  9. thanks tips. astro saya dah stopkan. now tengah nak cari pakej line telefon yang lebih murah dan pasal penapis air. hihi

  10. Rumah kami dah lama potong Astro. SO bertahun gak tak tgk TV sampai ada MyTV tu haha. Zaman ekonomi tak stabil ni mmg kena pandai berjimat cermat .

    1. betul tu, memang kena berjimat cermat, astro pun salah satu tips untuk jimat cermat.

  11. Ok.. Nice sharing tips… Thun ni mmg kena berjimat.. Dikatakan dis year ekonomi akan semakin buruk.

    1. betul, this year ekonomi tak menentu, dengan perang iran-US lagi. Apapun semoga sukses.

  12. Tahun ni nak try laburkan duit. That’s my goal besides spending lesser on the wants and only buying the essentials. Sure a lot of my friends will question or even start to “mengada” to make you feel guilty for not spending…but do it for a better future la ya kan. Thanks for the tips!

    1. waa, all the best for spending lesser. Hope u archve what u plan. ALl the best and happry 2020.

    1. ewallet memang berbaloi, thanks kerana datang ke sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *