Mungkin ramai yang bertanya, kalau kerja Singapura, boleh ke beli rumah? Untuk pengetahuan anda, memang boleh dan sangat digalakkan. Kami juga sangat kerap mendapat permohonan untuk pinjaman rumah atau pembelian rumah daripada mereka yang bekerja di Singapura.
Kebanyakan pemohon adalah rakyat Malaysia yang kerja di Singapura dan tinggal di Johor. Jumlah permohonan agak ramai dan disebabkan oleh faktor mata wang Singapura yang lebih tinggi, memang memudahkan untuk mereka mendapatkan pinjaman. Asalkan dokumen yang diberikan “cukup kuat” untuk “convince” pihak bank berikan pinjaman kepada mereka. Rumah yang ingin mereka beli pun ada pelbagai, ada Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), ada juga rumah Pr1ma, rumah subsale ataupun lelong.
Dokumen Yang Di Perlukan Untuk Membuat Pinjaman Rumah
Walaupun bekerja di Singapura, ada juga yang agak sukar untuk kami dapatkan pinjaman atas sebab gaji yang mereka terima adalah dalam bentuk “cash”. Kalau gaji “cash” ni memang agak susah untuk mendapatkan pinjaman rumah. Kalau gaji cash tetapi membayar “income tax” ini masih boleh diuruskan lagi.
Apapun, secara asasnya, dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman rumah bagi mereka yang bekerja di Singapura adalah;
#1 IC
#2 Work Permit
#3 Slip gaji 6 bulan
#4 Bank Statement 6 bulan
#5 Pengesahan Majikan
#6 Income Tax (Optional) ada bank yang masih boleh proses loan walaupun tanpa income tax
Secara asasnya, ini adalah antara beberapa set dokumen yang diperlukan untuk mereka yang ingin mendapatkan pinjaman rumah. Kalau dah ada rumah yang ingin anda beli dan tidak tahu ataupun tidak kenal pegawai bank yang boleh uruskan pinjaman rumah anda, boleh KLIK je LINK bawah ini bagi membolehkan anda untuk mendapatkan pinjaman rumah.
>> Borang Untuk Pinjaman Rumah <<
Kalau Tak Ada Rumah Lagi Macam Mana?
Kalau tak ada rumah lagi pun tiada masalah, kami mempunyai ramai kenalan property agen yang berdaftar yang mempu memberikan banyak pilihan rumah untuk anda pilih di sekitar Johor. Boleh juga isi borang di atas dan kami akan hubungi anda nanti bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan rumah dan kawasan yang anda mahukan.
Pengalaman uruskan pinjaman Rumah Kerja Singapore
“Berita baik kepada mereka yang bekerja di Singapore dan nak buat loan rumah.
Walaupun gaji anda lebih tinggi dari kebanyakan pekerja di Malaysia disebabkan faktor “currency” $ singapore dollar yang lebih tinggi, tapi tak semua bank di Malaysia ini mesra dengan pekerja Singapore.
Ada bank yang kira setiap
$1 Singapore Dollar = RM2.5
ada juga yang kira
$1 Singapore Dollar = RM2.9
dan yang lebih teruk, ada yang kira
$1 Singapore Dollar = RM1
Kalau anda tersalah hantar ke bank yang bagi hanya RM1 untuk setiap $1, memang loan anda sukar untuk lulus. Apapun berita baik,
En F telahpun lulus loan beliau dan beliau bekerja sebagai seorang pekeja di hotel Singapore. Tak sangka katanya loan rumah boleh lulus walaupun kerja di Singapore.
“En F approve
Islamic loan amount 288k
35yrs
5%
Installment RM1454″
Mereka yang bekerja di Singapore dan nak buat loan, boleh pm ataupun dapatkan info lanjut.
Pengalaman Rakyat Malaysia bekerja di Singapura
Sambil uruskan pinjaman rumah mereka, ada juga bertanya berkenaan dengan pengalaman rakyat Malaysia yang bekerja di sana. Memang disebabkan oleh faktor mata wang Singapore Dollar yang lebih tinggi menarik ramai rakyat Malaysia yang ingin bekerja di sana.
Tetapi, apa yang anda perlu tahu adalah, ada perkara lain yang perlu dikorbankan. Iaitu perjalanan untuk ke sana. Ianya memang mengambil masa yang lama dan perlu bangun awal pada setiap pagi. Gaji memang agak tinggi, tetapi ini adalah antara perkara yang anda perlu fikirkan terutama kalau anda ingin bekerja di sana suatu hari nanti.
Update terkini, kami ada tulis artikel dengan detail macam mana cara nak bekerja di Singapura. Ada 5 cara untuk anda masuk dan bekerja di Singapura, boleh tengok beberapa cara ini dan harap memudahkan anda kalau memang anda nak masuk dan bekerja di Singapura.
Tukar Kerja – Beberapa Tips
Kalau anda mempunyai rancangan untuk bertukar tempat kerja ataupun nak memohon untuk bekerja di sana, ini beberapa tips ringkas dari kami. Yelah… ramai yang kata penat asyik kerja di sana sahaja. Ada pula yang tengah semangat nak kerja di sini. Jadi kami tawarkan untuk mereka solusi bagi mereka yang berminat nak dapatkan info lanjut dan peluang terkini di sana. Boleh tengok peluang pekerjaan yang ada di laman web MauKerja di bawah ini.
Info Terkini Pinjaman Untuk Mereka Yang Kerja di Singapura
Apaupun, sekali lagi, kalau anda ingin mendapatkan pinjaman perumahan, boleh hubungi kami dan kami akan cuba membantu anda untuk mendapatkan pinjaman tanpa sebarang kos.
Kalau anda nak dapatkan info dan cara nak kerja di Singapura, boleh tengok dalam perkongsian di butang atas ini. Ini akan memabantu anda jika anda nak bekerja di sana.
Jangan lupa untuk follow channel Telegram kami untuk lebih banyak tips kewangan menarik.
Saya nak mohon . Saya daa berkeluarga .
boleh en, boleh berikan no contact?