6 Prosedur Beli Rumah – Deal Terbaik

Ramai yang PM kami berkenaan dengan “apa prosedur beli rumah ye?” Disebabkan terlalu banyak mesej seperti ini, kami cuba yang terbaik untuk tulis di sini berkenaan dengan isu ini. Harapnya, ianya sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada anda yang Ingin membeli rumah dalam masa terdekat.

Kalau nak beli rumah, penting untuk tahu apakah objektif anda, kalau anda tahu apakah objektif anda, lebih mudah untuk mendapatkan rumah yang anda idamkan. Apapun, kali ini, kami cuba tuliskan artikel berkenaan dengan panduan ataupun prosedur untuk pembelian rumah.

Sebelum Membeli Rumah

Sebelum anda cuba mendapatkan ataupun mencari mana-mana unit rumah yang anda mahukan, adalah lebih penting untuk anda tahu 3 perkara ini. Dah tahu 3 perkara ini, lebih mudah untuk anda dapatkan rumah yang anda mahukan.

1 Kelayakan Maksimum Pinjaman Anda

Nak tahu kelayakan pinjaman anda adalah sangat penting dan dengan itu anda boleh dapatkan mana-mana property yang bersesuaian dengan bajet yang anda miliki. Kalau misalkata kemampuan anda adalah RM300k, mahu ataupun tidak, kena cari property yang harga RM300k dan ke bawah. Dengan itu, lebih mudah untuk pinjaman rumah anda diluluskan.

Nak tahu kelayakan pinjaman anda, ianya ada kaitan dengan Debt Service Ratio (DSR). Info lebih detail berkenaan dengan perkara ini anda boleh baca dan dapatkan di SINI. Dah tahu kelayakan anda, lebih mudah untuk loan lulus dengan mudah.

2 CCRIS Rekod Kena Cantik

Kalaupun pinjaman anda boleh lulus tinggi tetapi langsung tak jaga payment anda, macam mana bank nak bagi pinjam duit. Untuk itu, untuk loan-loan yang ada sekarang ini, memang kena dapatkan ataupun cantikkan rekod. Lebih baik anda print CCRIS rekod anda. Dari situ anda boleh nampak semua pinjaman anda dan kalau ada yang tertunggak, boleh settlekan secepat mungkin. Macam mana nak dapatkan CCRIS rekod ini? Ada 2 cara

Cara pertama, dapatkan secara percuma di Bank Negara cawangan negeri masing-masing. Dari situ anda sudah boleh nampak mana-mana pinjaman anda yang tertunggak ataupun adakah pinjaman anda semua dibayar tepat pada masanya.

Cara Kedua adalah dengan dapatkan sahaja secara online. Sekarang sudah banyak cara untuk dapatkan CCRIS rekod ini dan salah satunya adalah dapatkan daripada RAM Servis di SINI.

Pastikan jangan ada tunggakan lebih daripada 2 bulan ketika apply loan. Kalau pernah tertunggak lebih daripada 2 bulan, masih ada cara untuk bantu melalui beberapa bank, boleh ke SINI dan kami akan cuba bantu anda yang ada tertunggak lebih daripada 2 bulan jika ingin membuat pinjaman.

3 Cuba Dapatkan Harga Pasaran

Selepas itu, harga pasaran adalah antara item yang penting terutama kalau anda deal dengan pemilik rumah terus. Biasanya, pemilik rumah meletakkan harga yang terlalu tinggi berdasarkan kepada “apa yang dia rasa” bukan pada yang pendapat penilai. Untuk dapatkan harga pasaran ini, cuba dapatkan dari artikel ini dan boleh cuba hubungi kami di link ini, kami akan semak harga pasaran

4 Pilih Rumah

Anda boleh memilih rumah berdasarkan kepada apa yang anda mahukan. Sama ada rumah yang masih dalam pembinaan, rumah subsale ataupun rumah lelong. Kesemuanya mempunyai pro dan kontra masing-masing.

Rumah Baru (Undercon) – Rumah baru, banyak pakej yang ditawarkan termasuk 0 downpayment tetapi kebiasaaan harganya yang terlalu mahal.

Rumah Subsale – Untuk rumah subsale ada banyak pilihan, ada sesetengah rumah subsale pun menawarkan pakej 100% loan ataupun 0 downpayment.

Lelong – Ianya menawarkan rumah pada harga yang murah tetapi anda perlukan cash 10% dan kena sediakan cash untuk membaiki kerosakan.

5 Dah Jumpa Rumah Yang Anda Cari?

Kalau dah jumpa, seterusnya, anda perlu untuk submit permohonan pinjaman anda kepada bank-bank berkaitan. Boleh ke link ini kalau anda mahukan pakej pinjaman pada harga yang terbaik. Kami boleh tolong submit permohonan pinjaman anda kepada bank-bank yang terbaik berdasarkan kepada income anda. Dokumen yang berkaitan tidaklah susah, yang penting kalau anda mempunyai income yang kukuh, biasanya tiada masalah untuk pinjaman anda diluluskan.

6 Urusan Guaman

Kalau permohonan pinjaman anda dah settle, seterusnya adalah berkenaan dengan perihal guaman. Kalau tak biasa, boleh hubungi kami dan kami akan cuba yang terbaik untuk rekemen beberapa peguam yang dah biasa handle kes-kes yang membabitkan pinjaman perumahan.

Apapun, inilah serba sedikit berkenaan dengan proses untuk pembelian rumah. Harap ianya memberikan sedikit info kepada anda untuk mendapatkan pinjaman rumah.

Kami akan cuba cover topik berkaitan dengan cara beli rumah second ataupun subsale, dengan loan kerajaan dan cara untuk beli kediaman anda walaupun bergaji kecil pada artikel yang akan datang.

Leave a Reply