7 Info Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta – 2023

Kali ini kami ingin berikan sedikit tips berkenaan dengan kelayakan pinjaman perumahan swasta. Juga info berkenaan dengan kelayakan pinjaman sama ada pinjaman kerajaan ataupun swasta. Untuk pengetahuan anda, kelayakan pinjmana ini memang berkait rapat dengan gaji anda, kalau anda mempunyai pendapatan yang besar, lebih besarlah pinjaman yang anda boleh dapatkan.

Akan tetapi jika anda mempunyai gaji yang tidak besar, memang anda patut membuat kira-kira untuk mengukur kelayakan pinjaman anda yang mana yang sepatutnya.

Untuk mengetahui yang mana yang sepatutnya, artikel ini adalah khusus untuk anda bagi mengetahui kelayakan pinjaman yang anda mahukan. Dan juga cara kiraan untuk pendapatan anda. Ianya tidak susah, dan jika pinjaman anda seorang tidak mencukupi, tiada salah untuk gabung nama anda dengan pasangan atau sebagainya. Apabila gabung nama, maka lebih besar pinjaman yang anda boleh dapat.

pinjaman perumahan swasta

Kelayakan Housing Loan Kerajaan

Untuk info anda, kelayakan housing loan untuk mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan ini lebih unik dan mudah tanpa pengiraan yang kompleks. Ianya sudah ada dalam jadual dan jika gaji bersih + elaun anda dalam jumlah tertentu, anda boleh membuat pinjaman berdasarkan kepada jadual tersebut. Mudah kan!

Nak tahu jadual apa yang saya maksudkan, boleh teruskan pembacaan sehingga ke akhir artikel ini. Kalau anda ingin tahu kadar kelayakan anda boleh ke link atas. Kalau anda pekerja swasta, anda tidak perlu ke link atas ini, cukuplah untuk anda lihat kepada cara pengiraan di bawah ini bagi membantu anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Housing Loan Swasta – Kelayakan Pinjaman Yang Anda Perlu Tahu

Untuk info, kalau anda mahukan pinjaman, anda perlu tahu apa itu Debt Service Ratio ataupun DSR. Ianya adalah satu guideline untuk pinjaman perumahan anda. Biasanya, guideline untuk pinjaman perumahan adalah berdasarkan kepada 60% daripada gaji bersih anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai gaji sebanyak RM10000, jumlah hutang yang anda boleh buat adalah RM6000 (60% daripada RM10000). Ianya mudah sahaja dan sebagai contoh, jika anda mempunyai komitmen sebanyak RM1000 untuk kereta sebulan dan personal loan juga RM1000, bererti anda masih boleh membuat pinjaman rumah dengan jumlah RM4000 sebulan. Menarik kan! Tengok ilustrasi di bawah untuk info lanjut berkenaan dengan topik ini.

Gaji RM10,000
DSR 60% = RM6000

Komitmen Kereta = RM1000
Komitmen Personal Loan = RM1000

Jumlah yang boleh dipinjman untuk bayaran bulanan rumah adalah RM4000

Daripada anda membeli 1 biji rumah yang membolehkan anda untuk membayar RM4000 sebulan, anda boleh membeli 4 biji rumah yang membolehkan untuk anda membayar RM1000 setiap satu. Inilah yang dikatakan sebagai property investment. Menarik kan!

Nak info lanjut, saya cadangkan untuk anda mengisi borang di bawah ini bagi anda yang memang serious untuk mencari rumah. Pihak mereka akan membuat kiraan bagi mendapatkan info lanjut untuk pinjaman perumahan anda. Juga, akan membuat kiraan yang sepatutnya untuk housing loan anda.

>>KLIK Untuk Dapatkan Info Lanjut Loan Rumah Anda <<

Ini adalah contoh mudah untuk pinjaman perumahan bagi mereka yang mempunyai pendapatan tetap ataupun dalam istilah sekarang adalah mereka yang “makan gaji”. Kepada mereka yang mempunyai pendapatan berdasarkan kepada income dari insurans, boleh juga mengisi borang di atas. Kepada anda yang bekerja sendiri pun boleh dapatkan info lanjut di atas.

pinjaman perumahan pekerja swasta

Apapun, ini adalah guideline mudah untuk anda, nak info lebih detail, boleh isi borang dan pihak mereka akan hubungi anda untuk mendapatkan info lanjut.

Nak Buat Pinjaman, Rekod CCRIS Kena Cantik, Tiada Tunggakan

Sebelum membuat pinjaman perumahan, adalah lebih baik untuk anda cantikkan bayaran bulanan anda dan juga, selain daripada itu, untuk anda selesaikan tunggakan yang ada. Ianya akan memberikan kesan kepada pinjaman anda jika anda mempunyai tunggakan ataupun anda mempunyai rekod bayaran yang tidak cantik.

Cara untuk dapatkan rekod CCRIS ini tidaklah susah, anda hanya perlu pergi ke cawangan bank negara yang berdekatan sahaja, kemudian, anda print CCRIS anda di situ secara percuma. Kalau tidak mahu ataupun sukar untuk mendapatkan laporan CCRIS di sana, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan untuk anda mendapatkan laporan CCRIS tetapi dengan bayaran. Boleh ke borang ini untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan laporan CCRIS.

Sebagai alternatif, anda boleh juga tengok ringkasan berkaitan dengan pinjaman perumahan swasta di dalam video di bawah ini.

Harap, ianya membantu anda dalam mendapatkan pinjaman perumahan anda.

Ada Saving – Lagi Mudah Pinjaman Anda Lulus

Nak lebih mudah pinjaman anda lulus, kami rekemen anda cuba dapatkan kumpul duit simpanan. Paling bagus anda ada simpanan sebanyak 10% daripada harga rumah. Dah ada simpanan ini lagi mudah untuk pinjaman anda lulus. Eh ye ke banyak simpanan, lagi mudah lulus, kenapa?

Sebab, bank suka orang yang boleh menyimpan. Bank akan nampak orang yang ada simpanan ini pandai urus duit dia dan disebabkan oleh itu, dia tak takut untuk bagi pinjaman.

Jadi macam mana nak mula buat simpanan ni?

Untuk buat simpanan pula, kami rekemen 2 artikel ini bantu anda buat simpanan. Mula dari sekarang dan buat simpanan.

Tambah Pendapatan – Ini 3 Cara Tambah Pendapatan

Kalau ada pendapatan tambahan, lagi bagus, lagi senang kebarangkali untuk pinjaman anda lulus. Macam mana cara nak tambah pendapatan kalau anda seorang pekerja di syarikat. Tak apa, nak tambah pendapatan tak susah, yang penting perlukan usaha dan konsisten.

Berikut adalah antara beberapa idea yang kami rekemen anda lakukan untuk tambah pendapatan dan seterusnya cerahkan peluang untuk anda lulus pinjaman rumah.

Ada banyak lagi idea untuk jana pendapatan, cukuplah 3 cara ini untuk anda bermula.

Pinjaman Daripada Institiusi Perbankan Islam

Adalah lebih baik untuk anda mendapatkan pinjaman daripada institiusi perbankan Islam di Malaysia. Ada banyak bank yang menawarkan pinjaman perumahan pada kadar menarik antaranya adalah Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan lain-lain lagi. Pinjaman daripada institiusi ini memang memberikan kelebihan kepada anda untuk membuat pinjaman tanpa keraguan.

Kepada sektor swasta, kami menggalakkan untuk anda gunakan ataupun dapatkan pinjaman perumahan perbankan Islam. Salah satu yang menarik yang anda boleh dapatkan daripada pinjaman ini adalah, ianya patuh syariah dan mempunyai syiling interest rate tersendiri.

Kalau anda nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan Skim Rumah Pertamaku iaitu pinjaman perumahan sehingga 100% loan, boleh dapatkan info lanjut seperti di bawah ini;

Mohon Pinjaman Anda Sekarang

Apapun, sekali lagi, untuk info lanjut berkenaan dengan pinjaman perumahan sektor swasta, boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat bagi membantu anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda.

Nak tahu pakej pinjaman bank lain, boleh rujuk artikel kami yang lain berkenan dengan pakej daripada Bank Muamalat, Bank Islam, CIMB.

Jangan lupa untuk follow kami di channel Telegram bagi mendapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan tips kewangan dan cara buat duit. Klik butang di atas bagi mendapatkan info lanjut.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *