9 Pengalaman Buat Duit Dengan Youtube

Kali ini kami nak kongsikan kepada anda pengalaman buat duit dengan youtube yang memang mudah kerana anda hanya perlu buat sesuatu yang unik dan kemudian apa yang anda kongsikan mendapat sambutan oleh orang ramai. Hanya upload video yang menarik di youtube dan kongsikan topik yang releven dengan apa yang anda suka, dari situ dah boleh jana income dan sumber pendapatan kedua yang konsisten dan pasif.

Ramai yang dah jadikan youtube ini sebagai satu sumber pendapatan dan anda pun masih ada peluang lagi untuk melakukan perkara yang sama. Macam kami dari team smartinvest101 ni, youtube hanyalah channel untuk mengukuhkan laman web ini tetapi tak ada masalah pun nak buat ataupun jana pendapatan dengan youtube. Nak tahu kenapa? Youtube adalah….

2nd biggest search engine in the world

Selepas google, paling ramai orang search sesuatu bukan di bing ataupun yahoo, tapi di youtube. Jadi kalau anda buat sesuatu yang menarik, memang boleh dapat income yang lumayan.

pengalaman buat duit dengan youtube

Buat Idea Nak Buat Video Pasal Apa?

Sebelum bermula adalah lebih baik untuk anda tahu topik berkaitan apa youtube channel tu. Cadangan kami, kalau nak cepat dapat banyak “view” topik masakan adalah antara yang paling sesuai. Ianya adalah antara topik yang mendapat carian yang banyak di google. Selain itu, jika anda minat fitness, ataupun tips kurus boleh kongsikan video anda di youtube. 

Ketika saya baru beli pressure cooker Russle Taylor INI, ada juga tercari-cari resepi dan cara masak di youtube. Sebab PC ini memang ramai yang beli dan gunakan. Kalau anda dapat buat satu tutorial menggunakan alat ini memang akan mendapat banyak sambutan terutama peminat masakan dari Malaysia. Tak semestinya perempuan, lelaki pun dah mula nak gunakan PC ini.

Antara video yang ramai orang tengok adalah berkaitan dengan gaming. Anda rakam sebagai contoh ketika anda bermain menggunakan Mobile Lagend. Contoh anda menggunakan hero Alucard, anda tunjuk trick macam mana nak guna Alucard dan rakam permainan anda. Peminat game ini pasti akan datang terutama kalau anda tunjuk keunikan dan cara anda bermain. Kalau apa yang anda tunjuk tu biasa je, mesti la tak ramai yang akan datang tengok kan.

Ada banyak lagi sebenarnya, yang penting setkan topik dahulu sebelum anda buat channel youtube. Dah tau topik, mudahlah nak dapat income.

Buat Youtube Channel

Nak buat channel youtube pun simple je, prosesnya tak susah. Apa yang anda perlu ada hanyalah akaun yang berdaftar dengan google. Asalkan ada email Gmail pun dah cukup. Lepas tu anda boleh follow je instruction step by step untuk buat satu youtube channel. Ianya sangt mudah. Atau boleh ikut je video di bawah ini.

Upload Video – Apa Yang Perlu

Dah ada Youtube channel, seterusnya apa yang anda perlu ada? Kalau dah ada channel, langkah seterusnya adalah untuk anda upload video yang anda buat. Nak buat video tak susah pun, betul? Kalau anda ada smartphone pun dah boleh rakam dan upload di youtube, betul macam tu?

Memang anda boleh upload video macam tu, tapi ianya tak menarik dan pastinya tidak dapat banyak view nanti. Youtube ni adalah jumlah tontonan. Lagi banyak video anda yang ditonton, lagi banyak income yang anda boleh dapatkan. Sebab itu, kalau anda nak dapatkan tontonan yang banyak di youtube, anda tak boleh nak rakam apa-apa video pakai smartphone anda, dan kemudian terus upload. Anda kena edit video tersebut supaya nampak menarik dan cantik.

Jadi, nak edit pakai apa? Nak edit video anda ada 3 item yang paling wajib untuk nampak menarik.

#1 Smartphone – anda perlukan sesuatu yang boleh merakam video. Kalau ada video recorder pun ok, kalau tak ada kami rekemen anda TENGOK INI.

#2 Microfon dan bukan sebarang microfon, tapi yang digunakan di studio sebab microfon ini boleh asingkan bunyi-bunyi yang tak perlu. Lebih lanjut anda tengok yang INI.

#3 Laptop – Yang ini paling penting dan wajib ada. Dari situ anda boleh buat video editing dengan lebih bergaya dan edit banyak tempat untuk anda. Tanpa ada item no#1 dan #2 pun, jika anda ada laptop, masih boleh buat video editing. Tapi kena ada software berkaitan. Tak percaya, boleh tengok video di bawah ini, ini video yang kami hasilkan untuk refinancing. Pilihan Laptop pulak kami rekemen yang ni, harga tak terlalu mahal, spesifikasi pun sangat OK.

Sebagai contoh lain, anda pun tiada masalah untuk lihat sendiri channel Youtube kami. Channel youtube kami lebih fokus kepada topik pelaburan, kewangan peribadi, saham dan lain-lain. Banyak yang anda boleh pelajari daripada channel Youtube kami, boleh tengok di link bawah;

Buat Duit Dengan Youtube

Seterusnya saya beritahu cara untuk anda buat duit dengan youtube. Memang ada beberapa cara yang kami rekemen untuk anda cuba. Apapun, yang paling penting adalah untuk anda dapatkan seramai mungkin mereka yang tonton video anda. Dan juga minta mereka subscribe channel anda. Dari situ, jika ada video terbaru daripada anda, mereka akan dapat notifikasi dan lagi ramai yang akan tonton video anda nanti. Apapun, berikut adalah antara beberapa cara untuk buat duit dengan youtube.

Google Adsense

Pernah tak kalau anda sedang tengok video di youtube, sebelum video tu bermula, ada iklan. Pernah kan…. Nak tahu tak, iklan itu adalah Google Adsense. Info berkaitan dengan Google Adsense ini boleh juga anda dapatkan di Ebook Raja Adsense INI. Untuk info, ada beberapa orang yang dah jadi jutawan dengan menjadikan youtuber sebagai kerjaya, tak percaya kan… tengok

Mamat atas ini adalah antara youtuber paling kaya setakat ini. Dengan income lebih sejuta setahun. Majoriti income dia datang daripada google adsense. Oh ya, kami juga ada cerita berkenaan dengan google adsense ini daripada artikel kami berkenaan dengan buat duit dengan blog. Anda perhatikan tools yang dia gunakan, sama tak dengan apa yang saya rekemen. Invest di tools tersebut, untuk yang nak betul-betul sukses.

Forbes named PewDiePie as the highest-earning YouTuber with his annual income reaching $15 million in 2016. (sumber : welathygorila)

USD15 juta tuuu, kalau convert ke RM jadi berapa? Mana tau anda yang sedang baca artikel ini… Ya, andalah bakal jadi seorang youtuber Malaysia dengan income juta-juta satu hari nanti. Amin….

Affiliate – Tips Buat Duit Dengan Youtube

Salah satu cara untuk buat duit selain daripada medium pengiklanan adalah, dengan menjual produk affiliate. Saya rekemen anda lihat sekali lagi video yang saya rekemen ini. Maksud saya vide bawah ini. Kalau anda nampak video ini pasal panduan muet, tapi kalau anda pergi ke youtube, di bahagian description tu, ada link. Link tu adalah link affiliate bagi membolehkan sesiapa yang klik link tu, dapat jana sedikit komisyen. 

Anda boleh tengok video di bawah ini bagi mendapatkan info lanjut berkenan dengan cara buat duit di Youtube. Hasil daripada pengalaman kami sendiri.

Secara mudahnya macam tu, senang saya tunjuk contoh. Bro yang buat video ni dah ada viewer sehingga 65k, entah berapa la income yang dia dapat dari ebook tu kan. Anda pun boleh buat yang sama. Saya ada cerita berkenaan dengan cara untuk anda dapatkan produk affiliate di Malaysia. Ada 12 cara yang anda boleh adaptasikan di dalam youtube. Tak nak ulang benda yang sama, anda baca dan dapatkan idea di artikel INI.

Review Produk Orang Lain

Bila dah terkenal, mesti ramai yang akan datang minta anda review produk mereka kan. Betul, dan pada masa tu mesti nak caj mahal-mahal. Ini adalah sumber income selain daripada iklan ataupun affilaite daripada youtube. Ada juga beberapa gamers yang saya kenal “dipinang” oleh syarikat gergasi seperti Sony, ataupun XBOX untuk menjadi duta mereka. Semua tiada masalah asalkan anda mempunyai bilangan followers yang ramai.

Jadi Artis…

Haha, ini paling menarik. Kenal Najwa Latif tak? Cik Najwa ni pun mula dengan upload video dia menyayi di youtube sampailah jadi popular dan ada lagu sendiri. Kalau anda ada bakat menyanyi, pun boleh bermula macam Najwa Latif. Memang ada banyak cara kan, yang penting kretif dan siapa tahu anda juga ada rezeki untuk sukses dalam bidang ini.

Upload Video Pertama Anda ke Youtube Sekarang

Langkah pertama yang anda perlu buat tentunya untuk upload video pertama anda ke youtube channel. Nak upload video pertama, kenalah video yang mempunyai kualiti dari segi kamera dan juga kualiti suara. Disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan yang berlaku dari bulan Mac 2020 sehingga Mei 2020, saya sendiri sempat beli 1 microfon untuk kegunaan youtube.

Apapun, untuk tips dan langkah-langkah untuk upload video di youtube serta cara nak buat channel youtube, boleh ke Artikel INI untuk anda dapatkan info lanjut.

Kalau nak tahu berapa pendapatan youtuber Malaysia yang dah sukses, boleh tengok artikel di bawah ini;

Anda Juga Boleh Sukses

Ada banyak cara untuk sukses, sama ada dengan blog ataupun dengan menjadi seorang youtuber. Itu adalah antara method ataupun jalan yang anda pilih untuk sukses. Saya lebih memilih untuk menjadi seorang penulis blog dari menjadi seorang youtuber, faktor terbesar adalah disebabkan oleh personaliti saya yang tak berapa suka berada ke depan. Personaliti “introvert” la katakan.

Semoga berjaya, kalau nak buat tu, buat betul-betul sampai sukses. Tiada jalan mudah, teruskan upload sampai anda dapat ramai visitor dan terus sukses.

Boleh Ke Buat Duit Dengan Youtube?

Boleh dan ada youtube yang mendapat income tahunan sebanyak USD15 juta.

Bagaimana Youtube Membayar Kita?

Pembayaran sama seperti mereka yang menggunakan google adsese, terus ke akaun bank di Malaysia.

Kenapa Youtube Bukan Platform video lain?

Untuk info, youtube adalah enjin carian terbesar dan ramai pengguna gunakan. Bila ramai yang guna, lagi cepat video anda akan dilihat.

Berapa Pendapatan Youtuber Malaysia?

Youtuber Malaysia boleh mendapat RM1k minimum jika betul rajin dan mempunyai pengikut yang ramai.

Related Posts

26 thoughts on “9 Pengalaman Buat Duit Dengan Youtube

  1. Nak kena banyak buat research juga ni apa yang nak buat kat youtube. Dengan nak tarik orang tengok youtube kita lagi. Info yang sangat berguna untuk newbie macam saya.

    1. sama-sama berkongsi ilmu, saya pun newbie jugak.

    1. betul, tapi kuasa blog tetap ada kekuatan tersendiri, sebab tu saya terus berblogging.

  2. Good tips. Thank you for sharing this. I might start a YouTube channel soon for my art business. I’ll use your post as my guide.

  3. Good tips. Thank you for sharing this valuable information. Maybe I should start promoting my arts at YouTube too. Awesome!

  4. Terima kasih untuk info ini. Jemput juga subscribe YouTube Channel saya mana tau ada content-contents yang menarik dan kena dengan apa yang tuan sedang cari. Please bagi komen untuk YouTube Channel saya juga nanti ya

    http://mohdzarin.com/youtube

  5. Terima kasih atas perkongsian, masih banyak yang sis perlu belajar ni. Dan yang penting kena cari follower bebanyak dulu..:D

    1. betul, memang follower tu penting, semoga berjaya dan salam sukses.

  6. Thank you share tips ni. Ada youtube tapi blum sampai tahap buat duit dengan youtube

    1. waaa, dah ada youtube channel, terbaik… semoga sukses.

  7. Bila ramai yg tau dengan Youtube boleh buat duit, berlumba-lumba buat channel hihi. Tapi yg lagi penting konten pada video tu dulu kan? Kalau menarik , barulah best 🙂

  8. Terima kasih tuan atas perkongsian bermanfaat ni. Ada terpikir juga nak buat YouTube channel tapi belum boleh fokus lagi ke arah tu. Mungkin 1 hari nanti, in shaa Allah

    1. sama2, saya rekemen buat dulu sebab youtube pun memainkan peranan dalam tingkatkan trafik blog.

  9. Saya pun baru ja berjinak2 dengan youtube… Masih bertatih… Nak kena caei content yang menarik untuk buat video utube yg boleh menarik orang ramai

  10. Thanks share. kawan saya pun kata, do Youtube lagi mudah & cepat jana income. Macam Atul memang dah ada YC, cuma nak jadi kreatif tu. huhu
    Tapi tak mustahilkan? Diri sendiri je yang block diri sendiri daripada buat semua tu, sedangkan kita mampu je buat sebenarnya!

    1. betul, kita memang mampu buat lagi la sekarang ni ramai yang gunakan medium youtube untuk dapatkan viewer ataupun subscriber.

  11. Fuh.. bagus semua info ni. Saya pun dah ada dah channel Youtube sendiri. Belajar edit video pakai iMovie. Ada la upload dah 2-3 video saya. Tapi tak berapa nak konsisten je. Nak tinggikan viewers kena konsisten share jugak kan. Ni seketul dua je mana nak naik viewers haha.

    1. betul, numbers pun penting jugak untuk naikkan viewers.

  12. Assalamua’laikum tuan, saya nak tanya…
    Andaikata kita review produk yang kita dah beli sendiri contohnya jam G Shock. Adakah dibolehkan? Maksud saya, adakah perlakuan review jam G Shock secara terang-terangan tersebut boleh menyebabkan kita disaman oleh Casio G Shock? Saya memang review perkara yg positif2 je, bukan nak jatuhkan produk orang pun… Macamana ye tuan? Boleh bagi pandangan sedikit?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *