7 Cara Menyemak Syarikat Yang Berdaftar Dengan SSM

Macam mana cara nak semak syarikat yang berdaftar dengan SSM? Pada artikel kali ini, kami akan tunjukkan kepada anda beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan dengan kesahihan syarikat teretentu. Tentunya anda mempunyai bermacam-macam sebab kenapa nak semak sama ada sesuatu syarikat berdaftar dengan SSM ataupun sebaliknya. 

Anda seorang pengguna produk yang keliru dengan keaslian produk yang anda beli? Anda ditipu dalam transaksi pembelian dengan syarikat? Artikel ini amat sesuai kepada anda. Artikel pada kali ini akan membincangkan bagaimana caranya anda menyemak syarikat yang berdaftar di bawah SSM. Ikuti kami sehingga ke penghujungnya supaya anda faham dan jelas apa yang perlu anda buat sebagai seorang pengguna atau pelanggan sekiranya anda terlibat dalam masalah jual beli. 

cara semak syarikat berdaftar dengan ssm

Apa itu SSM?

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah sebuah badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia. Badan ini bertanggungjawab dalam mengawal selia syarikat dan perniagaan. Ia mula beroperasi penuh pada 2002. Selain itu SSM juga berkuasa menguruskan pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan, membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam, mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif.

Ini sangat bertepatan dengan undang-undang yang terlaksana di Malaysia seperi Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001, Akta Syarikat 2016 (Akta 777), dan beberapa yang lain. 

Info lanjut berkenaan dengan SSM pun anda boleh tengok dalam artikel di SINI.

Apa kepentingan membuat semakan syarikat berdaftar SSM?

Masyarakat sering memandang remeh perkara-perkara ini lalu mereka akan menyesal apabila menyedari mereka ditipu. Apa yang boleh disesali lagi kerana wang yang diberikan telah pun hangus. Tidak mungkin wang itu dapat dipulangkan kembali walaupun yang ditipu adalah di pihak anda sendiri bukannya syarikat. Jadi amatlah penting untuk masyarakat lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan. 

Dengan membuat semakan di SSM, anda juga boleh mengelakkan diri dari tipu atas nama syarikat, mengelakkan nama sendiri digunakan untuk perniagaan yang anda tidak tahu, mengenal pasti keaslian produk, menjamin urus niaga tidak berisiko, dan memudahkan pembayaran secara atas talian. 

Cara semak syarikat berdaftar SSM

Untuk menyemak syarikat yang berdaftar di bawah SSM tidaklah sukar. Hal ini kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk mengisi borang, beratur di kaunter atau pergi sendiri di pejabat SSM. Sebaliknya apa yang anda perlukan cumalah telifon bimbit, dan akses internet. Sudah tentu anda boleh melakukannya sendiri di rumah dengan hanya memasukkan nama atau no pendaftaran syarikat tersebut di sistem yang disediakan oleh SSM

Langkah 1: Layari laman web https://www.ssm-einfo.my/

Langkah 2: Jika anda pernah menggunakan sistem ini dahulu, anda boleh meneruskan dengan Login terus ke dalam sistem tersebut. Maklumat seperti Username, Password dan Image Verification diperlukan untuk anda masuk ke dalam sistem. Sebaliknya sekiranya ini pertama kali anda menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang Register. 

Langkah 3: Masukkan Username, Password, Confirm Password anda sekali lagi, Email, dan Image Verification. Jangan lupa untuk tick setuju pada kotak yang disediakan. Setelah selesai anda boleh klik Submit. Satu email pengesahan akan dihantar ke email anda. Kemudian anda sudah boleh untuk Login ke dalam sistem. 

Langkah 4: Apabila anda telah Login ke dalam sistem. Paparan seperti di bawah akan muncul di skrin telifon bimbit/ laptop/komputer anda. Untuk membuat semakan nama syarikat di bawah SSM, anda perlu tekan pada butang Search Company & Business Information.

Langkah 5: Sila masukkan nama syarikat yang anda cari (By Name) atau no pendaftaran syarikat. Selanjutnya, butiran maklumat akan keluar jika syarikat itu berdaftar dengan SSM, jika tiada maklumat yang terpapar maka itu bermakna syarikat tersebut tidak tersenarai berdaftar dengan Suruhanjaya SSM.

Langkah 6: Contoh di sini kami masukkan syarikat Faiza Food, maka akan keluar maklumat syarikat dan perniagaannya. Jika anda perasan, terdapat kotak merah dan kelabu yang bertulis Add To Cart. Biasanya, fungsi butang ini akan sering anda temukan di platform perniagaan online tetapi untuk apa kegunaannya di dalam sistem ini? Butang ini berguna kepada anda untuk membeli maklumat dari SSM sekiranya anda memerlukan maklumat tersebut. 

Langkah 7: Di sini fungsi butang Add To Cart itu digunakan. Jika anda ditipu oleh peniaga yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda perlu Login ke akaun SSM anda, beli “Business Profile” SSM yang mengandungi maklumat perniagaan, alamat perniagaan dan juga pemilik perniagaan tersebut. Anda perlu membayar RM13 kepada SSM untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Di harapkan artikel berkenaan cara menyemak syarikat yang berdaftar dengan SSM ini dapat memberikan anda maklumat yang sangat bermanfaat untuk membuat transaksi pembelian dengan lebih bijak. Ini juga merupakan langkah selamat untuk anda tidak terjebak dalam penipuan jual beli dan lain-lain keburukan lagi. Anda bijak, anda selamat.

Kenapa Perlu Periksa Syarikat Berdaftar Dengan SSM

Penting untuk tahu sesebuah syarikat itu benar-benar wujud ataupun sebaliknya. Salah satu sebab kenapa nak periksa syarikat yang berdaftar dengan SSM adalah untuk tahu kesahihan syarikat tersebut. Caranya adalah dengan step yang kami tunjukkan di atas.

Periksa Syarikat Pelaburan

Untuk perkara yang melibatkan pelaburan, ianya perlu untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jika tidak berdaftar, ada kemungkinan yang ianya merupakan satu lagi skim cepat kaya yang ada sekarang ini.

Untuk memeriksa syarikat yang berkaitan dengan pelaburan ini, bolehlah rujuk ke laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk anda dapatkan info lanjut. Apapun, harapnya artikel ini menjadi rujukan anda bagi memeriksa status syarikat dalam suruhanjaya syarikat Malaysia.

Harapnya artikel cara menyemak syarikat bedaftar dengan SSM ini memberikan anda info yang sepatutnya untuk anda lakukan semakan sekarang.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan lebih banyak info dan input berkaitan dengan pelaburan dan tips untuk tambah pendapatan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *