Berapa Pendapatan Youtuber Malaysia 2023?

Berapa pendapatan youtuber Malaysia? Pada artikel kali ini, kami akan berikan beberapa info dan sumber pendapatan seorang Youtuber Malaysia yang anda perlu tahu. Terutama kalau anda mempunyai minat yang sama iaitu untuk menjadi seorang Youtuber di Malaysia. Juga step by step macam mana nak memulakan channel anda agar terus sukses dan jadikan youtuber ini sebagai satu kerjaya pendapatan sama ada secara part time ataupun full time.

Ramai yang ingin menjadi seorang youtuber selepas kejayaan Youtuber Sugu Pavitha menjadi viral dalam channel masakan miliknya. Pendapatan milik Sugu Pavitha dijangka mencecah sehingga Rm10,000 sebulan dan mungkin lebih. Sejak itu, ramai yang bercita-cita dan berazam untuk menjadi seorang Youtuber.

Dalam artikel ini juga, kami tunjukkan beberapa sumber pendapatan seorang youtuber dan ianya tidak bergantung semata-mata kepada sumber pendapatan daripada google adsense sahaja. Ada banyak sumber lain yang anda boleh explore kalau anda serious untuk sukses dalam membuat video dan upload video-video tersebut di Youtube.

pendapatan youtuber malaysia

Cara Dapat Duit Dari Youtube

Ini adalah cara untuk anda dapatkan duit terus daripada youtube ataupun google melalui platform pengiklanan milik mereka. Anda pernah nampak tak, kalau anda buka mana-mana laman youtube yang popular tu, nanti akan keluar iklan. Ya, iklan tersebut adalah pendapatan kepada youtuber tersebut. 

Kalau anda nak menjadi sebahagian dan terpilih untuk menyertai platform pengiklanan tersebut, ada 2 requirement yang perlu dipenuhi iaitu,

  • 1000 subscriber
  • 4000 watch hour dalam tempoh 12 bulan

Ianya menjadi requirement wajib selepas tahun 2018. Mungkin youtube nak filter mereka yang benar-benar serious untuk menjadi seorang youtuber sahaja yang boleh menyertai platform pengiklanan mereka.

income youtube

Jadi, kalau anda nak menyertai ataupun dapat income dari youtuber ataupun google, anda perlu penuhi 2 requirement ini. Boleh?

Dengan teknik dan cara yang betul insyaAllah tiada masalah!

Sumber Pendapatan Youtuber

Selain daripada Youtube Adsense yang kami sebutkan di atas, ada lagi 3 cara yang popular yang anda boleh gunakan untuk menjana income selain daripada method pertama.

Sebagai alternatif, anda boleh tengok video di bawah ini berkenaan dengan tips dan cara untuk buat income dengan Youtube.

Kami senaraikan 3 cara tersebut di bawah ini;

Youtube Affiliate

Anda jugal ebook orang lain dalam youtube channel anda. Sebagai contoh anda tengok video di bawah ini,

Di dalam video ini, kami mempromosikan cara dan teknik untuk menjadi seorang seller ataupun penjual di Shopee. Di dalam ruangan komen pada video tersebut dan pada video description video tersebut terdapat link ke ebook jualan cara nak menjadi seorang penjual di Shopee. 

Kalau ada pembeli yang klik link tersebut dan membeli, saya akan mendapat komisyen daripada pembelian tersebut. Teknik ini adalah teknik youtube affiliate. Video di atas adalah video yang saya sendiri hasilkan untuk memudahkan pembaca menjual di Shopee. Ianya juga merupakan antara alternatif kepada artikel cara menjual di Shopee ini. Ianya adalah salah satu cara yang anda boleh kembangkan sendiri berdasarkan kepada niche video anda.

Jual Produk Sendiri – Promote Business Sendiri

Ada yang membuat youtube channel untuk promote perniagaan mereka ataupun kedai mereka. Ada juga yang membuka kedai Shopee dan salah satu cara untuk mereka promote kedai milik mereka adalah dengan menggunakan channel di Youtube ini. Ianya tidak lain untuk merancakkan perniagaan anda.

Dengan cara ini, pendapatan daripada youtube tidak terhad dan saya yakin anda boleh lakukan juga perkara seperti ini.

Advertorial Youtube – Daripada Pengiklan

Jika sesuatu channel youtuber itu sudah mempunyai bilangan subscriber yang ramai, akan ada pengiklan yang meminta youtuber tersebut untuk promote perniagaan ataupun produk mereka. Dari situ, anda bakal mendapat income daripada hasil pengiklanan tersebut. 

Buat masa ini, lebih baik fokus kepada membesarkan bilangan subscriber dahulu dan kemudian saya yakin, akan lebih ramai yang akan datang untuk mengiklan dengan anda.

Atau anda boleh membaca artikel kami di bawah untuk tips cara buat duit dengan youtube.

Berapa Gaji Youtuber 1000 Subscriber?

Kalau mengikut youtube adsense, mereka yang mempunyai 1000 subscriber ini baru sahaja layak untuk masuk dalam youtube adsense tetapi kalau anda mempunyai cara lain seperti affiliate youtube, anda sudah boleh mendapat income walaupun masuk belum cukup 1000 subscriber. 

Walaupun channel youtube kami masih belum cukup 1000 subscriber, tetapi ada beberapa video yang sudah menjana pendapatan hasil daripada affiliate link dalam video tersebut. Mungkin anda boleh jangka dalam RM450 sebulan walaupun masih belum cukup 1000 subscriber lagi.

Terkini Julai 2021, alhamdulillah channel Smartinvest101 sudah pun mencapai lebih daripada 1000 subscriber dan kenaikan pengunjung yang memberangsangkan. InsyaAllah kenaikan ini akan terus berganda kerana akan lebih banyak content berkenaan dengan pelbagai topik khususnya pelaburan, saham dan lain-lain. Apapun fokus ataupun “niche” anda, lakukan yang terbaik.

Apapun yang lebih penting daripada itu adalah untuk anda bermula sekarang dan buka channel youtube anda. Belajar “along the way” dan “improve over time”. Untuk permulaan memanglah tidak perfect tetapi akhirnya nanti pasti anda jumpa jalan anda sendiri.

Channel Youtube Kami

Sampai masa untuk memperkenalkan channel rasmi Youtube Smartinvest101.com. Ianya berkisar berkenaan dengan topik kewangan, saving, cara buat duit dan banyak lagi. Tujuannya agar lebih ramai rakyat Malaysia yang celik kewangan dan mempunyai lebih daripada 1 sumber pendapatan.

Jangan lupa subscribe channel di atas ye.

Antara Channel Youtube Yang Sudah Berjaya

Ada banyak channel youtube yang sudah berjaya di Malaysia ini. Paling tidak mempunyai jumlah visitor dan subscriber yang ramai. Dan mungkin memang mendapat komisyen sehingga 4 angka sebulan daripada video-video mereka. Antara channel yang bagus untuk anda tengok adalah;

Banyak lagi sebenarnya channel youtube yang lain di Malaysia yang sukses dan menjadi rujukan. Saya percaya anda pun boleh berjaya dan terus bermula dengan topik yang anda minat dan video pertama anda ye. Ada yang anggarkan pendapatan youtuber Malaysia yang berjaya boleh mencecah sehingga RM10,000/bulan.

Upload Video Pertama Anda

Semasa kami secara serious untuk upload video konsisten di Youtube, apa yang kami lakukan adalah beli sebuah microfon khas untuk youtube. Setelah survey, beli microfon Boya di bawah ini kerana boleh gunakan untuk outdoor dan juga untuk kegunaan recording di laptop. 

Kalau anda dalam budget yang tidak terlalu besar, boleh juga dapatkan microfon seperti di bawah ini yang sekurang-kurangnya “improve” sedikit kualiti suara untuk video anda.

Untuk tips lain dan cara nak upload video pertama anda, boleh baca artikel kami di SINI untuk tips dan cara upload video di youtube. 

Semua Youtuber Bermula Dengan Video Pertama

Semua youtuber yang anda lihat sukses pada kali ini, bermula dengan youtube video pertama. Kemudian mereka secara konsisten upload video seterusnya sehingga mempunyai bilangan subscriber yang ramai. 

Saya pasti, kalau anda berniat nak jadi seorang youtuber, pun boleh lakukan perkara yang sama. Bermula dengan satu video dan terus konsisten upload video demi video. Belajar along the way untuk dapatkan banyak view dan subscriber. 

Harapnya persoalan berapa pendapatan youtuber Malaysia ini terjawab. Kalau nak lebih detail, pergi ke socialblade ini dan tulis nama channel yang anda nak tahu itu. Dari situ boleh nampak berapa anggaran pendapatan channel tersebut.

Related Posts

10 thoughts on “Berapa Pendapatan Youtuber Malaysia 2023?

  1. Best kalau ramai view, dan dapat income dari youtube ni. Tapi bukan senang nak edit video semua melainkan jenis upload je terus..hehee

    1. betul, mmg kena edit juga sikit2 nampak cantik

  2. Rawlins pun ada try buat YT nie. Tapi tu la, nak buat rakaman tu take a great effort. Belum editing lagi. So, memang kagum dengan usaha Youtubers.

    1. takpe, pelan2 pun blh bro rawlins, youtube pun bagus dan boleh jadi pendapatan.

  3. Good info and sharing paling penting kena berani dan juga buat content yang tiada lagi orang lain buat kan baru best.. tapi betul ngan youtube orang boleh kaua sekarang ni..

    1. yang betul2 kaya dengan youtube ni tak ramai bro, tapi blh la cuba2 income lain selain blog.

  4. banyak juga ya pendapatan dr seorang youtuber. terkejut kita hahahah.. byw jd youtubee isi masa lapang bolehla

    1. boleh la, ada la pendapatan juga. Isi masa lapang pun boleh.

  5. Woww betul-betul mejana pendapatan ni.. Sis punya yoitube sendru jee, ada masa ketika dulu tiberr naik posting.. pastu malasnya nak up video hahaha

  6. Memang betul jika kita rajin dan beritumpuan pada YT dan mempunyai content yg menarik pasti akan dpt hasil yg baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *