9 Kerja Dari Rumah Yang Boleh Dipercayai

Ramai yang nak tahu kerja dari rumah yang boleh dipercayai sekarang ini terutama selepas munculnya COVID-19 yang ternyata telah mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia. Atas sebab itu juga, kerajaan Malaysia telahpun mengarahkan perintah kawalan pergerakan yang bermula dari 18 Mac – 31 Mac 2020. 

Banyak syarikat yang mula menyarankan pekerja mereka berkerja dari rumah dan melakukan banyak tugasan dari rumah. Artikel kali ini adalah tips penting untuk bagaimana untuk kekal produktif dalam melakukan tugasan di rumah. Juga, selain daripada itu juga, kami berikan beberapa idea kepada anda untuk menambah pendapatan hanya dari rumah tanpa perlu untuk keluar di rumah. 

Harap, artikel ini dapat memberikan anda cara dan tips berguna disamping keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.

bekerja dari rumah

Tips Bekerja Di Rumah Jarak Jauh

Cara untuk bekerja jarak jauh tidaklah terlalu sukar asalkan anda mempunyai semua peralatan yang diperlukan untuk melakukan semua pekerjaan tersebut. Apabila semua peralatan untuk memulakan pekerjaan dari rumah ada, langkah seterusnya adalah untuk terus berada di rumah sehingga keadaan selamat. 

Kami terpanggil untuk menulis artikel ini kerana ramai kenalan terpaksa ataupun dipaksa untuk melakukan pekerjaan dari rumah. Boleh gunakan tips ini untuk dapatkan peralatan yang sesuai untuk melakukan pekerjaan dari rumah.

Tips ini juga berguna bukan sahaja ketika dalam krisis seperti Covid – 19 ini, tetapi jugak dalam keadaan lain seperti ketika sakit dan pada masa yang sama, masih perlu untuk bekerja.

Cara Untuk Membuat Pejabat Kecil Di Rumah

Anda perlukan satu ruang untuk pejabat anda. Dengan ruang tersebut, bolehlah melakukan pelbagai aktiviti dan harapnya tidak mendapat gangguan daripada anak-anak dan pasangan. Ianya untuk membolehkan anda lebih fokus dengan tugasan yang dibuat. Apakah yang diperlukan dalam pejabat tersebut, berikut adalah antara peralatan yang diperlukan dalam pejabat anda.

Meja – Untuk Meletakkan Peralatan Pejabat

Memang perlukan meja untuk letak peralatan pejabat. Penting untuk penjagaan tulang belakang untuk satu jangka masa panjang. Nak meja macam mana? Berikut adalah antara pilihan terbaik untuk anda.

Perlu ada laptop ataupun PC untuk melakukan kerja dari rumah. Berita baik sekarang ini ada banyak pilihan laptop dengan harga terbaik dan mampu milik. Nak tahu pilihan yang anda ada boleh tengok 2 pilihan harga terbaik ini. Speasifikai terbaik dan yang penting harga pun tidak terlalu mahal. Kalau setakat untuk kerja-kerja pejabat tiada masalah untuk gunakan 2 laptop ini. Tetapi jika pekerjaan anda perlukan grafik untuk design dan perlukan software, perlukan laptop ataupun yang mempunyai kapasiti yang tinggi.

Idea Jana Pendapatan Di Rumah

Ini adalah antara beberapa tips penting untuk membuat pejabat sendiri di rumah. Kalau anda nak cari tips lain berkenaan dengan cara untuk tambah pendapatan, kami rekemen beberapa artikel ini bagi membantu anda untuk tambah pendapatan secara online. Kesemua tips ini anda hanya boleh lakukan di rumah sahaja tanpa perlu untuk berjumpa dengan sesiapa. 

Yang paling penting adalah untuk anda ambil pendedahan sendiri berkenaan dengan idea yang bakal saya berikan kepada anda.

Dealer Syarikat Telekomunikasi

Melanggan satu pelan prabayar adalah satu keperluan pada masa kini dan permintaan terhadap pelan daripada syarikat telekomunikasi akan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Kini anda boleh menjadi seorang dealer di dalam syarikat telekomunikasi dengan modal yang kecil. Anda boleh menjual simkad Tune Talk dan menjana pendapatan pasif setiap bulan. Caranya adalah, anda join dulu group Whatsapp kami di SINI.

Pada masa yang sama, boleh beli simkad Tune Talk Halo Telco di SINI.

Kami akan cuba guide satu persatu agar memudahkan proses pendaftaran anda. Kalau anda ada kedai, ianya akan lagi cepat membantu anda.

Cuba Untuk Kenal Saham, Forex dan FCPO

Ketika berada di rumah pun, anda masih boleh untuk cuba berdagang sama ada dengan pasaran saham ataupun beberapa platform perdagangan lain yang terbaik yang anda boleh berdagang.

Untuk itu, kami rekemen anda cuba mendalami juga tips dan teknik berdagang dan perbezaan antara kesemua platform tersebut. Saya sendiri merupakan seorang intraday trader untuk FCPO dan harapnya, perkongsian saya dalam artikel tersebut dapat membantu anda untuk memulakan untuk anda bekerja di rumah dan pada masa yang sama untuk berdagang.

Boleh tengok beberapa artikel kami di bawah ini bagi membantu anda untuk bermula;

Menjadi Penjual di Shopee

Antara kerja dari rumah yang boleh dipercayai lainnya adalah dengan menjadi seorang penjual di Shopee. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda setup kedai anda sendiri dan kemudian mulakan proses menjual. Jadi akan timbul persoalan, nak jual apa di Shopee?

Untuk idea barangan apa yang anda boleh jual di Shopee ini anda boleh tengok video di bawah bagi mendapatkan penerangan lanjut berkenaan dengan idea barangan untuk dijual.

Ataupun tips lain untuk anda menjadi seorang penjual di Shopee, anda boleh tengok info lanjut dalam training mudah di SINI.

Tips Jual Tudung Secara Online – Mudah

Antara kerja dari rumah lain yang anda boleh lakukan adalah dengan menjual tudung sama ada secara online ataupun produk di kedai-kedai. Yang menarik, anda tidak perlukan modal yang besar untuk menjual tudung. Jika modal tak besar boleh gunakan konsep Dropship dahulu dan kemudian boleh mula untuk menjual tudung.

Untuk menjual tudung, permulaan anda boleh tengok video di bawah di mana kami berikan beberapa tips penting untuk anda mula menjual tudung.

Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke LINK INI bagi mendapatkan info lanjut berkeaan dengan tips dan cara untuk anda mula menjual tudung.

Tips Berniaga Dropship – Tanpa Modal

Antara tips dan cara lain adalah untuk anda berniaga secara Dropship dari rumah. Berniaga secara Dropship dari rumah dengan modal yang minima. Untuk berniaga secara Drophship ini pula, anda boleh dapatkan info lanjut di dalam artikel di SINI.

Apapun, anda boleh memilih yang mana terbaik berdasarkan kepada minat anda. Ini adalah antara kerja yang anda boleh lakukan walaupun dari rumah.

Tips Bekerja Untuk Suri Rumah

Kalau anda merupakan seorang suri rumah pun tiada masalah untuk anda jalankan perniagaan secara part time. Ataupun bekerja secara part time dari rumah.

Khusus untuk anda yang merupakan seorang suri rumah, untuk anda dapatkan info lanjut boleh ke artikel INI bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang peluang yang anda ada.

Menjadi Seorang Youtuber

Ramai yang mula menjadi seorang Youtuber sekarang ini. Untuk info, smartinvest101 juga mempunyai channel Youtube sendiri.

Ada beberapa artikel penting terutama kalau anda nak dapatkan income ataupun pendapatan sebagai seorang youtuber. Info lanjut boleh tengok 2 artikel di bawah ini;

Kerap Kerja di Rumah

Ini adalah antara beberapa tips penting untuk bekerja dari rumah. Boleh ambil manfaat daripada artikel ini dan diharapkan dapat membantu anda untuk terus bekerja di rumah. Anda juga boleh membaca beberapa artikel kami untuk menjana idea untuk tambah pendapatan di rumah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *